IB Maths Marks!!

23rd December 2008

Bismillah.

Setiap selang dua hari aku akan ke Dewan PJ2 untuk bermain badminton. Seperti biasa, bermain dari pukul 8.30 pagi sehinggalah pukul 10.30 pagi.

Mengenakan raket ber'string' baru, sungguh sedap smasy shuttle cock RSL Silver tuh. Segala skill menjadi. Habis opponents aku kerjakan. Ahaks..

Leading overall games 3-0. Tiba-tiba..

"Receiving incoming transmission!!" Handsetku menjerit. Menandakan mesej baru masuk. Melihat paparan..

From "KMB Cg Aisha"..

Aku mula terketar. Adakah mesej tentang markah maths. Agakanku tepat.

"Ur paper2 - 51/80..."

Mak Aii...rendahnya..Previously paper1 - 62/80.

Total pure maths marks is 113/160.

Kecewa. Mengharapkan agar markah subjek statistics dapat cover balik kertas pure maths. Amat mengharap. Agar dimurahkan rezeki.

Selepas membaca mesej tersebut dan sedikit berfikir, permainan terus merosot. Mengenangkan soalan-soalan yang tak sempat dijawab. Daripada 3-0, total kemenangan hari ini hanya 5-4. Prestasi merudum.

It's OK! There is still room for improvement! Wake up! Kurangkan bermain FIFA. Ahaks. Dan dekatkanlah diri kepada-Nya. Aim for 7!!

Selepas itu ke library pada pukul 12.30 tengah hari..
Study??
Erm..

Kita hanya merancang...
Dialah yang menentukan...


Coretan Hati
~Akmal Hayat~

Orang Gila Di Jalanan

20th December 2008

Bismillah. Hari ini banyak events berlangsung sama ada yang telah dijangka ataupun tidak. Oleh sebab terlalu lama berada di rumah, aku memilih hari ini untuk melancong sebentar di BANDAR RAYA Jitra ini untuk melihat perkembangan selama 2 bulan aku tidak berada di sini. Oleh sebab takut kesunyian, aku mengajak adik ku seorang untuk menemaniku di dalam kereta. Minyak masih banyak, rata tempat laa boleh melencong..hahah

First Location.
Taman Sinar Harapan, Jitra, Kedah.

Ini merupakan taman khas untuk kanak-kanak istimewa. Niat di hati hanya hendak menghantar kembali pendrive amin rox yang berada di situ selama dua hari untuk aktiviti kebajikan masyarakat bersama rakan-rakan yang lain. Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, sila ke blog amin.

Sesampai di sana, aku pun serah Nescafe Original yang telah ditempah oleh Amin dan Syamil. Tu tak kesah. Tetiba ada yang menyapa. "Assalamualaikum.." Tekejut aku. Seorang budak di Taman Sinar Harapan jugak. Normal tetapi dipinggirkan oleh sebab agak lambat dalam pelajaran. Lepas tu..

"Akmal, dok dengan dia lama-lama sikit!"
"Awat pulakk??!"
"Nak tangkap gambaq hang dengan adik hang."
"Mana aku bawak adik aku. Adik aku aku tinggal dalam keta."
"Haha..tu budak tu laa adik hang. Muka nak dekat-dekat sama. Yang paling tak bley blah, perangai pun mirip2 hang!! hahaha.."

Bermulalah sesi fotografi aku dengan 'adik' aku. Hahah..kawan-kawan lain suma gelak.Ampess sungguh anda.

Second Location
Stesen Bas Jitra.

Ke sana untuk membeli tiket kembali ke KMB. Sampai-sampai, mencari kaunter Transnasional. 5 minit menjenguk-jenguk x jumpa. Ambil keputusan untuk ambil bas yang selalu aku naik Golden Diamond. Tapi pak cik tu kata, "sekarang kita dah ada bas baru dik". "Haa..amek laa bas baru tuh..nak sit tengah."

Tarikh : 5 Januari 2009
Masa : 10.30 malam
Tempat Duduk : 7A (single sit)
Bas : Pancaran Matahari (tak penah dengar pun nama nih)

Third Location
Bank

Untuk perhatian budak-budak tajaan JPA, elaun sudah masuk. hahaha..aku keluarkan sedikit wang tersebut untuk digunakan.

Fourth Location
SERA Sports Shop

On da way nak ke sini, actually ade jalan singkat. Tetapi disebabkan aku tahu ada polis buat sekatan dekat jalan yang lebih jauh, aku mencabar diri ini nak lalu ikut jalan yang disekat jugak! ha3..berani kan.. Lepas U-turn, bermula lah..JAMMED. Polis buat kacau..pada kesempatamn yang ada, aku mencabar adikku;

"Agak-agak kan, kalau abang lalu nanti dekat polis tu dia nak tahan tak??"

