Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Sony

Pertengahan Januari sampai pertengahan Februari,
suhu selalu bawah 5C.

Badan tak menggigil sebab ada cukup insulation,
tapi tiap kali sampai uni dari rumah, 
atau sampai rumah dari uni,
telinga mesti merah.
=.=

Orang suggest pakai ear muff.
Setuju.
Tapi bosan laa nanti rasa kosong.
So, beli laa benda ni.



Ear muff moden.
Pergi uni pakai, balik uni pun pakai.
Hilang masalah telinga sakit, telinga merah.

***

Tadi,
macam biasa,
kalau tak sempat sarapan kat rumah, wajib akan singgah treats.
Sampai pakcik2 kat situ dah tau,
"mesti budak ni nak 2 spicy chicken rolls"

Well yeah, memang sedap pun.
Dan kenyang.
Sebab tu laa beli.

Tiba-tiba dia tanya,

P : How much did you buy the headphone.
A : 20 pounds.
P : 20 pounds for sony? (nada terkejut)
A : Yeah. I bought it at Imperial Union Shop.
P : Is it good?
A : For sure! Wanna give a try?

So, passing laa headphone ni kat pakcik ni untuk dia test dengar.

P : What song is this?

I was like, errrr, pakcik... 

A : It is a malay song. Our prime minister's wife love it a lot. Haha

Dia pun gelakk sambil bagi balik headphone tu.

P : Even though I cant understand any of the words, I like the song. It's so catchy. 

Dalam hati, 
"Pakcik ni nak ambik hati so that lagi slalu beli kat kedai dia ka apa ni?" 
lol.

Tamat perbualan.
Bergerak terus ke Imperial. :)

***

ps : dah jadi rutin, tak kira kelas start pkl 10 ka, pkl 11 ka, pkl 12 ka, mesti akan sampai imperial before 10am.

pps : tak berapa minat barang2 sony. tapi when it comes to music, it is number 1. hebat gak iklan and branding dia sampai boleh terpengaruh dengan senang..


Homesick

simply homesick. 





Dengan indat. Sabah 2011

Raya dengan family 2011 =)

Danish, Mak Long dan Jiji

Ni free posing. Jiji sampai tak boleh tahan gelakk.

Ni kat sabah tahun 2009. 

Dalam perjalanan ke Airport untuk nak balik ke Semenanjung. Indat dan Abah. =)

Cucu soleh. Nenek yang insylh tahun ni akan pergi haji.

Ni lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu.



Dan above all, ni antara yang paling dirindui skali. Main chess dengan mereka2 ni. =')
Danish. Genius boy. Lawan chess dengan dia, kalah sampai 3 kali berturut2. =)

Abah. Orang yang menyemai minat terhadap chess, badminton, pingpong dan bola. =)

Jiji. Walaupun liat nak main kat rumah, tapi kalau sekali lawan dengan dia, mencanak gak kena fikir.


Pais. Kalau dalam rumah tu, dia claim dia yang paling hebat. Haha. Well, memang hebat pun. =)

Danish. Kat meja nombor 3. Dalam tournament ni, paling tinggi pun, aku sampai meja 4 jee. Danish potong semua abang2 dia.

Aku. Masa ni, game ni je yang tak habis2 lagi. Lawan dengan champion tournament ni. Orang lain semua dah habis. Masa pun tengah dahsyat. End up, kalah masa. =)

Pemenang. Siapa sangka, dapat jugak RM80 dan pingat. Danish dapat RM50 dengan pingat jee. =P hehe.

Rindunya semua benda nii. :')
Nak lagii cuti lama-lama~
:(

***

ps : no ps kali ni. (habeh tu yang hang pi tuleh ps buat apa? =.=")


Contengan 001 : Di celah kesibukan manusia

Di Celah Kesibukan Manusia


Hari Selasa adalah merupakan antara hari yang amat memenatkan. Kelas pada hari ini bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Kelas 'computing' sebentar tadi tamat pada pukul 5.53 petang. Jam analog besar, berwarna putih tanpa angka di Platfom 2 di Stesen 'Underground Tube' tepat menunjukkan jam 6 petang. Bermaksud, perjalanan ku dari universiti ke sini mengambil masa selama 7 minit. Lama sedikit berbanding kebiasaannya yang hanya mengambil masa selama 5 minit. Lemah mungkin.

Melihat pada papan elektronik yang menunjukkan 'tube' yang seterusnya akan tiba dalam masa 3 minit lagi, aku mula mencari-cari bangku panjang yang terletak di tengah-tengah antara platfom 1 dan 2 yang masih belum didiami manusia. Seperti kebiasaan, mana-mana stesen 'underground tube' yang besar akan penuh dihuni manusia sekitar jam ini kerana baru tamat berkerja.

Bukan setakat dipenuhi oleh orang yang bekerja, banyak pelancong juga kelihatan berada di kawasan ini. South Kensington merupakan antara tempat yang mempunyai banyak daya tariknya sendiri. Selain terdapat Royal Albert Hall yang merupakan tempat artis-artis terkenal dari seluruh dunia membuat persembahan, terdapat juga 3 muzium utama yang merupakan antara tempat yang wajib untuk dilawat jika singgah sebentar di kota London.

