2010 : The start of something new

Hijrah itu satu perubahan

Hijrah itu satu peralihan daripada kejahilan kepada kebenaran dalam meniti kita arus kehidupan

Hijrah itu menuntut satu pengorbanan, kesabaran, dan ketabahan

Semoga penghijrahan ini menjadikan diri lebih baik
Semoga Diredhai Allah


Bye-bye UK: Satu kemungkinan

Murah betul air mataku malam ini. mengapalah apabila tiba satu-satu ujian, berat sungguh untuk dipikul.

Mengatakan bye2 kepada United Kingdom?
Satu kemungkinan

Beratnya ujian-Mu ya Allah

***

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

When you're carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road you take
Allah knows, Allah knows.


No matter what, inside or out
Theres one thing of which theres no doubt
Allah knows, Allah knows.
And whatever lies in the heavens and the Earth
Every star in this whole universe
Allah knows, Allah knows.

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon shout it to everyone
Allah knows, Allah knows.

When you gaze with love in your eyes
Catch your glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows, Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.

See we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs never fret never frown
Allah knows, Allah knows.

~Zain Bikha~

***

mode terus berjuang!


Penerbangan ke Sabah, Negeri di bawah bayu

Atas garisan (online) di KLIA. Penerbangan seterusnya ke Tawau pada 2.20 pm. Aku sedang blogging. Mama abah tengah rehat2. Adik-adikku sedang khusyuk dengan PES. Haha..mengisi masa yang terluang.

Bekalanku ke sabah,
Statistics Portfolio
World Literature
Saga

Sempena kepulangan ke tanah tumpah air ini, insyaAllah tak online seminggu 3 hari. Berada di cerok pedalaman, mana nak dapat line?! Kalau ada broadband pun, iA dapat gprs jek.huhu.. (tak elok memandang rendah sebenarnya)

Rindukan ku?

Bersabarlah untuk 10 hari. Huhu..

Doakan perjalanan ini selamat pergi dan selamat tiba. Amin!

Pergi dahulu, wassalam


Tertinggal Flight + Cuti : Combo


Cuti datang lagi! (dibaca dengan nada iklan TORA)

1st ~ Missed the plane

Perjalanan balik dari KMB ke rumah amat memeritkan. Terlalu banyak cabaran. Terlalu banyak ujian.

Pukul 2.30 dah sampai di bas. Tapi pukul 3.00 baru bas kolej gerak sebab tunggu semua orang datang walaupun dah bagitau bahawa aku akan 'boarding' pukul 4.00 petang.

First time di LCCT. Sampai pukul 3.30 petang. Terus ke kaunter untuk check-in dan immediate boarding. Tiba di kaunter luggage dalam pukul 3.45 petang. Petugas di situ cakap, "apsal lambat? Dah lambat sangat. Kitorang dah tak boleh buat apa-apa. Flight dah boarding. Maaf." setelah aku berusaha pujuk untuk turut sama menyertai penerbangan tersebut.

Apa yang aku rasa?

~Pertama~

Terkejut sangat. Pertama kali terlepas perjalanan yang amat penting. Bila dia cakap "maaf, tak boleh buat apa-apa", dalam kepala, "tak ada flight tambahan ka? (ala2 bas tambahan)", "tak ada orang nak jual tiket depa ka? (amat mengharap agar ada ulat tiket macam selalu kat stesen-stesen bas)", "sebab pa bas kolej tadi tak buat macam airasia ja? (lambat sikit terus tinggal. kadang2 aku rasa macam tak adil. tunggu orang yang lambat, dan kesannya, orang yang awal terlepas flight"

Pengajaran

Walaupun rasa tak adil, inilah satu cara Tuhan nak didik kita. Menerima qada' dan qadar. Walaupun tak puas hati sangat2, aku pasti, ada hikmah yang amat besar disebaliknya. Allah tak akan menguji seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya. So, chill laa bro.. :)


flight berlalu seperti masa. tidak menunggu yang tidak tepat pada masanya

~Kedua~

Rasa macam tak tahu buat apa-apa. Keluar dari airport, rehat kejap. Sebak. Berfkir macam mana nak balik. Call rumah, cakap terlepas flight supaya parent tak tertunggu-tunggu. Satu-satunya cara yang tinggal, ke pudu raya, amek bas, balik malam tuh, sampai keesokan paginya.

Apa yang dibuat selepas fikir macam tuh?

1. Memastikan duit untuk perjalanan itu cukup

2. Meminta belas kasihan orang. Call abg man, call cikgu-cikgu yang aku rapat, call kmb. Dengan harapan, ada yang dapat menumpangkan aku ke putrajaya sentral. Tapi, kebetulan, semuanya sibuk dan hanya akan dapat membantu lewat. Aku perlu cepat untuk membeli tiket bas.

Kemudian aku ternampak iklan train "klia transit". Terus fikir nak ambil klia transit ke PJ sentral. Jalan-jalan, ternampak bas ke pudu raya, terus ambil bas tersebut. Keseorangan.

Dalam bas, sms siapa yang patut. Alhamdulillah, ada sahabat yang menghulurkan tangan untuk memberi bantuan membelikan tiket. Terima kasih sangat-sangat. Perasaan kena tinggal flight masa itu hanya Tuhan yang tahu.

Pengajaran

Jangan asyik nak minta belas kasihan orang saja. Anda lelaki, kena adventurous dan lasak sikit. :D Mungkin Dia susahkan kita di suatu sudut, dan Dia memberi kita kemudahan di suatu sudut yang lain. Yang penting, jangan lupa berdoa kepada-Nya (^_^)

"Jangan terlepas flight nak pi uk nanti dah laa.."

~Ketiga~

Rasa gembira. Sebab banyak sangat benda yang boleh belajar. Walaupun jalan seorang-seorang, ke Times Square seorang2, makan hot touch burger combo + 2 ketul ayam di Marry Brown (2 set) seorang2, pengalaman sebegini bukan selalu boleh dapat. Pembelajaran melalui pengalaman.

Jumpa balik ikhwah2 yang nak melancong di kedah semasa 10 minit sebelum bas bertolak. Amin, Fazli si kanak-riang, dan syakirin. Terubat jugak. Tambah2 apabila dibelanja Dunkin Donut.

So, jangan sedih-sedih. Sahabat sentiasa di situ membantu kamu. Jangan terlalu lama meratap pada satu pintu yang sudah tertutup, hingga kita terlupa bahawa masih banyak lagi pintu peluang yang terbuka untuk kita.

