Luahan hati seorang abang sebelum meninggal rumah ke BTN.

maaf. post ini bukan seperti yang selalu. sekadar nak meluahkan segala kehibaan dalam blog ini. bagi yang mencari keseronokan, post ini mungkin tidak sesuai bagi anda. dan anda boleh pergi.

aku tak tahu nak luahkan kepada sesiapa. satu-satunya tempat selain Allah Taala, ialah teman rapatku, Tentang Hati.

Terkadang, selalu sangat ku terasa diuji dengan ujian-ujian yang amat berat sebegini. sampai tiap kali itulah aku terus menyalahkan diriku sendiri.

entah kenapa. segala permintaanku, mendapat sebuah keluarga yang bahagia, adik-beradik yang baik-baik yang pada satu tika dulu, semuanya diperkenankan, sekarang ditarik balik.


hayatilah...

khas buat adikku tersayang,

sebenarnya tidak tahu bagaimana mencoretkan ia. sekadar meluahkan apa yang berada dalam hati ini.

kesalahan itu biasa. setiap manusia melakukan kesilapan. dan daripada kesilapan itulah sebenarnya kita mengenal kehidupan kan? =)

kehidupan itu tidak mengajar kita untuk lari daripada masalah. kehidupan itu tidak mengajar kita untuk lari daripada kenyataan. anda kan smart. anda kan lelaki. hadapilah ia dengan gentleman.

adikku, pulanglah...


sebagai abang, bila anda lakukan kesilapan, pernah tak abang herdik? pernah tak abang cuba cederakan fizikal? pernah tak tangan abang ni naik untuk menampar? pernah tak abang ceritakan keburukan anda kepada orang lain meskipun abang tahu perbuatan itu sangat salah?

tak pernah kan?


bila abah, dan adik lain kata macam2. cara pemakaian. penampilan diri yang bagi mereka pelik kerana terlalu trendy, pernah tak abang join skali dengan mereka untuk katakan sedemikian? pernah tak abang kutuk macam2?

tak pernah kan?


malahan,

kalau setiap kali abah cuba mengatakan sesuatu tentang penampilan anda yang tidak dia berapa berkenan, abang selalu bela dirimu. anda tak tahu kan? sampai kadang2 abang sendiri dicemuh kerana membela dirimu, pernah tak abang merasa menyesal? TIDAK..

sebab apa?


sebab abang yakin, dirimu juga dari darah daging ini. dari keturunan yang baik-baik. walaupun orang nampak dirimu sekarang sebagai orang yang tidak berjaya, namun abang nampak yang sebaliknya.

pernah tak dirimu perasan?


sampai satu ketika. abang rasakan pengorbanan abang ni tak berbaloi kalau dirimu terus berkelakuan demikian. mengharapkan sesuatu yang palsu mungkin?

dan sampai satu ketika juga, abang terus salahkan diri abang. salahkah didikan seorang abang ini kepada dirimu? salahkah diri abang ini untuk terus membelamu? ada sesuatukah yang abang buat yang menyebabkan doa abang untuk mendapat kembali dirimu yang dulu dihijab?

tahu tak?


kerana perbuatan dirimu ini, membuatkan abang fikir kembali. mungkin betul kata-kata abah, "jangan dibela sangat."

tahu tak?


abang pernah abaikan kata-kata tu, sebab abang tahu dirimu akan berubah juga bila mengetahuinya. abang harapkan agar dirimu ketahui perkara ini sendiri, namun abang terpaksa nyatakan juga.

mungkin juga keadaan keluarga yang tidak supportive. maafkan kami atas kekurangan itu. kadang-kadang kami tidak dapat mengawal keadaan dalam keluarga ini.

tapi, pernah tak dirimu perasan?


mama, abah ikut saja kata dirimu untuk bersekolah di mana meskipun harapan mereka untuk melihat dirimu sebagai seorang pelajar SBP. tidakkah itu kasih sayang seorang ibu dan ayah?

tahu tak?


sepanjang pemergianmu, mama, abah berusaha mencari dirimu meskipun tidak mengetahui di mana dirimu berada. tidakkah itu kasih sayang seorang ibu dan ayah?

sebagai seorang abang,


abang minta maaf kalau segala didikan ini tidak dirasakan sesuai. anda kan pelajar yang cemerlang. anda tahu mana kawan yang baik, mana kawan yang buruk. usahlah terlalu terpengaruh dengan kawan sebaya.

