Showing posts with label KMB. Show all posts
Showing posts with label KMB. Show all posts

Bila Diri Disayangi


Pukul 11.15 malam.
Masa tu tengah atas tube.
Otw balik rumah dari Uni.

All of a sudden,
iphone
plays
rock-kapak song
yang best.



Bila dengar lagu ni balik,
mesti teringat kmb.
Masa tu tengah ceramah malam jumaat.
Karaoke lagu ni sama-sama dengan ustaz.
Ramai-ramai.
Dalam surau.

Masa tu barulah sedar,
rupanya lagu ni berunsurkan ketuhanan.

Kenangan.
:)

***

ps : oh omega n dan zeta values. awat hangpa tak sama untuk 2-2 experiment? T___T
pps : subhanallahh. lawaaaaa.

All the best IB KMB 09/11 Students

Saya menulis khusus kepada kawan-kawan, rakan-rakan, dan sahabat-sahabat saya yang mengambil jurusan KEJURUTERAAN di Kolej Mara Banting untuk sesi 2009/2011.


*******************************************************

Hanya perkongsian pengalaman daripada bekas pelajar IB yang biasa-biasa dan bermasalah ketika di Kolej Mara Banting 08/10. Jadi, saya akan menulis mengenai diri saya dan pada masa yang sama akan diasimilasikan dengan nasihat-nasihat, insyaAllah. =)


Saya masih teringat ketika mana dalam keadaan crucial dengan hanya tinggal tak sampai seminggu sahaja lagi, pelbagai masalah bermain dengan diri sendiri ketika tu. Emosi dan perasaan, tekanan akademik, tekanan rakan sebaya, tekanan IRP groupmates, tekanan admin, dan macam-macam lagi lah! Tak tertaksir dek kata-kata.


Rata-rata antara kita rasanya akan mengalami masalah yang serupa. Jadi, suka bagi saya berkongsi tentang bagaimana saya menghadapi masalah ketika dalam masa beberapa hari lagi sebelum peperiksaan penting ni. Tentukan fly tak fly kot!! Sape tak cuak.. =D


Apa saya buat semasa dah dekat-dekat sangat dengan time exam?


~1~
Saya sedar masa saya tidak banyak. Jadi, setiap masa saya, saya akan cuba maximizekan semata-mata untuk akademik. Saya bukankanlah robot untuk sentiasa study 24 jam. Kadang-kadang memerlukan X-Booster! Jadi, nak rasa best study tu, walaupun terpaksa (=.="), terus ke koop beli butterscotch 2 bungkus dan beberapa botol besar 100 plus sebagai peneman. Lapaq, telan. Dahaga, telan. Bangun awal pagi, lepas sempat buat qiam, telan! iA bertenaga.


~2~
Dan, untuk mengadap buku 24 jam itu mustahil. Walaupun masa dah dekat, tetap pergi gak pekena carrom dan pingpong selama 30minit-sejam. Untuk keluarkan segala toxin dalam badan. Jangan terlalu memaksa diri untuk study, kemungkinan untuk anda blackout semasa exam adalah tinggi jika terlalu stress.


~3~
Bagi saya, masa yang paling best untuk recap balik apa yang dah study dan baca adalah semasa mandi petang selepas main, yang mana bilik mandi dan tandas dipenuhi ramai orang. Gunalah waktu itu! Serius, dulu-dulu masa mandi, saya sering recap equation dan fakta-fakta yang susah untuk diingat dengan cakap kuat-kuat semasa mandi. Kadang-kadang saya melagukan semua fakta tu. Lagu siti nurhaliza, dayang nurfaezah, mawi, rock-rock kapak, semua saya taram! (err..xde lagu nasyid? hee...)


Dan yang menjadikannya menarik bila ada suara-suara orang lain yang sambung fakta-fakta anda dengan cara melagukannya jugak. Dan akan ada orang yang tak tahu benda yang kita nyanyi tu, dia akan tanya. Kita jawab. Pastu, aku penah kantoi salah bagi fakta, then akan ada orang yang perbetul. Itulah masa belajar paling efektif bagi saya dahulu. Tidak hairanlah saya akan mengambil masa 30 minit ke sejam untuk mandi di KMB.. haha!


Dan akan ada mulut-mulut "poyo rr akmal", "ceh! bagi fakta salah! nak dapat 7 sorang-sorang rr tu!".. Haha, itu biasa.. Jenaka-jenaka tersebut akan membuatkan anda kembali tidak tegang untuk study. ^_^


~4~
Benda yang paling best bagi saya ialah untuk handle emosi dan perasaan. Ini, saya rasa Allah yang tolong saya ketika ni. By default, bagi diri saya sebagai manusia, adalah mustahil untuk handle masalah emosi saya ketika itu.


Tekanan study, bergaduh dengan IRP mates, putus cinta, bagi saya tak dapat melawan apa yang saya rasa apabila diri saya sendiri di-banned oleh KMB untuk tidak boleh menjejakkan kaki langsung di KMB sepanjang waktu IRP weeks sehinggalah bermula peperiksaan.


Macam mana mau study? Nak bawak balik semua buku? Dah laa tinggal kat kedah nuu.. Apa kata-kata cikgu? Cikgu-cikgu redha saya tak? Bagaimana dengan anak buah IRP saya? Banyak tanggungjawab masa tu. Kalau exam tak pass macam mana?


Haa..! Dahsyat kan? Tapi apa saya buat?


Setiap manusia kalau ada masalah memerlukan tempat untuk mengadu. Solat malam saya tidak pernah tinggal pada waktu itu agar sentiasa ditetapkan hati dalam ketenangan. Dan pada ketika saya di-banned juga, hadirnya cikgu-cikgu (Pn Ima, Pn Marzini, Pn Mazwiyan) called saya malam-malam ketika saya masih di rumah, bertanya hal yang sebenar. Peluang itu saya gunakan untuk sembang2 dan comfortkan hati saya. Bersembang dengan orang berpengalaman sangat dapat selesaikan serabut anda sedikit sebanyak.


