2008 in Review

1 Januari 2009

2008 sudah berlalu pergi. Tahun itu penuh dengan cerita suka dan duka. Itulah yang dikatakan warna-warni kehidupan. Mengimbas kembali....

Januari 2008

- Pulang dari bercuti di negeri SABAH
- hilang segala beban kerana baru tamat SPM
- Bermulalah career ku sebagai seorang BLOGGER
- Masuk sekolah kembali (sekolah memandu)
- BIRTHDAY aku!

Februari 2008

- Masih lagi menghabiskan beras di rumah.
- Bekerja sebagai designer
- Ada reunion sekolah rendah. Tapi tak pergi. Sibuk bekerja.
- Online, ym, blog

Mac 2008

- Graduated from driving school
- Fired from the work as designer
- Pilihan Raya Umum Malaysia
- Keluar Result SPM!! Alhamdulillah
- Maka Lahirlah W880i
- Sibuk mengisi segala jenis borang
- PNB IQ Test - result : Failed

April 2008

Ini adalah bulan yang paling mencabar. Sebab apa?

- Temuduga JPA dekat sungai petani
- Selama satu minggu handsetku x berenti menjerit. Jiwa menjadi kacau. Ini semua gara-gara 1000 sms free MAXIS. Jangan buat promotion macam tu dah wahaai maxis. Hidup saya tidak aman.
- Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) KISAS. Nak tegok video MAK KISAS? Klik sini..
- Persaraan guru tersayang Mr Ch'ng Teng Hong..guru fizikku~
- dan online 24 jam
- Lahirlah TENTANG HATI ini..

Mei 2008

- Hanya di rumah. Menunggu surat tawaran sampai.
- Belajar resipi masakan..hehe
- Sferalotus bertukar wajah
- Keluar Result Scholarship MARA
- Keluar result Scholarship JPA..
- Berakhirnya sebuah penantian
- UEFA Champions League Final (MU menang nasib)

Jun 2008

- Fathers' Day
- Tragedi lawak semasa Medical Check-up
- Tak online seminggu. Router rosak.
- Bermulalah perjanganku di KMB

July 2008

- sudah sibuk di KMB
- terlibat dengan KASUKMA (karnival sukan antara kolej)
- training badminton sampai longlai
- Gumbira skuad badminton dapat no2!
- Handset ku mula sakit~ Di hantar ke hospital

Ogos 2008

- Reunion Batch52 KISAS
- Sudah susah mau online.
- Study2
- Ketibaan laptopku yang disayangi. Menyinari hidup di KMB.

September 2008

- Ramadhan Karim!
- Markah pure maths yang mengerikan
- Segala dugaan ditempuh perlu dengan penuh kesabaran.
- Kem Matematik Tambahan di KISAS. Menjadi fesi dan pembantu Manager.. *updated
- Berqiamullail (on the spot) kat masjid putrajaya. Journey yang mencabar. Jalan kaki gi sane
- Balik cuti raya!
- Bawa pengaruh FIFA kepada warga KMB..(bulan puasa tuh!) Mendapat sambutan hangat

Oktober 2008

- Selamat Hari Raya Aidilfitri!
- Keberangkatan sahabat2 ku ke Mesir~ Sehingga berjumpa lagi..sedih2..
- Juga terus belajar
- Sibuk dengan pilihan raya. Menghebah manifesto. Pancing undi sana sini. Pelekat poster calon bertanding sana sini. hahha..
- Malam manifesto. Sepatutnya semua calon bertanding kena pakai pakaian toga. TOGA?!! Tapi aku sorang2 jek tak pakai..heheh..
- Keputusan pilihan raya? Menang.