kenangan pahit, hitam, kelam itu, kita tinggalkan di belakang. jadikan ianya sempadan. mulakan hidup yang baru. seorang abang tetap seorang abang. mengasihi dirimu. menerima dirimu seadanya.

sudah dua hari dirimu tidak berada di rumah.
abang akan meninggalkan rumah selama 5 hari.
pada masa itu, siapa nak jaga mama?
siapa nak main dengan danish?


usah dikenang perkara yang lalu, adikku

abang memohon semohon-mohonnya pada dirimu

PULANGLAH...


p/s: to readers, aku bukanlah contoh ikutan yang baik. tidak layak sebenarnya diriku menjadi seorang da'ie yang baik. menjaga adik sendiri pun aku tidak mampu. apatah lagi menjadi da'ie dan khalifah kepada umat manusia.

apatah lagi untuk menjadi ketua keluarga.

aku minta maaf. aku sangat lemah.

luahan hati,

Yang Termanis. KMB 08/10

alhamdulillah, selamat sampai rumah. meninggalkan kolej mara banting, sangat sebak. tempat yang membina diri, personaliti, menguatkan mental, fizikal, dan rohani.

sebahagian dari hati kata, "alhamdulillah, telah tamat penyiksaan selama 2 tahun"

namun sebahagian lagi, "sedihnya meninggalkan tempat yang banyak mengajarku erti kehidupan."

terasa seperti kejap jek berada di kmb. pejam celik, dah final exam. pejam celik, eh? dah sampai rumah. (hebat gak r driving sambil pejam mata. haha)

****************************

Semester 1


mula menjejakkan kaki di kmb. ingat lagi masa mula2 dapat tawaran dari JPA. IB? apa tuh? KMB? tak pernah dengaq pun nama. mula mengenal KMB ni dari seorang yang menggelarkan dirinya din scorpie dan juga shah kang.

mula2 masuk, ada satu harapan. nak boleh speaking macam mat saleh. (haha. cita2 nak tinggi jek.) ingatkan suma akan cakap english. rupanya, hmmph. as long as duduk dalam persekitaran melayu, mesti la bahasa kebangsaan yang utama.

sem 1, segalanya indah. smooth. mula mengenali segala jenis orang dan mula belajar menerima persekitaran yang baru. (of coz biah kmb dengan kisas jauh beno). belajar adapt, dan alhamdulillah exam 38.

kasukma 2008


Semester 2


merupakan semester yang agak penting untuk placement negara. ingat lagi, pada semester ni laa wujudnya satu team motivasi yang dinamakan G2S (Guidance to Success), bawah kendalianku untuk sesi yang pertama. menjadi projek manager dan fasi dalam masa yang sama terlalu banyak mengajarku untuk mengawal perasaan, dan untuk cuba mendengar setiap idea dan kata-kata daripada fasi2 lain. but, it was a success =)

pada keseluruhannya, tidaklah terlalu sibuk. sekadar perlu mendaftar tajuk EE, outline world literature, and all the IAs thingy.

alhamdulillah, exam 37. bajet nk improve, tapi jatuh sikit =)

G2S Team (boys)


Semester 3


erm. tak tau nak cakap. sem ni, kadar kesibukan terus meningkat. semua 1st draf untuk EE, TOK essay, world literature, IAs dan yang sewaktu dengannya perlu dihantar pada sem ni. pendek kata, sem ni telah mengajarku untuk menaip dengan lebih laju? =)

pendek cerita, sem ini sem yang penuh dengan emosi. bagi budak2 GTS (bukan G2S), ini sem mereka berhati kebun. (haha! no offense. =P). kesibukan. to meet the dateline. to work at eleventh hour. tak tidur malam. tertinggal kelas (kadang2). sudah sebati pada sem ni.

exam semester 3. ok, aku buat kerja gila. orang lain sibuk study exam, aku baru buat experiment untuk EE aku. (EE chemistry). Orang lain ulang kaji, aku terpaksa di makmal. eksperiment tu bukan sat, mau 3 minggu gak r.

ingat lagi. keluar dewan, habis paper, semua balik bilik. rehat. malam tu study untuk paper esok?