Bangku yang paling dekat dengan ku sudahpun dipenuhi beberapa orang manusia. Antara mereka, terdapat seorang lelaki muda yang kelihatan seperti berada di stesen itu keseorangan sambil mendengar lagu yang tersimpan dalam 'ipod' yang sedang berada di tangan kirinya. Kidal mungkin. Namun yang lebih menarik perhatian saya adalah satu pasangan suami isteri yang tengah melewati usia senja kehidupan mereka yang sedang duduk di kawasan paling hujung bangku tersebut. Sudah jelas kelihatan kedutan di raut wajah mereka. Namun masih dapat berbual mesra seperti pasangan kekasih yang masih muda. Aku tersenyum melihat mereka. Unik budaya di sini. Bercinta, memang sehingga tua. Terpancar jelas. Sangat jelas.

Di bangku yang hadapan pula terdapat dua orang makcik yang juga sudah berumur. Berbual gembira. Bercakap sedikit dan kemudiannya sama-sama tergelak. Bersebelahan mereka terdapat beberapa beg plastik kecil daripada 'Science Museum'. Aku tidak dapat mengagak apa yang berada di dalamnya. Namun sepanjang pengalaman ku berada di dalam 'Science Museum', mungkin barang-barang tersebut adalah untuk diberikan kepada cucu-cucu mereka ataupun untuk dijadikan koleksi simpanan di rumah.

Aku mengatur langkahku ke hujung platfom. Longlai. Waktu untuk berbuka puasa sudahpun masuk pada pukul 6 petang sebentar tadi. Belum dapat menjamah apa-apa makanan kerana tidak membawa duit semasa keluar untuk ke universiti sebentar tadi tanpa mengetahui bahawa kad debit sudahpun sampai ke limitnya untuk mengeluarkan di mana-mana ATM.

Alhamdulillah, di celah keramaian manusia, masih terdapat tempat kosong untuk aku melepaskan penat lelahku. Bukan sekadar fizikal, tetapi juga mental. Aku bersandar sambil beg galasku aku letakkan di atas ribaku. Fikiranku aku lontarkan sejauh yang mungkin. Walaupun masih ternampak bermacam-macam ragam manusia; ada yang bergegas mengejar kereta api seterusnya di Platfom 1, ada yang sedang melihat papan tanda untuk mengetahui stesen mana yang kereta api seterusnya akan lalui, ada yang sibuk membelai anjing belaan mereka, ada yang tengah mengejar anak mereka yang berlari di kawasan platfom, ada yang tengah sibuk mengikat kembali helmet basikal pada beg galasnya, ada yang sedang mengusung bagasi besar, namun aku sudah tidak mampu untuk berfikir lagi apa-apa tentang mereka. Pandanganku pada mereka amat kosong. Cuba merehatkan diri.

"This is South Kensington. Change here for Picadilly Line and Circle Line. This is a District Line train to Upminster." Tersedar daripada lamunan. Di hadapanku sudah dipenuhi ramai manusia yang menunggu untuk menaiki 'tube' tersebut. Disebabkan perut terasa sangat kosong, aku membuat keputusan untuk berpadat dengan golongan manusia lain dalam tube tersebut. Namun ianya tidaklah seperti padatnya KTM komuter seperti di Malaysia. Masih terdapat ruang untuk bernafas dan bergerak sedikit. 

Sudah menjadi budaya di sini, golongan emas akan diberi prioriti untuk mendapat tempat duduk. Apabila seorang perempuan yang sudahpun berumur yang berada betul-betul di hadapanku melangkah masuk ke dalam 'tube' tersebut, terus seorang perempuan yang berpakaian serba hitam bangun dari tempat duduknya dan memberi ruang kepada makcik tersebut untuk duduk. Sihat budaya di sini. Membuatkan aku boleh mengukirkan senyuman walaupun sedikit.

Namun di celah-celah keramaian dan kesibukan manusia dengan hal masing-masing di dalam 'tube' tersebut, mata ku tertarik kepada seorang pemuda berjambang nipis yang sedang berdiri sambil tangan kirinya sedang berpaut pada tiang di tengah-tengah 'carriage' untuk mengelakkan diri daripada terjatuh apabila kereta api ini hendak mula bergerak ataupun hendak berhenti. Di bahu kananya, beg sandang berwarna hitam dan sedang mengenakan baju sejuk. Tidak seperti orang lain yang telinga sudahpun disumbat dengan 'earphone' untuk terus asyik berada di dalam dunia sendiri. Ya, aku juga antara golongan tersebut. Namun dia tidak. Dia lain. Berdiri sambil kepala ditundukkan ke bawah.

Dalam kesamaran di celahan ramai manusia, aku dapat melihat mulutnya terkumat-kamit. Aku cuba mencari tangan kanannya. Subhanallah, dalam kesibukan manusia seperti itu, masih ada seorang pemuda muslim yang masih sempat membaca Kalam Allah. Jauh sangat jika hendak dibandingkan dengan diri ini. Hanya menatap Kalam Allah itu apabila mempunyai masa lapang. Itu pun tidak selalu.

Aku tersentap. Bermuhasabah. 

Ya, di celah kesibukan manusia di bumi London ini, masih terdapat pemuda muslim yang masih sempat mencuri masa sebelum pulang ke rumah untuk membaca al-Quran. Dan aku?