"Mesti punya laa..dah la dia nampak budak yang bawak"
(erk..aku masih budak2 kah? Aku sudah remaja!)

"OK we'll see~"

Jalan slow2~tiba dekat pak cik polis tu. Aku senyum. Angkat tangan lagi kat dia. Dia suruh jalan. Ha3..Yakin sebab sure lesen bawak. IC bawak. Pakai seatbelt. Road Tax hidup. Masa nih, aku teringat si IMMAGINE NATION. Ha3..kalu dia pulak, ada sekatan saja, mesti kena tahan kejap dengan pak cik JPJ or Polis tanya pasal lesen..haha..

"Aik! Pelik ni..awat dia tak tahan?!", adikku mempersoalkan..

"Tengok laa sapa yang bawak..ha3"

Tiba di destinasi. Oleh sebab sudah terlalu lama berpuasa dari bermain badminton, jadi singgah jap disini membeli shuttle "RSL Silver 77", stoking badminton, dan grip baru untuk raket. Duit banyak habis di sini.

Fifth Location
ANEKA Super Bowl

Berbakikan sekeping note berwarna hijau, singgah bermain bowlong dengan adik sekejap. Adik kandung. Bukan adik sinar harapan tadi. Main je la kami dua beradik. 2 set.

Set Pertama
Handicap aku : 158
Handicap adik aku : 58

Set Kedua
Handicap aku : 98
Handicap adik aku : 58

Antara mimpi, dan juga fantasi, tapi itulah reliti. Record terbaru aku sepanjang dah lama aku main..158!! hahah..baru nak berjinak2 dengan bowling nih..

Lokasi seterusnya, rumah.

Sebelum sampai, beli dulu Coca-Cola. Hadiah untuk mak aku. Then sampai terus di rumah..

p/s = buka-buka dompet, tengok-tengok, LESEN P X BAWAK!! Aku cuma bawak lesen L jaa..huh! nasib baik dia tak tahan tadi. kalau tak, kena renew laa lesen aku.. Peringatan untuk jangan terlalu riak..


Yours Sincerely
~Akmal Hayat~

Pasangan hidupku yang baru...

17th December 2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti ini hidupku kesunyian. Cadangan pada asalnya, hendak berjalan-jalan memakan angin pada waktu cuti ini. Namun apakan daya, wangku tiada. Masih ternanti-nanti bilakah penaja nak bank-in semula. Semuanya habis dek buku2 yang mahal.

Natijahnya, almost sehari-harian terperap daku dalam bilikku ini yang tidak pernah sunyi dikunjungi adik-adikku untuk bermain game dan tengok movie. Walaupun bermain permainan video amat mengenjoykan, namun masih terasa kosong pada masa cuti ini.

Setalah menimbang tara, akhirnya diri ini telah membuat satu keputusan dengan harapan agar cuti ini akan lebih terisi. Walaupun sudah hampir 6 bulan berkenalan, namun aku tidak sebegitu rapat dengan "si dia". Mukan mudah untuk diri ini rapat dengan makhluk Allah yang tidak begitu dikenali. Lalu daku membuat keputusan untuk merapati dan mendalami diri "si dia".

Makin kudalami, makin kunampak keistimewaan yang terdapat padanya. Makin indah dek mata, akal, dan hati melihat. Makin bertambah kecintaanku pada cinta hatiku yang baru (tidak mampu untuk mengatasi cinta terhadap sang Pencipta). Setelah hampir seminggu mendalami, kuputuskan untuk menghebahkan tentang "si dia" pada khalayak ramai. Harap tidak timbul fitnah selepas ini. Sangat berharap agar semasa bersama "si dia" diri ini dapat menempuh IB Diploma dan alam pekerjaan yang bakal tiba dengan jayanya.

Saya dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim memperkenalkan pasangan baru hidup saya...

Tada!!
Mr. GDC!!


GDC stands for Graphics-Display Calculator. Dilahirkan oleh Texas Instruments dengan nama officialnya TI-84 Plus. Dan beserta nama manjanya, MYLOTUS (nama ini khas untuk GDC aku jek sebab penat2 aku fikir dan cari nama). Banyak kelebihan yang terdapat pada MYLOTUS ini.

