Happy Birthday to You and Me!!

Bismillahirramanirrahim

Lama menanti saat untuk menaip entry baru ini. Tetapi disebabkan masa yang terlalu padat tidak membenarkan diri ini untuk sentiasa berhadapan dengan Internet selalu. Jadi pada kesempatan ni ingin sekali diri ini menceritakan tentang sesuatu. Mungkin juga berkaitan dengan...Tentang Hati..

29 Januari 2009

Detik ini, masa ini, dan hari ini merupakan hari yang amat bersejarah buat beberapa insan di atas muka bumi ni. Pada tarikh inilah terdengar tangisan bayi-bayi kecil yang baru mula untuk mengenali dunia. Memegang amanah-amanah Sang Pencipta untuk sentiasa mentauhidkannya dan menegakkan kalimah2-Nya. Moga-moga pada tarikh yang amat bermakna ini dapat menjadi satu titik tolak ke arah menjadikan kita individu-individu yang berguna dan mampu menggoncang dunia ke arah menjadikan dunia ini ke arah yang lebih baik.

Tanggal 29 Januari. Tarikh yang amat bersejarah buat insan2 yang saya kenali. Antaranya:
  • Akmal Hayat (diri ini sendiri)
  • Mr Jusoh Abdullah (bapa tersayang)
  • Megat Ibrahim Islahuddin (KISAS)
  • Maryam Fadhillah (KISAS)
  • Farah Nadia Fadzil (KMB)
Semoga sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayang Allah Taala dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Semoga peningkatan usia seiring dengan peningkatan amalan-amalan kita sebagai bekal untuk hari di kemudian hari.

Ucapan sekalung penghargaan kepada mereka yang sanggup mengeluarkan sedikit duit semata-mata untuk membelikan hadiah sempena ulang tahun hari lahir ini. Semoga ukhuwwah ini terus berkekalan.

Juga sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan mengucapkan selamat ulang tahun hari kelahiran. Moga-moga anda dirahmati dan amat mengharapkan agar doa-doa itu menjadi sesuatu yang zahir. Berikut adalah sahabat-sahabat yang masih tidak melupai diri ini dan terus mendoakan agar berada di jalan-Nya yang lurus:

Nama-nama disusun berdasarkan awalnya sms masuk ke dalam handset, melalui blog, melalui perbuatan telefon dan juga melalui lisan. Nama disusun berteraskan masa..

28 Januari 2009 (tak termasuk dalam ranking)
  • Nur Madhiah (2354)
29 Januari 2009 (mengikut ranking)
  1. Azwani Ramlee (0000)
  2. Syafiqah Ma'on (0000)
  3. Nurul Ain Zakaria (0002)
  4. Syaimaa' Ahmad (0003)
  5. Zatilini (0003)
  6. Wawa aka Imagine Nation (0007)
  7. Tunku Ahmad Farhan - roommate (0007)
  8. Syazana - classmate (0008)
  9. Liyana Che Ismail - KISAS (0015)
  10. Izwan Sanusi - classmate (0029)
  11. Farah Nadia - KMB (0030)
  12. Aizat Kamaruddin - classmate (0032)
  13. Syariffudin - classmate (0033)
  14. Shairani Ramli - KISAS (0038)
  15. Syafiqa Sapar - KISAS (0120)
  16. Siti Fairuz - Junior SMKAK (0538)
  17. Mr Jusoh - My Father (0711) - Thanx for the present and b'day card!!
  18. Izzudin Yusoff - Naqib (0727)
  19. Aminin - classmate (0802)
  20. Rickhazzle (0803)
  21. Mubin (0803)
  22. Suhaila - KMB (1050)
  23. Atiqah Badri - Jiran (1410)
  24. Ridhuan m08A - KMB (1416)
  25. Maryam Madzi - KISAS/KMB (1419)
  26. Siti Syakiroh - SMKAK (1629)
  27. Ain Ibrahim - MPP KMB (1734)
  28. Athirah Sazali - CASmate/KMB (1911)
  29. Firdaus aka Pidut - KMB (2015)
  30. Zubair Abdur Rahim - Pres BADAR KMB (2020)
  31. Norazah - KISAS/KMB (2151)
  32. Faqih Aqili (2356) - KISAS/KMB - Best of Friend Ever. Thanx for the present!!
30 Januari 2009 (tak termasuk dalam ranking)
  • Farah Afiqah - KISAS (0727)
  • Puteri Nurhaliq - KISAS (1019)
  • Ms Siti Nurasyikin - Cg Economics KMB (1255) - Pada masa ini, nyanyian lagu happy birthday dikumandangkan, bergema segenap penjuru kelas. Terima kasih semua!!
  • Sakinah Ahmad Fauzi - KISAS/KMB (1700)
  • Nadzirah - KISAS/KMB (1705)
Terima kasih semua. Mengharapkan agar doa-doa kalian dimakbulkan Ilahi. Moga-moga tautan ukhuwwah ini sentiasa erat dan makin erat. Sekian...

Coretan Hati
~Akmal Hayat~

Unexpected Things!!

27 January 2009

Bismillah..

Kesinambungan dari entry sebelum ini. Keadaan asrama begitu sunyi. Ramai yang sudah tiba di rumah agaknya. Meninggalkan beberapa kumpulan pelajar yang kurang bernasib baik di sini. Kebanyakannya merupakan orang utara.