Subhanallah, bagaimana Allah menghulurkan bantuan melalui guru-guru tadi. :)
So, believe in Allah. Mintak kat dia dalam semua benda. InsyaAllah, dia permudahkan.. =)


Jadi, saya tetap datang ke KMB walaupun di-banned dengan hati yang tenteram. Dapat study kembali dengan hati yang tenteram. =)


Jadi insyaAllah, tekanan pakcik2, makcik2, parents, jiran2, kawan2 mak ayah kita kat kita yang belajar di kolej persediaan pun dapat diatasi dengan baik.. :)


~gambar kenangan~


Setakat itu buat sekarang. Nak keluar main basketball! See! Aku dengan riadah tak dapat dipisahkan walaupun exam dah dekat.. :D


Till then, babai.

^_^

Yang Termanis. KMB 08/10

alhamdulillah, selamat sampai rumah. meninggalkan kolej mara banting, sangat sebak. tempat yang membina diri, personaliti, menguatkan mental, fizikal, dan rohani.

sebahagian dari hati kata, "alhamdulillah, telah tamat penyiksaan selama 2 tahun"

namun sebahagian lagi, "sedihnya meninggalkan tempat yang banyak mengajarku erti kehidupan."

terasa seperti kejap jek berada di kmb. pejam celik, dah final exam. pejam celik, eh? dah sampai rumah. (hebat gak r driving sambil pejam mata. haha)

****************************

Semester 1


mula menjejakkan kaki di kmb. ingat lagi masa mula2 dapat tawaran dari JPA. IB? apa tuh? KMB? tak pernah dengaq pun nama. mula mengenal KMB ni dari seorang yang menggelarkan dirinya din scorpie dan juga shah kang.

mula2 masuk, ada satu harapan. nak boleh speaking macam mat saleh. (haha. cita2 nak tinggi jek.) ingatkan suma akan cakap english. rupanya, hmmph. as long as duduk dalam persekitaran melayu, mesti la bahasa kebangsaan yang utama.

sem 1, segalanya indah. smooth. mula mengenali segala jenis orang dan mula belajar menerima persekitaran yang baru. (of coz biah kmb dengan kisas jauh beno). belajar adapt, dan alhamdulillah exam 38.

kasukma 2008


Semester 2


merupakan semester yang agak penting untuk placement negara. ingat lagi, pada semester ni laa wujudnya satu team motivasi yang dinamakan G2S (Guidance to Success), bawah kendalianku untuk sesi yang pertama. menjadi projek manager dan fasi dalam masa yang sama terlalu banyak mengajarku untuk mengawal perasaan, dan untuk cuba mendengar setiap idea dan kata-kata daripada fasi2 lain. but, it was a success =)

pada keseluruhannya, tidaklah terlalu sibuk. sekadar perlu mendaftar tajuk EE, outline world literature, and all the IAs thingy.

alhamdulillah, exam 37. bajet nk improve, tapi jatuh sikit =)

G2S Team (boys)


Semester 3


erm. tak tau nak cakap. sem ni, kadar kesibukan terus meningkat. semua 1st draf untuk EE, TOK essay, world literature, IAs dan yang sewaktu dengannya perlu dihantar pada sem ni. pendek kata, sem ni telah mengajarku untuk menaip dengan lebih laju? =)

pendek cerita, sem ini sem yang penuh dengan emosi. bagi budak2 GTS (bukan G2S), ini sem mereka berhati kebun. (haha! no offense. =P). kesibukan. to meet the dateline. to work at eleventh hour. tak tidur malam. tertinggal kelas (kadang2). sudah sebati pada sem ni.

exam semester 3. ok, aku buat kerja gila. orang lain sibuk study exam, aku baru buat experiment untuk EE aku. (EE chemistry). Orang lain ulang kaji, aku terpaksa di makmal. eksperiment tu bukan sat, mau 3 minggu gak r.

ingat lagi. keluar dewan, habis paper, semua balik bilik. rehat. malam tu study untuk paper esok?

aku? abis paper, keluar dewan, terus ke makmal kimia sampai pukul 5. tiap2 hari. malam tu, isi dan analyse data. dan sedikit komentar. badan penat, tidur. bangun esok pukul 5 baru study. (T.T). setiap hari macam tu dalam minggu exam tu.

as a result, keputusan sem3, jatuh menjunam. kebanyakan subjek yg sebelum ni dapat 7, semua terjun pi 5. but still alhamdulillah, manage to get 34 (walaupun tak dapat honor roll kali ni).

experiment EE (3 weeks)


Semester 4


awal semester 4. ini kemuncak IB. di mana segala-galanya perlu di hantar pada bulan januari. extended essay final draft, tok essay final draft, econs final draft. kerap kali tak tidur malam.

dan perkara yang paling best ialah bila print final drafts tu. puas. tak terkata. ringan badan. bila dah submit semuanya, rasa macam IB dah habis walaupun tak exam lagi.

sem ni, aku buat macam2 hal. (kena ada kenangan sebelum tinggal satu2 tempat). masa IRP, pada sesi MOCK EXAM, aku lari balik rumah. ni la masa aku kena ban dengan kolej, tak bagi aku jejak kaki kat KMB dah sampai ke permulaan exam.

aku ingat lagi masa ni. macam mana aku bermain dengan perasaan. mengendalikannya dengan baik memandangkan hanya tinggal lagi 2 minggu nak exam masa tu. di'banned' oleh kolej. oleh sebahagian guru mungkin?

tak kisah, pabila tersalah langkah, takkan nak menapak ke belakang, kan? bila bersalah, kita pohon kemaafan =)

dekat2 nak exam ni laa semua pelajar tahun 2 dilayan bagai malaikat. makan tengah hari, dah western habis dah. chicken chop, wedges, dll. dengan tambahan twister, 100 plus, KFC dll. kesimpulannya, puas.

exam? alhamdulillah, permulaannya baik. dan pengakhirannya juga baik. di tengah2? =D, hanya Tuhan yang tahu.

hari last IRP (look at the ratio btwn boys n girls)


************************************

TAMAT IB

semoga dapat istiqamah dengan apa yang telah kupelajari, kubelajar, dan kuamal semasa di rumah. sama-sama kita mendoakan.

keadaan asrama masa dah habis exam. kaya sapa yang amek jual kat surat khabar lama nih. huhu. (btw, batch lepas lagi semak dari ni.haha)

'Ter'buat hal. Maaf.

exam. macam-macam drama ada. tapi hari ni punya drama paling tak boleh tahan.

