How's Your Exam??

6 Disember 2008

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat juga mengharungi musim peperiksaan dengan jayanya. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah boleh buat. Cuma yang tak pasti..markah. Entah banyak entah sedikit. Bergantung pada rezeki. Dah buat sehabis baik. Tawakkal je laa yang boleh sekarang nie. Sedikit konklusi tentang pelajaran2 yang diambil.

Physics High Level

Secara keseluruhannya boleh buat. Tapi ada 2 soalan yang terpaksa ditinggal tak berjawab. Sebab apa dan mengapa? Masa tak cukup.. Soalan banyak + susah bangat. Masa terhad. Tercangak rr budak2.. Setiap soalan yang ditinggal tu berharga 2 markah. Markah total yang hilang free 4 markah! Banyak tu..

Malay A1

Dari 5 soalan hanya perlu jawab satu sahaja. Karangan perbandingan antara drama-drama yang dikaji. Agak mencabar. Soalan amat susah. Tapi alhamdulillah laa karangan tak lari dari tajuk. Kalau menyimpang, gred 4 laa jawabnya.

Mathematics High Level

Subjek ini dipecahkan pula kepada dua; Pure Maths dan Statistics. Bagi setiap subjek calon-calon diminta untuk menjawab dua paper. Paper 1 dan paper 2. Paper 1 tidak dibenarkan penggunaan kalkulator manakala paper 2 dibenarkan (GDC).

Soalan agak mencabar. Boleh dikatakan masa menjawab paper maths, dapat nampak laa wap2 dan asap2 yang keluar dari kepala setiap calon. ha3..Siap semua kah? Jawapannya tak..Bagi mathematics terpaksa tinggal 1 soalan yang berharga 4 markah! Alasan..masa terhad..Tapi secara amnya, paper ni tidaklah sesusah yang digembar-gemburkan oleh para senior. Namun agak memenatkan. Sesampai sahaja di bilik, bila badan direbahkan, mata tertutup sehinggalah Asar.



Chemistry High Level

Ada dua paper jugak. Paper 1 tak boleh guna GDC. Paper tu boleh. Tak tahu nak komen tahap kesukaran subjek ni. Sebab semua calon senyum ja masa keluar dari dewan peperiksaan. Ni salah satu subjek yang ramai orang target 7. Agak senang laa bagi yang baca dan faham.

English Standard Level

Haa..yang ni tak tau nak komen. Essay entah apa-apa aku goreng. Siap bawak masuk watak-watak Kungfu Panda lagi tuh. hahah..

Pendidikan Islam

Seriusly, amat susah. Itu untuk orang2 yang tak baca buku handbook KMB rr. Kalau baca tak menjadi masalah.

Economics Standard Level

Soalan agak senang. But i have got myself into trouble. Ha3..soalan senang ada, saja nak jawab soalan-soalan yang susah. Buat essay tak cukup isi pulak tu. Alasan..masa tak cukup..ha3..bayangkan laa soalan memerlukan perbahasan yang agak panjang. Tapi masa yang diperuntukkan hanyalah satu jam untuk 2 essay!!

Tamat sahaja paper ini maka seluruh warga KMB merayakan detik-detik kemerdekaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Namun, disebalik kegembiraan itu, terselit juga perasaan gelisah. Berapakah gred yang bakal aku dapat nanti? Sebelum exam, hanya target untuk mendapat total gred 36 bagi 6 subjek. Namun jika ada rezeki, Insya-Allah 40 tidak menjadi satu masalah. Sama-samalah kita doakan yek.. Aminn~



p/s : Dewan peperiksaan dilengkapi dengan pendingin hawa. Ingatkan ia menjadi satu kelebihan. Namun yang malang, ia adalah sebaliknya. Aircond terlaluu laa sejuknya. Ramai jaa budak2 yang pakai sweater masa menduduki peperiksaan. Suhu yang terlalu dingin sedikit sebanyak telah mengurangkan kelajuan aku untuk menulis. Kadang-kadang terasa kebas. Kadang-kadang terasa nak cramp. Sebab terlalu banyak yang kena tulis. Bak kata Faizul Amer Year 2,

