Paya Mengkuang





Job done. Time to have a rest. :)

It's all about improvement.
What a closure for 2011! :)

p/s: keindahan chess. semuanya boleh bercakap dalam satu bahasa. yang tak kenal pun semua jadi sangat erat kerananya. :)


Picture : Alam



Terserempak dengan pemandangan ini sebelum ke tapak orang utan.


Mak Cik Tipah pelik.
Sebab iPhone ku kebanyakannya digunakan untuk menangkap gambar pemandangan.
Bukannya orang.

Pencinta Alam?
Ya, itulah gelaran untukku sepanjang bersamanya.


Tidakkah gambar ini lawa?
:)


Dalam memori,
Sepilok, Sandakan, Sabah.
Disember 2011.

Picture : Kediaman



Ini tempat pertama yang membuatkan hatiku tertaut.
Rumah di tengah-tengah sawah padi.
Berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu.
Berbumbungkan awan.


Melihat burung-burung berterbangan.
Pokok kelapa berbuai mengikut irama bayu.

Sama seperti lukisan yang dilukis semasa Pendidikan Seni semasa kecik-kecik dulu.


Suhu, dingin.
Penyejuk hati dan fizikal.


Dalam memori,
Ranau, Sabah.
Disember 2011.

Poring


Dalam kepala satu jek,
mandi air panas poring,
kat Poring Hot Spring.

Kat sabah ni,
pergi ke mana-mana pun tempat pelancongan,
wajib kena bayar 3 ringgit untuk dewasa,
5 ringgit untuk kamera,
tak kira laa kamera biasa atau kamera handfon.

Panjat bukit.

Sampai di tempat kolam air panas.
Penuh.
Ramai orang.
Semalam aku berimaginasi.
hanya akan ada aku, adik aku, ngan maklong aku sahaja,
dan of course beberapa orang lain.

So, macam tak best laa ramai-ramai sangat.
Nak terus mendaki lagi,
sebab kat atas ada air terjun.
Matlamat dah lari/ Kata nak mandi air panas~
Lol/
Mak Long surrender.
Tunggu kat bawah.

Naik punya naik.
Sampai tengah jalan,
jumpa tempat masuk ke titi tergantung canopy.
Terus paksa adik aku ikut masuk.

Like seriously, tak sangka kena panjat bukit yang tinggi lagi.
Tak apa. Demi pengalaman pertama.

Sampai di tempatnya,
panjat naik pondok.
Terus cakap. Tapi sorang-sorang/
Inilah masa menguji kegayatan.

Pijak titi tu,
borgoyang!
Lompat naik balik.
Dalam hati,
=/="
Kata nak uji kegayatan.

Jauh antara satu checkpoint dengan checkpoint seterusnya.
Tapi sebab dah bet nak tengok sapa paling gayat dengan adik, 
jalan buat selambe.
Muka tenang.
Siap eksyen tengok bawah lagi.

Bila dah tengok bawah, baru laa sedar.
Aku tak takut tinggi.
Tapi gayat time goyang-goyang.

Total 5 titi kena harung.
Yang setiap satunya macam 50-70 meter.
Sampai titi yang 2nd last dan last tu memanglaaa..
Doa paling banyak sepanjang melalui titian kat situ.

Turun balik.
Lutut dah bergetar.
Akibat tak bersukan hampir 5 bulan.

Kemudian teruskan pendakian ke tempat ait terjun.
Sampai satu checkpoint ni macam seram dah.
Awat aku dengan adik aku jaa sampai sini.

Sampai tempat air terjun.
Sempat laa tengok.
Tapi tak da orang.

Lepas tu,
ternampak satu selipar,
yang tiada pasangannya.
Kaler pink.
Selipar perempuan.

Lagi laaa seram.
Tak jadi terus nak mandi
lepas penat-penat panjat hampir 1 km.
Terus ajak indat turun.

Dalam perjalanan turun,
adik aku sangkut kaki sekali kat tempat air terjun dan jatuh.
Aku hampir-hampir nak jatuh.

Kat simpang nak balik,
tiba-tiba nampak botol air mineral besar kat sign board.
yang awal-awal tadi tak dak pun.

Cepat-cepat terus turun ke kolam air panas.
Cancel terus rancangan nak ke Gua Kelawar yang kira=kira lagi 200 meter dari situ.

Sampai bawah terus bukak beg yang digalas.
Cek.
Selipar tu tiba-tiba ada dalam beg kaa tak.

Masa ni teringat semua muvi seram.
Haha.

Lepas tu cari kolam kosong.
Menenangkan fizikal.
Menenangkan fikiran.
Menenangkan hati.

Dari segala masalah,
kekusutan
yang dah dilalui sepanjang 5 bulan ini.

dan boleh jugak katakan.
sepanjang setahun ini.
:)

Serius, ia sangat menenangkan.
Syukur.
Walaupun aku tahu ia untuk jangka masa yang pendek sahaja.
:)

Ready untuk balik.
Terima kasih Makcik "Mak Nana" untuk penginapan.
Yang lawa.
Rumah tengah-tengah sawah padi,
berlatar belakangkan gunung kinabalu.

^_^

Kundasang 2

Kaki Gunung Kinabalu – Pekan Nabalu – Pekan Kundasang

Pengalaman memandu kereta paling mencabar sepanjang 3 tahun bawa kereta ketika dalam perjalanan dari pekan ranau ke kinabalu park.
Jalan bukan sekadar bersimpang siur,
Bukan sekadar berbukit bukau,
Bukan sekadar kena ikut belakang lori yang super slow dengan kereta manual,
Yang kadang-kadang mati enjin sendiri bila turun bukit =,=
Tetapi menyusuri selekoh maut beberapa kali,
Yang bukan sekadar 180 darjah,
Tapi hampir 360 darjah beberapa kali.
Dan asyik ada double line saja.
Tak leh nak memotong abang hensem.