IMBAS KEMBALI. SEMALAM. 13 MEI 2010.

"please be at hall by 8.40am because we gonna start at 9.00am"



HARI INI. 14 MEI 2010.

lepas subuh, mengadap laptop. planning. pukul 8.30am bersiap, pukul 8.40 keluar bilik. ok. itu planning.

masa yang ada tu, main facebook, bukak JOM, bukak WOW, lompat-lompat blog, dan membaca nota malay A1.

8.20am. okay, bersiap. rasa nak gerak awal siket. tapi baru 8.30am. so, dengan chillnya makan-makan butterscotch sambil minum Tropicana Twister sambil belek2 nota. 8.40am, keluar bilik.

Eh?? Awat sunyi ja asrama? (monolog dalaman)

pertengahan jalan. nampak orang masuk dewan. (dewan ni venue ketiga exam which start 15 minit lewat dari venue aku)

Eh?? Budak venue 3 dah masuk dewan?? (monolog dalaman lagi) Nampak Moktam. dia kata, "Weh! Venue ko dah start dah!"

Aku tak tau apa aku patut rasa time tu. aku pun chill ja. slow2 jalan. takut nanti gelabah masa jawab soalan. lambat siket tak pa kot. dan nak speed up masa writing nanti.

5 meter dari venue 2 peperiksaan, nampak cikgu marzini dgn mr razali kalut keluar dewan.

"Ha!! Ni pun kamu! Mana pergi?! Bangun lambat eh?!! cepat masuk! semua tengah tunggu kamu tu! kamu sorang je yang tak masuk lagi."

aku terkelu.

"Eh cikgu. bukannya patut start pukul 9 ka?"

"Dorang dah cepatkan masa."


aku bukak pintu. half dari dewan tu pandang aku (selamat tempat duduk aku kat belakang sekali. kalau depan sekali??). usya aku. aku pun, senyum ja laa. =)

jawab exam dengan tenang. tapi kadang2 ter'flashback'. terfikir kejadian tadi.

abes exam, masa kutip paper. cikgu roslina datang. "lambat bangun tidur eh?!" aku pun senyum ja laa. =) hati aku kata, "tak!! ingatkan pukul 9"

keluar dewan exam, aku tanya orang sebelah sebelah aku.

"eh, aku lambat sangat ka tadi?"

"lambat giler kot! 5 minit delay tunggu ko."

=.="

dia senyum. aku pun senyum.


p/s: maaf cg marzini, sir razali. tak buat dah. promise!

Ok. aku emo.


sampai soalan akhir. find the volume. jadi, kena integrate.

cara senang. suruh calculator tolong kirakan memandangkan masa hanya tinggal lagi 3 minit.

tekan-tekan. letak equation, koma, tekan X, koma, boh lower limit, koma, boh upper limit. ok. tekan enter.

ERROR ARGUMENT!

eh?! repair equation kalau2 ada tersilap mana-mana. tekan enter,

ERROR ARGUMENT!

cek balik sekali lagi. dah betul dah rasa. letak laa satu lagi bracket kalau2 kena. tekan enter.

ERROR ARGUMENT!!

belek punya belek. "OK students, the time has ended. Please stop writing immediately!"

aku pun, "..........."

T.T


perhatian. kalau jumpa benda alah spesies kat atas tu, sila pijak-pijak sampai hancur.

sekian.

Langkah Bermula


Esok. Peperiksaan akhir IB bermula. Matematik mendahului subjek2 lain. Perasaan? Entah. Macam SPM dulu. Tak rasa yang esok nak exam. Bahaya. Sebab? Tak dapat momentum lagi.


okay. meja tu serabut. tapi tak laa serabut mana. standard lelaki kot. :D

yang terakhir, selamat berjuang anak bangsa! demi agama dan negara.

At the end of the cliff

Tak pasti sebenarnya sama ada tajuk ini masuk dengan topik perbincangan entri blog kali ini. Secara umumnya, cuma hendak disampaikan bahawa sekarang berada dalam situasi menghitung detik-detik tibanya peperiksaan akhir IB.

Tak sengaja sebenarnya coretan ini. 1 set soalan Kimia dan 1 set soalan Fizik sudah menungguku di sebelah untuk dilunaskan.

Cuma terasa, dalam musim hampir menjelang peperiksaan ini, terlalu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Yang dahulunya boleh, sekarang menjadi tak boleh. Yang dahulunya sarapan dan makan tengah hari boleh makan nasi, sekarang tak boleh.

Yang dahulunya bersama 'teman'ku 24 jam, sekarang tiada lagi. (Sekadar meminjam 'teman' orang untuk entri kali ini =))

Yang dahulunya ketika senang, lapang, membuat sesuatu yang dapat menghiburkan hati, kini soalan-soalan tahun-tahun sebelum yang datang mengisi.

Dapat juga kulihat perubahan pada orang kebanyakan. KMB khususnya. Masa singkat. Semua bersama buku. To pull the trigger barangkali. Surau acap kali penuh :) Mengembirakan.

Kadangkala membuatkan aku terfikir..."Jikalau manusia terus bersikap sebegini tidak mengira sama ada musim peperiksaan bakal menjelang akan tiba atau tidak, pasti Malaysia sudah banyak melahirkan para Ibnu Sina, al-Khuwarizmi, ibn-Batuta, Albert Enstein, Isaac Newton dan para ilmuan yang lain."

Okay! Itu terlalu ideal. =) Kembali ke dunia realiti. Owh manusia, ayuh sama-sama berubah.

*****

Sebenarnya post ini untuk diri sendiri untuk lebih fokus. Ketepikan perkara yang mengganggu. Peperiksaan sudah hampir.

Menjadi satu tabir. Apabila dibuka tabir itu, adakah ianya London, Southampton, atau Malaysia.

