Bismillah..
Ini post pertama dalam tahun 2010; juga post yang ke-99 sepanjang blogging. Lagi satu nak capai Jubli Emas.
Membuka tirai 2010 mengajarku bermacam-macam erti kehidupan. Alhamdulillah, pembukaan tahun ini Allah kurniakan pelbagai macam kekuatan fizikal, mental, dan rohani.
Kepustusan peperiksaan sudahpun di tangan. Sesuai dengan usaha semasa berada di semester 3, keputusan yang diperoleh adalah sederhana; namun penuh dengan keajaiban untuk setiap kertas. Actual grade obtained is 4 points higher than the predicted grade.
Berada dalam dewan, kerana persediaan yang amat2 kurang, terlalu banyak soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik. Tetapi, pertolongan Allah itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Expect markah dapat 1/15, dapat 11/15. Expect markah 2/10, dapat 10/10. Itulah rezeki dari Allah Taala.
Jagalah hak-hak Allah, Allah akan menjaga hak-hak kamu
Bagaimana menjaga hak-hak Allah? Melakukan perkara yang diperintahNya dan menjauhi larangannya, jaga solat berjemaah, dakwah ke arah kebaikan dll..
Apakah pula hak-hak kita? Itulah ketenangan hidup, kejayaan, rezeki yang luas dll..
***
Dapat 34/42 bukanlah sesuatu yang membanggakan. Honor Roll pun tak dapat. Huhu.. Sudah ragam kehidupan. Sudah selalu kita berada di atas.
Sekali sekala, Dia jatuhkan kita supaya kita rasa apa orang yang berada di bawah rasa.
Sekali sekala, Dia jatuhkan kita untuk mengajar kita erti bersyukur berada di atas.
Sekali sekala, Dia jatuhkan kita supaya kita tidak berasa terlalu selesa berada di atas hingga kita alpa kepadaNya.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
Hadapilah ujian itu dengan keimanan; supaya imanmu semakin kuat.
***
Dapat keputusan yang teruk juga bukanlah sesuatu yang untuk kita sedihkan sepanjang masa. Normal untuk kita berasa sedih supaya motivasi untuk berusaha itu tertanam dalam diri. Bila menghadapi kegagalan, aku selalu teringat kata-kata ku kepada anak-anak buahku semasa menjadi fasilitator kem motivasi di SMK Sultan Abdullah..
Successful person is who turns failures into chances.
Daripada kegagalan itulah kita belajar.

***
Dalam kita meniti kehidupan, terkadang kita terasa lemah. Janganlah biarkan kelemahan itu membantutkan perjalanan kita. Sebaliknya, kuatkanlah diri untuk terus bergerak maju ke hadapan mencapai sinar di hadapan. Tiap kesusahan yang dialami adalah suatu pengalaman yang tiada nilai kemanisannya.
Ingatlah
Kehidupan ini suatu pertimbangan, adililah ia sebaiknya
***

3 comments:
congrats2~~ bagus la 2..usaha lg. kte hanya mampu berusaha, Allah yg menentukan..mintak pertolongan drpdNYA. (^_^)
>> Mahirah
Betul..kita hanya merancang, kita hanya berusaha, dan Dialah juga yang menetapkan segalanya yang terbaik buat kita :)
>> ImaginE
owh..aku pun dah lama x ke imagine serendipity. Sebab selalu hujan di sana..huhu
cikgu aku kata, sekali jatuh, kita akan melantun lebih tinggi. Walaupun aku kurang bersetuju sebab ia bercanggah dengan hukum fizik (Law of conservation of energy) tapi ok laa..cincai.. huhu
haa..tu rasional sket rr..ptutnya cg kna ckp bg habeh..
suma org kna ada daya..kalo x, x accelerate rr..heheh
Post a Comment