Kinabalu Park.

Sejujurnya tak dak apa pun. Haha.
Cuma dapat pengalaman bawak kereta di kaki bukit.
Yang mana, setiap kali memandu kereta, orang akan shift up gear,
Dari 1 kemudian ke 2 dan ke 3 dan seterusnya.

Tetapi ini,
Seringkali,
Dari 4, ke 3, ke 2 kemudian ke 1.
Lulz.
Tambah-tambah apabila menurut di belakang pakcik hensem (lori)
Bak kata Makcik “Mak Nana” (tak tahu nama. Haha)

Banyak vocab baru belajar dari dia.
Seperti minuman berkhasiat yang ditujukan kepada minuman beralkohol,
Jerangkap samar yang ditujukan kepada tahi lembu,
Dan lain-lain.

Sampai di pekan nabalu.
Kalau di UK, pekan nabalu ni macam Queensway dan Bayswater.
Tempat membeli souvenirs.
Shopping time.
Di sini dapat vocab baru yang sangat laaa lawak.

SUMANDAK

Teringat chatting dengan abah semalam.
“Jumpa sumandak tak kat sabah?”
Aku tanya, sumandak tu apa dia?
Dia gelak dan suruh cari sendiri.
So aku assume, sumandak tu macam souvenirs laa kot memandangkan dia suro beli kat dia.
Ataupun paling teruk, mungkin sejenis haiwan peliharaan.

Tengah makan ni kawasan paling heaven di kawasan ranau-kundasang,
Tiba-tiba terdengar Makcik “Mak Nana” kata
Sumandak!

Aku pun bertanya,
Makcik, sumandak tu apa?
Makcik tu gelak dan cakap,
Sumandak tu Anak Dara.

Aku pun macam..
"Abah… =,="

Nasib baik tak mintak kat makcik jual souvenirs tadi,
“Ada jual sumandak tak?”
Kalau tak,
Balik ni,
Abah orang 1st kena %^*@^@


Pekan Kundasang,
Sejuk macam kaki gunung gak,
Tempat buah-buahan dan sayur-sayuran.
Murah super.
Sayur satu kotak, baru RM35.

Sampai rumah Makcik Mak Nana ni,
Landing terus.
Longgar skru lutut tekan clutch.
Memandu di kawasan yang super mencabar.

Kundasang

20 Disember 2011

Perjalanan dari pekan kunak ke ranau amek masa 7 jam.
Macam Jitra - Melaka.

Sampai kat accommodation kat ranau.
Rumah kampung.
Tengah-tengah sawah padi.
Latar belakang, gunung kinabalu.
Nak sampai rumah ni, kena bukak kasut dan pakai selipar jepun.
Sebab berbecak kat batas-batas sawah padi.

Jalan kaki.
Singsing seluar.
Tangan sebelah pegang kasut putih nike.
Sebelah lagi membawa kamera.

"Ini baru kampung oh!"
Terpancul keluar ayat pertama.

Melihat pemandangan dan merasai nikmat sebenar kampung.
Hati terus bermadah.

"Oh, cinta hatiku berada di sini."

Serius macam lukisan yang selalu lukis kecik-kecik dulu.
Ada gunung (kinabalu)
Ada matahari
Ada sawah padi
Di tengah-tengahnya ada rumah kampung.
Ada pokok kelapa.
Ada burung-burung berterbangan.

Walaupun tinggal kat kedah,
dan sepatutnya semua tu dah normal kat mata,
tapi rasa macam baru saja tengok.
Nikmat.
Ok, perak jap. haha.

Jatuh hati...


Kolam Hati

Katakan cicit cinta,
cicit cinta
kamu..
~KRU - Tiga Kata~

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
~Wali Band - Aku Cinta Allah~

Ketika cinta bertasbih,
nadiku berdenyut merdu,
kembang kempis dadaku,
merungkai butir cinta
~Ketika Cinta Bertasbih~

*****

Kebelakangan 2-3 hari ni, sebelum tertidur, mesti akan tertanya-tanya,
satu soalan yang tak pernah pun terlintas sebelum ni.
Selalu sangat dengar cinta.
Cinta tu apa sebenarnya?
Cinta tu sebenarnya macam mana?
Datang dengan tiba-tiba jek soalan ni.

Kelu.
Takde jawapan.
Nak tanya orang, tapi segan.

Lalu aku berkhayal.
(Eh, berkhayal nampak macam negatif sangat. =.=")
Lalu aku berimaginasi sendiri.

Cinta tu,
Satu perasaan.
Yang, akan membuatkan kita selalu terfikir tentang perkara/sesuatu/seseorang yang kita cinta.

Yang,
bila dia nasihat,
atau menegur,
kita akan cuba sedaya upaya kita untuk ikut nasihat dan teguran tersebut.
secara kita tak sedarpun.

Yang,
bila kita mengingati dia/ia,
hati akan menjadi tenang seperti tenangnya air yang mengalir.

Dan kita akan cuba sedaya upaya,
untuk berkelakuan sepertimana yang kita fikir dia mahukan.
Sebab, kita nak nampak sempurna di matanya,
secara kita sendiri tak perasan pun kita berkelakuan demikian,
secara kita sendiri tak tahu pun kenapa kita berkelakuan demikian.
Tetapi, ia terjadi.
Ia seolah-olah terjadi dengan sendirinya.

Itulah cinta.

*Tamat berkhayal berimaginasi*

Dan membuatkan aku terfikir jugak.
Kalau ingatkan seseorang/sesuatu yang kita cinta,
seharusnya hati akan menjadi tenang setenang air mengalir
(Assumption : cinta didefinisikan mengikut imaginasi akmal hayat)

Jadi, cinta pada harta benda tu tak wujudpun sebenarnya.