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat"


Imperial College London

Universiti yang akan dipilih

Firm:
University of Southampton

Insurance:
Imperial College London

Wassalam


Salam Kemaafan.. Doakan daku..

Perjuangan selama dua bulan bermula. Kali ini lain. Tiada 'teman karib'ku (laptopku) di sisi dalam membantu perjuanganku.

IB Exam May 2010 bakal menyusul tiba dalam 5 minggu dari sekarang. Terkejut. Serius tak sedar hingga ada yang mengingatkan. Aku mula gelabah. Huhu.. Gelabah dalam ketenangan..

Bagi pihak diri sendiri, InsyaAllah aku akan bagi the best shot. Namun kejayaan tak semudah itu kan? Kadang-kadang kita dah beri yang terbaik, namun keputusan tidaklah seperti yang diharapkan.

*****

Justeru, pada kesempatan ini, kepada

Ahli keluargaku,
Khususnya ayahanda, bonda, dan adik-tersayang, kemaafan dipohon.
Kalau ada ter'pau' apa-apa, tak bagi pinjam laptop, pakai baju hgpa sesuka hati =)

Sahabatku,
Izzuddin Scorpie, Syahmi Suraini, Amin Rox, Amin, Fahmi Daisuke, Aqili

Ikhwah seusrah,
Nik, Apip, Syak, Zubair, Fazli, Lik, Ayie, Amirul, Sobri

Adik Ahmad Bakri,
Maaf jika banyak kekhilafan yang dilakukan. Doakan aku yer..

Guru-guru KMB,
khususnya yang telah banyak mengajar diri ini
Ustzh Johaina*, Pn Aisha, Pn Marzini, Pn Ima, Pn Siti Rohani, Pn Najihah, Ms Syik, Ms Asyikin, Pn Zarina, Pn Badriyah, Ms Aqyn, dan semua guru-guru KMB yang lain.

Guru-guru dan teman-teman,
SK Tunku Raudzah, SK Tanah Merah, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SMKA Kedah, KISAS, Sekolah Memandu

Partner badminton,
Saiful Azhar (aka Moktam)

Classmates

Muslimin, Muslimat, Putera, dan Puteri KMB

Staff-staff, pembantu-pembantu makmal,
yang banyak menolong dalam menjayakan experiment EE

Serta yang mengenaliku sama ada secara langsung ataupun tidak

Sejuta kemaafan dipohon jika ada terguris mana-mana hati. Melakukan perkara yang tidak berkenan dihati. Terpinjam apa-apa. Terhasut untuk bermain PES (bukan salahku).

*****

Moga-moga antara kita tiada perkara yang dihijab. Semoga kemaafan yang diberi mengeratkan lagi ukhuwwah. Moga-moga doa kita bersama dimakbulkan. Insya-Allah.

Strive for Success

Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan (insya Allah)

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk teman, sahabat-sahabat, kawan-kawanku. Semoga sama-sama berjaya.

Dunia dan akhirat. Insya Allah.


Perumpaan: Manusia, benda, dan exam

Ibarat Amin Rox dengan 'dumbbell'nya

Ibarat Syahmi Suraini dengan laptopnya walaupun tidak di 'switched on'

Ibarat Aminuddin dengan handsetnya

Ibarat Imagine Nation dengan kimianya

Ibarat Apip dengan makanannya

Ibarat Fahmi Daisuke dengan sayur-sayurannya

Ibarat Nik Naim dengan 'shoebag'ku

Ibarat Zubair dengan tangan besinya

*****

Sangat padan. Sangat rapat.

******

Ibarat aku dengan mengulangkaji pelajaran?
Entah bila dan ke mana
Jauh. Nak dikejar entahkan dapat entahkan tidak

Ingin menjadi seperti perumpamaan di atas
Bukan dari segi maksud literal
Tapi dari segi rapat dan mapannya antara yang dibandingkan.

Belajar mengikut mood
Ada orang cakap, mengikut hawa nafsu. Mungkin.
Buku di hadapan mata sahaja. Tu..

Tangan. Kalau sudah suka menari, untuk memegang pena usah diharap.
Cubaan. Cubaan. Di rumah, anything can happen.

Kukira komputer bimbit ni..sudah tak lama..
Sekembalinya ke KMB, selamat tinggal laptop..
Kutinggalkanmu untuk bersemadi dengan aman di rumah.

*****

Exam dah dekat!
Buku tak bukak!
Nak dapat 36 and above?!!

Harapan laa~~

*****

GAMBATE!

kudoakan moga-moga tangan ini kembali rajin dengan cepat..huhu..

p/s: Simile di atas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. =D

Musim VIRUS Kmb (MVK): Apakah, dan cara menjauhinya.

Sempena new year ni, banyak perubahan dilakukan sama ada mental ataupun fizikal. Termasuklah perubahan layout Tentang Hati dan juga terpaksa menukar windows XP ke windows 7. Mengapa?

Peubahan layout adalah kerana nak tukar selera manakala penukaran OS adalah kerana diserang oleh virus yang bernama

Worm.vb/bdy

Apakah keupayaan virus ini?

Disebabkan ia adalah sejenis worm, ia mampu untuk beranak di dalam hard drive anda. Dan keupayaannya untuk beranak sangat laju. Komputer saya dengan Windows Fire wall is turned on, avira personal anti virus is up-to-date diserang dalam masa kurang 10 minit.

Ia bukan sejenis virus biasa. Ia tidak serang exe file. Jika virus2 lain hanya serang partition C: , virus ini serang kesemua partition hard drive kita

Ia akan menukar folder anda ke format screen saver. Folder yang bermega-megabyte akan ditukar ke 110 kb sahaja.

Selepas itu, ia akan 'hidden'kan file tersebut yang membuatkan anda tidak mampu untuk track file tersebut. Jika anda pilih 'show all hidden files' dalam folder option sekalipun, anda tidak akan dapat melihat file itu.

Ini kerana virus ini mampu menukar file tersebut kembali kepada 'hidden' file dalam sekelip mata sahaja!

Bagaimana virus ini menyerang?

Sekadar yang telah dikenalpasti, di KMB ia menular melalui PENDRIVE! Apabila anda masukkan ke port USB anda, bila autorun sudah terpapar, ia akan diaktifkan.

