Keseorangan Kali Ini


Sebelum apa2..kepada SEM2 Exam..


CHECKMATE!! :))
Exam dah habis!!

Tengah berada di Marrybrown Times Square
Kira2 10 minit berjalan kaki dari puduraya

Tadi ke KISAS
amek sijil SPM
terasa sejuk dihati melihat keputusan itu sekali lagi

Jumpa Cg Haznah Hamzah, Cg Sejarah
merangkap PK1 Kisas
duduk2 jek di atas kerusi
"Akmal, kamu makin kurus la
makan banyak sikit! kurang sikit hensem"

"Cg, saya dah makan banyak dah
Kalau cg nak tahu, saya la raja makan kat KMB
tidak percaya? boleh tanya budak2 KMB"

"Ye la..makanan kena seimbang..
balik rumah nanti..makan banyak lagi"

Haha..baik cikgu! 
Lepas tu sembang2 laa pasal kisas sikit2
dah banyak infrastruktur yang baru
lawa + moden

Kemudian ke Cafe
Jumpa Cg Mariah (guru kelas + guru addmath aku)
Cikgu belanja makan..bukan selalu dapat makan free..
Nasi ayam menjadi juadah..

perbualan bermula..
"Akmal..kenapa makin kurus?!"
Apekah? Dush! 2 kali aku kena tembak hari ini
Head Shot (bahasa counter-strike)
"Cikgu..saya dah makan banyak2 dah
badan tak naik2 [mesti amin Rox jeles ni =))]
Tak tahu nak buat apa.."
"Nanti taon2 depan naik sendiri la tu.."

Perbincangan lebih tertumpu kepada perkongsian pengalaman
Konsep matematik, life, dan macam2..

Jumpa Cikgu Marina + Mdm Rohazila
Cg Biology and English respectively
Selamat x kena headshot
haha..kalu cukup 3 kali tu....
.....

Jam 7.44pm
Sekarang di Times Square
Specific lagi, Marrybrown
Hotouch burger tak sentuh lagi
dah setengah jam kat atas meja
sabar yek berger

Selalunya tiap2 kali balik cuti
I'll always be with someone called
Syahmi (SBPIKP punya budak)
sebelum menaiki bas pada pukul 11 malam

Dialah rakan
se"Times Square"
se"bowling"ku
se"hotouch burger"ku
se"online kat marrybrown"ku
se"..." macam2 lagi

Kali ini, aku masih mengikuti tentatif yang sama
pergi Times Square, tapi sorang2
main bowling 2 game, tapi sorang2 
(tapi kali ni pecah rekod lagi oo syahmi!! 168 pts!!)


pecahkan laa syahmi..balik belatih noo..haha
4 strikes in a row tuu..

datang marrybrown, tapi sorang2
makan hotouch burger combo, tapi sorang2
tengah online kat marrybrown, tapi sorang2 gak..


Physics HL vs Biology HL

Berbaring sambil menikmati
Suasana sore redup setelah ditimpa sang hujan
Kali ini, hanya memenuhi sebuah permintaan
Satu perbandingan...

Physics dan Biologi
Persoalannya
Siapakah pemenang?

Malam sebelum perjuangan itu...

Budak-budak fizik, kelihatan tekun sekali
Konsep, fakta, rumus, segalanya disimpulkan di kepala
Ulangkaji hingga pukul 1-2 pg
Walaupun ingin sekali aku katakan
"salah cara study mcm tu"
Namu x berdaya..abaikan sajalah
Sekali melihat, mampu untuk dikatakan
Memang semua 7 r esok!

Budak-budak biologi, tidak kurang tekunnya
Ke bilik Amin Rox, masih lagi sibuk membaca
Mungkin menghafal, mungkin juga hanya melihat
Haha..tak tahu..
Budak2 bio? Pelik dan sukar difahami
Maaf atas kekasaran bahasa

Ketibaan hari peperangan
Dalam perjalanan ke bangunan akademik
Terserempak. Budak Bio lagi~
Dengan nota ditangan, sambil berjalan
Kufikir sejenak, rasanya budak fizik juga demikian

Venue: Concourse
Tiba di sana, seperti biasa
Penuh dengan calon2 peperiksaan
Ku menguji hipotesisku sebentar tadi
Level 2 bangunan akademik
Budak2 kelas E08G!! Rakan seperjuangan nanti
sedang seronok menyaksikan budak2 lain mengulangkaji
alangkah seronoknya menjadi mereka
umpama meniti kegembiraan saat2 terakhir (mcm offense jek..xkot..)
haha..hanya permainan firasatku
kelihatan semua sudah bersedia
detikan seterusnya memulakan segala perjuangan

semboyan berbunyi
petanda tamat perjuangan hari ini

budak biologi, wah! girang sekali,
kuingin juga tahu apakah yang terjadi
kurapati mereka
"syukur soalan agak mudah"
"soalan past year! past year!"
"kalau tak 6, 7"

tetiba pandanganku teralih ke arah satu kumpulan lagi
tersenyum jua mereka
disebalik senyuman itu dapat kurasakan sesuatu yang tersembunyi
kurapati jua mereka2
"gedabak ah soalan tadi! dewa pun sangkut!"
"lulus jadila"
"boleh tahan laa.."
tetapi ramai saja yang mengatakan..