*******

Aircond, Danish dan Ikhlas


Sekarang bulan Ramadan semasa summer di UK 2012.
Memutuskan segala silaturrahim dengan dunia networking buat sementara (silaturrahim laa sangat kan?) untuk fokus kepada semua benda-benda yang perlu dibuat dan penuhkan checklist.

Plan hari ni nak buat kek coklat moist versi 2.0. Tapi takda telur. Takda susu. Takda duit. 
Haha. Jadi, membuang masa lagi dengan buku "Children are from heaven".
Tengah-tengah baca, teringat Danish. Homesick.


*******

D : Abang, awat aircond tak sejuk-sejuk ni?
A : Satgi sejuk laa tu.
D : Selalu abah pasang aircond, sat ja sejuk. Bukak laa kuat-kuat.
A : Tak lama dah tu. Sejuk laa sat lagi.


Ni kali pertama memandu Toyota Innova tahap extreme. Bacaan meter minyak digital, 0 km left. Dari sebelum ambil Danish dari sekolah tadi lagi. Baru tersedar. 

Di dashboard, lampu oren yang ada tanda pam minyak tu dah berkelip-kelip. Menjerit supaya disuapkan minyak. Ah, naiya kalau kereta mati tengah jalan. Dengan handfon tinggal kat rumah. Dan iPhone takda servis. 

Angkara nak jimat minyak punya pasal, aircond tutup, hanya biarkan angin yang menyejukkan. Gear perlu shift up cepat-cepat untuk naik ke gear 5. Tingkap tak dibuka sebab drag yang disebabkan oleh angin lagi membazirkan minyak. 

Yang hanya tinggal untuk menyejukkan Danish yang berpeluh, hanyalah angin yang tak berapa sejuk kerana aircond di tutup.


*******

"Satgi sejuk laa tu."
"Tak lama dah tu. Sejuk laa sat lagi."

Terngiang-ngiang.


*Tiba-tiba macam ada kilat yang lalu depan mata secara horizontal. Mata terbeliak. Terpana. (Macam dalam kartun cooking master boy bila tersedar sesuatu yang unik ataupun sedap dalam masakan yang dimakan)*
*Errr. Ke saya sorang je yang tengok Cooking Master Boy ni?*


Nikmat yang kita dapat jika buat sesuatu dengan ikhlas, serupa sangat dengan nikmat kita dapat aircond masa panas-panas. Berbeza dengan kita buat sesuatu dengan sebab rasa terpaksa.

Mendapat keikhlasan dalam sesuatu perkara tu adalah satu anugerah. Satu nikmat.

Ada orang, senang sangat untuk ikhlas. Ada orang, susah sangat rasa nak ikhlas walaupun dia nak sangat rasa ikhlas tu.

Di situ laa pentingnya usaha berterusan. Terus membuat baik walaupun pada asalnya tak rasa pun kita buat tu sebab ikhlas. Mungkin sebab ada orang suruh, orang paksa dan sebagainya.

Ianya seperti angin kereta yang ditutup AC button. Pada awalnya, memang tak dapat nak merasai nikmat kesejukan. Lama-kelamaan, kesejukan itu akan datang sendiri. 

Ikhlas itu akan datang sendiri, jika kita berterusan untuk membuat sesuatu itu ke arah kebaikan.


*******

D : Abang, slow laa siket aircond tu. Sejuk laa!
A : Hahah. Bising sangat nak aircond sejuk tadi.

*Suhu 16C, high fan speed, lepas singgah petronas.*

*******

Budak kecik yang sentiasa banyak akai~



~kenangan beberapa bulan lepas~

:')


Salah Laluan

Nota:

Entri ini sangat random. Sekian


*******


Sebersedia mana pun anda, jangan terlalu yakin.
Dan yang paling penting, 
jangan salah laluan yang dipilih.


Jika tidak,
perumpamaannya seperti ini.


***


Anda mandi seawal jam 7.15 pagi,
bersedia untuk menghadiri kelas yang bermula seawal jam 9.00 pagi.

Anda sarapan,
bersiap cepat,
masukkan buku dan alat tulis yang sepatutnya ke dalam beg,
mencapai Oyster Card, dan memasukkannya ke dalam poket,
membawa GBP 3.50 untuk habuan makan tengah hari,
bersarapan dengan choco-pop cereals dan minuman hot chocolates.

Segalanya telah sempurna pada jam 8 pagi.

Perjalanan dari Aldgate East ke South Kensington hanya 22-24 minit dengan menaiki tube.
Dari pintu rumah, ke department, mengambil masa lebih kurang 30-35 minit.

Planning.
Keluar rumah pada jam 8.10 pagi.
Well-prepared.

Sampai ke pintu masuk ke underground tube.
Tapi, belum dibuka.
Meneruskan jalan kaki ke pintu yang satu lagi.
Dalam 2 minit berjalan kaki.

Sampai,
touch oyster card,
nampak train sebelah kiri,
terus board in!

Sepatutnya ambil west-bound,
tapi terambil east-bound train.
Sedar selepas 2 stations tube tu berhenti.
=.="

Terus mencanak lari keluar!

Sepatutnya sampai Imperial pada jam 8.50 pagi.
Akhirnya sampai pada jam 9.20 pagi.
Kerana tersalah naik train.

T___T


*******

Sentiasa ingat.