Kelebihan MYLOTUS:
  • Boleh melakar graf dengan hanya perlu memasukkan equations.
  • Menyelesaikan simultaneous equation. Up to how many unknowns you desire.
  • Boleh memaparkan Periodic Table. (Harus di'install' terlebih dahulu)
  • Menyimpan data-data.
  • For financy.
  • Dan yang paling xbley blah, boleh bermain game! Macam game pokemon. Siap boleh lawan lagi antara GDC dengan GDC lain.
  • Dan banyak lagi. Belum sempat meneroka sepenuhnya kerana Buku Manual tertinggal di dalam locker di kolej.

kemampuan melakar graf

Berharap dengan hubungan yang kamcing antara diri ini dengan MYLOTUS dapat membantu diri ini menerjah Pure Maths, Physics and Chemistry dalam menempuh IB ini. Ah ye..Statistics juga. Hampir terlupa. Welcome my new sweetheart~

Selamat tinggal yang lama. Jasa anda tidak pernah dilupa. Hampir 5 tahun kita bersama. Berbaktilah untuk yang lain pula ye.

no more. gud bye


Ayuh mulakan perjalanan. Kita terjah Fizik!! Today is Physic's Day!

Still wondering..when should be the T.O.K.'s day?? hurm..

Yours sincerely
~Akmal Hayat~

Cuti, Apakah yang dilakukan - Survey Calon Isteri???

13th December 2008

Bismillahirrahmaanirrahim

Cuti sudah menjelma lagi. Aku seperti biasa hanya terperap di rumah. Dikelilingi oleh kanak-kanak yang masih belum cukup umur. Di manakah kawan-kawan yang sebaya denganku di taman ini? 

Dibuat survey..Soalannya berbunyi..

Cuti panjang sebegini anda buat apa? (Tuan2 dan Puan2 yang membaca post ini juga boleh menjawab soalan ini di dalam komen ye)

Si A: Aku asyik tengok movie ja. Tiap-tiap hari. Tengok la movie Tuan Gatsby..senang paham.

Si B: Study rr..attachment seminggu sudeyh..haha

Si C: Tido..tido..tido..tido..tido sampai lebam..haha

Si D: Aku nak catch-up balik r subjek2 sem 1. Aku tak dewa macam ..... (sensored) haha

Si E: Belajar memasak laa cik abang ooi..nanti fly nanti sape yang nak masakkan kalu lapa

Si F: Personal CAS. Study. Tido. Main game. Tengok TV. Jangan lupa malam nie Arsenal lawan. ha3

Si G: hmmmm..byk gak..dah btulkn IA bss, ada merancang dan dh stat utk TOK dgn EE, ada pg prgrm luar, ada balik kpg tgk atuk sakit, ada stat blaja piano (lagu baru), ada stat hafal quran. 

Semua ni bley tahan laa lagi. Yang satu ni x bley blah..

Si H: ermm..ntah..hg nak kawen bila?? aku tengah mencari ni calon yang sesuai ni...x lme dh. 5thun je lg.

Muahahahaa..alahai sahabatku. Masih jauh perjalanan hidupmu. Masih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Masih banyak juga kerja-kerja yang perlu didahulukan berbanding mencari calon isteri.

Apakah yang diri ini lakukan semasa cuti ini? Persoalan yang sering berlegar-legar di dalam minda ini. Adakan bermanfaat atau tidak?

Perkara yang telah dilakukan oleh diri ini

1. Bermain badminton setiap selang dua hari di dewan Chin Hin

Status 
Bermanfaat. Menyihatkan badan

Tindakan
Teruskan..ahaks

2. Bermain chess dengan Grand Master chess dekat dalam rumah ni. Ramai yang ke peringkat kebangsaan

Status 
Bermanfaat. Melatih minda untuk menjadi lebih tajam dan lebih pandai memanipulasi sesuatu perkara. Sangat membosankan kerana perlu banyak berfikir. Hanya dimainkan apabila otak sudah penat atau letih atau sudah bosan mengadap laptop ini.

Tindakan
Teruskan kerana mendapat kepuasan apabila dapat mengalahkan para 'Grand Master Chess' dalam rumah ini.

3. Bermain game FIFA. Surf internet lama2. Ber'Yahoo Messenger'.

Status
Bermanfaat jugak kot.hahah.. Tapi agak kurang berbanding tadi. Banyak menghabiskan masa. Melalaikan sampai tak ingat waktu MAKAN!

Tindakan
Kurangkan. Kalau dah boring sangat, layan aje laa.

4. Blogging 

Status
Mengisi masa lapang dengan perkara2 berfaedah. Blog menjadi medan untuk meluahkan apa-apa yang dirasakan beban di dalam kepala.

Tindakan
Teruskan..dapat mengurangkan stress..

5. Memberi perkhidmatan kaunseling

Status
Ahaks..yang ni tak bley blah. Tapi hakikatnya, aku selalu sahaja perlu menjadi kaunselor untuk orang lain. Mungkin bakat daripada bapa diturunkan melalui 'gene'. Melatih diri untuk ada self-confidence dan lebih mengukuhkan silaturrahim dengan kawan-kawan yang lain

Tindakan
Teruskan selagi mana anda mempunyai kredit.

