Coffee Corner 4



Kadang-kala, sangat tak mampu untuk menghalang air mata daripada menitis
apabila kita kenangkan sayangnya Allah kepada kita,
kurniakan kita macam-macam,
tapi kita tak pernah rasa bersyukur.


Kadang-kala, sangat tak terdaya untuk menahan air mata daripada menitis
apabila terfikir pernahkah ada sedetik dalam masa kita seharian
terasa bahawa sangat cintanya kita kepada Allah.


Diri ini terlalu lemah.


Bumi Edinburgh, Bumi Scotland, Bumi Cinta

Abstract:
Post ini hanyalah catatan seorang pengembara ke bumi Scotland, pengalaman beliau, pemikiran beliau, dan juga isi hati beliau sepanjang melalui kehidupan yang menarik di bumi Scotland. Terutama sekali, bumi Edinburgh, bumi cinta.

Kerana TeNtaNg hAti adalah blog saya, maka, saya menulis ini bukan untuk orang lain, tetapi diri saya sendiri.


*****************************************

Kedatanganku selama 5 hari di bumi Edinburgh tidak lain hanya mampu diungkap dengan perkataan subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Walaupun kedatangan ke bumi ini dilalui dengan kesukaran dan mungkin akan menjadi satu pengalaman yang buruk sepanjang menaiki kereta api di United Kingdom ini tapi subhanallah, maha suci allah, dia telah menggantikan pengalaman buruk itu dengan nikmat ciptaan-ciptaannya yang subhanallah sangat indah sepanjang berada di bumi edinburgh.

=')

Pendakian ke puncak Creg tiadalah apa sangat jika hendak dibandingkan dengan cabaran ke puncak Arthur's Seat. Ketika melangkah pergi, aku bertemu dengan satu persimpangan. Satunya jalan mudah dan senang namun memerlukan jarak yang agak jauh jika hendak dibandingkan dengan jalan yang satu lagi. Jalan yang kedua memerlukan aku untuk mengharungi banyak cabaran, dan juga risiko akibat jalan yang berbahaya. Namun, lebih pendek sedikit jika hendak dibandingkan dengan jalan yang satu lagi.









Aku memilih jalan dua. Jalan yang tidak ramai orang memilihnya. Penat. Pancit. Tak fit. Itulah yang dirasai sepanjang pendakian ke puncak. Perasaan gembira apabila berjaya menapak ke puncak Arthur's Seat tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata terutama sekali apabila melihat panorama bandar edinburgh 360 darjah dari puncak.

Begitulah jalan kita. Tidak mudah. Untuk mendapat sesuatu yang sangat best, untuk mendapat sesuatu yang sangat memuaskan hati, perlulah bersusah payah daripada bawah. Bersusah payah daripada awal.

Sempat juga merakamkan video tentang perasaan apabila sampai ke puncak. Perasaan dapat lari daripada bandaraya london. Perasaan dapat lari daripada imperial college london. Perasaan keluar mentadabbur alam. Perasaan melihat ciptaan allah yang subhanallah indah. =')

Mencari ketenangan. Meredakan segala kekusutan dalam hati dan fikiran yang tak selesai-selesai. Dari london dan juga semasa dari kmb lagi.

Cukuplah bagiku Allah. Dan kepadanya lah kembali segala urusan.
Semoga kata-kata ini terpahat kukuh.
Melekat di sanubari.

Hidup ini senantiasa akan berhadapan dengan pilihan.
Semoga allah sentiasa mamandu langkah-langkahku.







Coffee Corner 3

Kehidupan kita tidak lari daripada pemilihan.




Dan ingatlah bahawa tiada istilah tersalah pilih
atau tersilap membuat keputusan.


Kerana
Segalanya Allah dah tentukan yang terbaik buat diri kita.


Istikharah.
Dan pilihlah jalan anda.
Insyaallah, Allah bersama pilihan anda.