Sebersedia mana pun anda,
pastikan anda tidak tersalah laluan.
Sama ada dalam perjalanan ke mana-mana,
mahupun dalam perjalanan kehidupan.



London : Day 01

Nota:
Entri ini lebih kepada 'travelogue' penulis ketika berada semula di bumi London setelah beberapa bulan tidak dibenarkan menyentuh bumi ini. 

*******

Ketika itu, hampir 2 jam lebih saja lagi sebelum mendarat di lapangan terbang Heathrow, London. Kerana terlalu asyik melayan lagu-lagu di jukebox, tak sedar langit sudah menampakkan cahayanya sedikit demi sedikit. Di cermin sebelah kanan, boleh lihat, di hujung dunia, sudah nampak cahaya oren ke merahan. Manakala di cermin sebelah kiri, pemandangan masih lagi gelap.

Sebelum menaiki pesawat sebentar tadi, sudah tekad untuk solat subuh berpandukan waktu di UK. Hampir 15 minit menunggu giliran untuk masuk ke tandas untuk berwudhu, dan akhirnya tiba juga giliran. 

Masing-masing di dalam pesawat itu sedang khusyuk melayan smart-screen di hadapan dan tidak kurang ada yang sedang enak dibuai mimpi. Tangan diangkat untuk takbiratul ihram. Solat dalam keadaan duduk di atas kerusi. Rasanya tiada seorang pun sedar yang ketika itu saya sedang solat. Tak tahulah kalau ada yang memandang. Alhamdulillah, kewajipan kepadaNya dapat dilaksanakan dengan sempurna.


******


Smart-screen di hadapan menunjukkan tempoh perjalanan untuk sampai ke London Heathrow cuma dalam satu jam sahaja lagi. 20 minit lebih awal daripada waktu yang dijangkakan untuk sampai dalam tiket perjalanan.

Beg laptop dibuka. Pen berwarna putih yang mempunyai 4 warna dakwat yang diterima tepat pada hari ulangtahun kelahiran saya diambil untuk mengisi borang ketibaan untuk diserahkan kepada pegawai imigresen nanti. 

Ketika siap mengisi borang tersebut, bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran saya apabila akan berhadapan dengan imigresen sebentar lagi. Saya mencongakkan, hanya akan ada 3 kemungkinan apabila sampai di kaunter imigresen sebentar nanti.

1) Visa saya tak valid dan pegawai imigresen akan meminta saya pulang ke Malaysia dengan serta-merta kerana interrupting studies.

2) Saya disenarai-hitamkan dan tidak dibenarkan untuk memasuki UK. Dan kemudian pihak berkuasa akan menahan saya dan mengenakan tindakan undang-undang atas 'kezaliman' yang saya lakukan tahun lepas.

3) Berjaya lepas dengan selamat.

Saya hanya berdoa banyak-banyak semoga urusan kemasukan saya ke UK dipermudahkan. Kerana saya pasti, doa orang yang bermusafir sangat mustajab. Sempat juga saya selitkan doa semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, doakan mereka yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang, dan juga doakan semoga dipermudahkan urusan perkahwinan dan rumahtangga saya nanti.


*******

Tiba di London Heathrow. Jam 5.25 pagi. Suhu 5 darjah celsius. 

Alhamdulillah, lepas imigresen setelah disoal-siasat dalam belasan minit. Bagasi juga tiada masalah. Alhamdulillah.

*******


Apabila sampai di dewan ketibaan, seolah-olah hilang arah. Telefon bimbit, ada 2 di dalam poket. Namun satu pun tidak boleh dipakai.

Pergi membeli nombor baru. Namun ada masalah topup. Akhirnya, saya hanya roger orang di facebook. Syukur saya ada syiling pound untuk online di situ.

Alhamdulillah, diambil oleh kawan serumah. Dia tolong membawa hand-luggage dan saya membawa check-in luggage untuk ke rumah dengan menaiki underground tube.


*******

Cuaca di London, hujan, angin kuat, dan sangat sejuk! Saya ingat, nak masuk summer, suhu sudah meninggi. Tetapi ianya sebaliknya. Baju hanya satu lapis. >.<

Hujan. London seolah-olah menangisi kedatangan saya. Lol.
Sedih betul..

Beg diusung. Ditarik sebenarnya. Meredah hujan apabila sampai di Aldgate East.
Angin, hujan, subhanallah. Memang menggigil.
Beg, basah.
:)

******


Sampai di rumah. Alhamdulillah. Disambut dengan baik.
Tak tahu nak buat apa sangat.
Petang itu terus buka beg, ambil buku dan mulakan ulangkaji.

Esok mahu ke imperial college.
Nak belajar di perpustakaan, dan
nak tengok perkembangan. :D


Bersambung.


London : Day 00

Nota:

Entri ini lebih kepada 'travelogue' penulis ketika berada semula di bumi London setelah beberapa bulan tidak dibenarkan menyentuh bumi ini. 

Jangka hayat 'travelogue' ini mungkin cuma 3 hari memandangkan selepas itu, akan cuba untuk 'full-gear' bagi persediaan peperiksaan akhir.

*******

Perjalanan.

Alhamdulillah. Dari rumah, di hantar oleh keluarga ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Perasaan untuk meninggalkan kembali keluarga setelah ikatan kasih sayang yang tidak pernah pun dapat dirasai sekuat begini itu tak tahu nak diterjemahkan bagaimana.