Ambillah ia sebagai suatu pengajaran daripadaNya, kan...

2nd ~ Aktiviti masa cuti

Macam selalu, bila cuti menjelma, tak boleh lari daripada aktiviti2 secara berjemaah besama adik-adik. huhu. Main pingpong, main badminton, main chess, main PES, semuanya berjemaah.

Tapi, nampaknya terpaksa dikurangkan sikit memandangkan banyak gak assignment aku (baru sedar sebenarnya..huhu)

Statistics assignment
Sinopsis 3 novel (Meniti Senja, Saga, Lagak Wasangka)
World Literature (Final Draft)
EE (full draft to be submitted by 14hb December 2009)
Apply UCAS (jangan LUPA!)

3rd ~ Istiqamah dengan amal2 ^_^

Bila sampai cuti, ujian makin kuat. "Masa kat rumah lah adalah peluang terbaik untuk mengukur sedalam mana iman kita." Insya-Allah. Sedang bermujahadah untuk istiqamah. Tahajjud jangan tinggal.

Jalan mujahadah itu payah, namun sangat indah


p/s: awat eh kebelakangan ni, kuat betul rasa jeles aku. kena turunkan sikit.

By:

Mama, Abah... Abang Minta Maaf


Didedikasikan khas kepada mama dan abah

Sebelum keluar segala keputusan peperiksaan semester 3, setelah penat bermain dengan apa segala yang bermain di fikiran dan di hati, hari ini 7 Disember 2010, terasa sangat nak diluahkan apa yang terzahir dalam hati ini.

Peperiksaan semester 3; yang abang pun tak ketahui sejauh mana kepentingannya. Ada yang cakap, semester 3 tak dak apa-apa. Tumpu assignment2 lagi penting. Ada yang kata keputusan semester 3 diperlukan untuk 'predicted grade' untuk kemasukan universiti. Tak tahu.

Dah terlalu banyak masa dihabiskan dengan extended essay, dan world literature. Kalau belajar dalam ekonomi, namanya opportunity cost. Buat assignments, masa yang nak diperuntukkan untuk ulangkaji akan terabai.

Masa exam, macam yang dah disebut sebelum2 ni;
Pagi sampai tengah hari - exam
lepas exam sampai pukul 5 - dekat lab buat experiment
lepas solat asar sampai maghrib - berusaha menyiapkan report experiment
lepas isya' - otak dah tak produktif sebab sangat letih..terus tidur
pukul 4-8pg - satu2nya masa untuk bukak buku, ulangkaji, dan tengok past-years papers

petang ni, orang akan sibuk study maths. Abang??? Akan di dalam lab meneruskan eksperiment..(Siapa suruh buat experiment lambat2?!!)

Abang minta maaf sangat-sangat sebab for sure result kali ni tak sampai expectation mama dan abah yang nak tengok paling kurang pun 6 bagi setiap subjek. Sebab apa boleh cakap macam tu?

Tadi cikgu bagitau markah fizik paper 1. Subjek ni belum pernah menghampakan abang. sem lepas paper 1 = 36/40. Sem ni paper 1 18/40. Kurang separuh dari sem lepas T_T

Sem lepas dapat 7. Sem ni, 5 pun belum tentu

Predicted grade for Sem 3 exam
Physics: 5 (sebab dah tau markah P1)
Economics: 5 (sebab jawab melencong)
English: 5 (sebab section D x reti jawab)
Maths: 5 (sebab dah memang tak sempat nak buat latihan)
Malay A1: 5 (sebab cikgu cakap Paper 1 paling susah nak score)
Chemistry: 5 (sebab dah tak ingat habis dah)

TOTAL GRADE = 30 points
(tak lepas requirement JPA nih)

mintak2 tak jatuh bawah ni

I'm so sorry. Tak mampu berbuat apa2 dah sekarang. Dah sangat terlambat. Mungkin kerana masa-masa yang ada sebelum ini diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.



For now, what i can promise you is;

I'll make sure that at least 40 points for FINAL IB EXAMINATION is in my hand. This is my promise to you. InsyaAllah..

sekali lagi,

Abang Minta Maaf untuk kali ini


Exam VS EE : Fizik senang ek?

Baru lepas exam fizik. Sekarang berada di dalam makmal kimia. Meneruskan experiment untuk extended essay (mini thesis) kimia. Memandangkan EE ni perlu dihantar kepada supervisor sebelum cuti, bermakna tumpuanku perlu dialihkan dari exam kepada experiment

Jadualku di musim exam ini..
Pagi exam
Petang masuk lab. Sambung Experiment
Malam baru study

Abes exam, baru abes experiment -_-"

Maafkan aku exam sem3..daku terpaksa mengorbankanmu demi menyiapkan extended essayku.

I'll try to please both..insyaAllah..semoga Dia permudahkan..

Btw, Fizik was checkmated!! ^_^

Good Luck for your exam!


Jealous

Baru sahaja lepas melihat gambar-gambar jamuan mpp di secret recipe, alamanda.

Entah hamba Allah mana yang tag aku kat gambar kek coklat.

Makan burger king, main bowling..

Somehow, terasa jugak iri hati.
Kadang tertanya-tanya gak kenapa la aku tak ikut
Jamuan kot!

Sepanjang aku di KMB ni, jarang-jarang sekali aku menolak pelawaan jamuan. Tambah-tambah, makan free.


Tapi, cuba jugak untuk memujuk hati. "Kan ini keputusanku walaupun diajak bertalu-talu untuk pergi"

Ada 2 program yang berlangsung pada satu masa. Jadi, aku perlu memilih salah satu. Itulah yang kita katakan sebagai "OPPORTUNITY COST"

Nak satu benda, akan terlepas benda yang lain.

"Ilmuku masih belum mencukupi. Ingatlah, kadang-kadang pengorbanan itu perlu, Akmal"



Tapi tak kesah laa kan..kerja aku dalam mpp bukan banyak sangat pun.. ^_^
tolong ape2 yang patut jek..

Yang lain dah banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan satu2 perkara.

Sekurang-kurangnya dapat jugak makan sehiris pizza hut, walaupun dah sejuk..huhu


Dan pada kesempatan ini, dah dekat nak raya nih, 10 jari kususun memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Jika ada terguris hati mana-mana, terbuat sesuatu yang tak patut, ampunkan lah ek..

^_^

~hikupada~

(elaun masuk nanti enjoy laa! huhu)

*************************************************
sekarang dalam mode:
bersedia untuk menghadapi cacian, maki hamun, tercalarnya sebuah imej yang aku bina, dan sumpah seranah daripada kebanyakan orang..

cuma yang tak tahu......masanya.....


