Disclaimer
Ini bukan post ilmiah. Ini kisah saya dengan adik tercinta. Saya suka memanggilnya dengan nama Danish.
*******
Sudah agak beberapa ketika berada di bumi Malaysia. Setiap hari, perkara yang paling dinantikan ialah untuk mengambil Danish ni pulang dari sekolah.
Memandangkan dia seorang budak yang suka 'masuk lif dan tekan butang sendiri', semua cerita-ceritanya di dalam kereta sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah menjadi best. Okay. bukan di entri ini untuk dikisahkan semua tentang Danish. Terlalu banyak sangat kenangan (yang semuanya manis-manis bagi saya. Dan saya yakin kebanyakan antaranya adalah kenangan tak indah buat Danish) bersamanya.
Setiap hari, apabila mengambil dia pulang daripada sesi persekolahan dan sesi kafa, kadang-kadang saya sengaja parking kereta bukan di tempat kebiasaan. Lepas tu mata akan ligat mencari Danish. Melihat beberapa minit aktiviti yang dia lakukan.
Kadang-kadang main baring-baring atas lantai.
Kadang-kadang main kad tepuk (kad yg susun tinggi-tinggi. siapa dapat tepuk dan kad itu terbalik lebih banyak, akan dapat kad tersebut)
Kadang-kadang beli air 30 sen kat luar sekolah.
Kadang-kadang beli aiskrim kat luar sekolah.
Kadang-kadang beli satay kat luar sekolah.
Kadang-kadang main sepak-sepak batu yang dibuatnya seperti bola sepak dengan kawan-kawan.
Kadang-kadang buli budak perempuan.
Pendeknya, memang tak reti duduk diam. Jadi, elok-elok je dia naik kereta, akan ada lah sesi tazkirah dalam 2-3 minit sebelum dia dibenarkan membuka cerita hebatnya di sekolah. Haha.
Contoh 1
A : Haaa. Tadi abang nampak Danish buli budak pempuan. Apa laa buli budak pempuan. Tak gentleman.
D : Dia yang cari pasai dulu. Dok ngata-ngata kat Danish.
A : Betoi kaaa niii? Tipuu.
D : Betoi! Tak caya tanya mamat A.
A : Owh. Kalau camtu takpa. Buli2! xD (ini ayat rekaan. haruslah bagi nasihat yang berhemahkan? :p)
Contoh 2
A : Haaa. Abang nampak Danish main tepuk2. Pengawas skolah mana boleh main tepuk2.
D : Mana adaa Danish main tepuk kad. Danish duduk ngan depa jaa.
A : Ya kaaa? Indat penah kata dia nampak haritu danish tepuk semut sampai melanting!
D : Indat.... =.="
Contoh 3
A : Haaa. Kantoi beli ayaq tiga kupang tu lagi. Satgi batuk lagi r ni.
A : Haaa. Kantoi beli ayaq tiga kupang tu lagi. Satgi batuk lagi r ni.
D : Mana abang tau?
A : Abang nampak laaa. Pastu bila danish nampak abang, danish cepat2 minum bagi habis. Teh O ais kat rumah ada kalau nak2. Tak payah laa beli ayaq tiga kupang tuu.
D : Okay. Tak beli dah. Peace~
*Tengok2, esok dia beli ayaq milo ais tujuh kupang pulak. Akai sungguh budak ni. =.=" *
*****
Hari ni, buat skill lama lagi. Parking kat tembok betul-betul pintu masuk sekolah. Kalau dari kantin, memang dia xkan nampak. Cari punya cari, tak jumpa. Last-last dia yang mai ketuk pintu tiba-tiba.
D : Oooo! Ni rupanya gheja hang! Mengintai dari jauh. Kantoi laaa.. Patut laaa tau suma apa yang Danish buat.
A : Mana ada mengintai. Cari hang jaaa. :p
D : Lain kali Danish tau dah nak ngendap abang dari mana.
A : Heheh. Peace~
*****
Budak kecik ni. Cepat sungguh dia membesar. Dulu trick2 kita semua menjadi kat dia. Sekarang dia guna balik semua trick2 tu pekena balik kita.
=.="
1 comment:
adik akmal comel!!!
hahahahahaha~
mmg akai..:P
Post a Comment