30 per 60?! Aduhai Akmal~~

28 Ogos 2008..

Assalamualaikum WBT..

Kelihatan Ms Aisha melangkah masuk ke Lecture Room 8 (LR8) atau lebih dikenali sebagai kelas E08D. Tersisip kejap ditangan kanannya satu bundle kertas. Satu kelas seram sejuk. Mana tak nyer ada markah Quiz Pure Maths kat tangan cikgu tuh. Oleh sebab terlalu seram sejuk, aku mengambil langkah untuk melantik kawan aku Aminin merangkap Syeikh Baca Doa untuk kali tu. Ha3..walhal aku jarang2 je baca doa dalam kelas tu.

Starting je, cikgu tu dah senyum2. Sudah~~ Kalo nak translate cikgu Aisha punya senyum tu, banyak makna. X tertranslate punya. Lepas tu, kalam bicara cikgu pun bermula laa. “Baiklah, kertas kuiz dah abes cikgu tanda.” Huh! Time tu cuak gila. Ye la, 1st time jawab soklan IB Pure Maths. Belajaq kot lain, soklan naik macam lain. Naiya~~ Belajaq main dengan nombor, soklan main dengan alphabet. “No calculator is allowed in this quiz!!” Aku ingat lagi amaran cikgu tu sebelum mula jawab soalan tuh. Seram sejuk time tuh.

“Ok..highest dapat 35/60.”

“Mesti Akmal Hayat la tu!”


Hoi!! Sapa sebut nama aku tuh!! Lagi la time tu. Aku dah xtaw rate systole/diastole (Istilah Medic~ hu3 walopun aku student engin) aku dah berapa time tuh. Kalo cek doctor time tuh, sah2 x lepas pi UK aku. Ha3..

“Nope! Not Akmal!”

Nah hang Akmal..penangan hebat punya.Ha3..aku x puas hati betol dengan orang sebut nama aku tadi. Pi sebut watpa. Bagi aku segan ja. Nik r tuh. Orang yang paling aku x puas hati sekali dalam kelas tuh.ha3..cket2 Akmal! Cket2 Akmal! Xde nama orang lain ke ha??!! Huu~~

“Highest Wong Yeou Hui. Dan markah lulus, 30/60. Ok, I’ll distribute your paper right now.”

Dup dap..dup dap..cuak2..

“Akmal Hayat!”
“Ya cikgu!”
“Yes madam la!”
“Erk..lupa cikgu”
“English please!”
“Erk! Yes Madam!!”
“Apa nih! Asyik guna bahasa kedah dia ja!”

Ha3..tu la 1st time aku kena tegoq dengan cikgu sebab asyik guna loghat kedah ja kalo nak tanya dia apa2.

“This is your paper.”

Hah?? 30/60??? Huh! 1st time markah aku sedahsyat ni. Just 50%! Tersirap darah beta. Masa tuh kecewa gila r. Tak sangka btol buat sampai nak pecah pala..markah..alahai~~ Akmal~ Akmal~

“Ok class! This time quiz just two of you that pass the quiz. I hope you will improve next time!”

Dengaq2 ja cikgu cakap macam tu, tiba2 hati aku bermadah bicara. “Hang patut bersyukur lulus. Ramai lagi yang tak lulus tu. Kira OK la tu dapat 30.”

Alhamdulillah, walaupun lulus atas line elok2 ja, tapi tetap lulus kn2? Saja ja bagi dapat markah rendah awal2. Nanti next test bagi dapat markah tinggi. Baru cikgu cakap “Bagus budak ni. Ada improvement!” Ha33..poyo~ Next time will be an improvement InsyaAllah. Aminn!

Ok juz that for this time. May Allah bless all of you in this Holy Ramadhan. Kullu ‘am wa antum bi khair..

Ilalliqa. Wassalamualaikum WBT.

Coretan hati,
~Akmal Hayat~


Reunion

Assalamualaikum W.B.T.

16 Ogos 2008...

Hari yang agak bersejarah bagi budak2 Batch 52 KISAS. Reunion... managed by budak2 INTEC. Especially budak MEP (Middle East Program), headed by Syaimaa' Ahmad. Hari yang agak mengejutkan sebab kebnyakan orang yang kata tak mau pi reunion tiba2 memunculkan diri lalu menimbulkan rasa sedikit gementar kepada Ahli Jawatankuasa Reunion kerana takut tak cukup makanan. Salah seorang daripada orang yang kata x mau datang ialah.. AKU!! ha3.. Saja ja timbulkan kontroversi xmau mai. Suma terpedaya..sebab memang aku sebelum tu bangkang habis-habisan..ahaha..especially Fatmie..rasanya, dia panas gila2 dengan aku..xpa..sabaq no..


Majlis berjalan dengan agak formal jugak. Dihadiri oleh Cik Mariah, Pn Norhayati, Pn Nazvin, Pn Maznah dan lain2.. Sebenarnya, untuk reunion ni, satu kepala RM15. Tapi atas belas ihsan budak KMB sorang ni yang dah tempah tiket awal, n x dapat menghadiri majlis tu, aku telah dibelanja. Makan free la kiranya aku ni..ahaha.. TERIMA KASIH banyak2 ye.. Jasamu dikenang.

