Aku tak tahu~ Aku tak faham~

Entah. Aku tak tahu. Aku tak faham.

Jawapanku adalah sedemikian bila berbicara tentang perkara yang abstrak dalam diri.

Aku bingung bila memikirkannya.


Tanya kepada akal, akal buntu.
Tanya kepada hati, hati tak tahu.
Bila tanya kepada iman, jawapannya hanya satu.

"Kau serahkanlah segalanya pada Allah Taala. Dia yang menciptakanmu. Dia yang menciptakan hatimu. Dan Dia jugalan mencipta segala sesuatu."

Aku akur. Aku faham. Aku cuba.

Namun dalam setiap percubaan itulah setiap persoalan-persoalan yang belum selesai itu datang kembali.

Akhirnya aku bingung kembali.

Ya Allah, tetapkanlah hati hamba-Mu ini.

***

Kematian itu datang tidak berjemput. Apabila tiba masanya, semua kita akan kembali kepada-Nya. Kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya jauh lebih dalam berbanding kasih sayang sesama hamba.

Selaku insan biasa, menangislah. Bersedihlah. Ia tidak salah. Siapa yang tak menyanyangi insan tersayang. Tetapi janganlah kita meratapi pemergiannya. Kerana pada diri kita ada iman. Kita tahu bahawa kita hanya hamba. Berada di pentas dunia ini untuk melaksanakan amanah-Nya ke atas kita.

Sebagai seorang anak, jadilah yang soleh/solehah. Kita sayang padanya kan... Semoga setiap amal kita menjadi bekalan untuknya di alam barzakh.

Bila mati seorang anak adam itu, maka putuslah amalnya, kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.

Marilah menjadi anak yang soleh.

***
Muhasabah diri. Kerana kematian itu bila-bila sahaja akan datang. Maka persiaplah diri kita dengan bekalan yang secukupnya.

TAKZIAH

***

14 comments:

Anonymous said...

ternyata hanya iman yang mampu menjawab persoalanmu.

kerna ia persoalan tentang keyaqinanmu terhadap sesuatu. terhadap Qada' dan Qadar Allah.

maka letaklah keyaqinan yg satu pada Allah, kerna kita sudahpun beriman dgn 2:216 utk seluruh hidup kita.

kan3, Akmal Hayat sahabatku^-^

ahmad fahmi said...

ujian yang biasa datang Mal

memang Allah letakkan hidup dan mati tu untuk uji kita...
nak jadikan kita lg kuat...

menangis tak salah
dgnnya kita akan menjadi lagi tabah

semoga ditunjukkan Allah jwapan yg dicari inshaallah =)

nur liyana said...

salam ketabahan~


awt akmal hayat??


sapa yg telah meninggalkn???

pa pn..itu hnya ujian..

marilah kita yg hidup ni muhasabah..kita bila pulak??


insya-Allah..wallahua'lam~

Anonymous said...

"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat".

Syukurlah kita sudah cukup dewasa untuk sedar erti kematian. I lost my father when I was 5, I kept on asking why God took him away from my life. But later on, I realized that He want to give some lessons to me, and I really appreciate it now.

"setiap takdir yang berlaku kepada seseorang hamba Allah adalah untuk kebaikan dirinya".

-jangan putus sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi. They really need our help...

Akmal Hayat said...

> Fazli

2:216.. ^_^

Semoga kita sama2 terus thabat di jalan ini..

Tq sahabatku, mfazli.. :D

Akmal Hayat said...

> fahmizx

btol..almulk:2

"yg menjadikan mati dan hidup itu untuk melihat antara kamu siapa yg lebih baik amalan"

tq fahmi.. ^_^

Akmal Hayat said...

> liyana

salam istiqamah..

father of my friend..semoga rohnya diletakkan di tempat2 orang beriman..

Akmal Hayat said...

> Anonymous

:)

you're very strong. if i'm on ur foot, i dont know either i cn deal wit it or not..

jadilah yang soleh/solehah. i pray that Allah's bless always wit all of u... :D

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

sapa yang nak terasa teruji imannya, meh naik kereta ngan aku~

^_^

yakin x yakin, masa tu la nak test~

------------------------------------

aku sentiasa sahaja terbayangkan @ termimpikan pemergian insan2 yang sangat dekat dengan aku...

terjadi dengan sendiri, bukan atas kemahuan aku...

setiap kali aku terjaga dari lamunan @ mimpi tu, terasa butiran jernih mengalir di pipi...

kadang-kadang aku terfikir, sanggupkah @ bersediakah aku untuk melalui hari-hari begitu...

aku muhasabah kembali...

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

salam ukhuwah..

tazkirah dari kematian... semoga same2 mengambil iktibar~

Anonymous said...

semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh..
semoga pemergiaannya menjadi peringatan buat kita yang masih menanti..
syukur kepada Allah yang sentiasa memberi kita petanda sebagai peringatan untuk sentiasa thabat di jalanNya..

Atikah Nur Dzulkhefli said...

be strong...tapi pecayelah..easier said than done..seriesly..sayangilah ibubapa kite selagi mereka masih hidup..slepas mereka da pergi,jgn pernah putus mendoakan kebahagiaan mereka..even sekarang pon.. :)

Syamil said...

gambar mesti cari kat google kan?

Fate, hah? said...

Hmmm.
Aku pun ada sorg kawan
ayah dia bru mninggal
dia slalu ckp kat aku yg dia rindukan ayah dia
dah aku nasihatkan
Allah Maha Mnyayangi
pastu aku tak tau nak buat ape dah~