Showing posts with label tentang hati. Show all posts
Showing posts with label tentang hati. Show all posts

Hikayat Kehidupan

Bismillah.

Alhamdulillah kerana dapat juga akhirnya melancarkan blog lama dengan nama dan domain baru. Err, secara jujurnya, terasa kekok sangat dengan nama ni. Tapi rasanya memang awal-awal dalam setiap benda pun akan rasa kekok.

Kenapa dah tak guna Tentang Hati?
Bagi saya, nama tersebut banyak membawa cerita-cerita koyak dalam kehidupan. Sejak dari blog ditubuhkan sehiggalah Tentang Hati secara rasminya dimansuhkan.

Sebab pemilihan nama Hikayat Kehidupan? Mudah. Hikayat tu nak dekat sama macam Hayat. Dan maksud Hayat itu Kehidupan.

Okay, saya sudah membazir 3 jam untuk edit template ni. Tab-tab di atas belum sempat dikemaskini. Saya masih belum mempunyai anak mahupun cucu. Noktah.

Selamat berkhidmat "Hikayat Kehidupan"!

^__^

Err..sepatutnya sekarang saya patut belajar

(>.<)!






There is no JUSTICE!!




JUST LEAVE ME ALONE PLEASE




Happy Fathers' Day


Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun. Official World Fathers' Day walaupun ada juga negara yang menyambutnya pada hari yang lain.

Pada kesempatan ini, anakanda nak mengucapkan...
  • Terima kasih atas bimbingan dan nasihat
  • Terima kasih atas elaun2 lebih (nak2 lagi....hahah)
  • Terima kasih kerana selalu belanja badminton, bowling, kredit dll
  • Minta maaf atas segala silap dan salah selama ini
  • Minta maaf sebab result sem2 jatuh (dapat 37 jek..jatuh 1 point)
  • Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya..ameen!!
Jika dikumpulkan semua jenis cahaya yang menerangi alam ini,
nescaya tidak mampu menandingi cahaya bimbinganmu,
membentuk diri ini menjadi sempurna.

Jika disusun semua bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia ini,
nescaya ia tidak mempu menandingi tingginya pengorbananmu,
mendidik anak-anakmu untuk kehidupan dunia akhirat.

Jika dihitung partikel2 di seluruh dunia ini,
nescaya ia tidak mempu menandingi banyaknya jasamu,
terhadap anak-anakmu.

~Jasamu Dikenang~

Tulus Ikhlas daripada
~Abang~
~Indat~
~Pais~
~Jiji~
~Danish~

Ingatan Tulus Ikhlas dari
~Banting (Kepala Sawit), Selangor~

Suatu Puisi Rekaan Sendiri

Ku Terus Mencari Destinasi Itu

Indah nian suasana itu
Suatu fatamorgana
Diselaputi suara-suara kedamaian
Ketenangan di sekeliling sering mengusik jiwa

Daku bersyukur
Dalam keindahan suara permai ini
Lahirnya daku menggenggam selembar peta
Petunjuk arah mengharungi kemelut dunia

Saat itu
Sungguh mudah kuharungi segala onak duri
Segala onar-onar kutemui, kutempuh dengan yakin
Terus menuju sinar harapan di hadapan
Kerana ku yakin bahawa
Peta yang pernah kugenggam suatu masa dahulu
Benar dek cahayanya yang memancar

Namun kini
Dalam perjalanan itu
Dalam mencari destinasi yang dituju
Hujan, panas, sejuk, ribut, sering menimpa
Tidak kukisah semua itu
Kerana persiapan fizikalku cukup kuat untuk ini

Namun hanya satu yang menggusarkan aku
Hanya satu yang bisa menyimpangkan aku
Peta itu!
Basah kering, basah kering
Dan begitulah nasibnya untuk hari-hari kemudiannya
Pancaran cahayanya yang sering memimpin daku dahulu
Kini sudah malap dan kian malap

Aku tergapai-gapai mencari destinasiku
Kegelapan yang diselubungi kesunyian dan ketakutan,
seringkali merencatkan pencarianku
Sering aku rebah lalu terluka, bangun kembali
Sering aku tersembam lalu berpinar, bangun kembali
Suatu tahap, aku tidak mampu lagi menongkat diri ini
Kelemahan...