 [QS 2:216]

^_^

Aku, Hairy Coo, dan Scotland

Alhamdulillah. Pengembaraanku ke highland, scotland berakhir dengan pujian yang tidak terhingga kepada Allah Taala. Sungguh, tiada apa yang boleh melawan ciptaanNya. Kerana Dialah maha pencipta.


Gambar-gambar ini adalah untuk family di rumah.
abah, mama, indat, pais, jiji, dan danish .
=)


Gambar-gambar ini adalah semasa berada di Cramond Island dan semasa berada bersama tour The Hairy Coo..


~Cramond Island~





~The Hairy Coo~










semoga terus semangat dalam perjuangan
sebagai pelajar
sebagai manusia
dan sebagai muslim

^_^


Aku, East Coast, Newcastle, dan Edinburgh

Ini blogku. Entri ini adalah cerita perjalanan ku dari Kota London ke Pekan Edinburgh. Cerita pengembaraan. Cerita pengalaman. (Cerita emo. Haha.) Akan menjadi cerpen mungkin.

Tiada apa di dalam post ini. Hanyalah cerita pengalaman. Dah boleh klik butang pangkah kat window yang ada tulis TeNtaNg hAti... tu kot.. =)


****************************************

Perjalanan ku dari London's King Cross ke Edinburgh dijangka mengambil masa selama 4 jam 45 minit. Bertolak pukul 11.00 pagi, dan tiba pada pukul 3.45 petang. Kerana lambat menunggu baju-baju kering mengakibatkan aku bertolak dari rumah lambat. Apa yang sempat kucapai hanyalah 3 cubit ayam goreng sebagai sarapan pagi. Sebelum menyelinap keluar rumah secara diam-diam. Ya, aku sangat nakal. =)


Tiba di London's King Cross. Kira-kira, hanya 5 minit lagi sebelum kereta api 'East Coast' ini bertolak. Terus meluru ke mesin tiket automatik dan mencari platform. Syukur alhamdulillah, masih sempat untuk boarding. Berada di dalam train untuk perjalanan 4 jam 45 minit yang dihiasi oleh pemandangan padang-padang, rumah-rumah, bukit-bukau, biri-biri, 'sawah padi', membuatkan mataku leka dan asyik pada mereka. Dan akhirnya, rebah sendiri.


Perut yang lapar tadi terus dipujuk dengan pemandangan ciptaan Tuhan dan juga janji sahabatku, Amin Rukaini yang hendak menjamuku ayam tandorii apabila ku menjejakkan kaki ke bumi Edinburgh. Maafkan aku 'pusat tenaga' dan mungkin juga digelar 'pusat penyakit'.


Mata terus dibuai dan dibuai.


"Lamanya kereta api ni berenti kat stesen ni?" Hatiku bergetus tatkalamana mataku masih terpejam. Tiada mata ini layani getus hati tersebut. Masih berat untuk dibuka gara-gara kekurangan tidur beberapa hari lepas. Baginya, biarlah sepanjang perjalanan ini adalah proses hibernasi baginya.


Sehinggalah pada satu ketika. ‎"We are sorry for the delay. This train is stopped at a red light. And all the other trains are stopped here. I myself dont know what happens. I'll pass the information straight away to you when I receive the information." 


"Owh, lampu merah." Sudah banyak kali ku melalui pengalaman menaiki kenderaan dengan 'delay'. Tak mengapalah. Kereta api bawah tanah yang aku naiki pun pernah dihentikan pada lampu merah. Kemudian berjalan semula. 


Tidak lama kemudian, "Ladies and gentlemen, again, we do apologize for the delay. We still do not receive any further information about the cause of the delay. We hope you can be patient as we will try to contact the signal center." 


Makin lama, perasaan ini makin tidak selesa. Daripada satu jam, sehinggalah ke dua jam delay. Kemudian barulah dikhabarkan sebab pada kelewatan ini. 'Module' pada signal control mengalami kerosakan dan akan mengambil masa selama 45 minit untuk dibaiki oleh jurutera di sini. Lalu ku gapai iphone ku yang masih terikat kontrak dengan talian "Three" untuk menghubungi amin rukaini. Ku beritahu kepadanya tentang mungkin kelewatanku selama lebih kurang satu hingga ke dua jam.