24 January 2009

Seperti yang di agak dalam plan2 sebelum ini, daku bersama dua orang rakan keluar ke Putrajaya menziarahi Alamanda. Namun, tidak seperti yang diharapkan, hanya boleh outing 5 JAM SAHAJA! Kerana pada hari ini adalah giliran pelajar perempuan untuk keluar. Cukup bernasib baik puan Aida bagi 5 jam. Kalu tidak, maksimum hanya 4 jam. Dalam 5 jam ini hanya sempat ke Alamanda. Tak sempat ke Mid-Valley dan pekan banting yang INDAH DAN PERMAI. Terasa tidak cukup berani melewati masa yang ditetapkan kerana minggu depan ada REHLAH. Takut di”Grounded”.

Syukur kerana duit tak banyak habis.

Selesai makan malam di DS.

Faqih datang duduk bersebelahan denganku. “Buat pengisian (daurah) siket cuti ni jom!”, dia mengajakku. Tanpa berfikir panjang aku pun “JOM!!” Aku pun mengumpul 2-3 orang lagi untuk sama-sama bekerja untuk menjayakan DAURAH ON THE SPOT ini. Siapkan tentatif, Ahli Jawatankuasa, dan penceramah jemputan. Akan bermula pada Maghrib keesokan harinya. Poster mengajak orang menyertai Daurah MUSLIM SANTAI ini dinaikkan.

25 Januari 2009

Waktu pagi hingga ke petang berlalu seperti hari-hari biasa. Maghrib menjelma. Setelah makan malam, seramai 8 orang peserta dapat dikumpulkan daripada pelajar-pelajar muslimin yang tidak balik. Sebagai program manager, aku memberi sedikit briefing tentang perjalanan program yang akan mengambil masa 24 jam. Program malam ini,

1. Taaruf. Disebabkan hanya sedikit yang terlibat, dapat mengenali sahabat2 dengan lebih mendalam. Para peserta ialah: Akmal Hayat, Faqih Aqili, Hidayatullah aka Yard, Amin Rukaini, Syamil Perlis, Fahmi Ruzaidi, Syahmi Suraini, dan

2. Slot 1 : Apa yang perlu ada pada seorang Da’ie? Oleh : Pok Cik Year 2

3. Supper.

4. Tayangan, Al-Mulk, Aktiviti bebas, Tidur.

26 Januari 2009

5. Tahajjud, Solat Subuh, Al-Mathurat, semua bersepakat untuk berpuasa sunat pada hari ini.

6. Riadah – bejalan jalan mengelilingi KMB untuk melihat panorama KMB yang tersergam indah ini.

7. LDK 1 – Program Kenali Diri – Setiap peserta akan menulis di atas kertas kebaikan dan kelemahan peserta-peserta lain. Kemudian adalah sesi evaluation and discussion.

8. Aktiviti bebas bermula seawal jam 10.30pg – (online dan siapkan pure maths)

9. Solat Zuhur, Slot 2 : “Why Mutabaah?” Oleh saudara Faqih Aqili Year 1.

10. Pukul 4.30 ptg. Bersiap sedia untuk melihat GERHANA MATAHARI. Pada pukul 4.45 ptg baru kelihatan. Subhanallah, boleh nampak bulan bergerak dengan agak laju. Masa tuh agak gelap dan matahari tak begitu terang dilindungi oleh awan gelap. Boleh je tengok dengan mata kasar bulan tu bergerak.

11. Solat Asar dan Solat Sunat Gerhana Matahari. Selesai solat sunat gerhana, khutbah solat sunat gerhana disampaikan oleh Saudara Faqih Aqili dengan spontan. Kaifiat dia macam solat sunat hari raya gak. Solat dulu baru ada khutbah.

12. Game : Bermain Frisbee. Dibahagikan kepada 2 kumpulan 4 vs 4. Pemenangnya adalah kumpulan 1 (Amin Rukaini, Akmal Hayat, Fahmi Ruzaidi, Faqih Aqili) dengan skor 4-3.

13. Majlis berbuka puasa. Makan dalam dulang. Selepas solat, diadakan post-mortem untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan program.

Very unexpected. Why? Kebanyakan plan2 yang merapu tak menjadi. Alhamdulillah

Sekian.

Coretan Hati
~Akmal Hayat~

Type your summary here

Type rest of the post here

Percutian Yang Menarik?

23 Januari 2009


Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti ini, bepergian membuat survey di stesen-stesen bas berdekatan. Satu-satu kaunter aku pergi. Namun semuanya kata, bas hantu adalah.

Jadi cuti raya cina sampai Rabu ni, bercadang berhibernasi di KMB je laa. Tak kan dok saja kot? Jadi antara planning pada masa cuti ni kononnya:

  • Study Maths, Fizik, Kimia, TOK
  • Menyiapkan segala homework
  • Menyiapkan presentation2
  • Menyiapkan kertas kerja untuk program motivasi di Kulim
  • Menyiapkan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti Kelab Badminton
  • Mengambil angin di MidValley, Alamanda, dan Banting.
  • Completekan hafazan
Namun, rasanya perkara yang lain yang bakal berlaku. Environment game dan movie di asrama Blok A sedikit sebanyak telah meng'influence' aku untuk turut serta bersama. Rasanya yang bakal terjadi pada cuti ini
  • Bermain badminton setiap petang
  • ChessMaster dan FIFA09
  • Menonton segala movie-movie baru
  • Tidur
  • Online almost 24 hours
  • Touch homework cket2..
Mintak2 mende2 ni tak terjadi. Sikit-sikit tu OK laa.Ingat Sem2 kena improve banyak2 memandangkan result Sem 1 yang tak begitu menarek.

Sekian...