Cita-cita aku jangka masa pendek, nak ada Audi sebijik.
Sebab aku dah jatuh cinta dengan Audi.
Pergi kerja naik Audi.
Pergi bercuti naik Audi.
Pergi kasi ceramah naik Audi.
Pergi usrah naik Audi.

Well, at one point, sebab Audi tu mahal,
Aku takut banyak benda.
Calar.
Kena pecah.
Kena curik.
Kena rompak.
Kena bakar.
Kena boommm.

Jadi, membuatkan hati tak tenang.
Jadi, ia sepatutnya gilakan harta. Bukannya cintakan harta.

Begitu juga dunia.
Kita bukan cintakan dunia,
Kita gilakan dunia.
Sebab dunia menjadikan kita takut macam-macam.
Kita jadi takut benda yang tak sepatutnya kita takut.

Kita takut,
kerja kena tarik.
biasiswa kena potong.
lamaran kena tolak.
bakal isteri lari masa akad nikah.
gagal peperiksaan.
dan lain-lain,
yang kita tak sepatutnya takut pun.
Sebab semua benda tu dah diatur.

Kenapa perlu takut sedangkan kita ada senjata bersama kita.
Untuk apa Allah kata "Ud'uuni Astajiblakum"?

Suburkan rasa cinta.
Jauhi rasa gila.

*****

OK, post ini sebenarnya untuk muhasabah penulis semata-mata.


*****

Awat nama post ni Kolam Hati? Macam tak dak kena mengena pun.?

Jujurnya kolam hati tu nak menggambarkan keadaan yang terjadi kat kampung ni, sabah negeri bawah bayu.
Berada di sini seolah-olah merasakan semua orang seirama denganku. Jiran-jiran, anak-anak saudara, pakcik2, semuanya masuk dan cocok.

Sebab semuanya peminat kolam hati.
Atau bahasa Inggerisnya.
Liver Pool.
Liverpool!

Tiada Chelsea, tiada Manchester United, Tiada Arsenal!
Peace! ^^ 
(Sambil membuat tanda aman menggunakan kedua-dua belah tangan)

Sekian.

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kemalangan jiwa di sini.
p/ss: Macam takkan dapat je pergi semua pulau kat sabah ni. Kering poket. Mahal! T_T

Books

Tanggal 27 November 2011. Dah lama terasa seperti mahu menulis semula. Tapi dibiarkan saja di dalam draft.

Kenapa?

Bila menulis, dah rasa sangat skill menulis tu dah diambil balik. Haisy.

Nothing much. Blog ini akan di update sekali sekala sahaja. 

Baru lepas membeli buku-buku baru untuk habuan membunuh masa tatkala winter. :)

Semoga dapat balik skill2 untuk menulis dengan lebih best dan efektif..




Oh, semoga sempat habis! :D


'Berjaya' menghabiskan duit lagi.

=.="

Berpindah ke domain baru

Suka cita dimaklumkan bahawa Tentang Hati telahpun berpindah ke domain baru


dengan nama baru, Cerita Jalanan.

Sekian.


Hijrah Rasulullah ke Thaif

Setelah merasakan berbagai siksaan dan penderitaan yang dilancarkan kaum Quraisy, Rasulullah saw berangkat ke Thaif mencari perlindungan dan dukungan dari Bani Tsaqif dan berharap agar mereka dapat menerima ajaran yang dibawanya dari Allah.


Setibanya di Thaif , beliau menuju tempat para pemuka Bani Tsaqif, sebagai orang-orang yang berkuasa di daerah tersebut. Beliau berbicara tentang Islam dan mengajak mereka supaya beriman kepada Allah. Tetapi ajakan beliau tersebut ditolak mentah-mentah dan dijawab secara kasar. Kemudian Rasulullah saw bangkit dan meninggalkan mereka, seraya mengharap supaya mereka menyembunyikan berita kedatangannya ini dari kaum Quraisy, tetapi merekapun menolaknya.


Mereka lalu mengerahkan kaum penjahat dan para budak untuk mencerca dan melemparinya dengan batu, sehingga mengakibatkan cidera pada kedua kaki Rasulullah saw. Zaid bin Haritsah, berusaha keras melindungi beliau, tetapi kewalahan, sehingga ia sendiri terluka pada kepalanya.


Setelah Rasulullah saw sampai di kebun milik ‘Utbah bin Rabi’ah kaum penjahat dan para budak yang mengejarnya berhenti dan kembali. Tetapi tanpa diketahui ternyata beliau sedang diperhatikan oleh dua orang anak Rabi’ah yang sedang berada di dalam kebun. Setelah merasa tenang di bawah naungan pohon anggur itu, Rasulullah saw mengangkat kepalanya seraya mengucapkan doa berikut :


“Ya, Allah kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih ladi Maha Penyayang. Engkaulah Pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku! Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku ? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tak kuhiraukan, karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada sinar cahaya wajah-Mu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akherat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu.“


Berkat do’a Rasulullah saw itu tergeraklah rasa iba di dalam hati kedua anak lelaki Rabi’ah yang memiliki kebun itu.


Mereka memanggil pelayannya seorang Nasrani, bernama Addas, kemudian diperintahkan; “Ambilkan buah anggur, dan berikan kepada orang itu!“


Ketika Addas meletakkan anggur itu di hadapan Rasulullah saw, dan berkata kepadanya; “Makanlah!“

Rasulullah saw mengulurkan tangannya seraya mengucapkan; “Bismillah.“ Kemudian dimakannya.

