Nota:
Entri ini lebih kepada 'travelogue' penulis ketika berada semula di
bumi London setelah beberapa bulan tidak dibenarkan menyentuh bumi ini.
*******
Ketika itu, hampir 2 jam lebih saja lagi sebelum mendarat di lapangan terbang Heathrow, London. Kerana terlalu asyik melayan lagu-lagu di jukebox, tak sedar langit sudah menampakkan cahayanya sedikit demi sedikit. Di cermin sebelah kanan, boleh lihat, di hujung dunia, sudah nampak cahaya oren ke merahan. Manakala di cermin sebelah kiri, pemandangan masih lagi gelap.
Sebelum menaiki pesawat sebentar tadi, sudah tekad untuk solat subuh berpandukan waktu di UK. Hampir 15 minit menunggu giliran untuk masuk ke tandas untuk berwudhu, dan akhirnya tiba juga giliran.
Masing-masing di dalam pesawat itu sedang khusyuk melayan smart-screen di hadapan dan tidak kurang ada yang sedang enak dibuai mimpi. Tangan diangkat untuk takbiratul ihram. Solat dalam keadaan duduk di atas kerusi. Rasanya tiada seorang pun sedar yang ketika itu saya sedang solat. Tak tahulah kalau ada yang memandang. Alhamdulillah, kewajipan kepadaNya dapat dilaksanakan dengan sempurna.
******
Smart-screen di hadapan menunjukkan tempoh perjalanan untuk sampai ke London Heathrow cuma dalam satu jam sahaja lagi. 20 minit lebih awal daripada waktu yang dijangkakan untuk sampai dalam tiket perjalanan.
Beg laptop dibuka. Pen berwarna putih yang mempunyai 4 warna dakwat yang diterima tepat pada hari ulangtahun kelahiran saya diambil untuk mengisi borang ketibaan untuk diserahkan kepada pegawai imigresen nanti.
Ketika siap mengisi borang tersebut, bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran saya apabila akan berhadapan dengan imigresen sebentar lagi. Saya mencongakkan, hanya akan ada 3 kemungkinan apabila sampai di kaunter imigresen sebentar nanti.
1) Visa saya tak valid dan pegawai imigresen akan meminta saya pulang ke Malaysia dengan serta-merta kerana interrupting studies.
2) Saya disenarai-hitamkan dan tidak dibenarkan untuk memasuki UK. Dan kemudian pihak berkuasa akan menahan saya dan mengenakan tindakan undang-undang atas 'kezaliman' yang saya lakukan tahun lepas.
3) Berjaya lepas dengan selamat.
Saya hanya berdoa banyak-banyak semoga urusan kemasukan saya ke UK dipermudahkan. Kerana saya pasti, doa orang yang bermusafir sangat mustajab. Sempat juga saya selitkan doa semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, doakan mereka yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang, dan juga doakan semoga dipermudahkan urusan perkahwinan dan rumahtangga saya nanti.
*******
Tiba di London Heathrow. Jam 5.25 pagi. Suhu 5 darjah celsius.
Alhamdulillah, lepas imigresen setelah disoal-siasat dalam belasan minit. Bagasi juga tiada masalah. Alhamdulillah.
*******
Apabila sampai di dewan ketibaan, seolah-olah hilang arah. Telefon bimbit, ada 2 di dalam poket. Namun satu pun tidak boleh dipakai.
Pergi membeli nombor baru. Namun ada masalah topup. Akhirnya, saya hanya roger orang di facebook. Syukur saya ada syiling pound untuk online di situ.
Alhamdulillah, diambil oleh kawan serumah. Dia tolong membawa hand-luggage dan saya membawa check-in luggage untuk ke rumah dengan menaiki underground tube.
*******
Cuaca di London, hujan, angin kuat, dan sangat sejuk! Saya ingat, nak masuk summer, suhu sudah meninggi. Tetapi ianya sebaliknya. Baju hanya satu lapis. >.<
Hujan. London seolah-olah menangisi kedatangan saya. Lol.
Sedih betul..
Beg diusung. Ditarik sebenarnya. Meredah hujan apabila sampai di Aldgate East.
Angin, hujan, subhanallah. Memang menggigil.
Beg, basah.
:)
******
Sampai di rumah. Alhamdulillah. Disambut dengan baik.
Tak tahu nak buat apa sangat.
Petang itu terus buka beg, ambil buku dan mulakan ulangkaji.
Esok mahu ke imperial college.
Nak belajar di perpustakaan, dan
nak tengok perkembangan. :D
Bersambung.


