Ini blogku. Entri ini adalah cerita perjalanan ku dari Kota London ke Pekan Edinburgh. Cerita pengembaraan. Cerita pengalaman. (Cerita emo. Haha.) Akan menjadi cerpen mungkin.
Tiada apa di dalam post ini. Hanyalah cerita pengalaman. Dah boleh klik butang pangkah kat window yang ada tulis TeNtaNg hAti... tu kot.. =)
****************************************
Perjalanan ku dari London's King Cross ke Edinburgh dijangka mengambil masa selama 4 jam 45 minit. Bertolak pukul 11.00 pagi, dan tiba pada pukul 3.45 petang. Kerana lambat menunggu baju-baju kering mengakibatkan aku bertolak dari rumah lambat. Apa yang sempat kucapai hanyalah 3 cubit ayam goreng sebagai sarapan pagi. Sebelum menyelinap keluar rumah secara diam-diam. Ya, aku sangat nakal. =)
Tiba di London's King Cross. Kira-kira, hanya 5 minit lagi sebelum kereta api 'East Coast' ini bertolak. Terus meluru ke mesin tiket automatik dan mencari platform. Syukur alhamdulillah, masih sempat untuk boarding. Berada di dalam train untuk perjalanan 4 jam 45 minit yang dihiasi oleh pemandangan padang-padang, rumah-rumah, bukit-bukau, biri-biri, 'sawah padi', membuatkan mataku leka dan asyik pada mereka. Dan akhirnya, rebah sendiri.
Perut yang lapar tadi terus dipujuk dengan pemandangan ciptaan Tuhan dan juga janji sahabatku, Amin Rukaini yang hendak menjamuku ayam tandorii apabila ku menjejakkan kaki ke bumi Edinburgh. Maafkan aku 'pusat tenaga' dan mungkin juga digelar 'pusat penyakit'.
Mata terus dibuai dan dibuai.
"Lamanya kereta api ni berenti kat stesen ni?" Hatiku bergetus tatkalamana mataku masih terpejam. Tiada mata ini layani getus hati tersebut. Masih berat untuk dibuka gara-gara kekurangan tidur beberapa hari lepas. Baginya, biarlah sepanjang perjalanan ini adalah proses hibernasi baginya.
Sehinggalah pada satu ketika. "We are sorry for the delay. This train is stopped at a red light. And all the other trains are stopped here. I myself dont know what happens. I'll pass the information straight away to you when I receive the information."
"Owh, lampu merah." Sudah banyak kali ku melalui pengalaman menaiki kenderaan dengan 'delay'. Tak mengapalah. Kereta api bawah tanah yang aku naiki pun pernah dihentikan pada lampu merah. Kemudian berjalan semula.
Tidak lama kemudian, "Ladies and gentlemen, again, we do apologize for the delay. We still do not receive any further information about the cause of the delay. We hope you can be patient as we will try to contact the signal center."
Makin lama, perasaan ini makin tidak selesa. Daripada satu jam, sehinggalah ke dua jam delay. Kemudian barulah dikhabarkan sebab pada kelewatan ini. 'Module' pada signal control mengalami kerosakan dan akan mengambil masa selama 45 minit untuk dibaiki oleh jurutera di sini. Lalu ku gapai iphone ku yang masih terikat kontrak dengan talian "Three" untuk menghubungi amin rukaini. Ku beritahu kepadanya tentang mungkin kelewatanku selama lebih kurang satu hingga ke dua jam.
Sekarang sudah masuk 4 jam delay. Kereta api ini masih tidak bergerak. Dan daripada apa yang aku curi-curi dengar daripada pembantu di dalam kereta api ini, kerosakan signal ataupun isyarat merebak dengan cepatnya kerana terdapat juga signal failure di kawasan pusat yang mengawal isyarat laluan kereta api daripada 6 arah. Katanya, untuk membaikinya akan mengambil masa yang lama. Ya. Lama. Saya sangat memaksudkannya.
Kemudian, terdapat lagi satu pengumuman. Mengatakan bahawa, semua kereta api mengalami kelewatan yang dahsyat (severe delay). Dan untuk membaikinya bakal mengambil masa semalaman.
Cemas. Takut. Tak puas hati. Pasrah. Segala reaksi muka itu dapat dilihat daripada setiap satu wajah-wajah penghuni kereta api ini. Aku sendiri? Entahlah. Perasaanku mungkin juga sama seperti bapa kepada Zulfakar dalam cerpen 'Rahsia' yang dipelajari semasa sekolah menengah dahulu. Keadaan mungkinlah tidak secemas semasa kapal terbang hendak membuat pendaratan cemas. Tetapi, jelas terpampang kecemasan itu melalui kepucatan muka penumpang-penumpang servis ini. Kemudian dikhabarkan lagi bahawa semua servis kereta api di kawasan utara united kingdom telah dibatalkan kerana keserabutan untuk membaikpulih sistem keretapi uk ini.
Sekarang, keadaan sekeliling makin gelap. Matahari mula tenggelam tanpa hendak meninggalkan cahaya kasihan sedikitpun kepada penumpang di sini. Oh, begitulah sunnatullah. Jika Allah kehendakkan ia untuk pergi meninggalkan, ia akan pergi meninggalkan.
Dengan kedudukan kereta api ini yang berada di tengah-tengah dua stesen kereta api yang sudahpun dipenuhi dengan kereta api yang lain, kereta api ini terpaksa dihentikan di tengah-tengah (out of no where). Ayam tandori yang dijanjikan amin hanya menjadi angan-angan yang entah kesampaian entah tidak.
Sekarang, kereta api ini tengah bergerak menuju ke stesen terdekat, Newcastle, dalam kelajuan kecemasan. Iaitu 10 ke 20 miles per hour kerana hendak berhati-hati jika terdapat kereta api lain di hadapan. Keadaan makin mencemaskan apabila diberitahu oleh pemandu yang kereta api ini sedang bergerak tanpa kebenaran orang yang menjaga isyarat laluan kereta api. Jadi sekarang, segala macam kemungkinan boleh berlaku.
Cuak. Takut. Resah. Gelisah. Semua perasaan itu tengah menyelubungi hati sekarang ini. Semoga aku di bawah lindungan keselamatan Tuhan.
p/s : ingatkan nak post selepas selamat segalanya. nampaknya, keadaan lebih memaksa untuk di post sekarang.
Darlington, 7.03pm

1 comment:
alhamdulillah dah selamat smpai kan. =)
Post a Comment