Virus ini adalah sejenis virus backdoor (Kaspersky cakap). Ia mampu melepasi Windows Firewall dan antivirus yang tiada active guard/protection.

Pertama sekali, ia akan menyerang registry anda dengan mengedit atau menambah coding di dalam registry anda. Kebiasaannya, antivirus anda akan mengesannya sebagai "adobe.update"

Setelah ia masuk kedalam komputer anda, simptom2 seperti yang dinyatakan di atas akan berlaku.

Natijah diserang virus ini?

Segala jenis file kesayangan anda tak kan dapat dikesan lagi (seperti gambar-gambar kenangan, lagu-lagu retro kesayangan, dan assignments etc)

Walaubagaimanapun applikasi anda yang lain seperti yahoo messenger, PES2010 etc, boleh berjalan seperti biasa kerana virus ini tidak menyerang exe files.

Bagaimana hendak mengatasi virus ini?

Jika virus tersebut masih belum menyerang komputer anda, pastikan Windows firewall, dan Active Guard / Protection are 24 hours activated.

Saya sarankan anda menggunakan anti-virus yang dipercayai lebih berkesan seperti Kaspersky, Norton, AVG (bukan yang free). Kaspersky yang trial pun sudah memadai. Jika anda hendakkan yang penuh (lesen 1 tahun), anda boleh mendapatkannya daripada Wak Nazri dengan harga hanya RM25 (ori).

***

Jika virus sudahpun memasuki komputer anda, untuk mematikannya, anda perlu menghapuskannya di dalam registry anda (regedit) terlebih dahulu sebelum menghapuskannya menggunakan anti-virus. Inipun jika anda mahir.

Jika anda tidak mahir, saya cadangkan anda bawa ke kedai, ataupun reformat kembali sajalah komputer anda.

AMARAN!!

Jika antivirus anda sudah mengenalpasti virus-virus ini, jangan 'delete' file2 tersebut! Quarantine adalah cara terbaik kerana jika anda delete virus tersebut, all infected files also will be deleted!


Di mana VIRUS ini dapat dikesan?

Buat masa sekarang, virus ini dipercayai berada di dalam setiap pen drive / hard drive yang pernah digunakan untuk print di Sham's Tech Corp.

Saya tidak kata virus tersebut datangnya dari Sham's Tech, tetapi memandangkan semua pendrive berpusat di situ untuk print, besar kemungkinan Sham's Tech merupakan tempat virus-virus itu berkumpul dan beranak dengan lebih banyak.

Bukan niat saya untuk menjatuhkan Sham's Tech (kerana saya sendiri amat bergantung pada Sham's Tech untuk print) tetapi sebagai langkah berhati-hati apabila mencucuk pendrive anda di situ.

Bila anda memasukkan pendrive anda ke dalam komputer anda semula, jangan lupa untuk reSCAN!

Kebaikan VIRUS ini?

Anda mungkin akan diserang dengan hebat, namun jika anda masih mempunyai history file anda (dengan tepat) anda masih boleh membuka file tersebut dan menyelamatkannya dengan Save As ataupun transfer ke dalam pendrive anda sebagai backup.

Anda amat bernasib baik jika anda mempunyai Google Desktop. History amat berguna untuk anda backup files yang sudah tidak dapat dikesan.


*****

Begitulah caranya laptop saya diserang. Walaupun saya dikenali dengan penjaga laptop terbaik di rumah kerana laptop sentiasa laju dan di defrag selalu, hakikatnya sekarang tidak lagi. Inilah akibatnya mengkhianati kepercayaan Kaspersky! hahaha..

Seriusly, saya respect virus tersebut kerana buat pertamakalinya laptop saya berjaya dipecah masuk. huhu..

Sekarang sudah berwajah baru. Windows 7 beserta Kaspersky Internet Security 2010. We'll see what happen next memandangkan virus ini baru sahaja menular, belum sampai peak lagi.

SELAMAT MENJAGA LAPTOP ANDA!

sincerely,

2 makhluk perompak!!

Bila jari berada di papan kekunci, jari terasa ringan untuk ligat menari menekan kunci-kunci melahirkan aksara-aksara. Tiada input yang terlintas difikiran. Hanya permainan si jari dalam mempengaruhi si akal membentuk kata-kata. Kuat juga pengaruh si jari.

O abaikan kata-kata di atas. Merapu. Hehehe...

Meskipun sepatutnya terpaksa menyibukkan diri dengan Extended Essay dan World Literature, aku sengaja mengasingkan diri daripada mereka. Dua makhluk itu sungguh menakutkan. Merampas apa sahaja yang menjadi milikku sebelum ini.

Pada masa bertahannuth ini, ku berusaha mencari senjata yang bisa memenggal kedua-duanya serentak. Ku harapkan itu bukan sekadar impian yang bermain-main di awangan. Nak dilihat tak dapat, nak disentuh apatah lagi.

O saya merapu lagi. Huhuhu...

Kembali ke dunia realiti...

EE dengan Worldlit dua-dua kena hantaq 21 Januari ni weyh!!

O masa untuk kembali bekerja!

Walaupun tiada sebarang senjata dijumpai, mengarapkan aku tidak tertewas ketika bersemuka dengan mereka berdua.

Again~ -_-"

p/s: Dengan ini, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim merasmikan layout baru blog Tentang Hati 16 Januari 2010. Sekian...

Ragam Kehidupan

Bismillah..

Ini post pertama dalam tahun 2010; juga post yang ke-99 sepanjang blogging. Lagi satu nak capai Jubli Emas.

Membuka tirai 2010 mengajarku bermacam-macam erti kehidupan. Alhamdulillah, pembukaan tahun ini Allah kurniakan pelbagai macam kekuatan fizikal, mental, dan rohani.

Kepustusan peperiksaan sudahpun di tangan. Sesuai dengan usaha semasa berada di semester 3, keputusan yang diperoleh adalah sederhana; namun penuh dengan keajaiban untuk setiap kertas. Actual grade obtained is 4 points higher than the predicted grade.

