Entah. Aku tak tahu. Aku tak faham.
Jawapanku adalah sedemikian bila berbicara tentang perkara yang abstrak dalam diri.
Aku bingung bila memikirkannya.
Tanya kepada akal, akal buntu.
Tanya kepada hati, hati tak tahu.
Bila tanya kepada iman, jawapannya hanya satu.
"Kau serahkanlah segalanya pada Allah Taala. Dia yang menciptakanmu. Dia yang menciptakan hatimu. Dan Dia jugalan mencipta segala sesuatu."
Aku akur. Aku faham. Aku cuba.
Namun dalam setiap percubaan itulah setiap persoalan-persoalan yang belum selesai itu datang kembali.
Akhirnya aku bingung kembali.
Ya Allah, tetapkanlah hati hamba-Mu ini.
***
Kematian itu datang tidak berjemput. Apabila tiba masanya, semua kita akan kembali kepada-Nya. Kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya jauh lebih dalam berbanding kasih sayang sesama hamba.
Selaku insan biasa, menangislah. Bersedihlah. Ia tidak salah. Siapa yang tak menyanyangi insan tersayang. Tetapi janganlah kita meratapi pemergiannya. Kerana pada diri kita ada iman. Kita tahu bahawa kita hanya hamba. Berada di pentas dunia ini untuk melaksanakan amanah-Nya ke atas kita.
Sebagai seorang anak, jadilah yang soleh/solehah. Kita sayang padanya kan... Semoga setiap amal kita menjadi bekalan untuknya di alam barzakh.
Bila mati seorang anak adam itu, maka putuslah amalnya, kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.