Kutadahkan kedua tanganku
Memohon cahaya petunjuk daripada-Nya
Dalam tangisan dan kesedihan yang membenak di jiwa
Kesunyian dan keseorangan
Dalam mencari destinasi itu

Namun dalam kelemahan itu
dalam kesunyian dan keseorangan itu
Kugagahi juga diri ini
Dalam terus mencari destinasiku

Cuma satu harapanku
Ada tangan-tangan yang kembali memimpinku
Istiqamah menggenggam tanganku
Lantas memancarkan semula cahaya itu
Dalam mencari destinasi akhir itu

Ku tetap akan terus mencari



Hasil Nukilan
~Akmal Hayat~

p/s = puisi ini dinukil pada 1 Mei 2009, 8.20AM sambil mendengar lagu 'One Litre of Tears'  kerana terkenangkan sesuatu...

Kepulangan Ini...

5 Januari 2009

Bismillah

Hampir genap sebulan berada di rumah. Syukurlah cuti ini dapat bersama semua ahli keluarga yang tercinta tanpa ada seorang pun yang tercicir. Hari ini, tepat tanggal 5 Januari 2009, mungkin hanya terlebih beberapa jam, minit, dan saat, tanpa disedari aku hanya 10 jam dari masa bertolak pulang. Kembali meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah. Kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang anak. Kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Dan kembali meneruskan perjuangan sebagai khalifah yang dibebankankan dengan beban-beban amanah.

Kini hanya 2 hari sebelum munculnya fajar 7 Januari. Fajar yang umpama semboyan yang ditiupkan seolah-olah mengerah segala konco-konconya untuk kembali terus di medan perang; bersedia meneruskan perjuangan.

Diri ini terasa amat kerdil. Belum bersedia. Masih terasa kekurangan sesuatu. Mungkin kerana persediaan yang belum sempurna. Rohani dan jasmani. Bagaimana tubuh yang sekecil ini mampu menanggung beban-beban yang dipikulkan? Terasa sungguh lemah diri ini.

6 hari yang lepas. Baru sahaja menempuh satu detik yang dinamakan MAAL HIJRAH. Permulaan tahun baru hijrah. Dan juga, baru sahaja menempuh satu detik yang dinamakan HAPPY NEW YEAR. Namun, masih terasa tahun ini seolah-olah sama seperti tahun yang lepas-lepas,

Maal Hijrah. Semua orang berpusu-pusu berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Semua orang lain sanggup bekorban jiwa dan raga demi untuk berhijrah. Tetapi diri ini? Masih lagi terpencil atau dengan kata lain dipencilkan dengan tuan empunya diri. Masih lagi seolah-olah di bawah satu hijab yang menghalang diri ini keluar dari kepompong yang usang dan lama. Apakah yang mampu dilakukan?

Tahun Baru Masihi. 2009. Detik 12 malam, keluar melihat langit dan bintang-bintang. Memikirkan apa mungkin diri yang kerdil ini mampu menjadikan sesuatu lebih baik. Merealisasikan suatu imaginasi yang diharapkan tidak akan terus menjadi imaginasi.

Terfikir jua hubunganku dengan Sang Pencipta. Hubunganku sesama manusia. Hablumminallah wa hablumminannas. Adakah sudah cukup baik? Adakah sudah cukup sempurna? Adakah ia mampu menjadi satu jaminan tempatku di syurga sana? Berharap agar hidayah dan taufiq-Mu terus memastikanku berada di jalan-Mu yang haq.