Berada dalam dewan, kerana persediaan yang amat2 kurang, terlalu banyak soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik. Tetapi, pertolongan Allah itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Expect markah dapat 1/15, dapat 11/15. Expect markah 2/10, dapat 10/10. Itulah rezeki dari Allah Taala.

Jagalah hak-hak Allah, Allah akan menjaga hak-hak kamu

Bagaimana menjaga hak-hak Allah? Melakukan perkara yang diperintahNya dan menjauhi larangannya, jaga solat berjemaah, dakwah ke arah kebaikan dll..

Apakah pula hak-hak kita? Itulah ketenangan hidup, kejayaan, rezeki yang luas dll..

***

Dapat 34/42 bukanlah sesuatu yang membanggakan. Honor Roll pun tak dapat. Huhu.. Sudah ragam kehidupan. Sudah selalu kita berada di atas.

Sekali sekala, Dia jatuhkan kita supaya kita rasa apa orang yang berada di bawah rasa.

Sekali sekala, Dia jatuhkan kita untuk mengajar kita erti bersyukur berada di atas.

Sekali sekala, Dia jatuhkan kita supaya kita tidak berasa terlalu selesa berada di atas hingga kita alpa kepadaNya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji

Hadapilah ujian itu dengan keimanan; supaya imanmu semakin kuat.

***

Dapat keputusan yang teruk juga bukanlah sesuatu yang untuk kita sedihkan sepanjang masa. Normal untuk kita berasa sedih supaya motivasi untuk berusaha itu tertanam dalam diri. Bila menghadapi kegagalan, aku selalu teringat kata-kata ku kepada anak-anak buahku semasa menjadi fasilitator kem motivasi di SMK Sultan Abdullah..

Successful person is who turns failures into chances.

Daripada kegagalan itulah kita belajar.



***

Dalam kita meniti kehidupan, terkadang kita terasa lemah. Janganlah biarkan kelemahan itu membantutkan perjalanan kita. Sebaliknya, kuatkanlah diri untuk terus bergerak maju ke hadapan mencapai sinar di hadapan. Tiap kesusahan yang dialami adalah suatu pengalaman yang tiada nilai kemanisannya.

Ingatlah

Kehidupan ini suatu pertimbangan, adililah ia sebaiknya

***

Mama, Abah... Abang Minta Maaf


Didedikasikan khas kepada mama dan abah

Sebelum keluar segala keputusan peperiksaan semester 3, setelah penat bermain dengan apa segala yang bermain di fikiran dan di hati, hari ini 7 Disember 2010, terasa sangat nak diluahkan apa yang terzahir dalam hati ini.

Peperiksaan semester 3; yang abang pun tak ketahui sejauh mana kepentingannya. Ada yang cakap, semester 3 tak dak apa-apa. Tumpu assignment2 lagi penting. Ada yang kata keputusan semester 3 diperlukan untuk 'predicted grade' untuk kemasukan universiti. Tak tahu.

Dah terlalu banyak masa dihabiskan dengan extended essay, dan world literature. Kalau belajar dalam ekonomi, namanya opportunity cost. Buat assignments, masa yang nak diperuntukkan untuk ulangkaji akan terabai.

Masa exam, macam yang dah disebut sebelum2 ni;
Pagi sampai tengah hari - exam
lepas exam sampai pukul 5 - dekat lab buat experiment
lepas solat asar sampai maghrib - berusaha menyiapkan report experiment
lepas isya' - otak dah tak produktif sebab sangat letih..terus tidur
pukul 4-8pg - satu2nya masa untuk bukak buku, ulangkaji, dan tengok past-years papers

petang ni, orang akan sibuk study maths. Abang??? Akan di dalam lab meneruskan eksperiment..(Siapa suruh buat experiment lambat2?!!)

Abang minta maaf sangat-sangat sebab for sure result kali ni tak sampai expectation mama dan abah yang nak tengok paling kurang pun 6 bagi setiap subjek. Sebab apa boleh cakap macam tu?

Tadi cikgu bagitau markah fizik paper 1. Subjek ni belum pernah menghampakan abang. sem lepas paper 1 = 36/40. Sem ni paper 1 18/40. Kurang separuh dari sem lepas T_T

Sem lepas dapat 7. Sem ni, 5 pun belum tentu

Predicted grade for Sem 3 exam
Physics: 5 (sebab dah tau markah P1)
Economics: 5 (sebab jawab melencong)
English: 5 (sebab section D x reti jawab)
Maths: 5 (sebab dah memang tak sempat nak buat latihan)
Malay A1: 5 (sebab cikgu cakap Paper 1 paling susah nak score)
Chemistry: 5 (sebab dah tak ingat habis dah)

TOTAL GRADE = 30 points
(tak lepas requirement JPA nih)

mintak2 tak jatuh bawah ni

I'm so sorry. Tak mampu berbuat apa2 dah sekarang. Dah sangat terlambat. Mungkin kerana masa-masa yang ada sebelum ini diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.



For now, what i can promise you is;

I'll make sure that at least 40 points for FINAL IB EXAMINATION is in my hand. This is my promise to you. InsyaAllah..

sekali lagi,

Abang Minta Maaf untuk kali ini


Jealous

Baru sahaja lepas melihat gambar-gambar jamuan mpp di secret recipe, alamanda.

Entah hamba Allah mana yang tag aku kat gambar kek coklat.

Makan burger king, main bowling..

Somehow, terasa jugak iri hati.
Kadang tertanya-tanya gak kenapa la aku tak ikut
Jamuan kot!

Sepanjang aku di KMB ni, jarang-jarang sekali aku menolak pelawaan jamuan. Tambah-tambah, makan free.


Tapi, cuba jugak untuk memujuk hati. "Kan ini keputusanku walaupun diajak bertalu-talu untuk pergi"

Ada 2 program yang berlangsung pada satu masa. Jadi, aku perlu memilih salah satu. Itulah yang kita katakan sebagai "OPPORTUNITY COST"

Nak satu benda, akan terlepas benda yang lain.

"Ilmuku masih belum mencukupi. Ingatlah, kadang-kadang pengorbanan itu perlu, Akmal"



Tapi tak kesah laa kan..kerja aku dalam mpp bukan banyak sangat pun.. ^_^
tolong ape2 yang patut jek..