Sedih. Sunyi. Dan segala perasaan yang tidak menggembirakan menyelubungi hati sebelum berlepas ke KLIA. Segala kenangan bersama keluarga, satu demi satu datang ke benak fikiran.

Namun tak dapat melawan perasaan ketika bersendirian di KLIA. Melihat kiri kanan. Meriah suasananya. Namun bagi diri ini, sentiasa terasa sunyi, hening. Mula lah satu demi satu kenangan bersama keluarga datang singgah di fikiran. Main pingpong dengan abah. Ambil, hantar mama ke sekolah. Ambil, hantar Danish ke sekolah dan kafa. Main dan buli Danish sikit-sikit. Karaoke dengan Danish dan Indat. 

Tangan, dari memegang buku Mechanics dan highlighter, terus mencapai iPhone dan headphone. Memainkan lagu-lagu kegemaran Danish. Ujian Hidup, HambaMu, al-habib, The Call, Slam Dunk. Dan secara tidak sedar, mulut turut terkumat-kamit mengikut lirik-lirik lagu. Dalam fikiran ketika itu, kenangan menyanyikan lagu-lagu tersebut secara duet dengan Danish.

Hati yang sedih, menjadi semakin lara. Tak mengapalah. Bagi diriku, biarkan sahaja perasaan ini untuk hari ini. Esok, baiklah semula, insyaAllah.

*******

20 minit sebelum dibenarkan masuk memasuki pesawat MH002, Malaysia Airlines. Berhubung dengan mereka yang tersayang, yang sentiasa terasa dekat di hati. Bersms, bercakap melalui telefon, dan ber'Whatsapp'. 

Hati terasa sangat rindu sekali. Namun, tangan terasa kaku, mulut terasa berat untuk meluahkan semuanya. Untuk berterima kasih kerana sentiasa bersama diri ini ketika senang dan susah. Terutamanya semasa di akhir-akhir tahun 2011. Merekalah antara asbab untuk diri ini kuat semula. Bangkit sebagai seorang pejuang. Bersabar melayan kerenah diri, ketika diri ini tidak stabil.

Untuk mereka-mereka yang disayangi tersebut, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah membalas kalian dengan kebaikan. :')

*******

Memasuki pesawat MH002. Kelas ekonomi. Mendapat aisle seat. 56D. Syukur, tempat di sebelah kanan kosong, tiada penumpang. Terasa perjalanan dari KLIA ke London Heathrow sangat diselesakan olehNya.

Bosan. Perkara normal untuk dirasai ketika berada di atas pesawat yang akan mengambil masa hampir 13 jam untuk sampai ke destinasi. Tangan mencapai remote. Memilih pilihan 'movie on demand' dan juga 'tv on demand'. Melihat sekejap preview movie-movie yang terasa ingin ditonton. Namun terasa satu pun tidak berkenan. Hati mengatakan tidak.

Tidak percaya dengan diri sendiri. Tak layan movie???

Lalu terus ke 'music on demand' dan memilih lagu-lagu untuk dimasukkan ke dalam jukebox. Sungguh tak tersangka, terjumpa dengan lagu-lagu Maher Zain, zikir munajat, dan pelbagai zikir lagi. Menggamit memori ketika berada di SMKAK suatu ketika dahulu. Setiap petang, alunan zikir-zikir akan dimainkan di corong pembesar suara. Rindunya zikir-zikir ini. Lalu, satu demi satu dimasukkan ke dalam jukebox, dan menggantikan lagu-lagu Adele yang telah dimasukkan pada awalnya.

Ya, pada ketika orang lain sedang enjoy melayan movie, saya pula sedang enjoy melayan lagu 'Barakallahu lakuma', 'For the rest of my life', 'Ujian Hidup', 'HambaMu', dan zikir-zikir tadi. 

Teringat pesanan insan yang istimewa sebelum berlepas melalui lagu puji-pujian 2. Di mana pun orang yang disebutkan dalam lagu itu berada, mereka tetap berzikir. 

Dalam keasyikan mendengar lagu-lagu di jukebox, ianya memujuk mata dan diri untuk berehat juga. Mengurangkan rasa bosan, dan rasa lamanya perjalanan ke destinasi yang akan dituju. Sedikit-sebanyak, ianya mengurangkan rasa resah di hati, untuk menghadapi imigresen sebentar tadi. Pada masa perjalanan ini lah, doa sentiasa dipanjatkan. Doa seseorang yang tengah bermusafir. Mengharapkan Dia mendengar dan memakbulkan. Ameen.

*******

Hampir mendarat.

Bersambung.



Kenangan di Malaysia 2

Nota:
Ini bukanlah entri ilmiah. Entri ini adalah mengenai pengalaman penulis sepanjang berada di Malaysia pada tahun 2012.

*******

Pernah satu ketika. 
Terasa tekanan beraatt sangat.

Terasa hendak keluar sekejap mencari ketenangan diri.
Mencari motivasi yang hilang.
Mungkin ada tersembunyi di mana-mana di lubuk hati ni.
Yang memerlukan sesuatu untuk membukanya kembali.

Jadi, membuat keputusan untuk ke Sabah.
Sangat teringin nak jumpa nenek.
Dah beberapa ketika gak tidak berjumpa dengan nenek.




