Showing posts with label Coffee Corner. Show all posts
Showing posts with label Coffee Corner. Show all posts

Post 201



Homesick punya pasal,
sempat siapkan sejenis kuih raya.
Ada lebih 150 biji.


Biskut Kacang Mazola.






Memang memerlukan kesabaran yang tinggi sungguh laaa buat kuih ni.
Especially dekat part kena buang kulit yang wrap kacang tanah tu lepas goreng.

>.<


Coffee Corner 8

Nota:

Ini bukanlah entri perkongsian ilmu mahupun sesuatu untuk diambil pengajaran daripadanya.

*******

Perkara perlu dibuat sebelum balik UK.

1) Sekurang-kurangnya 5 subjek daripada 7 kena fully prepared.
2) Nak main hujan puas-puas (lepas tu nanti, demam =.=")
3) Nak bagi fit. So, kena jogging kat Tasik Bandar DarulAman selalu.
4) Makan char koey teow puas-puas.
5) Minum ayaq nyok muda.
6) Shopping bahan bacaan yang berguna banyak-banyak (baca : novel)
7) Minum milooo.
8) Curi resipi legend dari mama.
9) Kemas bilik.
10) Makan ketupat, kuih raya, dan segala yang berkaitan dengan raya.
11) Pergi pekena Din Pasemboq
12) Pergi ______
13) Apa lagi eh orang buat kat Malaysia sebelum pergi ke mana-mana untuk satu tempoh yang lama?


Dan Insyaallah akan kemas rumah sekemas-kemasnya macam baru beli sebelum meninggalkan ia.

Oh, aku akan merindui,
setiap detik yang dilalui bersama keluarga.
:'(


Tak nak balik UK! :(


Coffee Corner 7

Nota:

Rasa macam dah lama sangat ruangan Coffee Corner ni ditinggalkan. Jadi, rasa teringin nak menyambungnya dengan entri-entri yang random.

*******



Ni desktop wallpaper yang dibuat sendiri semasa di KMB.

Bestnya wallpaper ni sebab (walaupun nampak amatur),
akan terasa bahawa ada yang mengambil berat,
walaupun pada hari tu hati rasa perkara-perkara yang tak best.

Dan akan selalu diingatkan secara tak langsung,
apabila diri ini ditanya,

"Akmal, apa khabar iman anda hari ini?"

Menjadikan diri ini, 
sekurang-kurangnya,
dapat bermuhasabah sejenak,
bila membuka laptop.

Dan akan menceriakan kembali,
bila tengok kartun tu yang bertanya
dengan gaya yang comel.
Huhu.

:)


Coffee Corner 6

Apologi kepada Raja Muhammad Aslam.
Budak Soton yang hebat lagi bergaya.


Amaran : Post ini panjang.

************************************

Mode Kuch Kuch Hota Hai.


Setiap cerita hindustan, mesti ada bahagian nyanyian yang melibatkan hero dan heroin kan? Dengan berlatar belakangkan taman bunga dan beberapa pokok. Hero dan heroin ni main sembunyi-sembunyi di belakang pokok. Bila ternampak, malu-malu.


Kemudian ada bahagian yang mana Hero berada jauh di sebelah kiri dan Heroin pula jauh di sebelah kanan di dalam taman bunga tersebut. Untuk membuktikan cinta, kedua-duanya berlari ke arah masing-masing dengan kelajuan yang sepatutnya (sambil menyaksikan bunga-bungaan berterbangan tatkalamana di'randuk' oleh kedua-dua insan ini) sebelum berpelukan bersama-sama semula.



Eh eh?
Pernah terbayang tak kalau kita dalam situasi tu?
Mesti macam best dan romantik kan?


Dan cuba bayangkan pula, bila kita yang berada dalam adegan tu,
Kita berlari kat kekasih kita tu dengan kelajuan 2 m/s,
tapi kekasih kita tu lari kat kita dengan kelajuan 4 m/s.


Mesti terasa,
"Wah, kasih-sayangnya padaku melebihi daripada kasihnya aku padanya."

Okay, mungkin ada yang tak nampak.
Macam mana kelajuan boleh dikaitkan dengan kasih yang lebih?
Jom, kita lebih praktikal.


Letak kekasih 1 dan kekasih 2 untuk bertanding dalam acara balapan 100 meter.
Anda berada di garisan penamat.
Siapa menang akan mendapat kasih dan sayang anda.
Semestinya yang lebih sayang kepada anda akan berlari lebih laju kepada anda.
Kan? Ke tak? Err..


Anggap teori saya betul. (Hehe)
Mengikut hukum alam, rasanya memang kena teori tu. =)


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Rasulullah saw. bersabda: 

"Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.” 
[Ditakhrij oleh At-Tarmizi]


Lagi dahsyatkan cinta Allah kepada kita?
Kita hanya pergi kepadaNya dengan berjalan,
Dia datang kepada kita dengan berlari.


Kalau lagi laju kita menuju kepadaNya,
Lagi lajulah Allah menuju kepada kita.
Cuma kita kadang tak sedar.


Jom berlari!
Eh eh, tapi stamina itu perlu kan?

^_^

Coffee Corner 5

"APRIL FOOL!!"

=.="
"Kau ni..buat laa kerja yang berfaedah siket daripada dok pekena orang.."

"Come on bro, hidup kena enjoy~"

"Nah ambik ni. Belajar cara nak enjoy. Enjoy enjoy jugak. Tapi ada cara dia."
^_^



Baru baca sikit, dah jatuh cinta. 
<3 <3 <3

Mengisahkan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan manusia, dan alam sekitar
berdasarkan pengalaman Dr Muhammad 'Abd Al-Rahaman Al-'Arifi
sepanjang 20 tahun.

BEST!
Tak tipu.

Boleh dapatkan dalam bentuk PDF kat sini.

Kalau nak dalam buku jugak, boleh order kat site ni.


"Owh..nak enjoy pun ada cara-cara ek?"

"Mestilah! Kitakan muslim." =)


p/s: cubaan untuk ubah cara penulisan untuk ruangan coffee corner. still rasa macam fail jek nak kasi coffee corner ni jadi santai habes.. =.="

Coffee Corner 4



Kadang-kala, sangat tak mampu untuk menghalang air mata daripada menitis
apabila kita kenangkan sayangnya Allah kepada kita,
kurniakan kita macam-macam,
tapi kita tak pernah rasa bersyukur.


Kadang-kala, sangat tak terdaya untuk menahan air mata daripada menitis
apabila terfikir pernahkah ada sedetik dalam masa kita seharian
terasa bahawa sangat cintanya kita kepada Allah.


Diri ini terlalu lemah.


Coffee Corner 2



O my brother, your brothers may not always be on your side,
but always bear in mind that
Allah will always be.


Just keep holding on.


Coffee Corner 1

Ruangan Coffee Corner ini diwujudkan atas beberapa sebab.
1) Tiada idea untuk memberi tajuk kepada post baru.
2) Kandungan post yang menyebabkan diri sendiri tak tahu nak letak tajuk apa.


Besar kemungkinan, jangka hayat dia lama.
Besar kemungkinan jugak, 2-3 kali, dah nazak.
Sebab kita selalu ambil 'gula' lebih untuk letak dalam 'kopi'?


^_^

***********************************

Teka-teki


Perkara apa yang lebih susah daripada susah?


Sekian.

***********************************


p/s : Sebab tu nama post ni Coffee Corner. Sambil santai-santai minum kopi, kita bermain teka-teki.
p/ss : Harap kedai mamak tak marah. :D