Andai dapat ku undurkan putaran dunia,
Ingin ku ubah semula, kata-kata dan tingkah laguku.
Bismillah.
Bait-bait di atas merupakan lirik lagu rock kapak yang dah tak ingat nama lagu yang pernah TERhafal suatu masa dulu. Kini, ligat pula ia bermain di dalam kepala.
=.="
Tapi selalunya, bila masa kita terlalui atau terfikir satu perkara yang kita sesali, dan kita tak nak ia terjadi, maka selalulah kita 'play' balik lirik di atas. Mungkin tidak serupa. Secara tidak sedar, kita menggunakan lirik masing-masing. Hee.
Tapi, begitulah Allah jadikan dunia. Yang pergi tak kan kembali. Yang berlalu, terus berlalu. Yang terjadi, tetap terjadi. Kita dah tak mampu mengubah apa-apa.
Sebab apa?
Kerana, daripada kesalahanlah kita belajar. Dan kematangan jugak datang apabila kita pernah membuat salah. Dan apabila kita nak buat lagi satu benda yang salah tu, pengalaman pahit kita mengenainya memberi daya henti yang lagi extravaganza (gempak) untuk kita tidak melakukannya.
Life is a life long learning. Bermaksud, kita kena laluinya dan terus menapak walaupun macam-macam jadi. Macam dalam game chess yang kita selalu main. Tak aci laa kan kalau salah, kita dok nak undo je. Hee.
Sebab dari kesalahan tu, kita lagi nampak bagaimana ia menjurus kita ke jalan yang seterusnya. Kadang-kala sangat mematangkan fikiran sebab perlu memikirkan jalan kehidupan kita setelah kesilapan kita.
(Tapi, kadang-kadang sangat membuang masa jugak kalau letak di tempat tak sepatutnya)
Dan tidak lain, ketidak-upayaan kita untuk 'undo' masa sangat jelas menunjukkan kelemahan kita sebagai hamba berbanding kekuasaan Allah. Kita sangat bergantung kepadaNya dalam setiap nadi dan nafas kita.
Huu. Muhasabah diri sendiri.
Sebab selalu sangat berfikir andai dapat kembali ke waktu yang dahulu.
Ke waktu yang tidak dinodai oleh segala perbuatan yang mengundang fitnah.
Ke waktu yang tidak dinodai segala mainan perasaan.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
Hidup perlu terus menapak ke hadapan.
Eh, bagaimana dengan zaman silam?
^_^

1 comment:
payaq!
Post a Comment