Alhamdulillah.
Walaupun tak dapat nak kembalikan semangat dan motivasi belajar,
siapa sangka, dalam masa hampir sebulan,
duduk dengan Indat, Nenek, Makcik Yayang,
buat lagi kenal dengan mereka.

Tahu kisah kecik-kecik dulu.
Masa bayi, siapa jaga masa mama abah sibuk dengan belajar dan kerja.

Dulu tak pernah rasa pun hubungan rapat macam ni.
Kalau balik sabah, ziarah je laa.
Melawat nenek, atok, mak long.

Benarlah.
Makin besar, makin kita tahu akan erti kasih sayang,
dalam kalangan ahli keluarga.

Malangnya, ia hadir setelah arwah atok sudah tiada.
Tapi, kenangan yang hadir semasa bersamanya,
buat diri sentiasa dekat dengannya, dan dengan mereka di sabah,
tempat kelahiranku.

Alhamdulillah.
Sangat berterima kasih,
kerana diberi kesempatan ini.

:')


 

Kenangan di Malaysia 1

Nota:

Ini bukanlah entri ilmiah. Entri ini adalah mengenai pengalaman penulis sepanjang berada di Malaysia pada tahun 2012.

*******

Alhamdulillah. Walaupun tak terlalu banyak perkara yang dibuat sepanjang cuti ini, sekurang-kurangnya masih ada masa yang dimanfaatkan.

Harapan, semoga masa yang terluang ini tidak sia-sia.

*******




***

Gambar-gambar ini adalah gambar-gambar anak didik saya, ayah saya dan adik saya.
Pelajar-pelajar di SK Gelong, Kedah.

Setiap hari Sabtu pagi, dan setiap pagi semasa cuti pertengahan penggal 1, abah selalu ajak pergi latih pelajar-pelajar ni.

Ada yang alhamdulillah, boleh main.
Ada yang bermula daripada 'basic'.

Baru tahu kesusahan mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah.
Huhu.

Dan baru juga tahu,
kenapa cikgu-cikgu atau jurulatih-jurulatih, akan lebih mementingkan
seseorang yang ada 'determination' dan sentiasa rajin untuk belajar,
berbanding mereka yang ada bakat, tetapi tiada 'determination' dan malas.

Siapa kata kerja sebagai guru ni senang.
Tapi ianya sangat menyeronokkan kalau pandai menyesuaikan diri dengan budak-budak.
Boleh bergelak ketawa sekali.
Bergurau bersama.

Kenangan ini..
Alhamdulillah..

:')


 
 

Sabah Bahagian 1

Nota:

Ini post random. Gambar yang akan menceritakan segalanya. 

Gambar-gambar ini diambil dengan hanya menggunakan kamera 5 megapixel. Jadi, mungkin ada kekurangan kualiti gambar.

Orang lain upload gambar di facebook. Tapi rasa tak best. Sebab nanti bila orang komen, mesti akan terasa nak reply komen-komen tersebut. Dan akhirnya, kerja yang banyak ni makin tertangguh. Jadi, gambar-gambar tersebut hanya diletakkan di blog yang tidak ramai orang tahu. :)

Gambar-gambar ini diambil masa pulang ke sabah untuk 3 minggu. Kononnya boleh mencari ketenangan di sana dan seterusnya menaikkan semangat untuk kembali belajar.

*******

Bertolak. Dari LCCT selepas berkumpul di KL Sentral. Oh, ini gambar Indat. :)

Ketibaan di Lapangan Terbang Tawau, Sabah. Tak sempat nak bergambar banyak-banyak. Ada pakcik jaga pintu masuk marah. =.="

Tawau Territory. Dah 3 tahun lebih umur henfon ni. Henfon ni jangan beli. Cepat rosak!

Lupa nama sungai ni. Tapi ini antara sungai yang terbesar di Sabah.

Kompleks Mahkamah. Dalam ni, segala jenis mahkamah ada. Tinggi, Sivil, Syariah dan lain-lain.

Ikan bakar yang super murah. Ikan ni + nasik putih + air + sayur adalah dalam satu pakej yang harganya RM9.50 sahaja.

Lupa nama tempat. Tapi sangat puas makan ikan bakar, sotong bakar etc. Total harga RM36 jeee.

Rezeki. Makan sampai licin. :D

Minggu yang berikutnya, bergerak ke Sepilok.

Sepilok. Orang Hutan Rehab.

Suka sangat gambar langit dan pokok yang ni. Lawa.

Dalam perjalanan untuk ke tempat bagi makan Orang Utan.

Nak masuk tempat tarikan pelancong je, mesti kena RM5. Tapi, harga bumiputra, alhamdulillah lah murah sket.

Tempat berkumpul untuk tunggu pukul 10. Tepat pukul 10 baru orang utan akan keluar untuk makan. :D

Kera-kera tu sangat nakal! Curi makanan yang khas untuk Orang Utan. Orang Utan tu boleh buat dek je tengok makanan dia kena curi. Ah ye, ada kisah menarik pasal kera ni. Sangat lawak dan buat semua orang tergelak kat situ! :D

Tempat membeli tiket dan cenderahati.

Entri.

Berkungfu sebentar sebelum pulang! Jackie Chan I am. :D


Destinasi seterusnya adalah Taman Buaya. 