Mendengar ucapan beliau itu, Addas berkata; “Demi Allah, kata-kata itu tidap pernah diucapkan oleh penduduk daerah ini.“


Rasulullah saw bertanya; “Kamu dari daerah mana dan apa agamamu?“


Addas menjawab; “Saya seorang Nasrani dari daerah Ninawa (sebuah desa di Maushil sekarang).“


Rasulullah saw bertanya lagi; “Apakah kamu dari negeri seorang saleh yang bernama Yunus anak Matius?“


Rasulullah saw menerangkan; “Yunus bin Matius adalah saudaraku. Ia seorang Nabi dan aku pun seorang Nabi.“


Seketika itu juga Addas berlutut di hadapan Rasulullah saw, lalu mencium kepala, kedua tangan dan kedua kaki beliau.


Ibnu Ishaq berkata : Setelah itu Rasulullah saw meninggalkan Thaif dan kembali ke Mekkah sampai di Nikhlah Rasulullah saw bangun pada tengah malam melaksanakan shalat. Ketika itulah beberapa makhluk yang disebutkan oleh Allah lewat dan mendengar bacaan Rasulullah saw. Begitu Rasulullah saw selesai shalat, mereka bergegas kembali kepada kaumnya seraya memerintahkan agar beriman dan menyambut apa yang baru saja mereka dengar.


Kisah mereka ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya :

“Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan(nya), lalu mereka berkata, “Diamlah kamu (untuk mendengarkanya).“ Ketika pembacaan telah selesai, maka kembali mereka kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata, “Hai kaum kami, sesungguh kami telah mendengarkan kitab (a-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang meyeru kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab ynag pedih.“

QS al-Ahqaf : 29-31


Dan di dalam firman-Nya yang lalu :

“Katakanlah (hai Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahwa telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Quran) lalu mereka berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan.“ QS al-Jin : 1


Kemudian Rasulullah saw bersama Zaid berangkat menuju ke Mekkah. Ketika itu Zaid bin Haritsa bertanya kepada Rasulullah saw; “Bagaimana engkau hendak pulang ke Mekkah, sedangkan penduduknya telah mengusir engkau dari sana?“


Beliau menjawab, “Hai Zaid, sesungguhnya Allah akan menolong agama-Nya dan membela Nabi-Nya.“


Lalu Nabi saw mengutus seorang lelaki dari Khuza’ah untuk menemui Muth’am bin ‘Adi dan mengabarkan bahwa Rasulullah saw ingin masuk ke Mekkah dengan perlindungan darinya. Keinginan Nabi saw ini diterima oleh Muth’am sehingga akhirnya Rasulullah saw kembali memasuki Mekkah.


[Dikutip dari buku Sirah Nabawiyah karangan Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan Al Buthy, alih bahasa (penerjemah): Aunur Rafiq Shaleh, terbitan Robbani Press]

Sumber : http://abizakii.wordpress.com/2010/07/24/sirah-nabawiyah13/

No one but Allah

When i am alone,I crave company and someone to support me.no one comes to help me except Allah !


When I pretend to be strong in front of the world,nobody sees my weaknesses,nobody sees my tears,except Allah!


When I'm sad and I want a shoulder to cry on,nobody seems to notice my hidden tears or to support me but Allah!


That's Allah!
The Greatest,The Most Beneficent,The most Merciful


Hikayat Kehidupan

Bismillah.

Alhamdulillah kerana dapat juga akhirnya melancarkan blog lama dengan nama dan domain baru. Err, secara jujurnya, terasa kekok sangat dengan nama ni. Tapi rasanya memang awal-awal dalam setiap benda pun akan rasa kekok.

Kenapa dah tak guna Tentang Hati?
Bagi saya, nama tersebut banyak membawa cerita-cerita koyak dalam kehidupan. Sejak dari blog ditubuhkan sehiggalah Tentang Hati secara rasminya dimansuhkan.

Sebab pemilihan nama Hikayat Kehidupan? Mudah. Hikayat tu nak dekat sama macam Hayat. Dan maksud Hayat itu Kehidupan.

Okay, saya sudah membazir 3 jam untuk edit template ni. Tab-tab di atas belum sempat dikemaskini. Saya masih belum mempunyai anak mahupun cucu. Noktah.

Selamat berkhidmat "Hikayat Kehidupan"!

^__^

Err..sepatutnya sekarang saya patut belajar

(>.<)!






JOM! Hidup adalah pengembaraan.

Hidup tak lari daripada pengembaraan.
Dan kita tak mengembara tanpa guide.
Kalau tak, itu kita tak panggil mengembara.




Ersiyes terserempak dengan Stella di satu persimpangan yang sesak dengan kenderaan. Sudah hampir 2 tahun kedua-dua orang sahabat ini tidak berjumpa. Lalu diajaknya ke kedai kopi.


Stella meluahkan rasa gelisahnya setelah hampir satu jam berbual-bual mengenai pengalaman hidup di kolej persediaan.


Macam mana life kat oversea ek?
Dengar citer banyak anjing, jenuh r samak dengan air tanah selalu?
Boleh ke tinggal solat fardhu atas sebab lecture amek waktu solat?
Elaun selalunya cukup ke tak ek?
Wah, wudhu dengan salji?! Eh, ke tayammum guna salji?
Winter, sah-sah malas nak amek wudhu.
Belacan, kicap, udang kering, ade jual tak kat oversea?
Better beli barang/pakaian siap-siap dari Malaysia atau beli kat oversea?


dan pelbagai lagi concernnya dengan cara hidup dan bagaimana nak survive ketika di oversea.


Ersiyes tersenyum. Kerana pada hakikatnya dia juga tidak begitu mengetahuinya. Lalu dijawabnya,


"Aku dengar ade satu program pre-departure ni yang akan beri guidelines untuk semua soalan kau. Malah, siap ajar lagi cara carik kiblat pe sume. It's JOURNEY OF A MUSLIM. JOM!"