Majlis tamat petang..lepas Asar. Kebanyakan dah bertebaran di atas muka bumi waktu tu. Aku masa tu la ada masalah dengan (Matt Prime)..budak Khalid..ha3.. Hanya orang yang tahu jek yang paham. Dia ni naik bas skali ngan aku malam tu. Sakit gak kepala nak settlekan masalah tu. Tapi xpa..sakit kepala akhirnya hilang bila Advisor Reunion belanja aku APPLE JUICE!! ha3..makaseh lagi sekali. Makan free saja aku hari ni..

22 Ogos 2008...

Hari ini aku dah kena balik KMB. Tiket bas abes. So, kena balik awal. Balik lewat satgi takut kena grounded lak. Xleh outing aku satgi. So, sebelum bertolak pada pukul 12 malam ni, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada suma terutama budak2 MEP kalau2 ada tersalah or tersilap apa2..yang terhutang..mintak halal eh.. Dan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kat Egypt..Jangan lupa aku lakk nanti..Kalau buat salam perantauan tu, includekan la nama aku eh..huu~~~.. And finally, wish all of you best of luck!! Blajaq leklok kat negara orang. Yang elok ambik, yang x berapa nak elok tu, tak payah la nak susah2 cedok no..ahaha..

Aku fly lambat lagi. Tu pun kalo lepas IB baru dapat fly. Dan mintak2 ekonomi negara sentiasa dalam keadaan stabil. Nak fly gak~huu~~ OK..kena packing barang dulu.. Moga berjumpa lagi..

Sekian...Wassalam..


Aku Masih Di Sini

Alhamdulillah..berkesempatan juga nak bersihkan segala jenis habuk kat blog nih. Kini online di Klang, just a few minutes if you wanna go to KISAS. Jalan kaki pun sampai. Menetap selama 3 hari 2 malam di rumah kawan kat kampung jawa. Internet kat sini lagi laju dari KMB. Tu la pasal bley online ni.

Dalam masa 3 hari ni, dok enjoy ja..goyang kaki..buku satu pa pun x bukak. Gila toi.. dah la assignment banyak tak buat lagi. Tengah cuak ni. tak tido malam la aku malam ni..

Semalam (2 Ogos 2008), aku pi Expo Buku kat PKNS, Shah Alam tumpang kereta kawan. Terjumpa ngan sorang yang very familiar ngan aku.. Amir Syahid Bin Ezani, 501, Kisas, SPM 07..budak lompat yang x cukup umoq lagi. Bley ja dia mai sengap2 kat sebelah aku masa aku tengah belek2 buku kat situ.. "Opocot!!" Tekejut aku..ha3.. Ingatkan nak la beli gak satu dua buku. Nak beli ja, bila bawak kluaq dompet.."Erk! Mana suma duet aku?!" Tengok dompet, xdak pulak yang boleh sebabkan kebocoran..adeh.."Maaf Pak Cik ek.." "Ape da! Nak beli buku tapi tak bawak duit!".."erk!" Letak la buku tu balik..malunye..

Sebelum balik ke rumah, aku singgah jap kat Kisas. Lama btoi aku x pi tempat ni. Ni la tempat aku menuntut ilmu selama hampir 2 tahun. Sampai ja Kisas, lepas solat Zohor, terjumpa Baihaqi dan Fikri Indra.huh! Muka Fikri dah berlain cket..tapi masih boleh dicam la. Tanya junior mana stayers ni?? X nampak pun..depa kata ada kat dewan besar. Ada program cket untuk budak2 F4. Turun dari jejantas, jumpa Ahmad Tarmizi Azahar dan Akh Muhammad bin Abd Razak.. Akh Muhammad kini bercuti semester dari universiti Al-Azhar..kat Mesir.

Jalan lagi, kat sebelah dewan jumpa kawan lama aku dulu2 kat SMKAK..dah masuk KISAS rupanya..Mohd Razif bin Mohd Fuad..Presiden BADAR SMKAK tahun 2007. Jumpa gak Izzat Naqib..style x penah nak berubah dia ni. Ntah bila la nak matang..n jumpa gak Naqiuddin dan Wang..ha3.. Kebetulan pada malam tu Kisas akan buat Pesta DURIAN!! Aku dijemput..tapi tu la..segan gla nak pi..aku bukannya budak KISAS lagi..huuu~~ cdey2..

Dan malam 2 Ogos, aku ikut kawan aku ni kluar pi Tesco. Dia ni bisnesman. Almaklumla..kat KMB dia amek subjek Business and Management as his minor subject. Ingat nak beli 2-3 katun air jek. Tau2..hah! Berkatun katun..Pi kat cashier, RM 110!!! mak aih..dah la berat..troli yang diusung tu pun semacam xmau nak bejalan..pergh! Dia ni menjalankan perniagaan menjual air minumam kat bilik dia..satu kotak atau satu tin air hanya bernilai RM1!! Hanya di KMB..Lekaih2..nak habih dah! nak habih dah! Belambak lagi! (ha3..kenangan kat SMKAK)

Tu je la citer aku time cuti ni..bab Kasukma tungga bila dah balik umah eh..aku cuti mid sem 16 Ogos ni..x sabaq nak balik umah.. Reunion? Erm..x pasti lagi nak pi ka x..tengok la keadaan cena..kalu tak membenarkan aku memohon sejuta kemaafan atas segala silap dan salah dan atas ketidak dapatan aku untuk reunion bersama-sama ampa norgh..

Sekian, Wassalam..