Yang pastinya, daripada kepulangan ini, kumengharapkan sesuatu yang istimewa. Sesuatu yang mampu mendorongku. Sesuatu yang mampu mengubahku. Sesuatu yang menjadikanku seorang mukmin yang berharga.

Kepulangan ini...Kepulangan ini...Kepulangan ini...

Kepulangan ini melihatkan..

* terasingnya diri dari keluarga dan rumah tercinta.
* terpisahnya diri daripada STREAMYX!
* kurangnya waktu beriadah bersama keluarga (badminton sahaja)
* kurangnya diri dari mendengar lagu-lagu RETRO terbaik daripada adikku no2.
* tidak dapat diri untuk membuli adik-adikku. Satu kehilangan.

Dan yang pastinya, kepulangan ini menjanjikan...

* kerja-kerjaku bertambah. Bermaksud akan semakin busy dari sebelum ni.
* menghabiskan ketiga-tiga novel itu. Alangkah beratnya~~
* dapatnya keputusan-keputusan EXAM IB!!
* kurangnya diri daripada FIFA 09 (adakah ianya mungkin?)
* kembali serius dalam setiap pelajaran. Tiada lagi main-main seperti Sem 1.
* penguasaan subjek-subjkek kritikal (dengan izin-Nya)
* kurangnya entri-entri baru dalam blog-blogku.
* kuatnya kembali tautan ukhuwwah sesama sahabat.
* kredit handsetku kembali berlari dengan cepat menuju ke satu matlamat : RM 0.00
* aku sudah kembali bersama handset lamaku W880i.
* PENGHIJRAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN TERBAIK!

Semoga kalian terus menyokong dan membantuku dalam penghijrahan ini semasa "kepulangan ini". Akhir kalam, buat sahabat-sahabatku..

SELAMAT KEMBALI BERJUANG!

Tatkala

Cinta itu

Sedang bertasbih


Nukilan
~Akmal Hayat~

Pasangan hidupku yang baru...

17th December 2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti ini hidupku kesunyian. Cadangan pada asalnya, hendak berjalan-jalan memakan angin pada waktu cuti ini. Namun apakan daya, wangku tiada. Masih ternanti-nanti bilakah penaja nak bank-in semula. Semuanya habis dek buku2 yang mahal.

Natijahnya, almost sehari-harian terperap daku dalam bilikku ini yang tidak pernah sunyi dikunjungi adik-adikku untuk bermain game dan tengok movie. Walaupun bermain permainan video amat mengenjoykan, namun masih terasa kosong pada masa cuti ini.

Setalah menimbang tara, akhirnya diri ini telah membuat satu keputusan dengan harapan agar cuti ini akan lebih terisi. Walaupun sudah hampir 6 bulan berkenalan, namun aku tidak sebegitu rapat dengan "si dia". Mukan mudah untuk diri ini rapat dengan makhluk Allah yang tidak begitu dikenali. Lalu daku membuat keputusan untuk merapati dan mendalami diri "si dia".

Makin kudalami, makin kunampak keistimewaan yang terdapat padanya. Makin indah dek mata, akal, dan hati melihat. Makin bertambah kecintaanku pada cinta hatiku yang baru (tidak mampu untuk mengatasi cinta terhadap sang Pencipta). Setelah hampir seminggu mendalami, kuputuskan untuk menghebahkan tentang "si dia" pada khalayak ramai. Harap tidak timbul fitnah selepas ini. Sangat berharap agar semasa bersama "si dia" diri ini dapat menempuh IB Diploma dan alam pekerjaan yang bakal tiba dengan jayanya.

Saya dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim memperkenalkan pasangan baru hidup saya...

Tada!!
Mr. GDC!!


GDC stands for Graphics-Display Calculator. Dilahirkan oleh Texas Instruments dengan nama officialnya TI-84 Plus. Dan beserta nama manjanya, MYLOTUS (nama ini khas untuk GDC aku jek sebab penat2 aku fikir dan cari nama). Banyak kelebihan yang terdapat pada MYLOTUS ini.