"Tuu! Try usya TV tu! JOM!"



"Kau ni bagus lah, awal-awal lagi dah nak tanye macam-macam. Prepare macam-macam."


Stella menjawab,
"Mestilah! Hidup ini cabaran. Kat mana-mana pun iman kena jaga. Oversea lagi laa~ Penangan mat salleh, minah salleh, bukan senang nak tepis. Hik3!"

Stella ketawa nakal.

*********************************************

Aku suka pesanan mak cik Miley Cyrus ni.


There's always gonna be another mountain.
Keep on moving.
Keep climbing.
Keep the faith!

It's all about the climb.
Keep the faith.
Keep your faith.


mak cik Miley Cyrus ni pesan, kat mana-mana pun, kena jaga iman.

^_^


All the best IB KMB 09/11 Students

Saya menulis khusus kepada kawan-kawan, rakan-rakan, dan sahabat-sahabat saya yang mengambil jurusan KEJURUTERAAN di Kolej Mara Banting untuk sesi 2009/2011.


*******************************************************

Hanya perkongsian pengalaman daripada bekas pelajar IB yang biasa-biasa dan bermasalah ketika di Kolej Mara Banting 08/10. Jadi, saya akan menulis mengenai diri saya dan pada masa yang sama akan diasimilasikan dengan nasihat-nasihat, insyaAllah. =)


Saya masih teringat ketika mana dalam keadaan crucial dengan hanya tinggal tak sampai seminggu sahaja lagi, pelbagai masalah bermain dengan diri sendiri ketika tu. Emosi dan perasaan, tekanan akademik, tekanan rakan sebaya, tekanan IRP groupmates, tekanan admin, dan macam-macam lagi lah! Tak tertaksir dek kata-kata.


Rata-rata antara kita rasanya akan mengalami masalah yang serupa. Jadi, suka bagi saya berkongsi tentang bagaimana saya menghadapi masalah ketika dalam masa beberapa hari lagi sebelum peperiksaan penting ni. Tentukan fly tak fly kot!! Sape tak cuak.. =D


Apa saya buat semasa dah dekat-dekat sangat dengan time exam?


~1~
Saya sedar masa saya tidak banyak. Jadi, setiap masa saya, saya akan cuba maximizekan semata-mata untuk akademik. Saya bukankanlah robot untuk sentiasa study 24 jam. Kadang-kadang memerlukan X-Booster! Jadi, nak rasa best study tu, walaupun terpaksa (=.="), terus ke koop beli butterscotch 2 bungkus dan beberapa botol besar 100 plus sebagai peneman. Lapaq, telan. Dahaga, telan. Bangun awal pagi, lepas sempat buat qiam, telan! iA bertenaga.


~2~
Dan, untuk mengadap buku 24 jam itu mustahil. Walaupun masa dah dekat, tetap pergi gak pekena carrom dan pingpong selama 30minit-sejam. Untuk keluarkan segala toxin dalam badan. Jangan terlalu memaksa diri untuk study, kemungkinan untuk anda blackout semasa exam adalah tinggi jika terlalu stress.


~3~
Bagi saya, masa yang paling best untuk recap balik apa yang dah study dan baca adalah semasa mandi petang selepas main, yang mana bilik mandi dan tandas dipenuhi ramai orang. Gunalah waktu itu! Serius, dulu-dulu masa mandi, saya sering recap equation dan fakta-fakta yang susah untuk diingat dengan cakap kuat-kuat semasa mandi. Kadang-kadang saya melagukan semua fakta tu. Lagu siti nurhaliza, dayang nurfaezah, mawi, rock-rock kapak, semua saya taram! (err..xde lagu nasyid? hee...)


Dan yang menjadikannya menarik bila ada suara-suara orang lain yang sambung fakta-fakta anda dengan cara melagukannya jugak. Dan akan ada orang yang tak tahu benda yang kita nyanyi tu, dia akan tanya. Kita jawab. Pastu, aku penah kantoi salah bagi fakta, then akan ada orang yang perbetul. Itulah masa belajar paling efektif bagi saya dahulu. Tidak hairanlah saya akan mengambil masa 30 minit ke sejam untuk mandi di KMB.. haha!


Dan akan ada mulut-mulut "poyo rr akmal", "ceh! bagi fakta salah! nak dapat 7 sorang-sorang rr tu!".. Haha, itu biasa.. Jenaka-jenaka tersebut akan membuatkan anda kembali tidak tegang untuk study. ^_^


~4~
Benda yang paling best bagi saya ialah untuk handle emosi dan perasaan. Ini, saya rasa Allah yang tolong saya ketika ni. By default, bagi diri saya sebagai manusia, adalah mustahil untuk handle masalah emosi saya ketika itu.


Tekanan study, bergaduh dengan IRP mates, putus cinta, bagi saya tak dapat melawan apa yang saya rasa apabila diri saya sendiri di-banned oleh KMB untuk tidak boleh menjejakkan kaki langsung di KMB sepanjang waktu IRP weeks sehinggalah bermula peperiksaan.


Macam mana mau study? Nak bawak balik semua buku? Dah laa tinggal kat kedah nuu.. Apa kata-kata cikgu? Cikgu-cikgu redha saya tak? Bagaimana dengan anak buah IRP saya? Banyak tanggungjawab masa tu. Kalau exam tak pass macam mana?


Haa..! Dahsyat kan? Tapi apa saya buat?


Setiap manusia kalau ada masalah memerlukan tempat untuk mengadu. Solat malam saya tidak pernah tinggal pada waktu itu agar sentiasa ditetapkan hati dalam ketenangan. Dan pada ketika saya di-banned juga, hadirnya cikgu-cikgu (Pn Ima, Pn Marzini, Pn Mazwiyan) called saya malam-malam ketika saya masih di rumah, bertanya hal yang sebenar. Peluang itu saya gunakan untuk sembang2 dan comfortkan hati saya. Bersembang dengan orang berpengalaman sangat dapat selesaikan serabut anda sedikit sebanyak.