November 2008

- Bawa pengaruh Avatar The Last Air Bender pulak. Ada series 1 sampai final. Nak2?
- Cuak exam dah dekat.
- Kerja sudah mula menjadi banyak
- Berlaku pergolakan jiwa..hahha

Disember 2008

- Sem1 Exam started! Dewan exam sangat sejuk. Just half-prepared sebab banyak main.
- Habis exam, insaf. Tamau main banyak dah (game) sem depan.
- Raya Aidil Adha
- Sferalotus sekali lagi bertukar wajah.
- CAS Taman Sinar Harapan - tak pi pun
- Mula memahami dan mendalami "pasangan hidupku"
- Adik kena PLKN
- Keluar result PMR. Tahniah adikku dapat straight A (8As)
- Tolong Akh-Shauqi organize Medical Camp

Sekian..juga mengharapkan agar hari-hari yang mendatang pada 2009 dapat lebih dimanfaatkan dari sebelum ini.



Andai

Masa itu boleh berputar

Kembali semula,

Adakah hari yang mendatang

Akan menjadi lebih baik?



Coretan Hati
~Akmal Hayat~

IB Maths Marks!!

23rd December 2008

Bismillah.

Setiap selang dua hari aku akan ke Dewan PJ2 untuk bermain badminton. Seperti biasa, bermain dari pukul 8.30 pagi sehinggalah pukul 10.30 pagi.

Mengenakan raket ber'string' baru, sungguh sedap smasy shuttle cock RSL Silver tuh. Segala skill menjadi. Habis opponents aku kerjakan. Ahaks..

Leading overall games 3-0. Tiba-tiba..

"Receiving incoming transmission!!" Handsetku menjerit. Menandakan mesej baru masuk. Melihat paparan..

From "KMB Cg Aisha"..

Aku mula terketar. Adakah mesej tentang markah maths. Agakanku tepat.

"Ur paper2 - 51/80..."

Mak Aii...rendahnya..Previously paper1 - 62/80.

Total pure maths marks is 113/160.

Kecewa. Mengharapkan agar markah subjek statistics dapat cover balik kertas pure maths. Amat mengharap. Agar dimurahkan rezeki.

Selepas membaca mesej tersebut dan sedikit berfikir, permainan terus merosot. Mengenangkan soalan-soalan yang tak sempat dijawab. Daripada 3-0, total kemenangan hari ini hanya 5-4. Prestasi merudum.

It's OK! There is still room for improvement! Wake up! Kurangkan bermain FIFA. Ahaks. Dan dekatkanlah diri kepada-Nya. Aim for 7!!

Selepas itu ke library pada pukul 12.30 tengah hari..
Study??
Erm..

Kita hanya merancang...
Dialah yang menentukan...


Coretan Hati
~Akmal Hayat~

Orang Gila Di Jalanan

20th December 2008

Bismillah. Hari ini banyak events berlangsung sama ada yang telah dijangka ataupun tidak. Oleh sebab terlalu lama berada di rumah, aku memilih hari ini untuk melancong sebentar di BANDAR RAYA Jitra ini untuk melihat perkembangan selama 2 bulan aku tidak berada di sini. Oleh sebab takut kesunyian, aku mengajak adik ku seorang untuk menemaniku di dalam kereta. Minyak masih banyak, rata tempat laa boleh melencong..hahah

First Location.
Taman Sinar Harapan, Jitra, Kedah.

Ini merupakan taman khas untuk kanak-kanak istimewa. Niat di hati hanya hendak menghantar kembali pendrive amin rox yang berada di situ selama dua hari untuk aktiviti kebajikan masyarakat bersama rakan-rakan yang lain. Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, sila ke blog amin.

Sesampai di sana, aku pun serah Nescafe Original yang telah ditempah oleh Amin dan Syamil. Tu tak kesah. Tetiba ada yang menyapa. "Assalamualaikum.." Tekejut aku. Seorang budak di Taman Sinar Harapan jugak. Normal tetapi dipinggirkan oleh sebab agak lambat dalam pelajaran. Lepas tu..