Kelebihan MYLOTUS:
  • Boleh melakar graf dengan hanya perlu memasukkan equations.
  • Menyelesaikan simultaneous equation. Up to how many unknowns you desire.
  • Boleh memaparkan Periodic Table. (Harus di'install' terlebih dahulu)
  • Menyimpan data-data.
  • For financy.
  • Dan yang paling xbley blah, boleh bermain game! Macam game pokemon. Siap boleh lawan lagi antara GDC dengan GDC lain.
  • Dan banyak lagi. Belum sempat meneroka sepenuhnya kerana Buku Manual tertinggal di dalam locker di kolej.

kemampuan melakar graf

Berharap dengan hubungan yang kamcing antara diri ini dengan MYLOTUS dapat membantu diri ini menerjah Pure Maths, Physics and Chemistry dalam menempuh IB ini. Ah ye..Statistics juga. Hampir terlupa. Welcome my new sweetheart~

Selamat tinggal yang lama. Jasa anda tidak pernah dilupa. Hampir 5 tahun kita bersama. Berbaktilah untuk yang lain pula ye.

no more. gud bye


Ayuh mulakan perjalanan. Kita terjah Fizik!! Today is Physic's Day!

Still wondering..when should be the T.O.K.'s day?? hurm..

Yours sincerely
~Akmal Hayat~

Dahulu..kini..adakah juga untuk selamanya?

20 November 2008…

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa terluang. Antara nikmat-nikmat Allah Taala yang sering dilupa manusia. Diri terasa berat untuk meneruskan latihan-latihan yang menggunung untuk disiapkan. Jadi, digagahi juga computer ini untuk melompat dari satu blog ke satu blog. Sehinggalah terjumpa satu blog ini. Indah susunan ayatnya. Manis kata-katanya. Menambat hati ini untuk membaca dari entry ke entry.

Makin jauh kutatapi dari huruf ke huruf, satu perkataan ke satu perkataan, terasa hatiku semakin syahdu. Hiasan-hiasan entrynya penuh dengan kalimah-kalimah yang mengingatkan hamba kepada Tuhannya. Dihiasi dengan peringatan-peringatan yang sukar kutemui belakangan ini untuk sentiasa mengagungkan-Nya sebagai Maha Pencipta. Cukup untuk kembali melembutkan hati ini yang kian keras. Tanpaku sedari air mata mula berlinangan. Aku mula teringat. Bagaimanakah diri ini pada masa dahulu? Bagaimana pulakah diri ini pada masa kini? Congakan untuk masa depan juga berlegaran di dalam akal pemberian Maha Pencipta.

Dahulu…dahulu Al-Quran itu pendamping diri ini dari pagi sehinggalah ke malam. Dalulu, Mathurat itu sentiasa menjadi zikir pagi dan petang. Dahulu, apabila solat, terasa kemanisan solat itu. Dahulu, apabila menuntut ilmu, sentiasa dapat memahami apa yang diajari. Sentiasa dapat fokus hampir seratus peratus. Tapi itu semua hanya sejarah dan kenangan masa lampau. Kerana diri ini kini makin terpesong daripada yang sepatutnya.


Kini…kini pendamping diri ini yang sentiasa menemani diri ini suatu masa dahulu sudah makin kurang kutatapi. Sudah kurang pengajaran yang kuambil daripadanya sungguhpun itulah dustur yang paling sempurna. Kini, Mathurat itu tidak sekerap yang dahulu. Hal-hal lain lebih diutamakan. Kini, apabila solat, fikiran sering melayang entah ke mana. Kini, apabila menuntut ilmu, sering kali fikiran ini memikirkan hal-hal lain. Akibatnya, banyak yang diri ini tidak dapat fahami. Itulah hakikatnya kini.