Subhanallah, bagaimana Allah menghulurkan bantuan melalui guru-guru tadi. :)
So, believe in Allah. Mintak kat dia dalam semua benda. InsyaAllah, dia permudahkan.. =)


Jadi, saya tetap datang ke KMB walaupun di-banned dengan hati yang tenteram. Dapat study kembali dengan hati yang tenteram. =)


Jadi insyaAllah, tekanan pakcik2, makcik2, parents, jiran2, kawan2 mak ayah kita kat kita yang belajar di kolej persediaan pun dapat diatasi dengan baik.. :)


~gambar kenangan~


Setakat itu buat sekarang. Nak keluar main basketball! See! Aku dengan riadah tak dapat dipisahkan walaupun exam dah dekat.. :D


Till then, babai.

^_^

Coffee Corner 6

Apologi kepada Raja Muhammad Aslam.
Budak Soton yang hebat lagi bergaya.


Amaran : Post ini panjang.

************************************

Mode Kuch Kuch Hota Hai.


Setiap cerita hindustan, mesti ada bahagian nyanyian yang melibatkan hero dan heroin kan? Dengan berlatar belakangkan taman bunga dan beberapa pokok. Hero dan heroin ni main sembunyi-sembunyi di belakang pokok. Bila ternampak, malu-malu.


Kemudian ada bahagian yang mana Hero berada jauh di sebelah kiri dan Heroin pula jauh di sebelah kanan di dalam taman bunga tersebut. Untuk membuktikan cinta, kedua-duanya berlari ke arah masing-masing dengan kelajuan yang sepatutnya (sambil menyaksikan bunga-bungaan berterbangan tatkalamana di'randuk' oleh kedua-dua insan ini) sebelum berpelukan bersama-sama semula.



Eh eh?
Pernah terbayang tak kalau kita dalam situasi tu?
Mesti macam best dan romantik kan?


Dan cuba bayangkan pula, bila kita yang berada dalam adegan tu,
Kita berlari kat kekasih kita tu dengan kelajuan 2 m/s,
tapi kekasih kita tu lari kat kita dengan kelajuan 4 m/s.


Mesti terasa,
"Wah, kasih-sayangnya padaku melebihi daripada kasihnya aku padanya."

Okay, mungkin ada yang tak nampak.
Macam mana kelajuan boleh dikaitkan dengan kasih yang lebih?
Jom, kita lebih praktikal.


Letak kekasih 1 dan kekasih 2 untuk bertanding dalam acara balapan 100 meter.
Anda berada di garisan penamat.
Siapa menang akan mendapat kasih dan sayang anda.
Semestinya yang lebih sayang kepada anda akan berlari lebih laju kepada anda.
Kan? Ke tak? Err..


Anggap teori saya betul. (Hehe)
Mengikut hukum alam, rasanya memang kena teori tu. =)


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Rasulullah saw. bersabda: 

"Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.” 
[Ditakhrij oleh At-Tarmizi]


Lagi dahsyatkan cinta Allah kepada kita?
Kita hanya pergi kepadaNya dengan berjalan,
Dia datang kepada kita dengan berlari.


Kalau lagi laju kita menuju kepadaNya,
Lagi lajulah Allah menuju kepada kita.
Cuma kita kadang tak sedar.


Jom berlari!
Eh eh, tapi stamina itu perlu kan?

^_^

Alnwick Castle aka Hogward

2 April 2011


Pengalaman pertama melihat sekolah Harry Potter di hadapan mata dengan mengikuti Alnwick Castle Trip yang dianjurkan oleh University of Sheffield Students Union. 

~The Alnwick Castle aka Hogward ~

Sepanjang perjalanan, menghabiskan banyak masa dengan seorang pemuda bernama Alex. Seorang pelajar post-grad yang mengambil jurusan dalam bidang kemanusiaan yang berasal dari Australia. Sesi taaruf selama 3 jam pergi dan 3 jam pulang. Total 6 jam tolak 3 jam tidur.. (hehe)


Ini merupakan pengalaman pertama kot berjalan dengan mat salleh dan speaking tanpa henti. Kecuali masa lunch yang mana masa dihabiskan bersama Malaysians.


Hogward tu sebenarnya macam banyak jugak laa beza kalau nak banding dengan dalam tv. Tapi ada ja yang kata sama. But, Alex and I agreed that there was much differences between the Alnwick Castle and Hogward. 

~Dumbledore, Harry Potter, and Hagrid~

Sempat lihat persembahan silap mata bersama Alex usai solat fardhu di Dungeon daripada Harry Potter, Professor Dumbledore, dan Hagrid. Tercengang sekejap apabila mata ini disilapkan oleh persembahan silap mata mereka.

~Dungeon..tempat di mana aku curi2 solat..~


p/s : nak speaking dengan mat salleh rupanya lagi senang kalau nak banding speaking dengan malays..

Coffee Corner 5

"APRIL FOOL!!"

=.="
"Kau ni..buat laa kerja yang berfaedah siket daripada dok pekena orang.."

"Come on bro, hidup kena enjoy~"

"Nah ambik ni. Belajar cara nak enjoy. Enjoy enjoy jugak. Tapi ada cara dia."
^_^



Baru baca sikit, dah jatuh cinta. 
<3 <3 <3

Mengisahkan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan manusia, dan alam sekitar
berdasarkan pengalaman Dr Muhammad 'Abd Al-Rahaman Al-'Arifi
sepanjang 20 tahun.

