Nota:
Post ini dibuat ketika rehat sekejap daripada membuat ulangkaji mata pelajaran Solid Mechanics. Jadi, mungkin akan terguna sedikit istilah-istilah Solid Mechanics seperti Force, Moment dan sebagainya.
*****
Pernah dengar Force?
Haruslah kan. Dari sewaktu kita di sekolah menengah lagi dah diperkenalkan dengan perkataan ni. Secara senangnya, ia adalah daya.
Force.
Ikut Law of Conservation of Energy, ianya terhad.
Jika satu badan tu ada 20 Newton saja, jika hendak dibahagi sama banyak kepada 4 bahagian,
masing-masing akan dapat 5 Newton sahaja.
Kalau dibahagi sama rata kepada 10 bahagian pula,
masing-masing hanya akan dapat 2 Newton.
Secara am-nya, semakin banyak bahagian yang dibahagi,
akan semakin siket lah kan?
![]() |
| Sumber |
*****
Kita sebagai manusia lagi lah.
Tenaga, tumpuan, rasa cinta,
semuanya aset terhad.
Sama sahaja seperti 'force' tadi.
Nilainya terhad.
Tetapi kita punyai terlalu banyak perkara yang mengikat kita yang memerlukan tenaga, tumpuan, perhatian dan rasa cinta kita.
Nak belajar, nak kumpul duit banyak, nak beli kereta Audi, nak rumah banglo, nak kawan sayang, tak nak rakan karib benci, nak cinta dia, nak tumpu pelajaran, nak tumpu keluarga, nak tumpu masalah peribadi, nak bagi hebat main bola, nak bagi hebat main game.
Banyak sangat yang nak nak.
Itu adalah ikatan-ikatan pada diri kita, manusia.
Apa jadi kalau bahagi sama rata?
Yang lebih memerlukan, akan dapat sama siket dengan yang kurang penting atau yang tak memerlukan langsung pun.
Kan?
Hidup.
Dah 22 tahun dah usia. (mungkin ada yg lebih atau kurang)
Dah kena pandai kuatkan perkara yang sepatutnya,
dan memutuskan semua ikatan yang tak perlu.
Semua dah bijak pandai.
Tahu yang mana perlukan lebih perhatian,
dan yang mana tidak.
Dah tahu ikatan apa yang lebih memerlukan segala perhatian dan rasa cinta kita,
dan ikatan apa yang tidak.
:)
*****
Law of Conservation of Energy.
Energy can neither be created nor destroyed. It changes from one form to another.
*****
Kalau nak rasa cinta kepada Maha Pencipta lagi kuat, kenalah kurangkan rasa cinta terhadap dunia.
Kalau nak tumpuan terhadap pelajaran tu lagi kuat, kenalah kurangkan tumpuan pada bermain.
Semuanya mengambil ibrah Law of Conservation of Energy.
Ia adalah sunnah alam.
:)

2 comments:
Jazakallah bro. Terkesan.
Good entri :D Teruskan berkarya . Semoga setiap yg kita lakukan mendpat berkat dr ilahi .
Post a Comment