Puasa: Akhirnya genap seminggu

Alhamdulillah..syukur. Genap seminggu berpuasa.

Bukan puasa menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Nanti ada yang cakap aku sesat pulak. huhu

Betullah kata itu

Puasa ini amat berkesan. Ia mengajar erti kesabaran, ketenangan, dan ketaqwaan.

Sekarang sudah kembali on track. Ketenangan jiwa yang dicari-cari dalam masa setahun ini sudah hadir kembali. Ahlan wasahlan.

Dah boleh kembali fokus study. Mutabaah, alhamdulillah. Berdoa agar dapat sentiasa istiqamah menjadi sebegini. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Semoga puasa anda juga mengislahkan diri anda menjadi lebih baik.
^_^


~quote of the year~
~Puasa ini mengajar erti kesabaran, ketenangan, dan ketaqwaan~

Untuk menjadi seorang mukmin yang mutqin bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

berusahalah ke arah itu
^_^

gud luck for sem 3 exam!!!

p/s: kepada Nik Naim: Exam semester 3 kali ni, aku tak kan bagi peluang untuk hang potong markah untuk setiap subjek aku. (sekadar untuk memotivasikan diri untuk sentiasa tekun berusaha)


coretan hati

Perkara yang aku berusaha mengelak daripada berlaku akhirnya berlaku jua

Minggu ini sangat sibuk. Kehidupan sebagai pelajar IB menjadikan anda bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga sebagai pemimpin dan seseorang yang memberi khidmat.

Minggu ini, jika tidak dibahagikan masa dengan baik, maka berteraburlah segala kerja, dan jua tugasan. Minggu yang sarat dengan kandungan; TOK presentation, IOC English, IOC Malay, Sports Carnival dan lain-lain.

Seperti biasa, jika anda menumpukan pada sesuatu perkara, selalunya yang lain akan terlepas pandang. Jika terpandang pun, mungkin badan anda sudah terlalu penat untuk menumpukan pada perkara2 yang seterusnya.

Kerana inilah, akhirnya perkara yang aku berusaha untuk elak sejak menjejakkan diri di KMB ni terjadi jua. Maka, bermulalah cerita...

Pagi sudah dipenuhi dengan sesi belajar. Setelah Zohor, disambung pula dengan IRP sehingga asar. Secara ringkasnya, dari pukul 8pagi hingga 4 petang, akan berada di blok akademik memanjang.

Petang pulak, disebabkan sports carnival punya musim, sudah menjadi tanggungjawab untuk incharge badminton di dewan sepanjang 3 hari hingga pukul 7.

Lepas isya, of coz badan sudah penat kerana belum ada rehat. Tapi mata perlu disengkang untuk menyiapkan TOK outline untuk presentation yang akan berlangsung tak lama lagi. Outline perlu diluluskan oleh guru sebelum dibentangkan.

Dah siap, lalu tertidur...

Bangun pagi baru teringat Lab Report Fizik kena hantar hari tu jugak. Sepatah apa pun tak start lagi. Data pun semuanya pada rakan2 dalam kumpulan. Sampai kelas..

Mr A: Akmal, ko siap tak lagi lab report?
Aku : Belom doe..minggu ni aku x sempat nak buat assignment pape. Semalam pun terpaksa paksa diri siapkan TOK. English outline tak siap lagi. IRP Math? Hmmph..dalam mimpi je laa

Mr A: Xpe laa..kitorang dah siapkan semalam. Amek laa softcopy ni. Tapi edit sikit kat Data Processing ngan CE.
Aku: Makasih banyak2 weh..(terharu)

Rehat keluar lambat sebab perbincangan TOK Outline dengan cikgu. Malangnya, setelah research punya research, outline tuh kena tolak gitu jek. KOYAK beb..sehari gak rr fikir bab outline kena tolak jek..

Lepas makan, kalut edit Lab Report. Kelas Lab Fizik dah bermula, aku baru ke PSP untuk print lab report.

Lepas print, kalot rr gerak gi lab. Sampai lab, pintu cikgu dah kunci -_-" Kena marah dengan pembantu makmal sebelum masuk.. "Apsl lambat??!!" "Err..saya pergi print. Nak masuk macam mana nih?"

"Haa..tu laa..lambat lagi, masuk laa ikut lab sebelah lagi tuh"
"Trimas2"

Masok lab senyap2. Mula2 cikgu tak sedar. Lepas tu, cikgu sedar gak. Kena tazkirah online. Pergh..dah laa down sebab outline ke3 kena tolak. Kena marah dengan cikgu lagi.

"Sebab pa print masa hari nak kena hantar?! Kan ada banyak masa sebelum nih?!"

Aku hanya terdiam. Tak mahu menjadikan kerja2 bukan akademikku sebagai alasan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Hilang mood nak buat experiment hari tuh.

Semua balik. Jumpa cikgu.

"Mana lab report kamu?"

Masa tuh lab report ada kat tangan. Dah siap kepil. Tinggal nak submit jek untuk diberi markah. Tapi entah, apa ntah yang aku buat..

"Err..xpe laa cikgu. Secara jujurnya saya tak buat lab report tuh. Yang ada kat tangan ni pun, yang kawan2 tolong. Tak ape laa saya hilang markah kali ni. Saya lagi rasa bersalah kalau hantar sesuatu yang bukan saya buat atas nama saya. (nada koyak)"

"Sure?"

"I'm certain."

Akhirnya, setelah berapa tahun aku tak kena marah, akhirnya dimarahi oleh seorang cikgu yang aku kira amat penyayang. (rasa nak keluar air mata pulak masa tulis ayat ni) Aku berusaha mengelak dari dimarahi kerana masalah attitude. Aku dah buat all the best to please everybody.

Tapi sebagai manusia, kita ada limit yang membataskan kita.

Itulah yang dipanggil opportunity cost. Dan itulah sesuatu yang Tuhan beri untuk membezakan antara Al-Khaliq dengan hamba-Nya.

Bila terkenang balik, sangat sedih. Bila time fizik, dah tak rasa macam suasana fizik yang dulu2. Sekarang semakin pasif dan pasif. Entah. Biarlah masa yang menentukan.

It's hard to please everybody

(crying without tears~)

T_T


Inilah padahnya

Salam alaik..

Baru sekarang mula tersedar. Terbangkit dari lamunan yang begitu lama.