aku? abis paper, keluar dewan, terus ke makmal kimia sampai pukul 5. tiap2 hari. malam tu, isi dan analyse data. dan sedikit komentar. badan penat, tidur. bangun esok pukul 5 baru study. (T.T). setiap hari macam tu dalam minggu exam tu.

as a result, keputusan sem3, jatuh menjunam. kebanyakan subjek yg sebelum ni dapat 7, semua terjun pi 5. but still alhamdulillah, manage to get 34 (walaupun tak dapat honor roll kali ni).

experiment EE (3 weeks)


Semester 4


awal semester 4. ini kemuncak IB. di mana segala-galanya perlu di hantar pada bulan januari. extended essay final draft, tok essay final draft, econs final draft. kerap kali tak tidur malam.

dan perkara yang paling best ialah bila print final drafts tu. puas. tak terkata. ringan badan. bila dah submit semuanya, rasa macam IB dah habis walaupun tak exam lagi.

sem ni, aku buat macam2 hal. (kena ada kenangan sebelum tinggal satu2 tempat). masa IRP, pada sesi MOCK EXAM, aku lari balik rumah. ni la masa aku kena ban dengan kolej, tak bagi aku jejak kaki kat KMB dah sampai ke permulaan exam.

aku ingat lagi masa ni. macam mana aku bermain dengan perasaan. mengendalikannya dengan baik memandangkan hanya tinggal lagi 2 minggu nak exam masa tu. di'banned' oleh kolej. oleh sebahagian guru mungkin?

tak kisah, pabila tersalah langkah, takkan nak menapak ke belakang, kan? bila bersalah, kita pohon kemaafan =)

dekat2 nak exam ni laa semua pelajar tahun 2 dilayan bagai malaikat. makan tengah hari, dah western habis dah. chicken chop, wedges, dll. dengan tambahan twister, 100 plus, KFC dll. kesimpulannya, puas.

exam? alhamdulillah, permulaannya baik. dan pengakhirannya juga baik. di tengah2? =D, hanya Tuhan yang tahu.

hari last IRP (look at the ratio btwn boys n girls)


************************************

TAMAT IB

semoga dapat istiqamah dengan apa yang telah kupelajari, kubelajar, dan kuamal semasa di rumah. sama-sama kita mendoakan.

keadaan asrama masa dah habis exam. kaya sapa yang amek jual kat surat khabar lama nih. huhu. (btw, batch lepas lagi semak dari ni.haha)

'Ter'buat hal. Maaf.

exam. macam-macam drama ada. tapi hari ni punya drama paling tak boleh tahan.

IMBAS KEMBALI. SEMALAM. 13 MEI 2010.

"please be at hall by 8.40am because we gonna start at 9.00am"



HARI INI. 14 MEI 2010.

lepas subuh, mengadap laptop. planning. pukul 8.30am bersiap, pukul 8.40 keluar bilik. ok. itu planning.

masa yang ada tu, main facebook, bukak JOM, bukak WOW, lompat-lompat blog, dan membaca nota malay A1.

8.20am. okay, bersiap. rasa nak gerak awal siket. tapi baru 8.30am. so, dengan chillnya makan-makan butterscotch sambil minum Tropicana Twister sambil belek2 nota. 8.40am, keluar bilik.

Eh?? Awat sunyi ja asrama? (monolog dalaman)

pertengahan jalan. nampak orang masuk dewan. (dewan ni venue ketiga exam which start 15 minit lewat dari venue aku)

Eh?? Budak venue 3 dah masuk dewan?? (monolog dalaman lagi) Nampak Moktam. dia kata, "Weh! Venue ko dah start dah!"

Aku tak tau apa aku patut rasa time tu. aku pun chill ja. slow2 jalan. takut nanti gelabah masa jawab soalan. lambat siket tak pa kot. dan nak speed up masa writing nanti.

5 meter dari venue 2 peperiksaan, nampak cikgu marzini dgn mr razali kalut keluar dewan.

"Ha!! Ni pun kamu! Mana pergi?! Bangun lambat eh?!! cepat masuk! semua tengah tunggu kamu tu! kamu sorang je yang tak masuk lagi."

aku terkelu.

"Eh cikgu. bukannya patut start pukul 9 ka?"