"Akmal, dok dengan dia lama-lama sikit!"
"Awat pulakk??!"
"Nak tangkap gambaq hang dengan adik hang."
"Mana aku bawak adik aku. Adik aku aku tinggal dalam keta."
"Haha..tu budak tu laa adik hang. Muka nak dekat-dekat sama. Yang paling tak bley blah, perangai pun mirip2 hang!! hahaha.."

Bermulalah sesi fotografi aku dengan 'adik' aku. Hahah..kawan-kawan lain suma gelak.Ampess sungguh anda.

Second Location
Stesen Bas Jitra.

Ke sana untuk membeli tiket kembali ke KMB. Sampai-sampai, mencari kaunter Transnasional. 5 minit menjenguk-jenguk x jumpa. Ambil keputusan untuk ambil bas yang selalu aku naik Golden Diamond. Tapi pak cik tu kata, "sekarang kita dah ada bas baru dik". "Haa..amek laa bas baru tuh..nak sit tengah."

Tarikh : 5 Januari 2009
Masa : 10.30 malam
Tempat Duduk : 7A (single sit)
Bas : Pancaran Matahari (tak penah dengar pun nama nih)

Third Location
Bank

Untuk perhatian budak-budak tajaan JPA, elaun sudah masuk. hahaha..aku keluarkan sedikit wang tersebut untuk digunakan.

Fourth Location
SERA Sports Shop

On da way nak ke sini, actually ade jalan singkat. Tetapi disebabkan aku tahu ada polis buat sekatan dekat jalan yang lebih jauh, aku mencabar diri ini nak lalu ikut jalan yang disekat jugak! ha3..berani kan.. Lepas U-turn, bermula lah..JAMMED. Polis buat kacau..pada kesempatamn yang ada, aku mencabar adikku;

"Agak-agak kan, kalau abang lalu nanti dekat polis tu dia nak tahan tak??"

"Mesti punya laa..dah la dia nampak budak yang bawak"
(erk..aku masih budak2 kah? Aku sudah remaja!)

"OK we'll see~"

Jalan slow2~tiba dekat pak cik polis tu. Aku senyum. Angkat tangan lagi kat dia. Dia suruh jalan. Ha3..Yakin sebab sure lesen bawak. IC bawak. Pakai seatbelt. Road Tax hidup. Masa nih, aku teringat si IMMAGINE NATION. Ha3..kalu dia pulak, ada sekatan saja, mesti kena tahan kejap dengan pak cik JPJ or Polis tanya pasal lesen..haha..

"Aik! Pelik ni..awat dia tak tahan?!", adikku mempersoalkan..

"Tengok laa sapa yang bawak..ha3"

Tiba di destinasi. Oleh sebab sudah terlalu lama berpuasa dari bermain badminton, jadi singgah jap disini membeli shuttle "RSL Silver 77", stoking badminton, dan grip baru untuk raket. Duit banyak habis di sini.

Fifth Location
ANEKA Super Bowl

Berbakikan sekeping note berwarna hijau, singgah bermain bowlong dengan adik sekejap. Adik kandung. Bukan adik sinar harapan tadi. Main je la kami dua beradik. 2 set.

Set Pertama
Handicap aku : 158
Handicap adik aku : 58

Set Kedua
Handicap aku : 98
Handicap adik aku : 58

Antara mimpi, dan juga fantasi, tapi itulah reliti. Record terbaru aku sepanjang dah lama aku main..158!! hahah..baru nak berjinak2 dengan bowling nih..

Lokasi seterusnya, rumah.

Sebelum sampai, beli dulu Coca-Cola. Hadiah untuk mak aku. Then sampai terus di rumah..

p/s = buka-buka dompet, tengok-tengok, LESEN P X BAWAK!! Aku cuma bawak lesen L jaa..huh! nasib baik dia tak tahan tadi. kalau tak, kena renew laa lesen aku.. Peringatan untuk jangan terlalu riak..


Yours Sincerely
~Akmal Hayat~