Yang lain dah banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan satu2 perkara.

Sekurang-kurangnya dapat jugak makan sehiris pizza hut, walaupun dah sejuk..huhu


Dan pada kesempatan ini, dah dekat nak raya nih, 10 jari kususun memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Jika ada terguris hati mana-mana, terbuat sesuatu yang tak patut, ampunkan lah ek..

^_^

~hikupada~

(elaun masuk nanti enjoy laa! huhu)

*************************************************
sekarang dalam mode:
bersedia untuk menghadapi cacian, maki hamun, tercalarnya sebuah imej yang aku bina, dan sumpah seranah daripada kebanyakan orang..

cuma yang tak tahu......masanya.....


Perkara yang aku berusaha mengelak daripada berlaku akhirnya berlaku jua

Minggu ini sangat sibuk. Kehidupan sebagai pelajar IB menjadikan anda bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga sebagai pemimpin dan seseorang yang memberi khidmat.

Minggu ini, jika tidak dibahagikan masa dengan baik, maka berteraburlah segala kerja, dan jua tugasan. Minggu yang sarat dengan kandungan; TOK presentation, IOC English, IOC Malay, Sports Carnival dan lain-lain.

Seperti biasa, jika anda menumpukan pada sesuatu perkara, selalunya yang lain akan terlepas pandang. Jika terpandang pun, mungkin badan anda sudah terlalu penat untuk menumpukan pada perkara2 yang seterusnya.

Kerana inilah, akhirnya perkara yang aku berusaha untuk elak sejak menjejakkan diri di KMB ni terjadi jua. Maka, bermulalah cerita...

Pagi sudah dipenuhi dengan sesi belajar. Setelah Zohor, disambung pula dengan IRP sehingga asar. Secara ringkasnya, dari pukul 8pagi hingga 4 petang, akan berada di blok akademik memanjang.

Petang pulak, disebabkan sports carnival punya musim, sudah menjadi tanggungjawab untuk incharge badminton di dewan sepanjang 3 hari hingga pukul 7.

Lepas isya, of coz badan sudah penat kerana belum ada rehat. Tapi mata perlu disengkang untuk menyiapkan TOK outline untuk presentation yang akan berlangsung tak lama lagi. Outline perlu diluluskan oleh guru sebelum dibentangkan.

Dah siap, lalu tertidur...

Bangun pagi baru teringat Lab Report Fizik kena hantar hari tu jugak. Sepatah apa pun tak start lagi. Data pun semuanya pada rakan2 dalam kumpulan. Sampai kelas..

Mr A: Akmal, ko siap tak lagi lab report?
Aku : Belom doe..minggu ni aku x sempat nak buat assignment pape. Semalam pun terpaksa paksa diri siapkan TOK. English outline tak siap lagi. IRP Math? Hmmph..dalam mimpi je laa

Mr A: Xpe laa..kitorang dah siapkan semalam. Amek laa softcopy ni. Tapi edit sikit kat Data Processing ngan CE.
Aku: Makasih banyak2 weh..(terharu)

Rehat keluar lambat sebab perbincangan TOK Outline dengan cikgu. Malangnya, setelah research punya research, outline tuh kena tolak gitu jek. KOYAK beb..sehari gak rr fikir bab outline kena tolak jek..

Lepas makan, kalut edit Lab Report. Kelas Lab Fizik dah bermula, aku baru ke PSP untuk print lab report.

Lepas print, kalot rr gerak gi lab. Sampai lab, pintu cikgu dah kunci -_-" Kena marah dengan pembantu makmal sebelum masuk.. "Apsl lambat??!!" "Err..saya pergi print. Nak masuk macam mana nih?"

"Haa..tu laa..lambat lagi, masuk laa ikut lab sebelah lagi tuh"
"Trimas2"

Masok lab senyap2. Mula2 cikgu tak sedar. Lepas tu, cikgu sedar gak. Kena tazkirah online. Pergh..dah laa down sebab outline ke3 kena tolak. Kena marah dengan cikgu lagi.

"Sebab pa print masa hari nak kena hantar?! Kan ada banyak masa sebelum nih?!"

Aku hanya terdiam. Tak mahu menjadikan kerja2 bukan akademikku sebagai alasan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Hilang mood nak buat experiment hari tuh.

Semua balik. Jumpa cikgu.

"Mana lab report kamu?"

Masa tuh lab report ada kat tangan. Dah siap kepil. Tinggal nak submit jek untuk diberi markah. Tapi entah, apa ntah yang aku buat..

"Err..xpe laa cikgu. Secara jujurnya saya tak buat lab report tuh. Yang ada kat tangan ni pun, yang kawan2 tolong. Tak ape laa saya hilang markah kali ni. Saya lagi rasa bersalah kalau hantar sesuatu yang bukan saya buat atas nama saya. (nada koyak)"

"Sure?"

"I'm certain."

Akhirnya, setelah berapa tahun aku tak kena marah, akhirnya dimarahi oleh seorang cikgu yang aku kira amat penyayang. (rasa nak keluar air mata pulak masa tulis ayat ni) Aku berusaha mengelak dari dimarahi kerana masalah attitude. Aku dah buat all the best to please everybody.

Tapi sebagai manusia, kita ada limit yang membataskan kita.

Itulah yang dipanggil opportunity cost. Dan itulah sesuatu yang Tuhan beri untuk membezakan antara Al-Khaliq dengan hamba-Nya.

Bila terkenang balik, sangat sedih. Bila time fizik, dah tak rasa macam suasana fizik yang dulu2. Sekarang semakin pasif dan pasif. Entah. Biarlah masa yang menentukan.

It's hard to please everybody

(crying without tears~)

T_T


Inilah padahnya

Salam alaik..

Baru sekarang mula tersedar. Terbangkit dari lamunan yang begitu lama.

Jiwa sering saja menjerit. Meronta. Seumpama meminta-minta sesuatu. Namun, perbuatan dan reaksi menolaknya jauh-jauh. Meninggalkannya terkapai-kapai.

