Tragedi Semasa Mengambil Result Medical Check-Up

19 Jun 2008...

10.00 pg...

Kawan semasa sekolah menengah dari tingkatan 1-3, Amierul Fahmi B Ahmad Sohimi datang ke rumah ajak pi main badminton dengan dia.. Ok! Set! Aku dibawa dengan menaiki motor Modenasnya yang baru je dibeli.. Katanya, dibeli semasa akhir bulan 5.. Bau kilang lagi! ha3..

Bermain di Dewan Hotel PJ 2, dan main 4 set ja. Tu pun dah penat gilerz..mana x nya, kami 2 orang ja yang main! In all sets, I win all da game! hu3..(riak la plakk)

Balik je..ngadap komp..rehat2..

1.30 ptg..


Abah balik dari skola..amek aku nak bawak pi Hospital Jitra untuk ambil result test darah dan urin. Sampai jek hospital, masuk la bahagian pesakit luar.. Aik??? Awat siket sangat orang?? Laa..doktor pi makan rupanya. Orang len pun pi makan gak kot. Mana larat nak tunggu lama2. Aku pun masuk balik gheta. Ikut ayah aku pi cuci gambaq dulu kat bandar Jitra.

2.10 ptg...

Dah amek result darah dan urin. Pi la jumpa nurse bertugas kat kaunter depan (pertanyaan).
"Dah boleh jumpa doktor ka??"
"Huih! HIV amek xlagi??"
"Dah!"
"Mana??"
"Ni ha! (aku pun sua la buku kuning tuh)"
"Tak dak pun!"
"Aik??"

Ha3..rupanya result untuk HIV kena ambil kat bilik lain. CIS.. Pi pi kat bilik tu..mna doktor ni?? Ayah aku laa yang main peranan penting. Jumpa doktor kat bilik sebelah. Soh doktor tu telepon doktor HIV tuh! tunggu 15minit..baru doktor tu smpy.. Alhamdulillah.. negative..ho3.. Doktor tu kata "kalo positif, soh ayah hg bawak hg pi Thai"..erk??

Then pi la jumpa balik nurse tadi tuh..x ingat pulak nme dia.. Skang dah boleh jumpa doktor ka??
"Erm..dh buat appoinment?"
"Dh..hari ni la..19 Jun"
"Sat nak cek.. Aik? Xdak pun nama.."
"Laa aritu dah kata nak amek result arini"
"Ye laa..tu nak amek result..kalau nak jumpa doktor, kena buat appoinment lain.."
"Laa..pulak dah.. Ok2 nak buat appoinment arini gak"
"Mana boleh dik..Arini dah penuh"
"Laa kak! Kak x habaq pun aritu kena buat appoinment lain.."
"Xpe dik..ari isnin boleh..ahad pun dah penuh"
"Isnin nak bertolak dah..Kalau Isnin pagi boleh laa.."
"pagi xleh laa dik..doktor xde"

Nampak ketibaan Atiqah Badri ke kaunter tersebut..

"Laa kak..kalau xdapat arini, x sempat dah nak jumpa doktor"
Kak tu jadi serba salah..hu3..aku terus paksa lagi..

"Doktor2 yang dalam bilik 1-5 tu x boleh ka kak??"
"Xleh..nanti xsah adik punya medikal check up..kena jumpa doktor yang bertauliah gak"

Aik..doktor dalam tu x bertauliah ka??? aku tertanya-tanya..

"Cena ni kak?"
"Erm..kak xtau laa dik..adik try laa pi dekat Bilik ibu hamil..Mesti kak kena marah punya ni.. Sebab doktor xmau lebih 30 orang.. Doktor kat situ jek yang boleh sahkan adik punye medikal cek-up"
"Ok2..time kasih ye kak"

Aku pun pi laa bilik ibu hamil dengan ayah aku. Masuk2 jek..Hoh!! Punuh dengan pempuan! Laki2 just 4 orang jek termasuk aku. Ayah aku pi amek nombor kat aku..No23..

"Abang..kalau doktor tu tanya awat mai..padahai xbuat appoinment pun..Jawab kata x tau sebab nurse depan xbg tau apa2 pun masa buat medikal cek up dulu2..dah terdesak dah ni"
"Ok2"

Aku pun tunggu laa..waktu tu baru no4..Isy lama lagi nih..TV3 plak masa tuh ada telenovela Marina.. Alaa..x minat!! Aku tengok pemandangan luar je laa..Skali sekali dok usya2 budak2 dlm bilik tuh..heheh..