"Dorang dah cepatkan masa."


aku bukak pintu. half dari dewan tu pandang aku (selamat tempat duduk aku kat belakang sekali. kalau depan sekali??). usya aku. aku pun, senyum ja laa. =)

jawab exam dengan tenang. tapi kadang2 ter'flashback'. terfikir kejadian tadi.

abes exam, masa kutip paper. cikgu roslina datang. "lambat bangun tidur eh?!" aku pun senyum ja laa. =) hati aku kata, "tak!! ingatkan pukul 9"

keluar dewan exam, aku tanya orang sebelah sebelah aku.

"eh, aku lambat sangat ka tadi?"

"lambat giler kot! 5 minit delay tunggu ko."

=.="

dia senyum. aku pun senyum.


p/s: maaf cg marzini, sir razali. tak buat dah. promise!

Aku Surrender

hari ni paper kimia. mula pukul 2 petang, habis pukul 6 petang. kali kedua habis lewat. haritu mula 8.30am habis 6.00pm.

aku menjawab paper 1 kimia dengan momentum yang agak tinggi. laju. sebab nak dapatkan keyakinan menjawab. habis awal. cek. 2 careless mistakes. perbetul.

tamat kertas satu. happy. ada 5 minit rehat.



perjuangan bersambung semula. kimia kertas 2. 5 minit reading time aku gunakan sebaiknya untuk pilih soalan pilihan di section B. aku mulakan dengan momentum yang sangat-sangat tinggi. ada 2 jam 15 minit.

40 minit, aku masuk ke section B. momentum sudah mula jatuh.

makin masa berlalu, momentum semakin dan semakin jatuh. makin perlahan jawapan-jawapan dijawab.



aku makin menggigil. aircond ACSON yang baru kutatap. memancut hawa yang sangat3x dingin ke arahku.

aku tak fokus. tanganku makin menggigil. akhirnya beku. aku angkat tangan memohon ke tandas. ku basahkan tangan pada air yang suam dan menjemur diri sekejap di bawah pancaran matahari.

kembali ke medan perang. nak fokus! baca soalan, 2 minit, menggigil kembali. soalan yang masih berbaki 10 markah sebelum itu mengambil masa 20 minit! (giler lama!)

masa tinggal lagi 7 minit. soalan masih berbaki 5 markah untuk diselesaikan. tangan sejuk. slow down. akhirnya, dia berhenti sendiri. (T.T)


OK. AKU SURRENDER!!


angkat tangan! (selamat takdak bendera puteh)

"Sorry, may i move to somewhere else. i'm freezing."

pergi belakang. settlekan segalanya. habis on time. xdan semak.




ACSON. musuh ketat buat masa sekarang. bentuk aircond tu sebijik macam yang kt atas sekali



p/s: aku bajet sepanjang peperiksaan ni aku tak nak pakai sweater, walaupun satu-satunya aircond baru tu memang betul2 menghala tepat kat aku. last-last aku surrender. ianya merencatkan. lepas ni kena bawak sweater memandangkan semua paper lepas ni kena mengarang dengan laju.

p/ss: lain kali nak try mintak jawab kat luar dewan. apa kata invigilator??

Ok. aku emo.


sampai soalan akhir. find the volume. jadi, kena integrate.

cara senang. suruh calculator tolong kirakan memandangkan masa hanya tinggal lagi 3 minit.

tekan-tekan. letak equation, koma, tekan X, koma, boh lower limit, koma, boh upper limit. ok. tekan enter.

ERROR ARGUMENT!

eh?! repair equation kalau2 ada tersilap mana-mana. tekan enter,

ERROR ARGUMENT!

cek balik sekali lagi. dah betul dah rasa. letak laa satu lagi bracket kalau2 kena. tekan enter.

ERROR ARGUMENT!!

belek punya belek. "OK students, the time has ended. Please stop writing immediately!"

aku pun, "..........."

T.T


perhatian. kalau jumpa benda alah spesies kat atas tu, sila pijak-pijak sampai hancur.

sekian.

Langkah Bermula


Esok. Peperiksaan akhir IB bermula. Matematik mendahului subjek2 lain. Perasaan? Entah. Macam SPM dulu. Tak rasa yang esok nak exam. Bahaya. Sebab? Tak dapat momentum lagi.


okay. meja tu serabut. tapi tak laa serabut mana. standard lelaki kot. :D

yang terakhir, selamat berjuang anak bangsa! demi agama dan negara.