Jiwa sering saja menjerit. Meronta. Seumpama meminta-minta sesuatu. Namun, perbuatan dan reaksi menolaknya jauh-jauh. Meninggalkannya terkapai-kapai.

Jeritan jiwa itu, kusedar ia. Bermaksud untuk memusnah? Menderhaka? Jauh sama sekali.

Kadang-kadang akal fikiran, juga reaksi terpengaruh dengan jeritan itu. Kadangkala juga terpana.

Tapi, sedang masa berlalu, ketaatan pada jeritan itu berunsur pergi.

Ya! Akal yang waras dan juga reaksi sudah pandai MENDERHAKA!!

Apakah kalian teralpa dengan amanah-amanah yang diberi kepada kalian?
Adakah kalian lebih menurut kehendak PEROSAK dari pada kehendak PERINTIS?
Kalian memang sudah menderhaka!

Mengapa jadi begini??

*****************************************

ni laa padahnya ada internet -_-"

dok kat kelas, bawak balik buku..semangat nak buat latihan..
sampai bilik, on laptop..online..

kadang2 xdak apa pun, tapi entah..masa dimakan begitu sahaja dek mengadap skrin laptop!
mood malas makin menguasai diri

bagaimana nak tukar mood?

Ntah..selagi internet ni laju, susah betul nak mengadap buku..terlalu banyak distraction.

Ada yang cakap.. "X payah invi2..offline terus macam aku..senang" :)

Pernah juga mencuba, tapi susah..adakah ia masalah disiplin diri??

~Inilah padahnya punya internet 24 jam tidak terkawal~


Johan Catur!!

Alhamdulillah. tamat akhirnya kejohanan terbuka chess peringkat kolej mara banting yang terbahagi kepada 2 kategori, lelaki dan perempuan.

keputusan

kategori lelaki

1st place
akmal hayat bin jusoh
~plankton~

2nd place
syamil che elliaziz
~plankton~

3rd place
hatim (player kebangsaan)
~crimson knight~

kategori perempuan

1st place
husna syaza (player KL)

2nd place
khadijah husainy (player selangor)

3rd place
nur nabilah

**********************************

nak publish sebab ni first time aku masuk tournament. sebelum ni semua tak kesempatan~

Final Game

Akmal Hayat VS Hatim

ni last game aku. dah last round, kalau menang, johan..so ambil langkah berhati2.. sebab aku tau dia ni main aggresif, aku ambil pendekatan untuk bertahan..

jangan terikut dengan rentak permainan lawan

terngiang2 suara sifu chess aku; Anas Ahmad Faris ^_^

so, kerana hendak bertahan. dia mulakan dengan king-pawn game. aku hanya bermain sicilian defense. bertahan2..

30 minit berlalu. huih! game masih padat..aku pun teruja..
"bapak hebat budak nih!" hatiku berdesus

tunggu dia serang2..dlm minit ke-45 baru boleh masuk kubu dia sebab dah banyak lompong2..huhu..

kawan dia datang..

aku: Terre seh budak nie..
kawan dia: memang rr..budak wakil kedah kot~

ouh...patut rr..ic2..

game berjaya didominasi. masa abes.. so, perkiraan buah dilakukan..

Aku: 1 king, 1 rook, 7 pawns (black)
Hatim: 1 king, 1 pawn (white)

alhamdulillah~ menang..tapi..rasa x bez game tergantung, so sambung je rr..alang2 biar sampai checkmate..

punya laa advantage..susun2 buah, last2, KING DIA DAH X BOLEH BERGERAK!!

so, seri.. -_-"

sadis betul..

walaupun tak puas hati, tapi xpe, ada hikmah disebaliknya
"hg dah menang dh pun akmal, xpayah laa nak geram2.. ^_^"

get ready PAIS! balik ni nak lawan ngan hang..huhu
~badminton~
~pingpong~
~chess~
~FIFA~


Apabila wang hilang dari genggaman

Baru habes kelas IELTS selama 4 jam

-_-"

penat. letih. otak tepu. perkataan2 cliche yang sering diungkapkan selepas satu2 kelas yang dijalankan dalam tempoh masa yang lama.

(mode: dah nampak katil dah)

start pukul9, tamat pukul 1. sebab masih belum siap essay, sengaja melewatkan lagi masaku selama 15 minit. setelah essay dihantar...

DS TUTUP!!!

breakfast pun tak. lunch pun tak.

orang cakap, CAFE bukak, pi laa makan. aku pun senyum ja laa..

luar nampak gembira, tapi dalam hati...meraung

NAK MAKAN CAMNA? DUIT = RM0.30

T_T

berpuasalah aku untuk hari ni..petang nanti nak cari chemistry dgn pair baru untuk permainan badminton..

petang ni jugak kawan ajak panas badan maen chess untuk tournament..

haha..semua dilakukan tanpa energy..macam mana laa nanti..

so, dah boleyh derive equation baru

MONEY = ENERGY = WINNING

^_^

p/s: cikgu dah ugut dah kalau x bayar buku untuk novel kajian, x dapat buku! kalau x dak buku dalam kelas dia..SILA DUDUK DI LUAR!

T_T

~owh duit, bergoleklah kemari~

ujian Allah Taala itu dalam pelbagai rupa bentuk. Maka berjayalah orang2 yang sabar


Undilah Saya!!


Hari ni hari mengundi Kolej MARA Banting. Macam2 yang diperbincangkan.
Aku pun sembang2 laa..

"Weh, jom undi yang ni..yang ni pun okay gak"

Kawan aku tibai

"Buat pa pilih yang ni?! Yang ni rr cun cket"

Akupun

"Gila apa hang..calon laki pun nak pilih yang cun ka?!"

Haha..sekadar selingan..

Sampai2 kat meja nak pangkah, buat lagi satu kotak..
Tulis "Akmal Hayat..calon individu"

PANGKAH!

haha


tapi, tu dalam mimpi je laa

yang realnya, yang rapat ngan aku n aku kenal..sumpah aku pangkah
(just 7 calon bertuah jek dapat)

orang tanya..striker real madrid tu, ko pangkah gak ke?

"OF COZ! Kalau tak cena KMB nak goal nanti.."
haha

~mode x sabaq nak letak jawatan~


Motivasi Diri

Dalam melangkah, terkadang diri di uji dengan ujian yg terasa berat hingga diri terduduk dan menangis..

Perit terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri..

Mungkin Dia hadirkan air mata tika itu untuk menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..

Semoga diri di tetapkan iman..