Tengok2 atiqah badri pun masuk bilik tu gak.. Ait?? Tengok kat senarai appoinment tadi xdak plakk nama dia. Ha3..ikut jejak langkah aku pa..dia masuk ngan mak dia masa tuh. Takut xdapat laa kot..ingat nak tegur jap..tapi x payah laa,,lagi pun dia dok jaoh.. 5 minit lepas tuh..Nampak Liyana (classmate mse skola rendah gak) ho3..3 orang budak ahmad tajuddin dalam bilik tuh..3-3 dapat Kolej Mara Banting.. Makin bertambah laa kenalan aku kat KMB tuh..he3..

Tiba2 assistant doktor 2 kluar bilik and cakap.."Siapa yang blood pressure 140/90 mai sini nak cek lain!!" Aku pun tengok buku..ok jek.. 149/89.. ha3

At last! Setelah lama menunggu..perut pun dah bunyi banyak kali..lapar tandanya tuh..Akhirnya.. no23, no24!! Mai tunggu kat sini..mula2 aku x dengaq..ha3..mak cik sebelah aku tegoq! "Dik! Dik!" Aku x dengaq lagi..ha3..ghalit tengok iklan kat tv tuh.. "Adikkk!! Nombor adik kena panggil tuh"..

"Ye2..tima kasih mak cik.."

Mak cik tu senyum ja..cena leh x dengaq ni..

Bila sampai turn aku, doktor tu bukak laa buku kuning JPA tuh..

"Laa..apa blood pressure tinggi sangat ni??"
"Aik??"
"Tadikan assistant dah kata sapa yang blood pressure kepala 14*/90 kena pi cek lain"
"Laa..saya ingat 140/90..saya tengok, saya 149..x la kot..ha3"
"Ha3..melawak ye dye.. Pi cek dulu..kan dah lambat cket..Ok next turn..24!"

Terpaksa laa cek dulu kat assistant tuh..sembang laa dengan dia dulu sat..

"Adik dapat mana ni??"
"UK..persediaan kat kolej mara banting"
"Hoh! Anak sy ada sorang kat Ireland buat medic.."
"Owh..nak tanya cket leh x?"
"Banyak pun xpe"
"Apa beza antara doktor dengan pegawai perubatan rr??"
"Eja laa! Kan lain2! ahahaha!"

Aku pun tumpang gelak sekali..lawak rupanya nurse nih.. Tadi cakap kat depan macam serius gler..

"Sama jaa..istilah je yang lain"
"Owh..ingatkan lain2"

Budak pempuan nombot24 dah abess.. Turn aku lakk..ho3.. Nama doktor tuh doktor syarifah MBBS (Malaya)..Serius oo doktor ni..tanya dakk pempuan tadi cam robot jek!

"Berapa blood pressure??"
"130/80"
"Ha! Ni baru betol..yang tadi tu mcm mustahil jek"
"Ada penyakit berjangkit yang kronik yang dari keluarga?"
"Xde"
"Isap rokok?"
"Tak"
"Ok..tengok kat besi betol2 depan kamu..saya nak cek mata..Jangan tengok kat tempat ibu mengandung tu lakk"

Kebetulan sebelah besi tuh ade gambar cara2 yang betol untuk susukan anak (susu asli)..

"Erk.." Ha333

Aku pun gelak laa...ada ka patut..xkan laa aku nak tengok gmbq tuh..

"Isy..bukak laa mata tuh..sepet jek.."
"Ha3..adehh..sat3..nak tergelak.. Doktor buat lawak tadi.."

Aku try serius sat. Sempat cek sebelah mata jek, aku tergelak lagi..ha3..doktor tu pun gelak skali ngan aku.. Assistant tu tanya.."Awat tuh?" "Ni..budak nih..gelak lakk..saya kata tengok besi..jangan tengok gambar ibu tuh"

Ha33..suma dalam bilik tu pakat gelak termasuk laa dak2 lain yang buat medikal checkup.. Adehh..aku ingat doktor ni serius..Rupanya Mat Lawak gak..Ke...aku yang lawak?? heheh..

