Dahulu..kini..adakah juga untuk selamanya?

20 November 2008…

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa terluang. Antara nikmat-nikmat Allah Taala yang sering dilupa manusia. Diri terasa berat untuk meneruskan latihan-latihan yang menggunung untuk disiapkan. Jadi, digagahi juga computer ini untuk melompat dari satu blog ke satu blog. Sehinggalah terjumpa satu blog ini. Indah susunan ayatnya. Manis kata-katanya. Menambat hati ini untuk membaca dari entry ke entry.

Makin jauh kutatapi dari huruf ke huruf, satu perkataan ke satu perkataan, terasa hatiku semakin syahdu. Hiasan-hiasan entrynya penuh dengan kalimah-kalimah yang mengingatkan hamba kepada Tuhannya. Dihiasi dengan peringatan-peringatan yang sukar kutemui belakangan ini untuk sentiasa mengagungkan-Nya sebagai Maha Pencipta. Cukup untuk kembali melembutkan hati ini yang kian keras. Tanpaku sedari air mata mula berlinangan. Aku mula teringat. Bagaimanakah diri ini pada masa dahulu? Bagaimana pulakah diri ini pada masa kini? Congakan untuk masa depan juga berlegaran di dalam akal pemberian Maha Pencipta.

Dahulu…dahulu Al-Quran itu pendamping diri ini dari pagi sehinggalah ke malam. Dalulu, Mathurat itu sentiasa menjadi zikir pagi dan petang. Dahulu, apabila solat, terasa kemanisan solat itu. Dahulu, apabila menuntut ilmu, sentiasa dapat memahami apa yang diajari. Sentiasa dapat fokus hampir seratus peratus. Tapi itu semua hanya sejarah dan kenangan masa lampau. Kerana diri ini kini makin terpesong daripada yang sepatutnya.


Kini…kini pendamping diri ini yang sentiasa menemani diri ini suatu masa dahulu sudah makin kurang kutatapi. Sudah kurang pengajaran yang kuambil daripadanya sungguhpun itulah dustur yang paling sempurna. Kini, Mathurat itu tidak sekerap yang dahulu. Hal-hal lain lebih diutamakan. Kini, apabila solat, fikiran sering melayang entah ke mana. Kini, apabila menuntut ilmu, sering kali fikiran ini memikirkan hal-hal lain. Akibatnya, banyak yang diri ini tidak dapat fahami. Itulah hakikatnya kini.

Kucuba membaiki diri ini. Kucuba menampung kembali lopak-lopak kelalaian yang sering bermain dalam diri ini. Tapi setiap kali kucuba, dugaannya semakin kuat. Seakan-akan tidak terdaya bagi diri ini untuk melawannya. Betapa lemahnya diri ini. Itulah hakikatnya seorang hamba. Hanya dapat melakukan sesuatu dengan izin-Nya. Ku sentiasa mengharapkan kekuatan daripada-Nya agar dapat diri ini mencari cinta-Nya. Cinta yang hakiki. Tidak pernah menipu dan tidak pernah mengecewakan. Sebaliknya menjadi penenang kepada jiwa yang kosong ini. Kudambakan cinta itu. Terbaca satu quotes…

“Camne nak cakap kita dah mencintai Allah??. Kita tak nampak cinta Allah ... Carilah cinta Allah,memang payah tapi Allah dah membantu kita,memandu kita dengan petunjuknya,Quran yang Haq..Carilah..carilah..Carilah cinta itu.."


Kuharapkan kekuatan daripada-Mu dalam mencari cinta itu. Pimpinilah diri ini agar sentiasa di jalan-Mu yang lurus. Jalan mereka yang engkau redhai. Ku amat berharap apa yang berlaku pada diri ini pada hari ini dan hari-hari sebelum ini iaitu hari yang tidak menjadikan diri ini sebagai hamba yang sepatutnya bukanlah untuk selamanya. Bimbinglah diri ini ke arah jalan keredaan-Mu. Jalan-jalan ahlul jannah. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Mu…Ya Allah…



" Katakanlah, Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia-lah yang Maha pengampun, Maha Penyayang.." [Az-Zumar : 53]


Awan

Andai dapat dicapai

Maka saktilah hamba


Coretan hati
~Akmal Hayat~

11/20/2008 10:47 PM


Kerja yang Semakin Banyak

17 November 2008...

Semakin hari terasa semakin berat taklifan yang terpaksa ditanggung. Makin hari, tugas makin banyak. Makin hari, kerja makin banyak. Lepas satu kerja, yang lain pula yang datang.

Banyak masa yang secara tak sengajanya telah dikurangkan:
  1. Masa study.
  2. Masa beribadah.
  3. Masa tidur.
  4. Masa buat keje2 tak berfaedah
  5. Masa beridah petang2.
Ada pros and cons dalam menerima taklifan yang banyak-banyak ni. Selamat class-based projek punya CAS aku tak dilantik jadi Projek Manager. kalau tak, bertambah2 banyak kerja aku.

Need more time for myself. Banyak lagi yang tak study. Quantiti ibadah makin berkurang. Kasihanilah aku. Aku ingin menjadi aku yang dulu.

Kudambakan kasih sayang-Mu Tuhan. Sentiasalah bimbing diriku di jalan-Mu yang lurus...

Yang meruntun kasih sayang
~Akmal Hayat~

Layakkah digelar MPP?

7 November 2008...

Bismillah..

Masuk hari ini, sudah seminggu lamanya keputusan pilihan raya KMB diumumkan. Keputusan pilihan raya boleh laa kalau nak jengok dekat blog KMB nih.. Sila klik di sini.

Terlantiknya sebagai MPP, tertakliflah satu tanggungjawab yang amat berat. Sukar nak diterangkan dengan kata2. Bak kata Presiden MPP 2007/2008,

"Setiap keputusan korang akan mempengaruhi apa yang akan terjadi dalam KMB ni. Keputusan korang dalam bilik ni (bilik MPP) akan menentukan sama ada pelajar akan menyayangi kamu atau membenci kamu. Berfikir sebelum membuat keputusan."

Huh! berat tuh. Macam mana aku nak deal nie. Tak dapat bayangkan kalau satu KMB benci aku. Cmna laa aku nak hidup nanti.ho33..

"Ingat! Allah sentiasa bersama hamba2-Nya yang beriman."



Moga2 taklifan ni dapat lagi membentuk diri ini sebagai seorang pemimpin dan dalam masa yang sama sebagai hamba Allah yang hebat. Aminn.. Sesiapa yang mengenal diri ini, sokonglah aku dari belakang eh.. tatkala satu masa nanti aku dalam kesusahan, anda semua amat diperlukan oleh diri ini..

Coretan hati
~Akmal Hayat~