BEST!
Tak tipu.

Boleh dapatkan dalam bentuk PDF kat sini.

Kalau nak dalam buku jugak, boleh order kat site ni.


"Owh..nak enjoy pun ada cara-cara ek?"

"Mestilah! Kitakan muslim." =)


p/s: cubaan untuk ubah cara penulisan untuk ruangan coffee corner. still rasa macam fail jek nak kasi coffee corner ni jadi santai habes.. =.="

Coffee Corner 4



Kadang-kala, sangat tak mampu untuk menghalang air mata daripada menitis
apabila kita kenangkan sayangnya Allah kepada kita,
kurniakan kita macam-macam,
tapi kita tak pernah rasa bersyukur.


Kadang-kala, sangat tak terdaya untuk menahan air mata daripada menitis
apabila terfikir pernahkah ada sedetik dalam masa kita seharian
terasa bahawa sangat cintanya kita kepada Allah.


Diri ini terlalu lemah.


Bumi Edinburgh, Bumi Scotland, Bumi Cinta

Abstract:
Post ini hanyalah catatan seorang pengembara ke bumi Scotland, pengalaman beliau, pemikiran beliau, dan juga isi hati beliau sepanjang melalui kehidupan yang menarik di bumi Scotland. Terutama sekali, bumi Edinburgh, bumi cinta.

Kerana TeNtaNg hAti adalah blog saya, maka, saya menulis ini bukan untuk orang lain, tetapi diri saya sendiri.


*****************************************

Kedatanganku selama 5 hari di bumi Edinburgh tidak lain hanya mampu diungkap dengan perkataan subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Walaupun kedatangan ke bumi ini dilalui dengan kesukaran dan mungkin akan menjadi satu pengalaman yang buruk sepanjang menaiki kereta api di United Kingdom ini tapi subhanallah, maha suci allah, dia telah menggantikan pengalaman buruk itu dengan nikmat ciptaan-ciptaannya yang subhanallah sangat indah sepanjang berada di bumi edinburgh.

=')

Pendakian ke puncak Creg tiadalah apa sangat jika hendak dibandingkan dengan cabaran ke puncak Arthur's Seat. Ketika melangkah pergi, aku bertemu dengan satu persimpangan. Satunya jalan mudah dan senang namun memerlukan jarak yang agak jauh jika hendak dibandingkan dengan jalan yang satu lagi. Jalan yang kedua memerlukan aku untuk mengharungi banyak cabaran, dan juga risiko akibat jalan yang berbahaya. Namun, lebih pendek sedikit jika hendak dibandingkan dengan jalan yang satu lagi.









Aku memilih jalan dua. Jalan yang tidak ramai orang memilihnya. Penat. Pancit. Tak fit. Itulah yang dirasai sepanjang pendakian ke puncak. Perasaan gembira apabila berjaya menapak ke puncak Arthur's Seat tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata terutama sekali apabila melihat panorama bandar edinburgh 360 darjah dari puncak.

Begitulah jalan kita. Tidak mudah. Untuk mendapat sesuatu yang sangat best, untuk mendapat sesuatu yang sangat memuaskan hati, perlulah bersusah payah daripada bawah. Bersusah payah daripada awal.

Sempat juga merakamkan video tentang perasaan apabila sampai ke puncak. Perasaan dapat lari daripada bandaraya london. Perasaan dapat lari daripada imperial college london. Perasaan keluar mentadabbur alam. Perasaan melihat ciptaan allah yang subhanallah indah. =')

Mencari ketenangan. Meredakan segala kekusutan dalam hati dan fikiran yang tak selesai-selesai. Dari london dan juga semasa dari kmb lagi.

Cukuplah bagiku Allah. Dan kepadanya lah kembali segala urusan.
Semoga kata-kata ini terpahat kukuh.
Melekat di sanubari.

Hidup ini senantiasa akan berhadapan dengan pilihan.
Semoga allah sentiasa mamandu langkah-langkahku.







Coffee Corner 3

Kehidupan kita tidak lari daripada pemilihan.




Dan ingatlah bahawa tiada istilah tersalah pilih
atau tersilap membuat keputusan.


Kerana
Segalanya Allah dah tentukan yang terbaik buat diri kita.


Istikharah.
Dan pilihlah jalan anda.
Insyaallah, Allah bersama pilihan anda.


 [QS 2:216]

^_^

Aku, Hairy Coo, dan Scotland

Alhamdulillah. Pengembaraanku ke highland, scotland berakhir dengan pujian yang tidak terhingga kepada Allah Taala. Sungguh, tiada apa yang boleh melawan ciptaanNya. Kerana Dialah maha pencipta.


Gambar-gambar ini adalah untuk family di rumah.
abah, mama, indat, pais, jiji, dan danish .
=)


Gambar-gambar ini adalah semasa berada di Cramond Island dan semasa berada bersama tour The Hairy Coo..


~Cramond Island~





~The Hairy Coo~










semoga terus semangat dalam perjuangan
sebagai pelajar
sebagai manusia
dan sebagai muslim

^_^


Aku, East Coast, Newcastle, dan Edinburgh

Ini blogku. Entri ini adalah cerita perjalanan ku dari Kota London ke Pekan Edinburgh. Cerita pengembaraan. Cerita pengalaman. (Cerita emo. Haha.) Akan menjadi cerpen mungkin.