:)

*bersambung*


Zaman Sekolah

Dengan apologi kepada Idil Farhan - Zaman Muda-muda.



Kisas 06/07

Sekarang dah April 2012.
Cepat masa itu berlalu.
Terasa seperti baru semalam keluar dewan besar kisas, melompat keriangan sebab sudah habis SPM.

:)


Kolam Hati

Katakan cicit cinta,
cicit cinta
kamu..
~KRU - Tiga Kata~

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
~Wali Band - Aku Cinta Allah~

Ketika cinta bertasbih,
nadiku berdenyut merdu,
kembang kempis dadaku,
merungkai butir cinta
~Ketika Cinta Bertasbih~

*****

Kebelakangan 2-3 hari ni, sebelum tertidur, mesti akan tertanya-tanya,
satu soalan yang tak pernah pun terlintas sebelum ni.
Selalu sangat dengar cinta.
Cinta tu apa sebenarnya?
Cinta tu sebenarnya macam mana?
Datang dengan tiba-tiba jek soalan ni.

Kelu.
Takde jawapan.
Nak tanya orang, tapi segan.

Lalu aku berkhayal.
(Eh, berkhayal nampak macam negatif sangat. =.=")
Lalu aku berimaginasi sendiri.

Cinta tu,
Satu perasaan.
Yang, akan membuatkan kita selalu terfikir tentang perkara/sesuatu/seseorang yang kita cinta.

Yang,
bila dia nasihat,
atau menegur,
kita akan cuba sedaya upaya kita untuk ikut nasihat dan teguran tersebut.
secara kita tak sedarpun.

Yang,
bila kita mengingati dia/ia,
hati akan menjadi tenang seperti tenangnya air yang mengalir.

Dan kita akan cuba sedaya upaya,
untuk berkelakuan sepertimana yang kita fikir dia mahukan.
Sebab, kita nak nampak sempurna di matanya,
secara kita sendiri tak perasan pun kita berkelakuan demikian,
secara kita sendiri tak tahu pun kenapa kita berkelakuan demikian.
Tetapi, ia terjadi.
Ia seolah-olah terjadi dengan sendirinya.

Itulah cinta.

*Tamat berkhayal berimaginasi*

Dan membuatkan aku terfikir jugak.
Kalau ingatkan seseorang/sesuatu yang kita cinta,
seharusnya hati akan menjadi tenang setenang air mengalir
(Assumption : cinta didefinisikan mengikut imaginasi akmal hayat)

Jadi, cinta pada harta benda tu tak wujudpun sebenarnya.

Cita-cita aku jangka masa pendek, nak ada Audi sebijik.
Sebab aku dah jatuh cinta dengan Audi.
Pergi kerja naik Audi.
Pergi bercuti naik Audi.
Pergi kasi ceramah naik Audi.
Pergi usrah naik Audi.

Well, at one point, sebab Audi tu mahal,
Aku takut banyak benda.
Calar.
Kena pecah.
Kena curik.
Kena rompak.
Kena bakar.
Kena boommm.

Jadi, membuatkan hati tak tenang.
Jadi, ia sepatutnya gilakan harta. Bukannya cintakan harta.

Begitu juga dunia.
Kita bukan cintakan dunia,
Kita gilakan dunia.
Sebab dunia menjadikan kita takut macam-macam.
Kita jadi takut benda yang tak sepatutnya kita takut.

Kita takut,
kerja kena tarik.
biasiswa kena potong.
lamaran kena tolak.
bakal isteri lari masa akad nikah.
gagal peperiksaan.
dan lain-lain,
yang kita tak sepatutnya takut pun.
Sebab semua benda tu dah diatur.

Kenapa perlu takut sedangkan kita ada senjata bersama kita.
Untuk apa Allah kata "Ud'uuni Astajiblakum"?

Suburkan rasa cinta.
Jauhi rasa gila.

*****

OK, post ini sebenarnya untuk muhasabah penulis semata-mata.


*****

Awat nama post ni Kolam Hati? Macam tak dak kena mengena pun.?

Jujurnya kolam hati tu nak menggambarkan keadaan yang terjadi kat kampung ni, sabah negeri bawah bayu.
Berada di sini seolah-olah merasakan semua orang seirama denganku. Jiran-jiran, anak-anak saudara, pakcik2, semuanya masuk dan cocok.

Sebab semuanya peminat kolam hati.
Atau bahasa Inggerisnya.
Liver Pool.
Liverpool!

Tiada Chelsea, tiada Manchester United, Tiada Arsenal!
Peace! ^^ 
(Sambil membuat tanda aman menggunakan kedua-dua belah tangan)

Sekian.

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kemalangan jiwa di sini.
p/ss: Macam takkan dapat je pergi semua pulau kat sabah ni. Kering poket. Mahal! T_T

I did it my way

baru lepas usya home page facebook. terserempak dengan status yang ada kaitan dengan lagu "My Way"
tapi saya tak suka versi frank sinatra. saya suka versi robbie william.
sebab, it's more inspiring.
dan lagu ini membuatkan saya mengimbau pada kenangan-kenangan lepas.


lagu ni saya mula jumpa pada awal sem3. disebabkan itu satu sem yang super busy, itulah sem yang macam-macam perasaan wujud. suka, sedih, up, down, jahit, koyak, bersemangat, lemah, dan lain-lain.
jadi, lagu ni selalu mendampingi saya ketika di kmb.


sebenarnya, almost every morning sebelum ke kelas, dari sem3 ke sem 4, lagu ni akan berkumandang di A243.
^_^
sebab, ia menghadirkan jugak semangat walaupun sedikit.


tribute to syamil muhammad yang memperkenalkan lagu ini kepada saya melalui blog beliau.

saya hadiahkan kepada anda,
Robbie William - My Way


Something





^_^




T_T




Resign

Quotation..

