Nota:
Petang tadi, bermain catur dengan Danish. Latihan untuk mempersiapkan dia untuk pertandingan catur di peringkat negeri Kedah. Selama bermain, baru kali ini terfikir. Membuat refleksi tentang permainan. Catur.
Jadi, entri ini mungkin bias sedikit kerana pembaca sekurang-kurangnya memerlukan pengetahuan mengenai catur walaupun sedikit.
*******
Dalam permainan catur (ataupun orang lagi senang dengan panggilan chess), setiap kita akan bermula dari petak yang sama. Bidak putih, dan bidak hitam. Dan setiap pemain, akan diberikan masa yang tertentu untuk pemain tersebut membuat semua gerakan (anggap ini permainan yang menggunakan one time control for players to make all moves).
Sebagai contoh, setiap pemain diberi masa 45 minit setiap seorang, untuk menamatkan permainan. Jadi, pemain akan membuat gerakan untuk melaksanakan semua strategi untuk mencapai matlamat yang dia kehendaki.
| Masa itu, akan sentiasa berkurangan. Sama seperti nyawa kita. Semakin pendek. |
Ada pemain yang matlamatnya untuk mengejar pawns lawan sahaja.
Ada pemain yang matlamatnya untuk membunuh Queen pihak lawan.
Ada pemain yang matlamatnya untuk nak buat promotion minta Queen banyak.
Ada pemain yang sibuk menyelamatkan buahnya daripada dimakan pihak lawan.
Ada pemain yang matlamatnya nak 'check' pihak lawan tak sudah-sudah.
Dan ada pemain yang matlamatnya untuk 'checkmate' pihak lawan.
Ada pemain yang jelas matlamat permainannya.
Ada yang tidak.
Kehidupan kita sebagai manusia, begitulah.
Kita semua bermula sama sahaja.
Dari masa kita bayi.
Suci dari segala dosa.
Dan Allah berikan kita masa,
untuk membuat semua 'gerakan' dalam tempoh tersebut.
Masa yang diberikan untuk kita capai matlamat kehidupan kita.
Kan?
Jadi, kita mula bergerak.
Sama sahaja seperti pemain catur tadi.
Nampak tak?
Yang kehidupan kita ni,
sangat lah merugikan jika kita mengejar perkara-perkara kecil.
Pawns, knights, queen, bishop.
Mereka ibarat dunia.
Dan kita sebagai pemain, menghabiskan masa yang diperuntukkan tu semata-mata nak kejar benda-benda kecil tu je.
Ruginya.
Bagaimana jika masa kita habis sebelum kita dapat tamatkan permainan?
Sebelum kita capai apa sebenarnya yang permainan itu mahukan daripada kita?
:)
Jawapannya,
kalahlah kita.
Kalah dalam permainan, boleh disusun kembali.
'Kalah' di mata Allah?
Na'uzubillah.
T__T
Lain perihalnya dengan yang nampak tujuan dia bermain.
Dia sanggup mengorbankan bidak-bidak tadi untuk mencapai matlamat asal permainan.
"Checkmate"
Begitu juga dengan kehidupan.
Lain perihalnya dengan manusia yang nampak tujuan dia hidup.
Sanggup korbankan dunianya untuk mencapai matlamat asal mengapa dia diberi kehidupan.
Kerana di akhirnya,
kita semua akan kembali kepadaNya.
:)
*******
Tazkirah pada diri sendiri tentang matlamat hidup.
Oh, betapa tersimpangnya diri ini.
Syukur.
Kerana Dia masih bagi lintasan hati,
untuk ingat kembali, tujuan diri ini diciptakan.
:')
1 comment:
nice analogy for reminder..:)
Post a Comment