maaf. post ini bukan seperti yang selalu. sekadar nak meluahkan segala kehibaan dalam blog ini. bagi yang mencari keseronokan, post ini mungkin tidak sesuai bagi anda. dan anda boleh pergi.
aku tak tahu nak luahkan kepada sesiapa. satu-satunya tempat selain Allah Taala, ialah teman rapatku, Tentang Hati.
Terkadang, selalu sangat ku terasa diuji dengan ujian-ujian yang amat berat sebegini. sampai tiap kali itulah aku terus menyalahkan diriku sendiri.
entah kenapa. segala permintaanku, mendapat sebuah keluarga yang bahagia, adik-beradik yang baik-baik yang pada satu tika dulu, semuanya diperkenankan, sekarang ditarik balik.
hayatilah...
khas buat adikku tersayang,
sebenarnya tidak tahu bagaimana mencoretkan ia. sekadar meluahkan apa yang berada dalam hati ini.
kesalahan itu biasa. setiap manusia melakukan kesilapan. dan daripada kesilapan itulah sebenarnya kita mengenal kehidupan kan? =)
kehidupan itu tidak mengajar kita untuk lari daripada masalah. kehidupan itu tidak mengajar kita untuk lari daripada kenyataan. anda kan smart. anda kan lelaki. hadapilah ia dengan gentleman.
adikku, pulanglah...
sebagai abang, bila anda lakukan kesilapan, pernah tak abang herdik? pernah tak abang cuba cederakan fizikal? pernah tak tangan abang ni naik untuk menampar? pernah tak abang ceritakan keburukan anda kepada orang lain meskipun abang tahu perbuatan itu sangat salah?
tak pernah kan?
bila abah, dan adik lain kata macam2. cara pemakaian. penampilan diri yang bagi mereka pelik kerana terlalu trendy, pernah tak abang join skali dengan mereka untuk katakan sedemikian? pernah tak abang kutuk macam2?
tak pernah kan?
malahan,
kalau setiap kali abah cuba mengatakan sesuatu tentang penampilan anda yang tidak dia berapa berkenan, abang selalu bela dirimu. anda tak tahu kan? sampai kadang2 abang sendiri dicemuh kerana membela dirimu, pernah tak abang merasa menyesal? TIDAK..
sebab apa?
sebab abang yakin, dirimu juga dari darah daging ini. dari keturunan yang baik-baik. walaupun orang nampak dirimu sekarang sebagai orang yang tidak berjaya, namun abang nampak yang sebaliknya.
pernah tak dirimu perasan?
sampai satu ketika. abang rasakan pengorbanan abang ni tak berbaloi kalau dirimu terus berkelakuan demikian. mengharapkan sesuatu yang palsu mungkin?
dan sampai satu ketika juga, abang terus salahkan diri abang. salahkah didikan seorang abang ini kepada dirimu? salahkah diri abang ini untuk terus membelamu? ada sesuatukah yang abang buat yang menyebabkan doa abang untuk mendapat kembali dirimu yang dulu dihijab?
tahu tak?
kerana perbuatan dirimu ini, membuatkan abang fikir kembali. mungkin betul kata-kata abah, "jangan dibela sangat."
tahu tak?
abang pernah abaikan kata-kata tu, sebab abang tahu dirimu akan berubah juga bila mengetahuinya. abang harapkan agar dirimu ketahui perkara ini sendiri, namun abang terpaksa nyatakan juga.
mungkin juga keadaan keluarga yang tidak supportive. maafkan kami atas kekurangan itu. kadang-kadang kami tidak dapat mengawal keadaan dalam keluarga ini.
tapi, pernah tak dirimu perasan?
mama, abah ikut saja kata dirimu untuk bersekolah di mana meskipun harapan mereka untuk melihat dirimu sebagai seorang pelajar SBP. tidakkah itu kasih sayang seorang ibu dan ayah?
tahu tak?
sepanjang pemergianmu, mama, abah berusaha mencari dirimu meskipun tidak mengetahui di mana dirimu berada. tidakkah itu kasih sayang seorang ibu dan ayah?