Kadang2 menyusahkan ada gak

Bukan kadang-kadang. Sebenarnya selalu. Akhirnya ada yang menyatakan.

Bermula saat ini, aku akhirnya nampak sebab untuk aku menarik diri.

Sangat indah kita bersama2 bekerja 13 orang. Ukhuwwah. Takaful. Tafahum.

Aku akan kenang saat itu.

Mulai saat ini, aku menarik diri dari team all of you guys officially.

Just keep in touch informally

Now, this is the time for me to focus on my aim 120%

"That's crazy! That's why I'll do it"
- Hiruma Youichi-

Seharian Waktu Bersamamu

Sem 2 in review. Cuma sinopsis sahaja daripada keseluruhan kehidupan dalam semester 2 di kolej MARA banting.


1. Dear pen-pal

Mendapat pen-pal yang sangat caring dan penyayang dan sangat hot. maaf kepada yang lain kerana dia jatuh ke tanganku.hu3..jangan jeles ye.. pelajar jurusan perubatan. segalanya bermuala dengan surat. kalau dahulu, jika berselisih, macam x nampak. ye rr, malu2 kucing masa tu. sekarang sudah berubah. seringkali menegur apabila terserempak. bukan senang nak terserempak dengan dia nih.

Pada hari revelationday, dia mendapat Teddy bear yang sangat comel daripadaku. Sayang nak lepaskan kerana very cute. tapi, x mengapa, demi pen pal. Dan aku juga mendapat sesuatu yang istimewa daripadanya. Di luar jangkaanku....

teman sewaktu tidurku

2. Bila Buah Hati Merajuk

Ini kes susah jugak. Tanpanya, jadi tak bersemangat nak buat kerja. Dah laa tengah test masa tuh.. Masa tu jugak dia mintak clash. Pujuk punya pujuk tak lepas.. adoyai.. Abes Test math dan fizik aku kali ni..

dah berjaya dipujuk.ngayat cket~ahaks


3. Sayur pertama yang aku masak!!

Sayur ni hanya dibuat dalam masa 5 minit. Masa tuh tengah pertandingan masakan. Last minit, sedar "Woi! Sayoq tak masak lagi"

Aku pun apa lagi.." Tak pa. Mai aku masak!!" dengan gaya confidentnya.

Potong laa sayoq tu kecik2..menunjukkan kemahiran memotong sayur sebab selalu potong kat rumah. (tapi xpernah masak sayoq).. Semua terkesima. Kagum~ Ngehee..

Pastu, letak minyak sikit dalam kuali. Sayuur yang telah dibasuh dimasukkan setelah minyak panas bersama sedikit air. Letak garam sikit sebagai perasa. "Mana sos tiram?! Aduih orang dah kebaih.."

Kemudian datanglah seorang yang bergelar skem dengan selambanya merasa sayur tersebut. "x cukup perasa ni" dia dengan selambanya mengambil kicap lalu dituangkan kat sayur tuu..aku tanya..

"Kicap apa tuh?"
"Kicap manis!"
"Tidaaakkk!! Sayoq aku!!"

kicap manis tuh bukan aku yang letak!

Last2, camni laa jadinya..ahah..xdak rupa sayoq langsung! tapi sangat sedap.

ada orang cakap,
Pempuan kalo masak, hias sangat cantik..tapi rasa xtaw lagi..
Kalau laki masak, cmni rr..xdak rupa tapi rasa TIPTOP!!huhu

cabaran untuk kaum hawa~


4. Perangsang Semangatku

Ni aku dapat sempena birthdayku yang ke-18! Aku letak kat satu sudut dalam bilik. Kalau xdak mood, selalunya aku tengok dia laa..

dia tengah pegang sekalung ijazah. daku bakal menjadi seperti itu.iA

tenung2 harap segala perasaan yang x betul ni dia boleh serap.ahaks! x betul kan? Weng~

Comel dan sangat suka dekat dia...


5. Hobi aku

Selain bermain badminton, chess juga salah satu kegilaanku. Sempena birthdayku yang ke-19, mendapat satu chess set daripada Egypt. Hand made woo..

bidak2 x sempat nak upload.berat nanti

walaupun sampai padaku 6 bulan selepas birthdayku, namun tak mengapa. nilai hidup pada memberi..ahaks!

nilai hidup pada memberi


1st game (perasmian)

akmal hayat vs faqih aqili
1-0

Sekian dahulu buat kali ini. Isya sudah masuk. Sem3 sudah 4 minggu. Year1 masuk sudah 3 ka 2 minggu ntah. Assignment makin banyak.

Usah bertangguh lagi...
Tingkatkan usaha...
Tingkatkan iman...
Tingkatkan amal...
Jaga Mutaba'ah...

Wassalam