Dahulu..kini..adakah juga untuk selamanya?

20 November 2008…

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa terluang. Antara nikmat-nikmat Allah Taala yang sering dilupa manusia. Diri terasa berat untuk meneruskan latihan-latihan yang menggunung untuk disiapkan. Jadi, digagahi juga computer ini untuk melompat dari satu blog ke satu blog. Sehinggalah terjumpa satu blog ini. Indah susunan ayatnya. Manis kata-katanya. Menambat hati ini untuk membaca dari entry ke entry.

Makin jauh kutatapi dari huruf ke huruf, satu perkataan ke satu perkataan, terasa hatiku semakin syahdu. Hiasan-hiasan entrynya penuh dengan kalimah-kalimah yang mengingatkan hamba kepada Tuhannya. Dihiasi dengan peringatan-peringatan yang sukar kutemui belakangan ini untuk sentiasa mengagungkan-Nya sebagai Maha Pencipta. Cukup untuk kembali melembutkan hati ini yang kian keras. Tanpaku sedari air mata mula berlinangan. Aku mula teringat. Bagaimanakah diri ini pada masa dahulu? Bagaimana pulakah diri ini pada masa kini? Congakan untuk masa depan juga berlegaran di dalam akal pemberian Maha Pencipta.

Dahulu…dahulu Al-Quran itu pendamping diri ini dari pagi sehinggalah ke malam. Dalulu, Mathurat itu sentiasa menjadi zikir pagi dan petang. Dahulu, apabila solat, terasa kemanisan solat itu. Dahulu, apabila menuntut ilmu, sentiasa dapat memahami apa yang diajari. Sentiasa dapat fokus hampir seratus peratus. Tapi itu semua hanya sejarah dan kenangan masa lampau. Kerana diri ini kini makin terpesong daripada yang sepatutnya.


Kini…kini pendamping diri ini yang sentiasa menemani diri ini suatu masa dahulu sudah makin kurang kutatapi. Sudah kurang pengajaran yang kuambil daripadanya sungguhpun itulah dustur yang paling sempurna. Kini, Mathurat itu tidak sekerap yang dahulu. Hal-hal lain lebih diutamakan. Kini, apabila solat, fikiran sering melayang entah ke mana. Kini, apabila menuntut ilmu, sering kali fikiran ini memikirkan hal-hal lain. Akibatnya, banyak yang diri ini tidak dapat fahami. Itulah hakikatnya kini.

Kucuba membaiki diri ini. Kucuba menampung kembali lopak-lopak kelalaian yang sering bermain dalam diri ini. Tapi setiap kali kucuba, dugaannya semakin kuat. Seakan-akan tidak terdaya bagi diri ini untuk melawannya. Betapa lemahnya diri ini. Itulah hakikatnya seorang hamba. Hanya dapat melakukan sesuatu dengan izin-Nya. Ku sentiasa mengharapkan kekuatan daripada-Nya agar dapat diri ini mencari cinta-Nya. Cinta yang hakiki. Tidak pernah menipu dan tidak pernah mengecewakan. Sebaliknya menjadi penenang kepada jiwa yang kosong ini. Kudambakan cinta itu. Terbaca satu quotes…

“Camne nak cakap kita dah mencintai Allah??. Kita tak nampak cinta Allah ... Carilah cinta Allah,memang payah tapi Allah dah membantu kita,memandu kita dengan petunjuknya,Quran yang Haq..Carilah..carilah..Carilah cinta itu.."


Kuharapkan kekuatan daripada-Mu dalam mencari cinta itu. Pimpinilah diri ini agar sentiasa di jalan-Mu yang lurus. Jalan mereka yang engkau redhai. Ku amat berharap apa yang berlaku pada diri ini pada hari ini dan hari-hari sebelum ini iaitu hari yang tidak menjadikan diri ini sebagai hamba yang sepatutnya bukanlah untuk selamanya. Bimbinglah diri ini ke arah jalan keredaan-Mu. Jalan-jalan ahlul jannah. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Mu…Ya Allah…



" Katakanlah, Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia-lah yang Maha pengampun, Maha Penyayang.." [Az-Zumar : 53]


