Terpana Dengan Kreasi Dunia Sendiri


Seminggu sudah hampir berlalu
seminggu juga lagi bakal menyaksikan cutiku melabuhkan tirainya
begitu pantas masa berlalukan?

dalam saki baki cuti yang masih ada ini
jiwa perlu diperkuat
azam perlu kembali utuh disemat
ketenangan perlu kembali dicari

masakan kekuatan akan kubiar luntur kali ini
sesekali tidak!
hidup mesti terus berjalan kehadapan
walaupun tolehan ke belakang kadang2 perlu
tetapi kebanyakannya bisa merencatkan atur gerak kakimu
teruslah ke hadapan
 
world literature malay
extended essay chemistry 1st draft
internal assessment economics 1st draft
internal assessment mathematics
theory of knowledge essay
personal statement
MPI quizes to be prepared
(woih banyaknya!)

kadang kumengeluh
alahai cuti, kasihannya engkau
masa yang rasionalnya diperuntukan bersama keluarga
pudar dinyahkan oleh assignment2.
masih punyakah waktu untuk itu?

seminggu berlalu, sia2
masih terpana dengan kreasi dunia sendiri
cabaran sekeliling dan cabaran diri sendiri
seringkali mengalihkan tumpuan dan pandangan

kali ini, tertipu lagi? tidak mungkin
kreasi dunia sendiri itu akhirnya termakan
oleh jiwa yang baru membara
menyalakan harapan (harapan ape weh? x paham)
kerana peristiwa itu (x bley gtw peristiwa ape..nanti heboh)
ucapan sekalung penghargaan padanya
juga pada-Nya yang telah menampakkan daku sinar itu

semoga Engkau terus mengistiqamahkan semangat ini, harapan ini

assignment! nantikan kebangkitanku!



p/s - in a very3 superb mood..

siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
hidup ini tidak akan sempurna
tanpa cinta dari Tuhan yang Esa

Carilah cinta-Nya

Refleksi Atma

Seminggu lepas dan mungkin juga untuk seterusnya
ramai yang bertanya
dan mungkin tertanya2
sebab pe r akmal diam lain macam jek
selalu berkurung dalam bilik sorang2
not as happy as always
(melayan perasaan sorang2 kot)

bila ada yang bertanya
aku tidak reti untuk menjawab
yang pastinya, tiada kena mengena dengan exam
kalau ada pun, juz a minor of it

untuk memuaskan hati semua
mungkin ini jawapan terbaik yang boleh diberikan
this picture reflects me the best



dapat faham atau tidak?
mungkin ada yang akan berkata
"this is biasness!!"
sorry, just who watch this cartoon knew this character
quite similar to my charecter
for this time

dari raut muka
sebenarnya banyak benda yang boleh ditakrif
dan hampir kesemuanya takrifan itu tepat
itu yang boleh saya sahkan

kini, masih berterusan begitu
persolannya
sampai bila?

jawapannya sangat tidak pasti
i stick to this principle
"dan ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang"

maaf semua
tatkala aku diperlukan
aku tak dapat membantu
kerana masalah ini
(especially mase exam hari tu)
maaf sangat-sangat

p/s: sekarang dalam mode suka mendengar lagu2 instrumental + slow

Keseorangan Kali Ini


Sebelum apa2..kepada SEM2 Exam..


CHECKMATE!! :))
Exam dah habis!!

Tengah berada di Marrybrown Times Square
Kira2 10 minit berjalan kaki dari puduraya

Tadi ke KISAS
amek sijil SPM
terasa sejuk dihati melihat keputusan itu sekali lagi

Jumpa Cg Haznah Hamzah, Cg Sejarah
merangkap PK1 Kisas
duduk2 jek di atas kerusi
"Akmal, kamu makin kurus la
makan banyak sikit! kurang sikit hensem"

"Cg, saya dah makan banyak dah
Kalau cg nak tahu, saya la raja makan kat KMB
tidak percaya? boleh tanya budak2 KMB"

"Ye la..makanan kena seimbang..
balik rumah nanti..makan banyak lagi"

Haha..baik cikgu! 
Lepas tu sembang2 laa pasal kisas sikit2
dah banyak infrastruktur yang baru
lawa + moden

Kemudian ke Cafe
Jumpa Cg Mariah (guru kelas + guru addmath aku)
Cikgu belanja makan..bukan selalu dapat makan free..
Nasi ayam menjadi juadah..

perbualan bermula..
"Akmal..kenapa makin kurus?!"
Apekah? Dush! 2 kali aku kena tembak hari ini
Head Shot (bahasa counter-strike)
"Cikgu..saya dah makan banyak2 dah
badan tak naik2 [mesti amin Rox jeles ni =))]
Tak tahu nak buat apa.."
"Nanti taon2 depan naik sendiri la tu.."

Perbincangan lebih tertumpu kepada perkongsian pengalaman
Konsep matematik, life, dan macam2..

Jumpa Cikgu Marina + Mdm Rohazila
Cg Biology and English respectively
Selamat x kena headshot
haha..kalu cukup 3 kali tu....
.....

Jam 7.44pm
Sekarang di Times Square
Specific lagi, Marrybrown
Hotouch burger tak sentuh lagi
dah setengah jam kat atas meja
sabar yek berger

Selalunya tiap2 kali balik cuti
I'll always be with someone called
Syahmi (SBPIKP punya budak)
sebelum menaiki bas pada pukul 11 malam

Dialah rakan
se"Times Square"
se"bowling"ku
se"hotouch burger"ku
se"online kat marrybrown"ku
se"..." macam2 lagi

Kali ini, aku masih mengikuti tentatif yang sama
pergi Times Square, tapi sorang2
main bowling 2 game, tapi sorang2 
(tapi kali ni pecah rekod lagi oo syahmi!! 168 pts!!)


pecahkan laa syahmi..balik belatih noo..haha
4 strikes in a row tuu..

datang marrybrown, tapi sorang2
makan hotouch burger combo, tapi sorang2
tengah online kat marrybrown, tapi sorang2 gak..