Berkumpul keluargaku pada suatu malam. Sengaja aku memulakan perbualan.
Aku : Abah, mama, esok hari Khamis. Jom puasa sama-sama.
[Tiba-tiba adikku yang baru berumur 6 tahun menyampuk.]
Danish : Mama, esok bulan Ramadhan ka?
Mama: Belum, esok bulan Syaaban lagi. (ntah dia tw ke tak syaaban tu hape..hu2)
Danish : Mama, dah masuk Ramadhan nanti bagitau Danish ya! Teacher Danish cakap, siapa yang puasa dapat banyak pahala.
Perbualan mereka membuatkan daku terfikir. Budak ni baru berumur 6 tahun. Bila berbincangkan fasal puasa, terus terpancul keluar dari mulutnya, RAMADHAN. Baru berusia setahun jagung, sudah tinggi keinginannya merasai persinggahan Ramadhan.
rindu betul pada kanak-kanak ini.haha
Teringat masa kecil-kecil dahulu, bila disebut bulan Ramadhan, dalam benak fikiranku..lapar, jadi nak curi-curi makan. Aktiviti diterhadkan. Penat, jadi nak tidur selalu dan yang sewaktu dengannya. Pernah je buat kerja ni. Tahap kematangan dan kesedaran pada waktu itu masih tidak utuh. Biasala tuh, kanak-kanak~
Tapi itu masa aku kecil-kecil dahulu. Fikiran belum matang. Sekarang sudah besar, baligh, matang..fikiran terhadap Ramadhan itu perlu berubah.
Pada Ramadhan itu keberkatan
Pada Ramadhan itu keampunan
Dan pada Ramadhan itu peluang pelepasan dari api neraka
Diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Jadi, sempena singgahnya Ramadhan pada kita kali ini, rebutlah peluang untuk mengaut segala ganjaran yang diperuntukkan oleh-Nya.
“Mahukah kita ketinggalan dalam perlumbaan RAMADHAN kali ini??”
Persiapkan diri
Panaskan enjin dengan perbanyakkan zikir pada-Nya
Perbekalkan banyak bekalan minyak dengan amalan-amalan kepada-Nya
‘Upgrade’ accessories kenderaan anda dengan amalan-amalan sunat
Agar kita mampu memberi saingan pada perlumbaan Ramadhan ini
“Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan iman dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan”
[HR Bukhari dan Muslim]
Kita mungkin masih lagi sebagai bahan mentah. Masuk ke kilang Ramadhan agar mendapat acuan yang terbaik.
Agar produk kilang Ramadhan ini nanti, menjadikan kita tahan lama (istiqamah dengan amalan), mempunyai nilai estetika yang tinggi (tinggi budi pekerti) agar ramai yang tertarik dan ingin membeli (agar ramai yang terpikat dengan Islam melalui budi pekerti kita).
Itulah dakwah bi mauizatil hasanah. Itulah cara dakwah yang terbaik.
Jadilah contoh, bukannya peroboh mahupun penceroboh.
~Ramadhan Karim~
~Innallahu Akram~
13 comments:
selamat menyambut ramadhan al-mubarak~
top up amalan
gandakan ibadah
*btw, cute adek~
salam Ramadhan akhi...
nmpknya kne dptkn booster drpd adik akhi ni.. ^_^
dulu...kini...selamanya...
mengharapkan ramadhan...
tapi yang bezanya...
dulu.....
sebab nak pat duit dr mama n ayah(sehari pose:rm 2)..huhu..
kini...sudah mengenal erti sebenar ramadhan...
selamanya...mengharapkan semoga diri terus disampaikan kepada ramadhan,bulan yang penuh keberkatan...
InsyaAllah(^_^)
>> syaimaa
Salamat jua kpd anda..
Salam Ramadhan..dan bermujahadahlah melawan nafsu sempena Ramadhan ini..
haha suka sungguh ko kepada perumpamaan enjin kereta kan
engineering student sungguh...
papehal....
all the best dalam mengejar redha dan syurga Allah kali nih
>> ImaginE
ha ah..aku dulu 6 taon dok main kereta2 lagi..la ni dia main game keta dh..
dlu main kad jaa..dia laa ni main game kad dlm komp..yg x tahan menang no1 lak tu!!
kalo nk tw, doa turun hujan, satu family aku dia yg ajaq..haha..
mmg protaz rr adik aku yg satu ni..
>> Najwa Falihah
Salam ramadhan ya ukhti..
dia mmg umpama booster dalam segalanya..
except bila berjalan / makan2, dia akan spoilkan segalanya dengan mengepau segala apa yang dinampaknya..
semoga ramadhan ini lebih baik dan bermakna dari ramadhan yang lepas..
Ayuh bermujahadah!!
Tundukkan nafsu ammarah!
>> zUlaiKha
huih!! lagi mahal dari aku..aku dulu sehari rm1 ja kot!! haha.. tp tu pun satu method tarbiyah gak untuk boost semangat nak puasa masa kecik2..
as time passed by, bnyk benda yang dah dipelajari..dan mula menyedarkan.
ada pengetahuan, ada kefahaman, ditambah dengan ibadah menurut syariat, bersamalah mengharap agar ibadah kita setanding para solihin..
puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga..
menjaga mata, menjaga telinga, menjaga hati..
itu jua perlu berpuasa..
jom! sama2 berjuang!
>> Scorpie
aku minat kereta lumba kot! haha..dah terpengaruh dgn NFS Carbon..seyes bez..ngeh2..
ko pn sme rr..
selamat menggapai redha Allah
selamat berpuasa!
salam ramdhan almubarak~
nice entry, simple yet meaningful..
May Allah rewards us..
insyaAllah
fastabiqul khairat!..
^_^
>> Arabella
selamat berpuasa jugak!
>> fieqa
thanks
salam ramadhan al mubarak..
fastabiqul khairat!!
^_^
Post a Comment