sebagai seorang abang,
abang minta maaf kalau segala didikan ini tidak dirasakan sesuai. anda kan pelajar yang cemerlang. anda tahu mana kawan yang baik, mana kawan yang buruk. usahlah terlalu terpengaruh dengan kawan sebaya.
kenangan pahit, hitam, kelam itu, kita tinggalkan di belakang. jadikan ianya sempadan. mulakan hidup yang baru. seorang abang tetap seorang abang. mengasihi dirimu. menerima dirimu seadanya.
sudah dua hari dirimu tidak berada di rumah.
abang akan meninggalkan rumah selama 5 hari.
pada masa itu, siapa nak jaga mama?
siapa nak main dengan danish?
usah dikenang perkara yang lalu, adikku
abang memohon semohon-mohonnya pada dirimu
PULANGLAH...
p/s: to readers, aku bukanlah contoh ikutan yang baik. tidak layak sebenarnya diriku menjadi seorang da'ie yang baik. menjaga adik sendiri pun aku tidak mampu. apatah lagi menjadi da'ie dan khalifah kepada umat manusia.
apatah lagi untuk menjadi ketua keluarga.
aku minta maaf. aku sangat lemah.
luahan hati,

25 comments:
hmmm. hrp2 adik hang balik umah cpt. aku pun mslh sama jgk. adik sndr tak hormat aku as kakak sulung. sdih, tp aku diam ja.
aku dah pi BTN tu..mmg hg kena basuh sikit la..apa2 pun kalau 'dalam' dah mantap x dak masalah..
wahai adik akmal.. maafkan abang mu ini.. kasihan beliau..
pasti saat mu menjadi abang juga.. akn kau rasa derita menyayangi seorang adik haruslah diri yg sakit menahan sebak akibat terlalu syg...
akmal.. bersabarla yekk.. dlm berkeluarga ad cbrnnya.. selepas yg itu dpt diatasi.. maka semuanya akan menjadi mudah...
semoga Allah merahmati keluarga dn ikatan hg..
Salam ziarah
semoga terus kuat...xtau apa ceritanya.. tp mungkin Allah sedang menguji... yakinlah dgn Dia...
salam..
i.Allah, xde perkara buruk berlaku kat adik kau.
aku harap kau satu family tabah..ni dugaan besar Dia bg keluarga kau.nak menduga keimanan mungkin..
aku doakan semuanya kembali seperti dahulu balek (atau yg ko harapkan)
tabahkan hati.:)
Salam
ni adik hang hat mana satu ni?
bawah ang atas Faiz ka?
yang ari tu balik Maghrib waktu aku p umah ang tu ka?
hmm...
kadang2 tu aku rasa susah untuk jadi qudwah buat adik yg besaq
(ang igt Yan tu nak ikut cakap aku ka?)
cabaran seorang anak sulong
Harap2 tak ada benda buruk berlaku kat adik ang.
Nanti dia baliklah tu.
weh, dah abih BTN, sharing2 skit~
yaqinlah bahwa rasa sayang fillah kita pada hatta sesiapa sekalipun, Allah akan sampaikan jua ke dalam hati-hati mereka.
pasakkan dan kukuhkan lagi kebergantungan hanya kepadaNya.
salam ziarah...
Bukan senang mentarbiyah keluarga sendiri...
bukan senang menjadi seorang atau seorang kakak...
kerana mentarbiyah keluarga sendiri itu lebih rumit dari org lain....
namun,ketahuilah...
segalnya itu Daripada Allah...
Sekalipun kita berjaya membentuk beratus-ratus penggerak di merata dunia, itu bukan kerana tangan kita, tetapi kerana Allah...
da sekalipun kita gagal membentuk hati sesiapa, selepas cubaan ditalu berkali-kali,maka itu juga adalah kehendak-Nya..
"Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Ku Kabulkan"
Insya Allah-sabar itu adalah pada hentakan yang pertama..