"kalau diberi peluang nak jawab antara Maths HL kembali atau Fizik, aku lagi rela jawab Maths sekali lagi"

Wah!! Payah benar nampak
namun di situlah hakikat
Physics VS Biology
Dari kaca mata satu cabaran dan kesukaran
memikirkan sesuatu dengan kritis
PHYSICS WILL ALWAYS BE THE WINNER!!

ps1 - no offense yek...
ps2 - to physics students, markah kadang tidak memuaskan. namun itulah yang makin mematangkan pemikiran anda. TAKE IT POSITIVE!
ps3 - to biology students, gud luck for the placement!

IM Mathematics HL is checkmated!

Sekali lagi wartawan Tentang Hati ke gelanggang perlawanan pada kali ini. Kelihatan begitu ramai peserta dan para penyokong yang hadir.

Namun Tentang Hati lebih menumpukan perlawanan kepada perlawanan antara Mr Akmal VS IM Maths yang dijangkakan menjanjikan perlawanan yang sangat sengit, penuh dengan strategi dan menarik.

Perlawanan yang berlangsung selama 5 jam ini secara kaseluruhannya membuatkan penonton pening memikirkan apakah strategi dan kebarangkalian (stats sket) next moves oleh setiap pemain.

Keputusan

1st Game : Mr Akmal 0.0 - 1.0 IM Maths (1 hour)
2nd Game : Mr Akmal 1.0 - 0.0 IM Maths (2 hours)
3rd Game : Mr Akmal 1.0 - 0.0 IM Maths (2 hours)

Victory to Mr Akmal with 2.0 - 1.0

Wartawan Tentang Hati juga sempat menemuramah ringkas bersama Mr Akmal dan IM Maths setelah perlawanan tamat.

Tentang Hati: Salam IM Maths. Daripada keputusan kelihatan sangat mudah IM mengalahkan Mr Akmal pada mulanya. Hanya mengambil masa 1 jam. Daripada situ saya yakin bahawa IM boleh mengalahkannya dengan mudah pada perlawanan seterusnya. Namun, kelihatan IM gagal memenangi perlawanan. Komen IM?

IM Maths: Pertama kali berjumpa dengan dia (Mr Akmal), kelihatan azamnya begitu tinggi kerana mahu ke pusingan seterusnya dengan lebih selesa. Namun silly blunders yang sering dia lakukan menyebabkan his king to be checkmated. namun, kelihatan pada pusingan ke2 dan ke3, corak permainannya berubah ke arah fair game. Tidak menyerang. Lebih berhati2. Taktikal dia lebih bagus menyebabkan dia memenangi perlawanan ini.

Tentang Hati: Mr Akmal. tahniah daripada Tentang Hati kerana memenangi perlawanan ini. En telah lakukan dengan sangat baik sekali. Apakah luahan hati En daripada perlawanan ini.

Mr Akmal: Perlawanan pertama adalah mimpi ngeri bagi sy. Dan dari kesilapan itu, sy mula perbaiki corak permainan sy semasa wktu rehat. Perlawanan ke2 lebih taktikal. Sangat sengit. Syukur dapat memenanginya.

Mr Akmal: Namun perlawanan ketiga lebih memihak kepada IM Maths sebenarnya. Kemudahan yang disediakan pada perlawanan penentuan tadi dapat diguna sebaiknya oleh IM Maths, namun kpd saya, sebaliknya berlaku. (Xreti buat nderivative graph!!!). Ada sedikit kepincangan disitu. Saya terpaksa mengambil langkah untuk korbankan beberapa bidak yang agak berharga (soalan 12 markah) supaya saya tidak rugi terlalu banyak dalam percaturan strategi tadi.

Mr Akmal: Secara keseluruhannya sy sangat berpuas hati pada perlawanan ini berbanding dengan perlawanan yang lepas2 (Mr Econs). Saya sangat berharap perlawanan dengan GM Physics HL (Grand Master) esok tidak menjanjikan kekalahan. Saya amat positif untuk berjumpa GM Physics HL esok. Doa2kan saya..

p/s: X konfem bley dapat 7. Tapi rasanya gred yang di expect amat hampir dengan gred 7. Insya-Allah...Kita hanya berusaha, dia yang menentukan...