Kucuba membaiki diri ini. Kucuba menampung kembali lopak-lopak kelalaian yang sering bermain dalam diri ini. Tapi setiap kali kucuba, dugaannya semakin kuat. Seakan-akan tidak terdaya bagi diri ini untuk melawannya. Betapa lemahnya diri ini. Itulah hakikatnya seorang hamba. Hanya dapat melakukan sesuatu dengan izin-Nya. Ku sentiasa mengharapkan kekuatan daripada-Nya agar dapat diri ini mencari cinta-Nya. Cinta yang hakiki. Tidak pernah menipu dan tidak pernah mengecewakan. Sebaliknya menjadi penenang kepada jiwa yang kosong ini. Kudambakan cinta itu. Terbaca satu quotes…

“Camne nak cakap kita dah mencintai Allah??. Kita tak nampak cinta Allah ... Carilah cinta Allah,memang payah tapi Allah dah membantu kita,memandu kita dengan petunjuknya,Quran yang Haq..Carilah..carilah..Carilah cinta itu.."


Kuharapkan kekuatan daripada-Mu dalam mencari cinta itu. Pimpinilah diri ini agar sentiasa di jalan-Mu yang lurus. Jalan mereka yang engkau redhai. Ku amat berharap apa yang berlaku pada diri ini pada hari ini dan hari-hari sebelum ini iaitu hari yang tidak menjadikan diri ini sebagai hamba yang sepatutnya bukanlah untuk selamanya. Bimbinglah diri ini ke arah jalan keredaan-Mu. Jalan-jalan ahlul jannah. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Mu…Ya Allah…



" Katakanlah, Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia-lah yang Maha pengampun, Maha Penyayang.." [Az-Zumar : 53]


Awan

Andai dapat dicapai

Maka saktilah hamba


Coretan hati
~Akmal Hayat~

11/20/2008 10:47 PM


Kerja yang Semakin Banyak

17 November 2008...

Semakin hari terasa semakin berat taklifan yang terpaksa ditanggung. Makin hari, tugas makin banyak. Makin hari, kerja makin banyak. Lepas satu kerja, yang lain pula yang datang.

Banyak masa yang secara tak sengajanya telah dikurangkan:
  1. Masa study.
  2. Masa beribadah.
  3. Masa tidur.
  4. Masa buat keje2 tak berfaedah
  5. Masa beridah petang2.
Ada pros and cons dalam menerima taklifan yang banyak-banyak ni. Selamat class-based projek punya CAS aku tak dilantik jadi Projek Manager. kalau tak, bertambah2 banyak kerja aku.

Need more time for myself. Banyak lagi yang tak study. Quantiti ibadah makin berkurang. Kasihanilah aku. Aku ingin menjadi aku yang dulu.

Kudambakan kasih sayang-Mu Tuhan. Sentiasalah bimbing diriku di jalan-Mu yang lurus...

Yang meruntun kasih sayang
~Akmal Hayat~

Minggu yang Sangat Sibuk

Assalamualaikum WBT..

2nd week in KMB lepas raya. sangat sibuk. Minggu ni kena buat 2 kerja 1 masa:
  1. Sebagai Presiden Kelab Badminton, aku terpaksa susun perlawanan untuk minggu sukan pada minggu ni. Segala yang berkaitan dengan badminton semua bawah tanggungjawab aku. Kena sedia macam2 benda. Borang pendaftaran, score sheets, hold shuttle yang banyak2 tu. Macam dah jadi stor bilik aku.ha3..
  2. Minggu ni minggu last sebelum pilihan raya perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kat KMB minggu depan. Sebagai calom MPP, macam2 kena buat. Nak prepare manifesto, presentation untuk malam manifesto, buat poster capap muka sendri (ha3), buat skrip untuk malam manifesto, kena tangkap gambar dan kena ikut semua arahan SPR. kalo x kena denda..macam apa ja...x kesah laa..tapi sangat busy..
Apa manifesto aku?? ha3..nanti laa aku reveal malam manifesto nanti..

