Nota:
Entri ini lebih kepada 'travelogue' penulis ketika berada semula di bumi London setelah beberapa bulan tidak dibenarkan menyentuh bumi ini.
Jangka hayat 'travelogue' ini mungkin cuma 3 hari memandangkan selepas itu, akan cuba untuk 'full-gear' bagi persediaan peperiksaan akhir.
*******
Perjalanan.
Alhamdulillah. Dari rumah, di hantar oleh keluarga ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Perasaan untuk meninggalkan kembali keluarga setelah ikatan kasih sayang yang tidak pernah pun dapat dirasai sekuat begini itu tak tahu nak diterjemahkan bagaimana.
Sedih. Sunyi. Dan segala perasaan yang tidak menggembirakan menyelubungi hati sebelum berlepas ke KLIA. Segala kenangan bersama keluarga, satu demi satu datang ke benak fikiran.
Namun tak dapat melawan perasaan ketika bersendirian di KLIA. Melihat kiri kanan. Meriah suasananya. Namun bagi diri ini, sentiasa terasa sunyi, hening. Mula lah satu demi satu kenangan bersama keluarga datang singgah di fikiran. Main pingpong dengan abah. Ambil, hantar mama ke sekolah. Ambil, hantar Danish ke sekolah dan kafa. Main dan buli Danish sikit-sikit. Karaoke dengan Danish dan Indat.
Tangan, dari memegang buku Mechanics dan highlighter, terus mencapai iPhone dan headphone. Memainkan lagu-lagu kegemaran Danish. Ujian Hidup, HambaMu, al-habib, The Call, Slam Dunk. Dan secara tidak sedar, mulut turut terkumat-kamit mengikut lirik-lirik lagu. Dalam fikiran ketika itu, kenangan menyanyikan lagu-lagu tersebut secara duet dengan Danish.
Hati yang sedih, menjadi semakin lara. Tak mengapalah. Bagi diriku, biarkan sahaja perasaan ini untuk hari ini. Esok, baiklah semula, insyaAllah.
*******
20 minit sebelum dibenarkan masuk memasuki pesawat MH002, Malaysia Airlines. Berhubung dengan mereka yang tersayang, yang sentiasa terasa dekat di hati. Bersms, bercakap melalui telefon, dan ber'Whatsapp'.
Hati terasa sangat rindu sekali. Namun, tangan terasa kaku, mulut terasa berat untuk meluahkan semuanya. Untuk berterima kasih kerana sentiasa bersama diri ini ketika senang dan susah. Terutamanya semasa di akhir-akhir tahun 2011. Merekalah antara asbab untuk diri ini kuat semula. Bangkit sebagai seorang pejuang. Bersabar melayan kerenah diri, ketika diri ini tidak stabil.
Untuk mereka-mereka yang disayangi tersebut, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah membalas kalian dengan kebaikan. :')
*******
Memasuki pesawat MH002. Kelas ekonomi. Mendapat aisle seat. 56D. Syukur, tempat di sebelah kanan kosong, tiada penumpang. Terasa perjalanan dari KLIA ke London Heathrow sangat diselesakan olehNya.
Bosan. Perkara normal untuk dirasai ketika berada di atas pesawat yang akan mengambil masa hampir 13 jam untuk sampai ke destinasi. Tangan mencapai remote. Memilih pilihan 'movie on demand' dan juga 'tv on demand'. Melihat sekejap preview movie-movie yang terasa ingin ditonton. Namun terasa satu pun tidak berkenan. Hati mengatakan tidak.
Tidak percaya dengan diri sendiri. Tak layan movie???
Lalu terus ke 'music on demand' dan memilih lagu-lagu untuk dimasukkan ke dalam jukebox. Sungguh tak tersangka, terjumpa dengan lagu-lagu Maher Zain, zikir munajat, dan pelbagai zikir lagi. Menggamit memori ketika berada di SMKAK suatu ketika dahulu. Setiap petang, alunan zikir-zikir akan dimainkan di corong pembesar suara. Rindunya zikir-zikir ini. Lalu, satu demi satu dimasukkan ke dalam jukebox, dan menggantikan lagu-lagu Adele yang telah dimasukkan pada awalnya.
Ya, pada ketika orang lain sedang enjoy melayan movie, saya pula sedang enjoy melayan lagu 'Barakallahu lakuma', 'For the rest of my life', 'Ujian Hidup', 'HambaMu', dan zikir-zikir tadi.
Teringat pesanan insan yang istimewa sebelum berlepas melalui lagu puji-pujian 2. Di mana pun orang yang disebutkan dalam lagu itu berada, mereka tetap berzikir.
Dalam keasyikan mendengar lagu-lagu di jukebox, ianya memujuk mata dan diri untuk berehat juga. Mengurangkan rasa bosan, dan rasa lamanya perjalanan ke destinasi yang akan dituju. Sedikit-sebanyak, ianya mengurangkan rasa resah di hati, untuk menghadapi imigresen sebentar tadi. Pada masa perjalanan ini lah, doa sentiasa dipanjatkan. Doa seseorang yang tengah bermusafir. Mengharapkan Dia mendengar dan memakbulkan. Ameen.
*******
Hampir mendarat.
Bersambung.
4 comments:
Insan yg istimewa tue...pesan ape ek seblom berlepas... ?
Ada ditulis dalam perenggan yang sama..
sekarang hujan hampir setiap hari di sini. demam2 dibuatnya.
kat London camne??
samaaa! dekat nak maghrib ja, wajib hujann.. mencabar sungguh hidup kat sini..
Post a Comment