Tiada apa di dalam post ini. Hanyalah cerita pengalaman. Dah boleh klik butang pangkah kat window yang ada tulis TeNtaNg hAti... tu kot.. =)


****************************************

Perjalanan ku dari London's King Cross ke Edinburgh dijangka mengambil masa selama 4 jam 45 minit. Bertolak pukul 11.00 pagi, dan tiba pada pukul 3.45 petang. Kerana lambat menunggu baju-baju kering mengakibatkan aku bertolak dari rumah lambat. Apa yang sempat kucapai hanyalah 3 cubit ayam goreng sebagai sarapan pagi. Sebelum menyelinap keluar rumah secara diam-diam. Ya, aku sangat nakal. =)


Tiba di London's King Cross. Kira-kira, hanya 5 minit lagi sebelum kereta api 'East Coast' ini bertolak. Terus meluru ke mesin tiket automatik dan mencari platform. Syukur alhamdulillah, masih sempat untuk boarding. Berada di dalam train untuk perjalanan 4 jam 45 minit yang dihiasi oleh pemandangan padang-padang, rumah-rumah, bukit-bukau, biri-biri, 'sawah padi', membuatkan mataku leka dan asyik pada mereka. Dan akhirnya, rebah sendiri.


Perut yang lapar tadi terus dipujuk dengan pemandangan ciptaan Tuhan dan juga janji sahabatku, Amin Rukaini yang hendak menjamuku ayam tandorii apabila ku menjejakkan kaki ke bumi Edinburgh. Maafkan aku 'pusat tenaga' dan mungkin juga digelar 'pusat penyakit'.


Mata terus dibuai dan dibuai.


"Lamanya kereta api ni berenti kat stesen ni?" Hatiku bergetus tatkalamana mataku masih terpejam. Tiada mata ini layani getus hati tersebut. Masih berat untuk dibuka gara-gara kekurangan tidur beberapa hari lepas. Baginya, biarlah sepanjang perjalanan ini adalah proses hibernasi baginya.


Sehinggalah pada satu ketika. ‎"We are sorry for the delay. This train is stopped at a red light. And all the other trains are stopped here. I myself dont know what happens. I'll pass the information straight away to you when I receive the information." 


"Owh, lampu merah." Sudah banyak kali ku melalui pengalaman menaiki kenderaan dengan 'delay'. Tak mengapalah. Kereta api bawah tanah yang aku naiki pun pernah dihentikan pada lampu merah. Kemudian berjalan semula. 


Tidak lama kemudian, "Ladies and gentlemen, again, we do apologize for the delay. We still do not receive any further information about the cause of the delay. We hope you can be patient as we will try to contact the signal center." 


Makin lama, perasaan ini makin tidak selesa. Daripada satu jam, sehinggalah ke dua jam delay. Kemudian barulah dikhabarkan sebab pada kelewatan ini. 'Module' pada signal control mengalami kerosakan dan akan mengambil masa selama 45 minit untuk dibaiki oleh jurutera di sini. Lalu ku gapai iphone ku yang masih terikat kontrak dengan talian "Three" untuk menghubungi amin rukaini. Ku beritahu kepadanya tentang mungkin kelewatanku selama lebih kurang satu hingga ke dua jam.


Sekarang sudah masuk 4 jam delay. Kereta api ini masih tidak bergerak. Dan daripada apa yang aku curi-curi dengar daripada pembantu di dalam kereta api ini, kerosakan signal ataupun isyarat merebak dengan cepatnya kerana terdapat juga signal failure di kawasan pusat yang mengawal isyarat laluan kereta api daripada 6 arah. Katanya, untuk membaikinya akan mengambil masa yang lama. Ya. Lama. Saya sangat memaksudkannya. 


Kemudian, terdapat lagi satu pengumuman. Mengatakan bahawa, semua kereta api mengalami kelewatan yang dahsyat (severe delay). Dan untuk membaikinya bakal mengambil masa semalaman. 


Cemas. Takut. Tak puas hati. Pasrah. Segala reaksi muka itu dapat dilihat daripada setiap satu wajah-wajah penghuni kereta api ini. Aku sendiri? Entahlah. Perasaanku mungkin juga sama seperti bapa kepada Zulfakar dalam cerpen 'Rahsia' yang dipelajari semasa sekolah menengah dahulu. Keadaan mungkinlah tidak secemas semasa kapal terbang hendak membuat pendaratan cemas. Tetapi, jelas terpampang kecemasan itu melalui kepucatan muka penumpang-penumpang servis ini. Kemudian dikhabarkan lagi bahawa semua servis kereta api di kawasan utara united kingdom telah dibatalkan kerana keserabutan untuk membaikpulih sistem keretapi uk ini.


Sekarang, keadaan sekeliling makin gelap. Matahari mula tenggelam tanpa hendak meninggalkan cahaya kasihan sedikitpun kepada penumpang di sini. Oh, begitulah sunnatullah. Jika Allah kehendakkan ia untuk pergi meninggalkan, ia akan pergi meninggalkan. 


Dengan kedudukan kereta api ini yang berada di tengah-tengah dua stesen kereta api yang sudahpun dipenuhi dengan kereta api yang lain, kereta api ini terpaksa dihentikan di tengah-tengah (out of no where). Ayam tandori yang dijanjikan amin hanya menjadi angan-angan yang entah kesampaian entah tidak.


Sekarang, kereta api ini tengah bergerak menuju ke stesen terdekat, Newcastle, dalam kelajuan kecemasan. Iaitu 10 ke 20 miles per hour kerana hendak berhati-hati jika terdapat kereta api lain di hadapan. Keadaan makin mencemaskan apabila diberitahu oleh pemandu yang kereta api ini sedang bergerak tanpa kebenaran orang yang menjaga isyarat laluan kereta api. Jadi sekarang, segala macam kemungkinan boleh berlaku. 


Cuak. Takut. Resah. Gelisah. Semua perasaan itu tengah menyelubungi hati sekarang ini. Semoga aku di bawah lindungan keselamatan Tuhan.


p/s : ingatkan nak post selepas selamat segalanya. nampaknya, keadaan lebih memaksa untuk di post sekarang.



Darlington, 7.03pm