Awan

Andai dapat dicapai

Maka saktilah hamba


Coretan hati
~Akmal Hayat~

11/20/2008 10:47 PM


16 comments:

khAzInAtUL AsrAr said...

salam..
Awan
andai dapat dicapai
maka saktilah hamba..
~laksamana Sunan~

Mustahil untuk manusia mencapai awan, maknanya mustahil juga untuk manusia jadi sakti...Andai kita punyai kelebihan ia hanya sekadar alat bukan satu sakti..dan ana tak rasa ada manusia yang sesempurna itu kat dunia ini..
"Berilah" sebaik mungkin..Gunakan kelebihan yg diberi agar ia menjadi saksi untuk membela kita bukan mendakwa kita..InsyaAllah..(bercakap untk diri sndiri sbenarnya)~..

Unknown said...

"Masa terluang. Antara nikmat-nikmat Allah Taala yang sering dilupa manusia."

masa terluang ini aku menulis komen.

Syaimaa' Ahmad said...

betul..
nasib baik tercampakny kebumi kinanah..

Allah tutup pintu keburukan lalu memberi yg lebih baik..

bilalah nk sedar erti syukur?
huh~

Akmal Hayat said...

Berilah" sebaik mungkin..Gunakan kelebihan yg diberi agar ia menjadi saksi untuk membela kita bukan mendakwa kita..InsyaAllah..(bercakap untk diri sndiri sbenarnya)~..

p/s : related to your entry in your blog rite? ahaha..syukur lah dapat jadi qudwah hasanah..

Akmal Hayat said...

to anas_af:

ok rr tu gne untuk mnde2 berfaedah..hargai masa anda..
"Al-waqtu kassaif

Akmal Hayat said...

to syaima~

slaloo gak aku pun tertanya2...
bilakan nak kenal erti bersyukur?
slalu doberi hidayah..tapi kita slalu mengelak diri daripadanya en2?

Muhasabah~~

Anonymous said...

betol la.rndu la kisas.imanku tdk begitu kuat untuk meneruskn perjuangan seperti dlu.

Anonymous said...

bersyukur la yg hg selalu tersedar ada benda yg semakin kurang...

kalo nak compare ngan org laen makin lama makin leka pastu x sedaq² plak...too bad huh???

bila hg dah tersedar...maksudnya hg kena bertindak atasi kekurangan tu kan...

so..tau kan kena bwat apa??hehe


-juz my two cents :P-

fieqa said...

salam~..

hmmm...
pure hearted hall~..
trharu mmbacanya..
syukur2 anda ade rase itu..
ku panjat kan doa agar hidayah dan petunjukNya sentiasa bersama2 kita, insyaallah...


..Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung..(Al-Baqarah :5)

khAzInAtUL AsrAr said...

salam..
related kah dengan entri ana??...huhuhu..Perhaps..
Qudwah hasanah???>..Berjayakah saya di mata ALLAH??..(hati takut)..

Akmal Hayat said...

to anonymous

tarbiyyah bkn shja di kisas. Tarbiyyah ada di mana2. Tergantung pada diri sama ada hendak mencarinya atau hendak mengelak diri daripadanya..

"Fastaqim kama umirta"

Akmal Hayat said...

to wawa:

untuk muhasabah kita bersama..
kadang2 diri terasa kosong. kosong itulah yg patut di isi dgn zikrullah..

Akmal Hayat said...

to fieqa:

Insya-Allah..bersama kita dalam menceri redha dan cinta-Nya

Akmal Hayat said...

to khazinatul asrar:

Jalan dakwah itu pahit. Sentiasalah memohon kekuatan daripada-Nya

Anonymous said...

salam..
sesungguhnya iman kita sedang diuji.
semoga dapat hadapi ujian ini dengan baik..syukur masih ada kesedaran..peliharalah kesedaran ini sehingga dapat meraih manis dan indahnya iman..
Jangan lupa keeping on doa kpd DIA
Sesungguhnya drpd DIA hidayah itu datang dan hanya DIA yang Maha membolak-balikkan hati
Sesungguhya hati kita hanya milik DIA...
Salam mujahadah..

Akmal Hayat said...

to anonymous:

siapakah tuan hamba? terima kasih atas peringatan dan motivasi..

salam ukhuwwah