Di setiap kepayahan ada kemanisan

~Tribute to Nur Liyana Ahmad Zaki for these words~

Di setiap kepayahan ada kemanisan


By,

Something





^_^




T_T




Motivational Words~

Kata-kata terakhir sebelum berangkat pergi ke KPM Sri Iskandar, Perak

Training intensif dari pagi sampai ke malam dah lepas
Baju kasukma dah dapat
Shoe bag dah dapat
Raket dah dapat

Walaupun tangan dah melecet
kasut dah pecah
bahu dah rasa sakit-sakit
peha dah rasa muscle fatigue

berjuang habis2as!!

*****

Kalaulah semangat macam ni dalam buat assignment
sumpah laa ni dah boleh goyang kaki
haha

*****

habis kasukma nanti
naik cuti first day

Chemistry Test
hand in IA Economics: 25 marks
TOK presentation: 20 marks
TOK Essay 1st draft

NAIYA~

badan tak habis penat lagi

*****

Apa2 pun..all da bez!
jaga diri
jaga iman
jaga amal

bak kata pengarah
"Pulun all out!"
"Use your brilliant mind to win the game!"

kalau johan, dapat cuti hari isnin..haha
apa lagi...
soru!!

*****

~Sekadar melepaskan apa yang tak betul di kepala~
Sekian, wassalam

Hidup ini ibarat pentas bermain catur

BLUNDERS

hidup ini ibarat pentas bermain catur. kita melihat permainan, dan kita merancang corak permainan kita.

ada masa kita bertahan, ada masa kita menyerang. ada masa kita mempunyai kelebihan, dan ada masa kita melakukan kesalahan.

begitulah catur.

segala yang dimahukan adalah kesempurnaan. tersilap walaupun sedikit, akan mengundang padah. perancangan sudah teliti. segalanya kelihatan begitu sempurna.

kerana mahu mengelak kesilapan, mengeliminasi kekhilafan, kita sering menumpukan pada satu strategi itu untuk suatu jangka masa.

kadang-kadang kita tersangkut. perancangan yang kelihatan sangat sempurna pada awalnya seakan-akan menyukarkan lagi keadaan.

pada tika itu, kita akan menggunakan banyak masa yang kita ada untuk kembali memulihkan strategi itu.

hingga kita tidak sedar, masa terus berlalu meninggalkan kita. masa diperuntukkan hanya sekejap. sedar-sedar, jarum jam catur sudah menyentuh bendera..

pada tika itu baru kebanyakan dari kita akan tersedar bahawa kita terlalu menumpukan pada sesuatu yang belum pasti itu terlalu lama.

pada tika itu baru kebanyakan dari kita akan tersedar bahawa masa yang telah kita luangkan tadi mampu digunakan untuk memikirkan satu strategi yang lebih baik.

mampu menjana gerakan-gerakan lain diluar jangka strategi yang mampu membiarkan lawan berfikir.

mampu memikirkan sesuatu untuk bermain dengan tempo permainan.

namun semua itu kita hanya sedar pabila jarum jam chess itu sudah menyentuh bendera. menunjukkan, masa kian menghampiri penghabisannya.

adakah kita sudah terlambat??

masa itu, kita hanya akan gerakkan bidak mengikut apa yang terbaik terlintas di kepala.
bergerak dengan sangat laju.

sudah hilang justifikasi dalam gerakan

pada masa itulah BLUNDERS akan berlaku

jika ada rezeki, kita akan menang jua akhirnya. mungkin kerana rezeki.

jika ada rezeki, kita mampu mencari seri setelah perit berfikir

tetapi, selalunya kita akan kecundang dek tekanan masa
kualiti gerakan akan semakin merudum
idea yang terpancul ialah tanpa justifikasi yang perfect

sudah hilang justifikasi dalam gerakan. pada masa itulah blunders akan berlaku

akhirnya kita kalah. permainan tamat.



checkmate!

kemudian, selalunya kita akan berfikir

"kalaulah aku tidak menumpukan pada strategi itu terlalu lama, sudah tentu....."

"kalaulah dalam masa yang ada itu, aku bermain dengan tempo dulu untuk melihat gerakan lawan, sudah tentu....."

"kalaulah aku mempunyai plan B ketika menyerang itu, dah tentu....."

"kalaulah aku tak buat SILLY BLUNDER itu, sudah tentu....."

***pengajaran***

jika tidak yakin dengan kejayaan sesuatu perancangan itu, sentiasa fikirkan jalan lain untuk jayakan matlamat. yang penting matlamat sampai!

jangan terlalu menumpukan banyak masa terhadap perkara yang menyulitkan hingga terabai segala benda yang lain!

SO...

kalau cari artikel untuk IA Econs tu tak jumpa2, jangan laa spend masa sampai 3-4 hari dok cari. tak jumpa, lepas tu tension. makan, tido! siapkan yang lain dulu!

Worldlit tak repair lagi, TOK essay entah ke mana. haisy! abes masa macam tu jaa..

bai2 econs..welcome world literature..haha

~post ini sekadar untuk renungan bersama~

^_^


Warkah buat mu

padamu kuutuskan kalimah penuh perasaan
untukku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
dalam tidak kau sedari kau hanya mencintaiku
sedang kumencuba melangkah pergi dari hidupmu

kau yang sering membahagiakan
dikalaku kesedihan, tak mungkin dapat kulupakan
ku hanya ingin kau mengerti
apa yang kumiliki cuma harapan yang silam

lupakanlah semua kenangan
yang bisa buat kau bersedih
sampai disini saja cinta yang dipertahankan
anggaplah ini suratan satu perpisahan
maafkan andainya hatimu terluka

dalam tidak kau sedari, kau hanya mencintaiku
sedang kumencuba melangkah pergi dari hidupmu

maafkanku, ku terpaksa pergi dahulu
maafkanku, ku terpaksa mengeewakanmu lagi

ada jodoh, ketemu lagi
selamat tinggal

*******

perasaan itu.entah, makin hari aku makin tak paham

Bila otak dah ..........

claim :: counter claim :: perception :: language :: emotion :: maths :: social sciences :: ethics :: unemployment :: GDP :: nwakibie :: akiko :: pools :: Michael Woolman :: golden ratio :: appearance :: reality :: elasticity :: pareto optimality :: surplus :: shortage :: dumping :: external cost :: externality :: PPC :: aggregate demand :: shigezo :: tandas emas :: salji :: kadotani :: sakit perut :: ketam :: quota ::


apekah?
bagaimanakah?
bilakah?


kalo camni, alamatnya, balik kolej terus weng

Raya Assignment Bermula~

Jom2! Switch raya mode to assignment mode!

