Allahumma Balighna Ramadhan

Malam ni nisfu Syaaban. Bermakna hanya dalam beberapa hari lagi, tibanya kita kepada Ramadhan. Ya Allah sampaikanlah aku kepada madrasah itu.


Terlalu banyak perkara yang perlu diusahakan dalam Madrasah Ramadhan kali ini.

Keruntuhan iman, untuk dibina semula
Kejatuhan maruah diri, untuk dibangkitkan semula
Kemurungan diri, untuk digembirakan semula
Kekusutan hati, untuk ditenangkan semula
Segala-galanya untuk di'neutral'kan semula
Kembali seperti dahulu

sampaikanlah kami kepada Ramadhan

..orang cakap..

Kalau ada masalah, tak perlu mengadu kepada manusia
Kerana mereka tidak mampu menyelesaikannya
Tapi, jika ada masalah, kembalilah kepada-Nya
Kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya


Ambillah kesempatan dalam Madrasah Ramadhan ini...
...untuk kembali mentarbiyah dirimu

Bina dirimu semula
Jangan menjadi hamba yang gagal
Sekali jatuh, terus terduduk. Tidak bangun semula

Madrasah Ramadhan, ku sangat merinduimu
Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan tahun ini

Ramadhan
Masa untuk sama-sama membina diri
Ayuh! Bersama kita mendoakan
Semoga madrasah ini menguatkan lagi diri

~Salam Ramadhan~
~Ramadhan Karim~

11 comments:

Anonymous said...

Ayuh membuka lembaran amalan baru dengan tarbiyah dan dakwah berterusan.. Dan ayuh kita tutupkan lembaran amalan lama dengan sejuta pengampunan dari Allah SWT..

Akmal Hayat said...

>> Anonymous

Let's turn over a new leaf..sama2 bekerja keras untuk itu..

JOM!!

Faqih Ahmad Shuhaili said...

Ya Allah, sampaikan kami ke sana.

p/s eh, bukan malam esok ker
saja buat2 havoc

crixerity said...

huhu...aku betul2 kena singgah madrasah ramadan kali ni. ada misi yang perlu disempurnakan. insya-Allah..doakan aku juga..

ahmad fahmi said...

jom2
pergi sama2
jgn pi sorang2

moga2 sampai...

Akmal Hayat said...

>> fiQ

hoih..hg membuatkan ak tengok takwih hijri 2x..huhu

Akmal Hayat said...

>> crixerity

hu2..xperlu singgah..ianya akan datang jua..semua akan melalui madrasah itu..

sama ada hendak mengambil pengajaran atau tidak..tu je..

sama2 kita mohon kekuatan..

peringatan untuk diri ni gaks..

Akmal Hayat said...

>> fahmi zx

sama2 berdoa semoga sama2 sampai..

tarik aku skali nanti..jgn jalan sorang..huhu

crixerity said...

akmal..maksud ku, manalah tahu pemilik nyawa ni sayang kat diri...tak sempat nak singgah ramadan..sob4..teringat mati pula tiba2

Akmal Hayat said...

>> crixerity

yep..harap2 sempat utk ramadhan kali ini..amat2 memerlukannya..

satu sistem tarbiyah dari Allah yang sempurna..

Akmal Hayat said...

>> ImaginE

yep..persoalan di situ..

apakah selepas keluar dari madrasah itu..amalan2 diteruskan?

sapa berjaya grad 1st class iA xde mslh..