Perkara yang perlu dilakukan
- Baca novel Tuan Gatsby, Meniti Senja, dan Okonkwo sampai habes.
- Madu Tiga (P Ramlee)
- Tingkatkan kemahiran Fizik, Maths, dan Chemistry
- Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah
- Baca Handbook TOK
- dan lain2

Semoga cuti ini membawa manfaat dan lebih baik dari cuti yang sebelum ini. Sekian.

Coretan Hati
~Akmal Hayat~



How's Your Exam??

6 Disember 2008

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat juga mengharungi musim peperiksaan dengan jayanya. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah boleh buat. Cuma yang tak pasti..markah. Entah banyak entah sedikit. Bergantung pada rezeki. Dah buat sehabis baik. Tawakkal je laa yang boleh sekarang nie. Sedikit konklusi tentang pelajaran2 yang diambil.

Physics High Level

Secara keseluruhannya boleh buat. Tapi ada 2 soalan yang terpaksa ditinggal tak berjawab. Sebab apa dan mengapa? Masa tak cukup.. Soalan banyak + susah bangat. Masa terhad. Tercangak rr budak2.. Setiap soalan yang ditinggal tu berharga 2 markah. Markah total yang hilang free 4 markah! Banyak tu..

Malay A1

Dari 5 soalan hanya perlu jawab satu sahaja. Karangan perbandingan antara drama-drama yang dikaji. Agak mencabar. Soalan amat susah. Tapi alhamdulillah laa karangan tak lari dari tajuk. Kalau menyimpang, gred 4 laa jawabnya.

Mathematics High Level

Subjek ini dipecahkan pula kepada dua; Pure Maths dan Statistics. Bagi setiap subjek calon-calon diminta untuk menjawab dua paper. Paper 1 dan paper 2. Paper 1 tidak dibenarkan penggunaan kalkulator manakala paper 2 dibenarkan (GDC).

Soalan agak mencabar. Boleh dikatakan masa menjawab paper maths, dapat nampak laa wap2 dan asap2 yang keluar dari kepala setiap calon. ha3..Siap semua kah? Jawapannya tak..Bagi mathematics terpaksa tinggal 1 soalan yang berharga 4 markah! Alasan..masa terhad..Tapi secara amnya, paper ni tidaklah sesusah yang digembar-gemburkan oleh para senior. Namun agak memenatkan. Sesampai sahaja di bilik, bila badan direbahkan, mata tertutup sehinggalah Asar.



Chemistry High Level

Ada dua paper jugak. Paper 1 tak boleh guna GDC. Paper tu boleh. Tak tahu nak komen tahap kesukaran subjek ni. Sebab semua calon senyum ja masa keluar dari dewan peperiksaan. Ni salah satu subjek yang ramai orang target 7. Agak senang laa bagi yang baca dan faham.

English Standard Level

Haa..yang ni tak tau nak komen. Essay entah apa-apa aku goreng. Siap bawak masuk watak-watak Kungfu Panda lagi tuh. hahah..

Pendidikan Islam

Seriusly, amat susah. Itu untuk orang2 yang tak baca buku handbook KMB rr. Kalau baca tak menjadi masalah.

Economics Standard Level

Soalan agak senang. But i have got myself into trouble. Ha3..soalan senang ada, saja nak jawab soalan-soalan yang susah. Buat essay tak cukup isi pulak tu. Alasan..masa tak cukup..ha3..bayangkan laa soalan memerlukan perbahasan yang agak panjang. Tapi masa yang diperuntukkan hanyalah satu jam untuk 2 essay!!

Tamat sahaja paper ini maka seluruh warga KMB merayakan detik-detik kemerdekaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Namun, disebalik kegembiraan itu, terselit juga perasaan gelisah. Berapakah gred yang bakal aku dapat nanti? Sebelum exam, hanya target untuk mendapat total gred 36 bagi 6 subjek. Namun jika ada rezeki, Insya-Allah 40 tidak menjadi satu masalah. Sama-samalah kita doakan yek.. Aminn~



p/s : Dewan peperiksaan dilengkapi dengan pendingin hawa. Ingatkan ia menjadi satu kelebihan. Namun yang malang, ia adalah sebaliknya. Aircond terlaluu laa sejuknya. Ramai jaa budak2 yang pakai sweater masa menduduki peperiksaan. Suhu yang terlalu dingin sedikit sebanyak telah mengurangkan kelajuan aku untuk menulis. Kadang-kadang terasa kebas. Kadang-kadang terasa nak cramp. Sebab terlalu banyak yang kena tulis. Bak kata Faizul Amer Year 2,

"Itulah hakikatnya IB~ Ko takkan pernah rasa masa tu cukup. Tak kiralah sama ada exam mahupun tugas2 ko dekat KMB nie"


Demi masa

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 

Melainkan mereka yang berpesan-pesan

dengan kebenaran dan kesabaran


Coretan Hati
~Akmal Hayat~