At the end of the cliff

Tak pasti sebenarnya sama ada tajuk ini masuk dengan topik perbincangan entri blog kali ini. Secara umumnya, cuma hendak disampaikan bahawa sekarang berada dalam situasi menghitung detik-detik tibanya peperiksaan akhir IB.

Tak sengaja sebenarnya coretan ini. 1 set soalan Kimia dan 1 set soalan Fizik sudah menungguku di sebelah untuk dilunaskan.

Cuma terasa, dalam musim hampir menjelang peperiksaan ini, terlalu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Yang dahulunya boleh, sekarang menjadi tak boleh. Yang dahulunya sarapan dan makan tengah hari boleh makan nasi, sekarang tak boleh.

Yang dahulunya bersama 'teman'ku 24 jam, sekarang tiada lagi. (Sekadar meminjam 'teman' orang untuk entri kali ini =))

Yang dahulunya ketika senang, lapang, membuat sesuatu yang dapat menghiburkan hati, kini soalan-soalan tahun-tahun sebelum yang datang mengisi.

Dapat juga kulihat perubahan pada orang kebanyakan. KMB khususnya. Masa singkat. Semua bersama buku. To pull the trigger barangkali. Surau acap kali penuh :) Mengembirakan.

Kadangkala membuatkan aku terfikir..."Jikalau manusia terus bersikap sebegini tidak mengira sama ada musim peperiksaan bakal menjelang akan tiba atau tidak, pasti Malaysia sudah banyak melahirkan para Ibnu Sina, al-Khuwarizmi, ibn-Batuta, Albert Enstein, Isaac Newton dan para ilmuan yang lain."

Okay! Itu terlalu ideal. =) Kembali ke dunia realiti. Owh manusia, ayuh sama-sama berubah.

*****

Sebenarnya post ini untuk diri sendiri untuk lebih fokus. Ketepikan perkara yang mengganggu. Peperiksaan sudah hampir.

Menjadi satu tabir. Apabila dibuka tabir itu, adakah ianya London, Southampton, atau Malaysia.

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat"


6 comments:

mahirah said...

maa taufiq wannajah...

bila dah usaha,, letakkn tawakal setinggi langit :)

ummubakr said...

kejayaan adalah perjalanan,bukan semata-mata destinasi.

selamat menempah kecemerlangan.

Akmal Hayat said...

> Mahirah
faiza 'azzamta, fatawakkal 'alallah
selamat menempuh peperiksaan jua

Akmal Hayat said...

> Imagine
Insya-Allah, dengan izinNya. jika rezeki aku di situ..huhu

Masih dalam istikharah

Akmal Hayat said...

> ummubakr
a'ah. terlepas pandang. jika difikir, bukan destinasi pun. ianya hanya sebagai wadah untuk ke destinasi yang lebih tinggi. redha-Nya.

thnx for reminding :)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

15 days... and counting...
i'd really need that push...

ngeheheh, kesiannya, tak ber'teman'...
n_n

seb baek la aku janji ngan Sham Tech nak pinjam tenet dia 1 malam je...

n_n

jom, strive sama2...
kejayaan ni bukan milik mutlak kita, ianya milik kita bersama...
bersama untuk kita buktikan kita bukan Muslim yg longlai~