Jeritan jiwa itu, kusedar ia. Bermaksud untuk memusnah? Menderhaka? Jauh sama sekali.

Kadang-kadang akal fikiran, juga reaksi terpengaruh dengan jeritan itu. Kadangkala juga terpana.

Tapi, sedang masa berlalu, ketaatan pada jeritan itu berunsur pergi.

Ya! Akal yang waras dan juga reaksi sudah pandai MENDERHAKA!!

Apakah kalian teralpa dengan amanah-amanah yang diberi kepada kalian?
Adakah kalian lebih menurut kehendak PEROSAK dari pada kehendak PERINTIS?
Kalian memang sudah menderhaka!

Mengapa jadi begini??

*****************************************

ni laa padahnya ada internet -_-"

dok kat kelas, bawak balik buku..semangat nak buat latihan..
sampai bilik, on laptop..online..

kadang2 xdak apa pun, tapi entah..masa dimakan begitu sahaja dek mengadap skrin laptop!
mood malas makin menguasai diri

bagaimana nak tukar mood?

Ntah..selagi internet ni laju, susah betul nak mengadap buku..terlalu banyak distraction.

Ada yang cakap.. "X payah invi2..offline terus macam aku..senang" :)

Pernah juga mencuba, tapi susah..adakah ia masalah disiplin diri??

~Inilah padahnya punya internet 24 jam tidak terkawal~


Johan Catur!!

Alhamdulillah. tamat akhirnya kejohanan terbuka chess peringkat kolej mara banting yang terbahagi kepada 2 kategori, lelaki dan perempuan.

keputusan

kategori lelaki

1st place
akmal hayat bin jusoh
~plankton~

2nd place
syamil che elliaziz
~plankton~

3rd place
hatim (player kebangsaan)
~crimson knight~

kategori perempuan

1st place
husna syaza (player KL)

2nd place
khadijah husainy (player selangor)

3rd place
nur nabilah

**********************************

nak publish sebab ni first time aku masuk tournament. sebelum ni semua tak kesempatan~

Final Game

Akmal Hayat VS Hatim

ni last game aku. dah last round, kalau menang, johan..so ambil langkah berhati2.. sebab aku tau dia ni main aggresif, aku ambil pendekatan untuk bertahan..

jangan terikut dengan rentak permainan lawan

terngiang2 suara sifu chess aku; Anas Ahmad Faris ^_^

so, kerana hendak bertahan. dia mulakan dengan king-pawn game. aku hanya bermain sicilian defense. bertahan2..

30 minit berlalu. huih! game masih padat..aku pun teruja..
"bapak hebat budak nih!" hatiku berdesus

tunggu dia serang2..dlm minit ke-45 baru boleh masuk kubu dia sebab dah banyak lompong2..huhu..

kawan dia datang..

aku: Terre seh budak nie..
kawan dia: memang rr..budak wakil kedah kot~

ouh...patut rr..ic2..

game berjaya didominasi. masa abes.. so, perkiraan buah dilakukan..

Aku: 1 king, 1 rook, 7 pawns (black)
Hatim: 1 king, 1 pawn (white)

alhamdulillah~ menang..tapi..rasa x bez game tergantung, so sambung je rr..alang2 biar sampai checkmate..

punya laa advantage..susun2 buah, last2, KING DIA DAH X BOLEH BERGERAK!!

so, seri.. -_-"

sadis betul..

walaupun tak puas hati, tapi xpe, ada hikmah disebaliknya
"hg dah menang dh pun akmal, xpayah laa nak geram2.. ^_^"

get ready PAIS! balik ni nak lawan ngan hang..huhu
~badminton~
~pingpong~
~chess~
~FIFA~


Apabila wang hilang dari genggaman

Baru habes kelas IELTS selama 4 jam

-_-"

penat. letih. otak tepu. perkataan2 cliche yang sering diungkapkan selepas satu2 kelas yang dijalankan dalam tempoh masa yang lama.

(mode: dah nampak katil dah)

start pukul9, tamat pukul 1. sebab masih belum siap essay, sengaja melewatkan lagi masaku selama 15 minit. setelah essay dihantar...

DS TUTUP!!!

breakfast pun tak. lunch pun tak.

orang cakap, CAFE bukak, pi laa makan. aku pun senyum ja laa..

luar nampak gembira, tapi dalam hati...meraung

NAK MAKAN CAMNA? DUIT = RM0.30

T_T

berpuasalah aku untuk hari ni..petang nanti nak cari chemistry dgn pair baru untuk permainan badminton..

petang ni jugak kawan ajak panas badan maen chess untuk tournament..

haha..semua dilakukan tanpa energy..macam mana laa nanti..

so, dah boleyh derive equation baru

MONEY = ENERGY = WINNING

^_^

p/s: cikgu dah ugut dah kalau x bayar buku untuk novel kajian, x dapat buku! kalau x dak buku dalam kelas dia..SILA DUDUK DI LUAR!

T_T

~owh duit, bergoleklah kemari~

ujian Allah Taala itu dalam pelbagai rupa bentuk. Maka berjayalah orang2 yang sabar


Motivational Words~

Kata-kata terakhir sebelum berangkat pergi ke KPM Sri Iskandar, Perak

Training intensif dari pagi sampai ke malam dah lepas
Baju kasukma dah dapat
Shoe bag dah dapat
Raket dah dapat

Walaupun tangan dah melecet
kasut dah pecah
bahu dah rasa sakit-sakit
peha dah rasa muscle fatigue

berjuang habis2as!!

*****

Kalaulah semangat macam ni dalam buat assignment
sumpah laa ni dah boleh goyang kaki
haha

*****

habis kasukma nanti
naik cuti first day

Chemistry Test
hand in IA Economics: 25 marks
TOK presentation: 20 marks
TOK Essay 1st draft

NAIYA~

badan tak habis penat lagi

*****

Apa2 pun..all da bez!
jaga diri
jaga iman
jaga amal

bak kata pengarah
"Pulun all out!"
"Use your brilliant mind to win the game!"

kalau johan, dapat cuti hari isnin..haha
apa lagi...
soru!!

*****

~Sekadar melepaskan apa yang tak betul di kepala~
Sekian, wassalam