Hidup ini ibarat pentas bermain catur

BLUNDERS

hidup ini ibarat pentas bermain catur. kita melihat permainan, dan kita merancang corak permainan kita.

ada masa kita bertahan, ada masa kita menyerang. ada masa kita mempunyai kelebihan, dan ada masa kita melakukan kesalahan.

begitulah catur.

segala yang dimahukan adalah kesempurnaan. tersilap walaupun sedikit, akan mengundang padah. perancangan sudah teliti. segalanya kelihatan begitu sempurna.

kerana mahu mengelak kesilapan, mengeliminasi kekhilafan, kita sering menumpukan pada satu strategi itu untuk suatu jangka masa.

kadang-kadang kita tersangkut. perancangan yang kelihatan sangat sempurna pada awalnya seakan-akan menyukarkan lagi keadaan.

pada tika itu, kita akan menggunakan banyak masa yang kita ada untuk kembali memulihkan strategi itu.

hingga kita tidak sedar, masa terus berlalu meninggalkan kita. masa diperuntukkan hanya sekejap. sedar-sedar, jarum jam catur sudah menyentuh bendera..

pada tika itu baru kebanyakan dari kita akan tersedar bahawa kita terlalu menumpukan pada sesuatu yang belum pasti itu terlalu lama.

pada tika itu baru kebanyakan dari kita akan tersedar bahawa masa yang telah kita luangkan tadi mampu digunakan untuk memikirkan satu strategi yang lebih baik.

mampu menjana gerakan-gerakan lain diluar jangka strategi yang mampu membiarkan lawan berfikir.

mampu memikirkan sesuatu untuk bermain dengan tempo permainan.

namun semua itu kita hanya sedar pabila jarum jam chess itu sudah menyentuh bendera. menunjukkan, masa kian menghampiri penghabisannya.

adakah kita sudah terlambat??

masa itu, kita hanya akan gerakkan bidak mengikut apa yang terbaik terlintas di kepala.
bergerak dengan sangat laju.

sudah hilang justifikasi dalam gerakan

pada masa itulah BLUNDERS akan berlaku

jika ada rezeki, kita akan menang jua akhirnya. mungkin kerana rezeki.

jika ada rezeki, kita mampu mencari seri setelah perit berfikir

tetapi, selalunya kita akan kecundang dek tekanan masa
kualiti gerakan akan semakin merudum
idea yang terpancul ialah tanpa justifikasi yang perfect

sudah hilang justifikasi dalam gerakan. pada masa itulah blunders akan berlaku

akhirnya kita kalah. permainan tamat.



checkmate!

kemudian, selalunya kita akan berfikir

"kalaulah aku tidak menumpukan pada strategi itu terlalu lama, sudah tentu....."

"kalaulah dalam masa yang ada itu, aku bermain dengan tempo dulu untuk melihat gerakan lawan, sudah tentu....."

"kalaulah aku mempunyai plan B ketika menyerang itu, dah tentu....."

"kalaulah aku tak buat SILLY BLUNDER itu, sudah tentu....."

***pengajaran***

jika tidak yakin dengan kejayaan sesuatu perancangan itu, sentiasa fikirkan jalan lain untuk jayakan matlamat. yang penting matlamat sampai!

jangan terlalu menumpukan banyak masa terhadap perkara yang menyulitkan hingga terabai segala benda yang lain!

SO...

kalau cari artikel untuk IA Econs tu tak jumpa2, jangan laa spend masa sampai 3-4 hari dok cari. tak jumpa, lepas tu tension. makan, tido! siapkan yang lain dulu!