Sekarang sudah masuk 4 jam delay. Kereta api ini masih tidak bergerak. Dan daripada apa yang aku curi-curi dengar daripada pembantu di dalam kereta api ini, kerosakan signal ataupun isyarat merebak dengan cepatnya kerana terdapat juga signal failure di kawasan pusat yang mengawal isyarat laluan kereta api daripada 6 arah. Katanya, untuk membaikinya akan mengambil masa yang lama. Ya. Lama. Saya sangat memaksudkannya. 


Kemudian, terdapat lagi satu pengumuman. Mengatakan bahawa, semua kereta api mengalami kelewatan yang dahsyat (severe delay). Dan untuk membaikinya bakal mengambil masa semalaman. 


Cemas. Takut. Tak puas hati. Pasrah. Segala reaksi muka itu dapat dilihat daripada setiap satu wajah-wajah penghuni kereta api ini. Aku sendiri? Entahlah. Perasaanku mungkin juga sama seperti bapa kepada Zulfakar dalam cerpen 'Rahsia' yang dipelajari semasa sekolah menengah dahulu. Keadaan mungkinlah tidak secemas semasa kapal terbang hendak membuat pendaratan cemas. Tetapi, jelas terpampang kecemasan itu melalui kepucatan muka penumpang-penumpang servis ini. Kemudian dikhabarkan lagi bahawa semua servis kereta api di kawasan utara united kingdom telah dibatalkan kerana keserabutan untuk membaikpulih sistem keretapi uk ini.


Sekarang, keadaan sekeliling makin gelap. Matahari mula tenggelam tanpa hendak meninggalkan cahaya kasihan sedikitpun kepada penumpang di sini. Oh, begitulah sunnatullah. Jika Allah kehendakkan ia untuk pergi meninggalkan, ia akan pergi meninggalkan. 


Dengan kedudukan kereta api ini yang berada di tengah-tengah dua stesen kereta api yang sudahpun dipenuhi dengan kereta api yang lain, kereta api ini terpaksa dihentikan di tengah-tengah (out of no where). Ayam tandori yang dijanjikan amin hanya menjadi angan-angan yang entah kesampaian entah tidak.


Sekarang, kereta api ini tengah bergerak menuju ke stesen terdekat, Newcastle, dalam kelajuan kecemasan. Iaitu 10 ke 20 miles per hour kerana hendak berhati-hati jika terdapat kereta api lain di hadapan. Keadaan makin mencemaskan apabila diberitahu oleh pemandu yang kereta api ini sedang bergerak tanpa kebenaran orang yang menjaga isyarat laluan kereta api. Jadi sekarang, segala macam kemungkinan boleh berlaku. 


Cuak. Takut. Resah. Gelisah. Semua perasaan itu tengah menyelubungi hati sekarang ini. Semoga aku di bawah lindungan keselamatan Tuhan.


p/s : ingatkan nak post selepas selamat segalanya. nampaknya, keadaan lebih memaksa untuk di post sekarang.



Darlington, 7.03pm

Coffee Corner 2



O my brother, your brothers may not always be on your side,
but always bear in mind that
Allah will always be.


Just keep holding on.


Coffee Corner 1

Ruangan Coffee Corner ini diwujudkan atas beberapa sebab.
1) Tiada idea untuk memberi tajuk kepada post baru.
2) Kandungan post yang menyebabkan diri sendiri tak tahu nak letak tajuk apa.


Besar kemungkinan, jangka hayat dia lama.
Besar kemungkinan jugak, 2-3 kali, dah nazak.
Sebab kita selalu ambil 'gula' lebih untuk letak dalam 'kopi'?


^_^

***********************************

Teka-teki


Perkara apa yang lebih susah daripada susah?


Sekian.