"Itulah hakikatnya IB~ Ko takkan pernah rasa masa tu cukup. Tak kiralah sama ada exam mahupun tugas2 ko dekat KMB nie"


Demi masa

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 

Melainkan mereka yang berpesan-pesan

dengan kebenaran dan kesabaran


Coretan Hati
~Akmal Hayat~

19 comments:

Anonymous said...

haiz...kini...masa telah menjadi 1 limiting factor..huhu

#ingatkan tempat aku ja yg bermasalah x cukup masa...

Akmal Hayat said...

sempat lagi tuh bwk msok istilah kimia..

"limiting reagent"

msok exam gak hari tu..

fieqa said...

salam~..

aameenn..
gud luck2 ntok result!..
May Allah give u da best result, insyaallah..

faidza azamta fatawakal a'lallah..

Syaimaa' Ahmad said...

hurmm...
tetiba rasa bersyukur plk wat medic mesir...

alih2 paling susah pon hafal nerve dgn arteries

klau nak ngadap IB jwbnya ley pitam dlm klas..

sy sungguh tak minat nombor2 ~_~

Akmal Hayat said...

to fieqa:

wa man zara'a hasoda..

thanx for da doa..

Akmal Hayat said...

to syaima~

mathematics is queen of science.

if science is a subject,
then mathematics is its language.

hu3..apa pn xbley lari dari math

Unknown said...

saya pula sungguh minat nombor2 ni.

Farah said...

haha.math best.sc pn best la.huhu

Liyana said...

hahahah....
klu ak, phy ngan chem ak minat la..
tpi msuk econs..ya Allah nk pgsan...
ssah benar nk fham theory econs nih....dgn bhsa yg pliknye~

aduihh..nway ak bru lpas ielts 6 hb ri tuh..so far, ok la...i did my best..wlaupn ak rse x sbaek kwan2 ak yg mntap tuh...skrg nih twkal je la...
huhuhuh~

Akmal Hayat said...

to anas_AF:

ak knl sgt ko..ha3..mnt dgn nombor dri f4 ngan ak lagi..

kalo x minat..cena laa bley msok SOLAR..ha33

Akmal Hayat said...

to arabella:

hahah..2-2 mmg bez..kata nk jd engineer~

Akmal Hayat said...

to liyana:

- physics and maths are da bezz
- econs? hu3..kalo kt kmb, salah satu subjek yg plg sng nak score..
- IELTS..aku akan merasainya di sem3..cuak gak..tapi ko bley pny..

h a r i z, H said...

wuyyo..
best r korang...
men2 ngn nombor.

econs tuh pnting utk kesejahteraan sejagat. bisnes pnting utk kesejahteraan pengguna. engineering penting utk menjahanamkan dunia. medic pula pnting utk menjahanamkan hidup doktor.

agaknyalah...

Akmal Hayat said...

to H2:

falsafah apakah pula yang encik bawa wahai H2..hu2...

50% bley pakai..50 lg kne difikir-fikirkan..

Liyana said...

hahah..ak ske la ayat H2 yng "medic pula pnting utk menjahanamkan hidup doktor"
huhuhu..lawak2~

h a r i z, H said...

itu bukan falsafah...
pkir sdiri la weh...
kata blaja TOK...
haih haih haih...

h a r i z, H said...

err..
liyana, x yah la tulis H2 cm tuh..
tulis hariz cukup la kan?
h2 tuh, alaa cmner eh nk cakap penggunaan dia...ish...

Syamil said...

first of all..
tukar r background..
susah nampak..

and lastly..
ko hebat..
sure gempak nyer result..






p/s ingat habis cuti..chess tournament menanti..

Akmal Hayat said...

to syamil budak engin:

- hahah..background? ak rse tenet ko loading x abes kot tuh..ahaks..

- result no komen..exam ssh..