TOK Essay
TOK Presentation
IA Econs

to be smacked down!


FROM


TO

waa..dua situasi yang bagai langit dengan bumi. cmne nak switch mode tu dalam masa 1 hari?? huh..

Kerja Masih Banyak


sometimes, stress is needed to boost-up our performance, but not too much

~assignment mode~

Doa yang dipohon
"Ya Allah, tenangkanlah hati ini"

Allah jawab
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Perutusan Salam Aidilfitri kepada yang tersayang

~x larat nak design baru~

Di keheningan syawal nih, sejuta kemaafan kupohonkan atas segala kekhilafanku, jikalau ada terguris mana2, ter'fire' over, berperang tak sudah2, terambil makanan anda, ter'emo'.. Tak balas YM anda, SMS anda..Mintak ampun yer..

Jadi, Tentang Hati aka Akmal Hayat hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada

Ahli Keluarga tercinta
Mr Joe, Ms Osie, Indat, Pais, Jiji, Danish, Mak Long, Nenek, Tok, Tok Lang, Tok Ngah, dan lain2

Kepada guru2 KISAS, Kolej Mara Banting, SMK Agama Kedah, Sekolah memandu, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Tanah Merah, Pendang, SK Tunku Raudzah

yang tak pernah2 jemu mendidik diri ini menjadi seorang insan yang bernama manusia


Sahabat se-bilik simulasi
Anas Ahmad Faris
Faqih?

Sahabat2 sama2 senang, sama2 susah KMB
Syahmi Suraini
Amin Rox (walaupun kuat gla fire aku)
Amin
Fahmi Ruzaidi

Rakan2 se-Golden Diamond
Aiman Ayoup
Shairani Ramli
Syaimaa' n the gang (diragui)

Sahabat2 se-usrah
faqih aqili, amin, amirul, fahmi ruzaidi, din scorpie, Zahirasri (ayie), fazli (si kanak2 riang), bazli,

Sahabat2 G2S Motivational Team
Syamil tinggi, syamil pendek, amin rox, syahmi suraini, skod, acap panjang, kamal syazani, izzat rodzi, atik, atiqah badri, kim, farah, nadzirah, zaimah, nisa', fatin amirah dll

BERKAT n MPP
Zubair, Farzan (maaf laa ek kalo banyak mengoyakkanmu), Ridhu (mat fire), Apip UK, Wan, Zaid, Lutfi Na'eim, Adam (beloved pen pal), Amarandaas, Aiman AB, Nik Naim, PIDOT!!, Ain Zakaria, Ain Ibrahim, Didi, Aisyah, Dayana Alya, Siti Fatimah dan yang lain2..

Classmates
Burn, Fikri Zaini, Mubin, Ewan, Beloved roommate; pa'an, usamah, shazana, aini, aminin, lathif, aizat, nik naim (makhluk x pernah dok diam..haha), aizat, lina, yeou hui, boharaj, rickhazzle

Senior2 KMB n KISAS
Wan Chong, Hanif Ridzan, Faizul Amer, Mat Phe, Shahkang, Zuhaili, Ridhuan, Azrul Azuan, Farid, fikri, Meno (ape ntah nme btol dy), dll

Ex-Kisasians (Muslimin)
Fizi, Munzir, Nazrin Marzuki, Fateh, Fikri Aiman, Mubasyir, Khairul Syazwan, Izzat Naqib, Faqih, Amir Syahid, Rafi, Wafiy Ariffin, Hakim, Fikri Indra, Baihaqi, Rahman, Faiz Kospint, Faiz Roshdi SMKANT, Yon SMKANT, Fikri Nazari SMKANT, yusuf ahmad, haq, farhan faizi, naqi, dll

Ex-Kisasian (Muslimat)
Nadhirah, yeanna (liyana), idayu, nadzirah, bahiyah, farah afiqah, humairah, syafiqah ma'on, hani nabilah, haliq, madhiah russia, dhamirah, farah izzati, aziani syahirah, sakinah, azwani, maryam squared, norazah, zakiah, nuha, kp cendol, syaimaa', dll

Junior2
Azim, Che Farhan, Abdullah Faqir, Azam, Zul, Mauizah, Azwa, Nabilah Hashim, Azri SMKAK, Adham SMKAK,

Rakan2 blogger, jiran, misc, KMBians, ex-schoolmate etc2
Wawa (sifu chem), Atiqah badri, liyana mustafa, hisham hashim, husna zubir, fairuz, fatin ayuni, hajar KMB, Munirah Syakirah, Sherry, Manul, Ann, Aida, Rhoe, Miji, Sepol Moktam, Soya, Naqi E08C, hanis fozi,


*Dan pada kesempatan ini, nak mohon maap special kepada:

Yang selalu kena fire dengan aku:
Amin Rox, Ain Zakaria, Syahmi (dah kurang skrg), Atik, Nadzirah (walaupun dia yang fire lebih2), Nik Naim, Farzan Fadhlillah, Ridhu (org yg aku x pernah menang)

ampun maaf yer jika terguris mana2, ter'emo', ter'koyak', dll
~peace~


*kepada yang masih belum tamat perang dengan aku / baru bermula,
perang tetap akan diteruskan walaupun raya
dont wori, walaupun berperang, namun kemaafan sentiasa di hati
^_^

dan salam aidilfitri juga kepada semua
maaf jika terlepas nama2 anda


~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~
~MAAF ZAHIR BATIN~

Honeymoon

Cuti raya yang hampir2 3 minggu ni ibarat satu anugerah. Jom lihat..

~Academics Thingy~

IA Economics - 3 commentaries [1 done]
Chemistry Extended Essay - Start the experiment at home [done]
Chemistry Handbook - Buffer solution [done]
Chemistry Lab Report - Design on Faraday's Law
Physics Lab Report - Design, DCP, CE [done]
Physics Handouts - Radioactivity, Sem1 review
Statistics - Raya Assignment
Malay Assignment - World Literature
Malay - Preparing the class's Malay notes
English - My Fair Lady
Theory of Knowledge - Presentation
Theory of Knowledge - Essay
Pendidikan Islam - Translation dan ayat hafazan


~Non-academics thingy~

CAS report - Badminton / G2S Motivational Camp
Kasukma preparation - Training
PiBiannete
College Sports Carnival

Waa..sekadar checklist. Takut2 nanti terlupa. Semua perlu disiapkan by naik cuti nih. 27 September dah kena balik kolej untuk latihan pusat. Solo kali nih. Tak berteman. Tunggu apa lagi...

