Sempena new year ni, banyak perubahan dilakukan sama ada mental ataupun fizikal. Termasuklah perubahan layout Tentang Hati dan juga terpaksa menukar windows XP ke windows 7. Mengapa?
Peubahan layout adalah kerana nak tukar selera manakala penukaran OS adalah kerana diserang oleh virus yang bernama
Worm.vb/bdy
Apakah keupayaan virus ini?
Disebabkan ia adalah sejenis worm, ia mampu untuk beranak di dalam hard drive anda. Dan keupayaannya untuk beranak sangat laju. Komputer saya dengan Windows Fire wall is turned on, avira personal anti virus is up-to-date diserang dalam masa kurang 10 minit.
Ia bukan sejenis virus biasa. Ia tidak serang exe file. Jika virus2 lain hanya serang partition C: , virus ini serang kesemua partition hard drive kita
Ia akan menukar folder anda ke format screen saver. Folder yang bermega-megabyte akan ditukar ke 110 kb sahaja.
Selepas itu, ia akan 'hidden'kan file tersebut yang membuatkan anda tidak mampu untuk track file tersebut. Jika anda pilih 'show all hidden files' dalam folder option sekalipun, anda tidak akan dapat melihat file itu.
Ini kerana virus ini mampu menukar file tersebut kembali kepada 'hidden' file dalam sekelip mata sahaja!
Bagaimana virus ini menyerang?
Sekadar yang telah dikenalpasti, di KMB ia menular melalui PENDRIVE! Apabila anda masukkan ke port USB anda, bila autorun sudah terpapar, ia akan diaktifkan.
Virus ini adalah sejenis virus backdoor (Kaspersky cakap). Ia mampu melepasi Windows Firewall dan antivirus yang tiada active guard/protection.
Pertama sekali, ia akan menyerang registry anda dengan mengedit atau menambah coding di dalam registry anda. Kebiasaannya, antivirus anda akan mengesannya sebagai "adobe.update"
Setelah ia masuk kedalam komputer anda, simptom2 seperti yang dinyatakan di atas akan berlaku.
Natijah diserang virus ini?
Segala jenis file kesayangan anda tak kan dapat dikesan lagi (seperti gambar-gambar kenangan, lagu-lagu retro kesayangan, dan assignments etc)
Walaubagaimanapun applikasi anda yang lain seperti yahoo messenger, PES2010 etc, boleh berjalan seperti biasa kerana virus ini tidak menyerang exe files.
Bagaimana hendak mengatasi virus ini?
Jika virus tersebut masih belum menyerang komputer anda, pastikan Windows firewall, dan Active Guard / Protection are 24 hours activated.
Saya sarankan anda menggunakan anti-virus yang dipercayai lebih berkesan seperti Kaspersky, Norton, AVG (bukan yang free). Kaspersky yang trial pun sudah memadai. Jika anda hendakkan yang penuh (lesen 1 tahun), anda boleh mendapatkannya daripada Wak Nazri dengan harga hanya RM25 (ori).
***
Jika virus sudahpun memasuki komputer anda, untuk mematikannya, anda perlu menghapuskannya di dalam registry anda (regedit) terlebih dahulu sebelum menghapuskannya menggunakan anti-virus. Inipun jika anda mahir.
Jika anda tidak mahir, saya cadangkan anda bawa ke kedai, ataupun reformat kembali sajalah komputer anda.
AMARAN!!
Jika antivirus anda sudah mengenalpasti virus-virus ini, jangan 'delete' file2 tersebut! Quarantine adalah cara terbaik kerana jika anda delete virus tersebut, all infected files also will be deleted!
Di mana VIRUS ini dapat dikesan?
Buat masa sekarang, virus ini dipercayai berada di dalam setiap pen drive / hard drive yang pernah digunakan untuk print di Sham's Tech Corp.
Saya tidak kata virus tersebut datangnya dari Sham's Tech, tetapi memandangkan semua pendrive berpusat di situ untuk print, besar kemungkinan Sham's Tech merupakan tempat virus-virus itu berkumpul dan beranak dengan lebih banyak.
Bukan niat saya untuk menjatuhkan Sham's Tech (kerana saya sendiri amat bergantung pada Sham's Tech untuk print) tetapi sebagai langkah berhati-hati apabila mencucuk pendrive anda di situ.
Bila anda memasukkan pendrive anda ke dalam komputer anda semula, jangan lupa untuk reSCAN!
Kebaikan VIRUS ini?
Anda mungkin akan diserang dengan hebat, namun jika anda masih mempunyai history file anda (dengan tepat) anda masih boleh membuka file tersebut dan menyelamatkannya dengan Save As ataupun transfer ke dalam pendrive anda sebagai backup.
Anda amat bernasib baik jika anda mempunyai Google Desktop. History amat berguna untuk anda backup files yang sudah tidak dapat dikesan.
*****
Begitulah caranya laptop saya diserang. Walaupun saya dikenali dengan penjaga laptop terbaik di rumah kerana laptop sentiasa laju dan di defrag selalu, hakikatnya sekarang tidak lagi. Inilah akibatnya mengkhianati kepercayaan Kaspersky! hahaha..
Seriusly, saya respect virus tersebut kerana buat pertamakalinya laptop saya berjaya dipecah masuk. huhu..
Sekarang sudah berwajah baru. Windows 7 beserta Kaspersky Internet Security 2010. We'll see what happen next memandangkan virus ini baru sahaja menular, belum sampai peak lagi.
SELAMAT MENJAGA LAPTOP ANDA!

3 comments:
huuu,
1st, all da best with ur assignment.
tk sgka hjat ko trmkbul lbih awl dri yg disgka. awl 1 sem plak tuh :)
heee hidup windows 7!!! smart an~
bhti2 ye lpas nh. aku siyes mmg tkut pgi cc n ccuk pndrive pda cp kt situ. tkut~
bguih ah..
dasyhat toi virus 2..ciap wat genetic generation ag..
gud post!!..
huuhu:)
takotnye saye!
"ya Hadiy, ya Khaliq, berikanlah hidayahMu pada pencipta virus2 ni"
Post a Comment