"Aktif x ni?"
"Aktif laa doktor"
"Boleh lari tak?"
"Selalu je Johan lumba lari.."
"Huik?? yeke?"
"Ha3..lumba lari dengan budak2 tadika.."
"Ceh! ha3.."
"Mana borang x-ray"
"Ni haa"

Dia pun cop2 laa apa yang patut..

"Ok dah siap!"
"Erk..doktor..ada 2 salinan.."
"Laa..menyusah betol!"

Ha33..doktor pun malas ke? hu3..

"Adik tulis sendiri je laa.."
"Boleh tu boleh..cuma takot x sah lakk nnt"
"Ok2.."
"Ha! Ni ha..dah siap pun! Sembang ngan adik laa ni..dah jadi lame dah..kesian kat budak2 lain..kna tunggu lama2.."
"Erk..sori laa ek. X sengaje.."
"Nanti belajaq leklok! Pi sana, bawak balik yang baik..yang x baik jangan ikot.."
"InsyaAllah.."
"Ok! Gud Luck!"
"Thanks"

Sepanjang aku dok dalam bilik tuh, xde lakk dia wish selamat belajaq kat orang lain.. Dah laa aku ni menyelit jek.. Appoinment pun x buat..ahaha.. Aku rase Atiqah tu pun menyelit gak! ha3..turn dia lepas aku jek..rakan sekolej..heheh..KMB.. Special guest kot aku ni..ahaha...

pukul5 semuanya dah abess..telefon abah dan balik! huh! x lunch lagi!! lapar2! Drive cepat2 cket abah..heheh.. Itu laa pengalaman aku semasa pergi jumpa doktor untuk pengesahan kesihatan.. Sekadar budak tumpang jek yang menyelit.. Yang aku pelik..apesal ckup2 30 orang?? Walhal ade 2 orang yang menyelit.. X datang kot.. Nasib baik laa..kalau x..dah kena marah dah dengan doktor tuh.. ha3..

Sekian dulu untuk kali ni..Nak pi Solat Jumaat ni..dah pukul 12.50 tghari..

Coretan:
~Akmal Hayat~

Happy Fathers Day and Welcome Back Addmath!

Assalamualaikum..

Xde la banyak sangat nak di coret...


first...

Welcome to all readers! Now you are all allowed to view this blog..


second..

today is father's day..

bangun pagi jek..abah tanya..

semalam spain lwn sweden sapa yang menang??

aku dengan bangganya sebut...

SPAIN laa! Kan abang dah cakap semalam..ha3..

ayah aku kalah dengan aku..

ingatkan dah abess laa..

pastu abah tanya lagi..hari ni hari ayah takdak wish ka??

aku : ha??? lupa lakk..dalam hati laa.. adehh cmna leh lupa ni..

aku pun dengan muka selambanya cover..

"abah..bukan esok ka father's day?!"

"yaka?? xtau lakk"

ha33 aku berjaya men'trick' abah aku..

hadiah dah beli dah..cuma kad wish tu lupa nak tuleh..ha3


pkoi 10 abah aku balik amek aku pi remit perjanjian JPA kat pejabat hasil...

so..arini aku jadi baik sikit laa..lunch aku prepare..aku masak..buat air laici..ha3..

ayah aku balik tinggal nak makan jek..aku dah hidang suma complete..

petang tuh..aku tulis laa apa aku rasa patut dalam kad father's day tuh..

aku segan lakk nak pi bagi..jadi, aku panggil adik aku..si Danish ni.. 5 tahun baru dakk ni..

"Danish..tulis nama danish dalam kad ni.."

"Ok bro!"

"Pi bagi kat abah..pastu cakap selamat hari bapa.."

Dia pun keluaq rumah..ayah aku ada kat luaq masa tuh..aku ada dalam blik..

tiba2..

"Abah2!! Selamat Hari Bapak!!"

hoh! kuatnya..aku yang dalam bilik ni pun dengaq..ha3..

Begitulah ceritaku sempena hari bapa..

*************************************************************************************

Lepas maghrib..

Tengok jap latihan2 addmath aku..

ha3..otak aku dah karat!

dalam 10 soklan addmath yg susah2 tuh..

3 aku xleh jawab! dulu boley jek jawab suma tuh..

xpa2..esok try lain..dah la xdak buku rujukan..ha33

*************************************************************************************

Sekian wassalam...