Worldlit tak repair lagi, TOK essay entah ke mana. haisy! abes masa macam tu jaa..

bai2 econs..welcome world literature..haha

~post ini sekadar untuk renungan bersama~

^_^


17 comments:

mahirah said...

hu3~~btol 2...klu da penat wat 1 bnda,, wat la bnda yg lain plak.. jgn tdo je~~ (^-^)

Hidayatullah said...

ak ske post mcm nie
kaitan realiti dgn alam fantasi
ha3

C said...

masalahnya.. klo penyakit xleh-tgk-buku dtg mcm mane?

aaa.. klo byk keje = stress = tido..

Kerja Masih Banyak.. sigh!!


p/s: kne buat plan a-z la mcm ni..

nurulhusnazubir said...

eyt2...mana ley bai2 kat econs...econs tu pnting dlm hidup ni taw!xley tinggal2..huhu~

Amin Rukaini Mustafa said...

Haha, betoi3!! aku setuju. kadang kena adapt gak . bukans etakat catut sodoku ngn mineseeper pun, setiap langkah perlu diteliti dikaji, kena ada perancagan, bukan pakai terjah ja.. haha

Kalo sampai duk cari artikel untuk EE ke IA x jumpa, bek rehat sat.. main game ker, miesweeper ka, catur ka, kan best!!

Syamil said...

waaa!!
chess nampak..
buat kerja macam main chess..
dia x leyh terlalu fokus..
sampai x tngok jam..
so sama la cm hang..
buat world lite sampai aku ajak main chess pown x nak..
)=

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hurm...btol3..ak jenis org yg kalu x dapatkan..kene setel jugak,no matter how long it takes..bahaya gak lah..lg2 smpi bab pure math..aku kene tukar style aku,jgn fokus sgt smpi yg len takbley wat..thanx akmal 4 da advice..

Akmal Hayat said...

>> mahirah

tapi kan, kadang2 tdo tuh pnting..bgn tdo jek..slalunye ilham datang..

:D

Akmal Hayat said...

>> yard

aku ingt nk gantunggkan cter tgh jalan je..pstu biar ko kaitkan sendiri..haha..

mcm tu lg bez kn?

Akmal Hayat said...

>> crazerx

err..penyakit xleh tgk bku eh? ni penyakit kronik nih..

nnt try cari ubat..haha..anggap laa buku tuh cter naruto ke..ape2 ke..nnt minat la tuh..

:D

Akmal Hayat said...

>> Husna Zubir

wahaa..economist-to-be da marah..

tinggal kejap je cikgu..huhu..nnt tgk balik laa bla dh terdesak..

econs sgt menyusahkan..
:P

Akmal Hayat said...

>> Amin Rox

hahaa! aku setuju.. tapi bila aku bt cmtu jaa..direct pak aku nampk..time aku bt assgnmnt dy x nmpk..

pstu mula laa.."aii..kata assgnmnt byk? bek maen pingpong ngn abah kt luaq.."

haha..

Akmal Hayat said...

>> syamil

hampeh sungguh anda..hg ajak timing x kna..dh laa time tu ak baru lepas main n baru nak strt keja..

padahai waktu tu hg nak pi amek adik hg..aku rsa kalo ak accept pn..mesti ang jawab lgu ni..

"xpa laa..saja nak kacau ang..lgpun aku nk kena pi amek adik aku ni..haha"

kn2?
:P

Akmal Hayat said...

>> ImaginE

blunders kat mana2 ja jadi..sedaq or tak ja..

ha ah..makin besaq baru makin paham..
"ooo sebab tu rpanya cg ak soh bt cmni3..."

btw, kna bljq main chess..ia akan mengajar anda pandai memanipulasi sesuatu perkara @ keadaan..

serius3x!

Akmal Hayat said...

>> Atikah Nur Dzulkhefli

aaaa..kalo dalam puremath, mmg kne aplikasi btol2..kalo x, jawabnye x sempat jawab laa..

sme2..sekadar utk perkongsian bersama

^_^

Syamil said...

haha..
takut kalah..
ckap jer la. =P

Akmal Hayat said...

hakelaa..

lwn adik aku bg lepas dulu..haha..

:P