Jom 'HONEYMOON'!!



Kalau macam ni setiap kali cuti, bila masa nak buat revision?
Jangan salahkan saya kalau result Sem3 merudum!

090909


09/09/09

Cantik angka nih. Sangat suka. Dan disebalik angka ini, macam-macam perkara berlaku hari ini.

1. First period, satu kelas kena marah. Tak siap homework yang telah diberi 3 minggu yang lalu. Tapi at the end of the period, dapat saguhati. Lab report boleh hantar lepas raya. YEAY!!

2. Hari ini juga hari loser. Semasa team-building irp, satu hape pertandingan pun tak menang. tak dapat kek.

Main kad terup masa team-building tuh. Jarang kalah. Tapi kalah. Sebab? Di sabotaj..ampess.. kad aku x cukup 10 keping..ADUHAI~

3. Tadarus al-Quran. Lepas tadarus dapat ayam percik 2 ketul.. Satu lagi ada orang hadiahkan.. YEAY!!

4. Ada sorang hamba Allah ni..cuba pelbagai cara nak cungkil segala rahsia2 aku.. tak tahulah aku termakan ataupun tidak.. ADUHAI~

5. Lepas terawih 8, terus ada training badminton..9.30 - 11.30pm.. Orang semua tengah solat terawih, aku angkut raket pergi dewan.. Apekah? Semua orang pandang semacam.. ADUHAI~

6. Habis training, kena prepare untuk test Econs esok.. Total 10 markah.. dan akan dipercentagekan menjadi 100%.. Cikgu cakap, kalau tak score...SIAP!! ALAMAK!!

Ramadhan, sudah kutekan clutch untuk masuk gear 5

Menjadi cebisan-cebisan kertas kecil



memberi kepercayaan kepada orang

+

kepercayaan anda dikhianati

=

???




ibarat sehelai kertas yang dikoyakkan kecil-kecil.kemudian digenggam. lalu ia dilepaskan di padang berangin yang sangat luas.

berterbanganlah cebisan-cebisan kecil itu. bertebaran. berterbangan mengikut tiupan angin. lalu bergelimpangan di atas rumput-rumput pabila angin telah berlalu pergi.

antara satu cebisan dengan satu cebisan yang lainnya, sangat jauh dipisahkan. mampukah anda mencantumkan ia kembali menjadi sehelai kertas?

fikirkanlah

Kena Jadi MPP lagi setahun?!

Ini versi bersahaja

Turun moreh. Kali ni makan nasik lemak. Sangat sedap. Serius3.

Kenyang lepas tambah 2 kali. Ajak Latip (ALAJ) ke koperasi. Nak beli susu. Sebab lama tak minum.

Mengenangkan kesanggupan ALAJ menemaniku, belanja laa dia aiskrim RM1.50.

Keluar dari koop, kelihatan ada keramaian di hadapan.

Aku: Weh, apehal depan bilik MPP ramai sangat orang?
ALAJ: Agak2 rr nak buat meeting pun. Sampai ke tengah jalan.
Aku: Ni mengganggu ni. (Depan pejabat aku lakk tuh!)

Jalan laa melalui tempat itu. Nak tahu apa terjadi.

Sampai situ, kelihatan sangat banyak kertas. Nampak seperti borang.

Perempuan Y1 A: Borang MPP! Borang MPP!

Aku dengan ALAJ pun berhenti kejap. Buat2 berminat.

Perempuan Y1 A: Haa! Nak jadi MPP x??
Aku: (Terkesima jap..tanggapanku dia main2 kot)

Aku diam je laa. Senyum. Namun lama kelamaan, aku dapat melihat bahawa dia sangat serius nak jual borang MPP tu kat aku.

Aku: Erm..ALAJ, nampak gaya kita jadi MPP kat sini 2 tahun laa..

Perempuan Y1 A: (tercengang..masih tidak mengerti)

Perempuan Y1 B: Weyh! Dia tu MPP laa!! Hape daa..malu jek..

Orang ramai: (semua ketawa berdekah2)

Terus berlalu pergi..

ALAJ: Agak2 rr dia tak kenal kita ni sape. Year 2 pun x kenal..
Aku: Budak 2nd intake kot tuh..

Haha..jenoh gak budak sorang nih! Budak 2nd intake~ Dimaafkan...


Kali Ini Pelik Sikit





TALI PINGGANG







Pkl 8.05am
Aku: Ko da nak siap. Dh lewat ni. Jom gi kelas sme2..
Mr N: Ko gi laa dlu. Aku cari tali pinggang x jumpe2 lagi ni..

Pkl 12.52pm
Mr N tak sampai2 kelas lagi
Lame jugak Mr N ni cari tali pinggang.

Haha..sekadar melepaskan apa yang di kepala..
Xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia

Kerja Masih Banyak

Jom Berjuang!

Tekanan Tekanan Tekanan

Sebelum balik ke KMB malam nih bersama Durian Burung, inginku membuat sedikit coretan. Mencuri sedikit masa untuk merehatkan otak daripada IA Mathematics yang betul2 membunuh waktu cutiku.

Sebelum naik bas, IA Math dijangka siap 70%. Tak write up lagi. Soalan elevator, tak bagi new model lagi. Piece-wise sudeyh..

Kerja2 lain? Masih lagi in pending

IA Economics - 3 commentaries
Physics Lab Report - 2 set
Chemistry - 2 lab reports
World Literature - not repaired yet
Extended Essay - 2nd draft in progress

Hari ni, dari awal pagi, sampai sekarang 8.30pm, asyik mengadap komputer. Haha..langsung tidak melihat dunia.

Jadi akibat ketensionan, sesiapa yang di'BUZZ' dan kena emoticons gelak tergolek2 tuh berkali-kali, harap maaf laa ye. Sekadar melepas beban di dalam otak. Hampir semua dalam list ym ni kena. Hu2..seronok mengganggu anda2 semua.

Terima Kasih kerana sudi melayan kerenah ni..

Akhir kata..

KMB!! Aku tidak lagi bersedia untuk kembali padamu!!

Dah laa makanan sahur dan juadah berbuka sudah mula manis di bibir ini..Sampai sana, mesti tak lalu makan..

Sekian..hanya melepaskan tekanan..

Jom Terawih..Jom Bertadarus...

Neutralkan kembali semua

^_^

Pre - G2S Return

Sebelum bertolak balik dari KMB ke rumah, aku dengan syahmi g main bowling dengan handicap sebanyak

Akmal Hayat - 197
Syahmi - 97

Haha..aku nak tayang gak syahmi!

