sebulan saya di UK

bismillah


sekadar sedikit coretan setelah begitu lama meninggalkan penulisan di sini. menunaikan hak kepada blog dan blog readers.. :) sekarang, sudah genap satu bulan satu hari saya berada di bumi united kingdom. terasa seperti begitu cepat masa berjalan.


1) subhanallah, bumi united kingdom ni sangat lawa (especially sheffield). ke mana-mana asyik nak bergambar. setiap kali perjalanan insyaallah membuka mata kita untuk melihat kebesaran-kebesaran Allah Taala. southampton, portsmouth, sheffield sudah saya tawan. mungkin banyak lagi lepas ini?


2) suhu, sangat sejuk. tapi thermal wear menjadi jalan penyelesaian. jadi, selapis pun kadang-kadang dah cukup untuk mengharungi keperitan suhu yang sangat rendah kat sini. ingat, sejuk tak best!! sungguh, sangat rindu suhu malaysia. matahari di sini 'palsu'.


3) rumah, alhamdulillah. rumah ni namanya BAITULNUR. semoga penghuni-penghuni di sini senantiasa di bawah nur hidayah dan rahmat Nya. tetapi jauh sedikit dari universiti. 45 minit door to door dengan menaiki underground tube yang senantiasa macam tin sardin pada setiap pagi. T_T


4) dakwah dan tarbiyyah, di bumi uk, alhamdulillah. orang kata, bumi uk adalah bumi tarbiyyah. alhamdulillah, bersyukur kepadaNya kerana bermula dari tingkatan satu lagi, Dia mencampakkan aku ke dalam biah yang padanya sahabat-sahabat yang saling tegur menegur.


"dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang munkar. merekalah orang-orang yang beruntung" (3:104)


5) duit, sekarang macam boros siket.. :D insyaallah akan dikurangkan perbelanjaan untuk yang tak patut. bersederhana dalam kehidupan.


6) mood, sampai sekarang tak tertaksir oleh kata-kata. nak kata gembira, tak juga. nak kata sedih pun, tak juga. mungkin emotionless?

di kawasan sheffield yang paling tinggi. penat panjat

7) kuliah, emm... adat berada di tempat orang. masih berusaha menyesuaikan diri. bukannya saya pemdiam, tetapi 'language always acts as barrier'. dalam usaha untuk bercakap dalam bahasa inggeris seperti air. fast and fluent.


8) fitness. baik, saya mengaku sekarang saya tak fit. dah 5 bulan tak jogging. akan memulakannya semula untuk kembali ke tahap kecergasan seperti dahulu. menjadi seorang da'ie dan seorang atlet pada masa yang sama tidak salah bukan? :D


"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak." (HR : Muslim )


9) badminton dan chess. maaf kepada kedua-duanya. sungguh tidak sempat berjinak-jinak dengan anda di sini. insyaallah akan kembali aktif bersama kalian dalam masa yang terdekat. settling down kadang-kadang mengambil masa SEBULAN!!


akhir kalam, doakan semoga saya terus thabat di jalan dakwah. ameen..


"Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
( HR : Bukhari dan Muslim )

p/s : tanggungjawab melebihi masa yang ada.