Interview: Mr Economics

Berita Tentang Hati kali ini akan mendedahkan perlawanan yang pertama antara Mr Akmal dengan Mr Economics SL. Berikut adalah hasil temuramah:

Selepas 1 jam, perlawanan tamat.

Tentang Hati: Mr kelihatan sangat tegang kali ini. Apakah Mr Econs sangat susah dikalahkan.

Mr Akmal: Perlawanan yang sangat menarik tadi. Strategi King Gambit sangat sesuai. Serangan pertama menyebabkan Mr Econs gelabah. Namun kesilapan percaturan menjadi pemusnah segala-galanya. Saya di'checkmate!' oleh Mr Econs.

Tentang Hati: Mr Econs, apakah perasaan anda setelah dapat mengalahkan Johan pada musim lalu (sem lepas)?

Mr Econs: Alhamdulillah saya sangat gembira dan mungkin menjadi pencetus semangat untuk game selepas ini.

Tentang Hati: Apakah yang menyebabkan Mr Econs kelihatan begitu mudah mengalahkan Mr Akmal?

Mr Econs: Persediaan saya tak berapa. Hanya menggunakan skills yang lepas2. Namun mungkin kerana Mr Akmal over confident untuk mengalahkan saya. Dia begitu banyak peluang untuk memusnahkan saya. Saya pun xpaham mengapa dia tak menyerang. Mungkin kerana nak bermain dengan saya. Akibat egonya yang terlalu tinggi menyebabkan dia tewas kali ini. Itu tidak dapat disangkal lagi.

Tentang Hati: Apa pendapat Mr Akmal dengan pandangan Mr Econs?

Mr Akmal: Saya akuinya. Mungkin kerana terlalu memandang rendah kepadanya. Saya akan lebih berhati2 pada perlawanan sebentar lagi. Saya akan cuba strategi yang lebih baik.

Perlawanan Ke-2 bermula dan tamat 2 jam 30 minit kemudian (Paper 2)

Tentang Hati: Wah nampaknya perlawanan kali ini sangat sengit dan mengambil masa yang agak panjang? Bagaimana permainan sebentar tadi Mr Econs?

Mr Econs: Perlawanan yang jauh lebih seronok dari tadi. Walaupun Mr Akmal masih menggunakan strategi asalnya seperti perlawanan sebelum ini, namun kelihatan dia lebih berhati-hati. Strateginya menarik, namun kehandalan saya bertahan membuatkan dia tidak mampu memecah masuk. Perlawanan berakhir dengan seri.

Tentang Hati: Mr Akmal, mengapakah anda tetap percaya dengan strategi pertama anda walaupun anda sendiri dapat melihat anda kalah teruk pada perlawanan pertama?

Mr Akmal: Pada saya, strategi pembukaan bukanlah segalanya. Yang penting kawalan semasa pertengahan permainan. Walaupun strategi sangat penting dalam permainan ini, namun saya percaya bahawa masih banyak yang Mr Econs tidak dapat baca mengenai strategi ini. 

Walaupun seri dan sangat sedih pada hari ini, inilah perlawanan yang kembali menapakkan saya kedunia realiti. Terima kasih Mr Econs atas nasihat itu tadi. Sekurang-kurangnya kekalahan saya pada hari ini dapat menurunkan ego dan makin mengenali kembali diri saya. 

Tentang Hati: Apakah harapan Mr Akmal pada game2 yang akan datang.

Mr Akmal: Disebabkan saya telah kehilangan satu mata pada kali ini, saya kena berjuang bersungguh2 untuk mengenepikan GM Physics HL dalam perlawanan akan datang. Usaha perlu dilipat ganda. GAMBATE!!~~

Tentang Hati: Terima kasih Mr Econs dan Mr Akmal. Saya berharap kalian berjaya dalam kareer masing2 pada masa akan datang.

Pengajaran pada hari ini:
  • Don't be too confident
  • Don't be too egoistic
  • Return to Him. He knows what the best.

3 comments:

Akmal Hayat said...

checkmated!!

fullstop

Syaimaa' Ahmad said...

"Akibat egonya yang terlalu tinggi menyebabkan dia tewas kali ini"

sy dapati statement ini amat mantap~

btw, checkmate bkn bererti mati..
bkn kalah.. tp tak menang~..

fokus pd perlawanan akan dtg...

Unknown said...

yeah!!
gambette