Suatu Puisi Rekaan Sendiri

Ku Terus Mencari Destinasi Itu

Indah nian suasana itu
Suatu fatamorgana
Diselaputi suara-suara kedamaian
Ketenangan di sekeliling sering mengusik jiwa

Daku bersyukur
Dalam keindahan suara permai ini
Lahirnya daku menggenggam selembar peta
Petunjuk arah mengharungi kemelut dunia

Saat itu
Sungguh mudah kuharungi segala onak duri
Segala onar-onar kutemui, kutempuh dengan yakin
Terus menuju sinar harapan di hadapan
Kerana ku yakin bahawa
Peta yang pernah kugenggam suatu masa dahulu
Benar dek cahayanya yang memancar

Namun kini
Dalam perjalanan itu
Dalam mencari destinasi yang dituju
Hujan, panas, sejuk, ribut, sering menimpa
Tidak kukisah semua itu
Kerana persiapan fizikalku cukup kuat untuk ini

Namun hanya satu yang menggusarkan aku
Hanya satu yang bisa menyimpangkan aku
Peta itu!
Basah kering, basah kering
Dan begitulah nasibnya untuk hari-hari kemudiannya
Pancaran cahayanya yang sering memimpin daku dahulu
Kini sudah malap dan kian malap

Aku tergapai-gapai mencari destinasiku
Kegelapan yang diselubungi kesunyian dan ketakutan,
seringkali merencatkan pencarianku
Sering aku rebah lalu terluka, bangun kembali
Sering aku tersembam lalu berpinar, bangun kembali
Suatu tahap, aku tidak mampu lagi menongkat diri ini
Kelemahan...

Kutadahkan kedua tanganku
Memohon cahaya petunjuk daripada-Nya
Dalam tangisan dan kesedihan yang membenak di jiwa
Kesunyian dan keseorangan
Dalam mencari destinasi itu

Namun dalam kelemahan itu
dalam kesunyian dan keseorangan itu
Kugagahi juga diri ini
Dalam terus mencari destinasiku

Cuma satu harapanku
Ada tangan-tangan yang kembali memimpinku
Istiqamah menggenggam tanganku
Lantas memancarkan semula cahaya itu
Dalam mencari destinasi akhir itu

Ku tetap akan terus mencari



Hasil Nukilan
~Akmal Hayat~

p/s = puisi ini dinukil pada 1 Mei 2009, 8.20AM sambil mendengar lagu 'One Litre of Tears'  kerana terkenangkan sesuatu...

21 comments:

mahirah said...

hmm..xsangka hg pndai wat puisi..hu3~~nway,,teruskn usaha..gud luck!

sahabat yang sentiasa menemani said...

Allah itu satu... Kita pegang Dia ataupun kita simpan Dia dalam hati... Dalam dunia ini tidak pernah ada sahabat sebaik Allah... Kenangan, masalah datang bersilih ganti... Masalah harus diselesaikan kerana ia akan memakan diri sendri termasuk orang sekeliling dan kenangan... tidak dapat dijual beli... Kenangan buruk dijadikan pegangan dan kenangan indah dijadikan sempadan agar kita tidak melupakan Dia... Insyaallah...

Akmal Hayat said...

# sahabat yang sentiasa menemani

syukran..jazakumullahu khaira..semakin kita cuba mendekati-Nya, semakin kuat jugalah usaha2 'mereka' untuk kembali menjauhkan kita dari-Nya..

Akmal Hayat said...

# Imagine

hahah..ad gak rr cket2 ilmu dr situ

Syaimaa' Ahmad said...

pakai GPS la pulak~
;P

anyway..
mata hati x penah menipu..
find the will.. it'll help u to find the way

Amin Rukaini Mustafa said...

akmal, nnti na gley ganti shahkang ar camni.. mantop!!! aku dah ada calon. hahahaha..

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

ni copy and paste nih...
kehkeh =p

Akmal said...

# syahmi bnu suraini

woi3..xdk msa nk copy paste.. no plagiarism!

ni nk jatuhkn saham aku ni..haha..ak kejar ko kt bilik

Akmal said...

# Amin Rox

Adakah Shahkang juga penulis??huhu.. apsl ko yg kne carik puisi2 utk kolej ha? daku tertanya...

Akmal said...

# syaimaa

mungkin pepatah "ikut rasa binasa, ikut hati mati" perlu diubahsuai semula??

Syaimaa' Ahmad said...

tak perlu
sbb pepatah kata ikut hati..
tapi mata hati ialah hati nurani
yg ikhlas mencari jawapan kerana ALLAH..
mata hati.. bkn hati jek



*p/s= pepatah tu dibuat oleh org2 yg kurang siqah.. riwayat unknown

better mine~

Amin Rukaini Mustafa said...

sebab daku seorang peminat puisi da..

haish..

akmal, ang mmg ada bakat terpendam tuh.. cuba ar antar time event2 pape nnti.. haha

Akmal Hayat said...

# syaimaa
ahahaa..yep better urs

# amin rox'
aha? buat malu kt org jek hantar..hantar dlm blog sudeyh..

Amin Rukaini Mustafa said...

ko triggers aku untuk post sajak gak ar akmal.. haha..

Anonymous said...

fuyooo... bakat terpendam oo... sungguh menyentuh jiwa... ahaks...

Akmal Hayat said...

# Amin Rox
sila3..ak pn x sabaq nk baca hg pnya sajak..haha..bla lg nk asah bakatt tu..

Akmal Hayat said...

# adib
mna da weh..bahasa tunggang langgang..

nuramiliaz said...

waah..mntop!! teruskan bkarya~ =)

'Kesunyian dan keseorangan
Dalam mencari destinasi itu'

... dalam mencari destinasi itu,
kadangku terpaku oleh keasyikan,
tersinggah di pelabuhan penuh kegelisahan,penuh keresahan....

aku disini jua sedang mencari dan masih terus mencari..
doakn moga pencarian kita berakhir dengan sebuah pertemuan~

Syaimaa' Ahmad said...

wow!~
ada part 2

insan pencinta ilmu said...

salam...

peta basah? pakai GPS.
GPS rosak? pakai SatNav.

x bole gak?



kan ada Al-Quran...
hehe...

Akmal Hayat said...

huhu..
anda memahami rupanya isi tersirat of this poem..