Dan 1 lg! Semalam ada External CAS kat SK (A) Bukit Tadom..ingatkan nak mengajar bila sampai sana nanti Dan sebelum tu, nak introduce cket SK (A) Bukit Tadom ni. Sekolah ni merupakan sekolah rendah untuk orang2 Asli..Ade je orang melayu cket kat situ. dan 1 darjah 1 kelas. Kiranya overall just 6 classes there. Therefore, the school is not as big as standard SK school.

Sesampai kat sana, tengok kat padang ada budak main bola sepak dan bola baling. Timbul rasa nak main.ha3..terbatal terus niat nak mengajar. Turun je dari van, lepas lapor diri, cikgu sukan dia panggil suruh train budak2 tu main sebab minggu depan ada Karnival Sukan antara sekolah2 Asli di Selangor.

Aku yang lelaki ni kena laa train football team.ha3.dh laa jarang main bola..aku aktif bola pun masa sekolah rendah dulu.wakil daerah. tu pun sebagai goal keeper. then minat dah berkurang dan jarang bermain. main laa lawan wakil sekolah. fuh penat! lama x maen..nak serang team aku bukan budak2 suka main bola..walaupun just lawan budak sekolah rendah, susah gla nak serang. Team chemistry tinggi. Kami terlepas goal plak tu..mula2 main ja dah terlepas 2..ha3..sebab slalu kena serang dan x boleh nak serang, jadi aku score terus dari gawang aku masuk gawang dorg..ha3..3 gol gak ooo..

Abes ja train budak2 tu main bola, baru ingat nak rehat. Baru 3 minit rehat, cikgu dia tanya.."Siapa yang pandai LONTAR PELURU?? Tolong ajar budak2 ni jap." Aku pun volunteer la ajar budak2 tuh..ha3..badan kurus ja..Lepas ajar budak2 tu tiba2 cikgu dia challenge aku lontar peluru. HUH!! Dah laa badan cikgu tu sedap2..Sah2 aku kalah.. Aku kata OK aku try..then cikgu tu lontar dulu..PERGH!! Punya la jauh..aku tengok hampir mustahil aku nak lontar jauh tu. Dah laa badan kecik.. Then aku pun amek masa cket dan...LONTAR!!

Erk!!


Macam mana aku lontar lagi jauh dari cikgu tu??!!! ha3..semua terkejut..skali dengan member2 CAS aku..ha3.. Kesimpulannya kat sini Dont judge book by its cover..

Balik KMB ja..sakit kaki..calar sana sini..budak2 tu main pijak ja kaki aku pakai kasut bola. dah la aku tak pakai kasut..hu2..rsanya setakat tu dulu buat kali ni.. The next post rasanya will be about Sports Week kat KMB nie..


Bicara Hati
~Akmal Hayat~




Mana W880i Aku~

Bismillah..

RAYA ~ RAYA ~ RAYA

Sume tengah sibuk persiapan raya and enjoy it. But not for me! Why??

Apehal handset aku yang hantar pi kedai tu tak siap2 lagi??!!!

Walhal rasanya dah 2 bulan aku hantar kat kedai tu untuk WARRANTY. Dia kata dalam sebulan Insya-Allah tahu keputusan sama ada dapat warranty ka tak dapat. Kata nak call..tapi tak call2 pun. Aku call tak angkat plakk. Malas laa nak pi kedai dia. Kat Aloq Staq nuu..30 minit dari Jitra. Minyak dah la mahal.

Huu~~ W880i aku...



Nak pakai laa handset tu raya ni. Kamera, Walkman, Map, Calendar, dan lain-lain. Harap dapat faham. I wanna use it!

Rindunya aku kat handset aku yang satu ni. Baru 3 bulan pakai dah rosak. Dah 2 bulan tak tatap wajah sweetheart aku ni. Kalau tak boleh gak contact kedai tu hari ni, esok gak aku drive keta aku pi kedai tu. Nak tuntut balik!

No peace for today. Nak2 balik handset~

coretan hati
~akmal hayat~