***********************************


p/s : Sebab tu nama post ni Coffee Corner. Sambil santai-santai minum kopi, kita bermain teka-teki.
p/ss : Harap kedai mamak tak marah. :D

Nak Balik Malaysia.

Sangat-sangat.


Family




Ekspedisi Gunung Nuang


Simposium Nuqaba'


Karnival Sukan Kolej-kolej Mara


Guidance 2 Success Motivational Campsss (G2S)










Bunga-bunga

Selamat datang musim bunga.
Selamat datang mentari siang.


Datanglah semangat.
Datanglah kebahagiaan.


Selamat tinggal musim sejuk.
Selamat tinggal salji.
Selamat tinggal segala perasaan-perasaan tak best.
Pergilah bersama kemurungan musim sejuk.


Kerana ramai yang tertipu keranamu.
Ramai orang gembira dan ketawa.
Itu semua hanya kerana pandangan mereka tertipu dek suasana.
Ya, suasana yang dicipta manusia.
Bergembira dan seronok sesama sendiri.
Tapi hakikatnya, engkau hanya satu suasana yang murung.
Membawa kemurungan bagi mereka yang tidak berseronok sesama sendiri.


Fuuuu. (tiup)
Welcoming spring.


Hati sudah berbunga-bunga.
Musim bunga sangat menusuk hati.
Bukan salah hati.


Hehe.


Andai dapat kuundurkan putaran dunia

Andai dapat ku undurkan putaran dunia,
Ingin ku ubah semula, kata-kata dan tingkah laguku.


Bismillah.

Bait-bait di atas merupakan lirik lagu rock kapak yang dah tak ingat nama lagu yang pernah TERhafal suatu masa dulu. Kini, ligat pula ia bermain di dalam kepala.


=.="


Tapi selalunya, bila masa kita terlalui atau terfikir satu perkara yang kita sesali, dan kita tak nak ia terjadi, maka selalulah kita 'play' balik lirik di atas. Mungkin tidak serupa. Secara tidak sedar, kita menggunakan lirik masing-masing. Hee.


Tapi, begitulah Allah jadikan dunia. Yang pergi tak kan kembali. Yang berlalu, terus berlalu. Yang terjadi, tetap terjadi. Kita dah tak mampu mengubah apa-apa.


Sebab apa?


Kerana, daripada kesalahanlah kita belajar. Dan kematangan jugak datang apabila kita pernah membuat salah. Dan apabila kita nak buat lagi satu benda yang salah tu, pengalaman pahit kita mengenainya memberi daya henti yang lagi extravaganza (gempak) untuk kita tidak melakukannya.


Life is a life long learning. Bermaksud, kita kena laluinya dan terus menapak walaupun macam-macam jadi. Macam dalam game chess yang kita selalu main. Tak aci laa kan kalau salah, kita dok nak undo je. Hee. 

Sebab dari kesalahan tu, kita lagi nampak bagaimana ia menjurus kita ke jalan yang seterusnya. Kadang-kala sangat mematangkan fikiran sebab perlu memikirkan jalan kehidupan kita setelah kesilapan kita. 
(Tapi, kadang-kadang sangat membuang masa jugak kalau letak di tempat tak sepatutnya)


Dan tidak lain, ketidak-upayaan kita untuk 'undo' masa sangat jelas menunjukkan kelemahan kita sebagai hamba berbanding kekuasaan Allah. Kita sangat bergantung kepadaNya dalam setiap nadi dan nafas kita. 


Huu. Muhasabah diri sendiri.


Sebab selalu sangat berfikir andai dapat kembali ke waktu yang dahulu. 
Ke waktu yang tidak dinodai oleh segala perbuatan yang mengundang fitnah.
Ke waktu yang tidak dinodai segala mainan perasaan.



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]


Hidup perlu terus menapak ke hadapan.
Eh, bagaimana dengan zaman silam? 


^_^

When the sun sets, the reality comes in




in every single thing.


in academics
in relationship with people
in DnT