Rumah ke SMK Sultan Abdullah

Kereta wira aku baru keluar workshop. Baru lepas cat. Baru lepas kena ketuk2. X sehat laa lagi, tapi dah nk kena drive pi teluk intan.

Tunggu Syahmi punya laa lama kat perhentian sebelah Juru..Semput betul Citra dia..haha.. Tiba saja syahmi, aku pada masa itu yang juga membawa bersama Billy, adik aku, dan Amin Rox, terus halau amin masuk keta Syahmi..haha..takut minyak keta abes cepat! :p

Btw, Amin, thanx kerana sponsor minyak RM50..

On highway, setelah ketinggalan oleh syahmi dalam 10km dihadapan, masa tuh hujan. Lagi 30km dari simpang ke Jelapang, ternampak ada satu MPV tersadai di tepi jalan. Tergelincir barangkali. Hujan sangat lebat. Penglihatan menjadi kabur. Speedometer menunjukkan kelajuan ku 110km/h masa tuh. Tengah turun bukit di selekoh. Jalan licin. Gila kan aku? So, sebab bahaya, aku lepas minyak sikit.

Aku Hampir Accident!!

Tarik2 jaa kaki dari pedal minyak, kereta Honda Civic yang kira2 dengan kelajuan 120km/h yang betul2 depan kereta aku masa tuh tiba2 pi ke lane kiri di mana MPV tu tersadai dan BAMM!!!!! Dengan kelajuan tuh, Honda tuh langgar pintu bhgn driver MPV tuh dan crumple zone dia melambung. Aku dah laa 110km/h masa tuh..kuat aku pegang stereng..kalau laa Honda tadi tuh terslide sikit ke lane kanan, maka hatta sekianlah sadaqallahul azim.. Kemalangan laa aku dengan kelajuan 110km/h dalam hujan yang lebat, semasa turun bukit di selekoh..

Lepas nampak accident depan mata, sumpah aku takut nak bawak keta!! selama 30minit aku just pandu dalam kelajuan 60-80 km/h (sebelum ni 110-130 km/h) sambil memikirkan, taktau nak ckp paa kalau keta aku pun terlanggaq gak..keta belakang pun laju masa tuh..tggu nak kena POM!! jaa.. Masa tu masa untuk muhasabah diri. Terkenang dosa2 lampau. Takut tak sempat bertaubat. Betapa Allah Taala nak tunjuk padaku supaya ingatkan mati..

Akhirnya selamat sampai di Teluk Intan. Berkumpul kesemua fesi di masjid. Aku yang masih fobia x bercakap banyak. Mereka kelihatan sangat seronok dapat bertemu. Aku sebaliknya. Tiba di masjid, terus masuk ke dalam dan baring...Diam. Sepi..dan xde mood nak bersembang..teringat accident yg sangat dahsyat LIVE depan mata..

Malam tuh, ramai2 konvoi ke rumah tok farah. Last preparation dan tido...

Aktiviti G2S akan dipublish kemudian..setelah gambaq2 diterima daripada pihak sepatutnya..

Masih membuat refleksi
Muhasabah
Kalaulah kereta itu slide ke kanan sedikit......

Itu peringatan daripada Allah
Ambillah peringatan dan pengajaran
Jadilah orang yang bijaksana
Berfikir mengenai kematian

Kalaulah kereta itu slide ke kanan sedikit......

[bersambung]

Marhaban Ya Ramadhan


Berkumpul keluargaku pada suatu malam. Sengaja aku memulakan perbualan.

Aku : Abah, mama, esok hari Khamis. Jom puasa sama-sama.

[Tiba-tiba adikku yang baru berumur 6 tahun menyampuk.]

Danish : Mama, esok bulan Ramadhan ka?

Mama: Belum, esok bulan Syaaban lagi. (ntah dia tw ke tak syaaban tu hape..hu2)

Danish : Mama, dah masuk Ramadhan nanti bagitau Danish ya! Teacher Danish cakap, siapa yang puasa dapat banyak pahala.

Perbualan mereka membuatkan daku terfikir. Budak ni baru berumur 6 tahun. Bila berbincangkan fasal puasa, terus terpancul keluar dari mulutnya, RAMADHAN. Baru berusia setahun jagung, sudah tinggi keinginannya merasai persinggahan Ramadhan.



rindu betul pada kanak-kanak ini.haha


Teringat masa kecil-kecil dahulu, bila disebut bulan Ramadhan, dalam benak fikiranku..lapar, jadi nak curi-curi makan. Aktiviti diterhadkan. Penat, jadi nak tidur selalu dan yang sewaktu dengannya. Pernah je buat kerja ni. Tahap kematangan dan kesedaran pada waktu itu masih tidak utuh. Biasala tuh, kanak-kanak~

Tapi itu masa aku kecil-kecil dahulu. Fikiran belum matang. Sekarang sudah besar, baligh, matang..fikiran terhadap Ramadhan itu perlu berubah.

Pada Ramadhan itu keberkatan

Pada Ramadhan itu keampunan

Dan pada Ramadhan itu peluang pelepasan dari api neraka


Diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa


Jadi, sempena singgahnya Ramadhan pada kita kali ini, rebutlah peluang untuk mengaut segala ganjaran yang diperuntukkan oleh-Nya.

“Mahukah kita ketinggalan dalam perlumbaan RAMADHAN kali ini??”

Persiapkan diri
Panaskan enjin dengan perbanyakkan zikir pada-Nya
Perbekalkan banyak bekalan minyak dengan amalan-amalan kepada-Nya
‘Upgrade’ accessories kenderaan anda dengan amalan-amalan sunat
Agar kita mampu memberi saingan pada perlumbaan Ramadhan ini


“Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan iman dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan”
[HR Bukhari dan Muslim]


Kita mungkin masih lagi sebagai bahan mentah. Masuk ke kilang Ramadhan agar mendapat acuan yang terbaik.

Agar produk kilang Ramadhan ini nanti, menjadikan kita tahan lama (istiqamah dengan amalan), mempunyai nilai estetika yang tinggi (tinggi budi pekerti) agar ramai yang tertarik dan ingin membeli (agar ramai yang terpikat dengan Islam melalui budi pekerti kita).

Itulah dakwah bi mauizatil hasanah. Itulah cara dakwah yang terbaik.

Jadilah contoh, bukannya peroboh mahupun penceroboh.

~Ramadhan Karim~
~Innallahu Akram~