Moga tsabat(n_n)
maaf krn dh lama x menerjah ke blog ini.. sy rasa sy tahu adk yg mn 1.. adk ini umpama anugerah Allah... 2 org adk akmal prnh ku temui... ucapan tntng ksh syng tntng adk ni satu ktka dahulu membuatkan sy sedar 1 perkara.. btpa mndlmnya ksh syg seorang abang or kakak terhdp adknya.. jgn slhkan diri sndri ats ape yg brlaku.. dikurniakan adk yg terlalu baek ialah 1 ujian or dikurniakan adk yg sebegini jga 1 ujian..
1 perkara yg ku pinta.. berdoalah.. jgn prnh berhenti berdoa.. dan yakinlah pd Allah.. Dia sygkan akmal.. Percayalah..
(@_@)
akmal,
tahap keimanan seseorang itu bukan dinilai dari berapa banyak orang yang telah diislahkannya.tapi pada tahap usahanya untuk mengislahkan orang lain.
adik akmal,
home sweet home.you can do it :)
Salam Akmal...
"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." -56:28-
Akmal..semoga hg terus kuat ngn ujian2 yang Allah berikan wat hg n famili...teruskan berdoa untuk kelembutan hati adik hg...hati dia Allah yang pegang bukan dia sendiri yang pegang..so mudah-mudahan Allah yang Maha Membolak-balikkan hati akan membalikkan hati dia ke arah kebaikan n mengarah kakinya untuk pulang ke rumah..insyaAllah!
be strong n optimistic k...(^_^)
n kepada adik Akmal..
kenangilah pengorbanan mak,ayah,abang n adik2 lain... ingatilah detik-detik manis mu bersama keluarga...
sediakan ruang untuk merasa rindu pada setiap wajah keluargamu...
dan pulanglah...
mereka semua menanti kepulanganmu dengan selangit harapan...(^_^)
n ingatlah dirimu sangat berharga buat mereka...
dan kamu tidak akan dapat menemukan ahli keluarga yang terbaik selain mereka buat dirimu..
Allah Maha mengetahui akan aturanNya...(^_^)
insyaallah akan ada rahmat di sebalik semua ini...insyaallah..be strong,akmal..
sabar dan ikhlas :)
salam...
kata2 ini mngkn lbh ditujukan kpd adik akmal.. mngkn diriku ini mengenalmu dan mngkn tdk... bersyukurlah krn kamu seandainya mempunyai sebuah keluarga yg sngt menyayangimu.. sering berdoa utkmu... berubah lah demi mereka... jgn sesekali mengalah dlm perjuangan utk berubah krnNya... Mngkn sukar tp prbhn perlahan2 inilah membawa lebih banyak erti d kemudian hari.. Buang keegoaanmu, buang perasaan penting dirimu... Ini baru abangmu menyatakan perasaannya, mngkn kamu tdk terlintas untuk memikirkan perasaan ibu dan ayahmu... mereka sdh dan menangis tatkala teringatkan mu..
ingatlah, "tdk akan jejak kamu d syurga jka membuat mereka menangis sebegini".. diriku mengerti bhw pst kamu prnh mndngr kata2 ku ini.. ku pst engkau mengenali siapa diriku.. :)
kpd akmal : berjuanglah... jgn mdh mengalah demi adikmu...
mslh family sgt berbeza dgn masalah lain..kn?
Nazrul Fazli >
aku pi BTN, xdak sesi basuh2 pun..
suka ada laa..haha..macam pembuka mata laa kem tu..
syahmi >
bukan. yang bawah2 lagi..
zinnirah >
bukan. anda tak kenali rasanya.
syahmi n zinnirah > thanx for the words anyway
to all>
insyaAllah.. hanya Allah yang mengetahui hati2 manusia.. dan hanya Dialah yang berkuasa terhadap sesuatu..
semoga dia kembali diberikan rahmat.. =)
kuat!!! dun give up as a brother.. DOA... dats da word smoga Allah mmbuka kmbali hati adkmu itu... bkn kta yg berkuasa utk mmegang hati adkmu itu tp Allah yg brhk.. jd, biar Allah mnjalankan tugasNya itu..
(@_@)
wah..ramai peminat suruh update..huhu
update2! ^_^
Post a Comment