Hati bertanya, apakah itu?

Tempat team building ni dekat Jeram Besu, Pahang
(Hutan??)
Anda akan tidur di dalam khemah
Tapi jangan bimbang, kemudahan top-class
Ada water heater, tempat mandi selesa
Boleh masak kalau nak2, Boleh iron baju
Jadi, bawak iron, bahan2 kosmetik dll
Aku terfikir
Dalam hutan ada water heater?
Macam mana nak iron baju dalam hutan?
Nanti bakal ku ketahui tempatnya

IA Econs First Draft - completed
World Literature First Draft - completed
IA Maths - half-way, just need to analyse the data
EE first draft - will be completed lepas balik bansekei
Ranjau Sepanjang Jalan - halfway

waa..banyak tak siap lagi
sungguh tidak aci kepada mereka2 yang dapat cuti 3 minggu!
cuti seminggu aku kena cut gitu jek

kmb kosong, digelumangi seribu kesunyian
kedengaran cicipan burung2 di sana sini
indah nian fatamorgana kmb tatkala kehadiran pelajar tidak disapa

mengorak langkah masuk frontgate
ditemani seribu ketidakseronokan
argh!! aku nak cuti lagi!!
bila hati mula menjerit
bila naluri membantah tak mahu pergi
beginilah jadinya

namun, segala dugaan dan cabaran itu terubat semula
tika ku keseorangan di concourse
desiran angin itu, desiran air itu (dekat aquarium)
menyapa semula rindu yang telah lama terbiar
keseorangan tanpa teman

Oh teman, hadirlah!
Menemani dia yang keseorangan

p/s: membuang segala apa yang tak patut berada dalam kepala dalam blog sebelum bertolak ke jeram besu, pahang. Dah la SEMINGGU!! 

***********************************************************************

Tahun baru..IB Year 2

sudah menjejak tahun 2 rupanya, 
semerter 3 n 4 bakal menjelang
so, pasang azam baru

buat kerja on the spot kalau diberi tugasan!
kurangkan game! (Yard xleh ajak aku main PES dah)
siapkan segala assignment seperti dijadualkan

islahkan diri menjadi lebih baik

akmal, anda kerap kali tersimpang dari jalan yang lurus itu
dimana identitimu yang dahulu?!
dimana prinsipmu yang dulu kau genggam erat?!
begitu mudah sekali engkau ditipu oleh persekitaran
tidakkah engkau sedar bahawa hidup ini hanya sementara
masih punya waktukah untuk engkau bazirkan?!
apabila ditanya di akhirat kelak

"masa yang aku kurniakan, untuk apakah engkau habiskan?"

Encik A, apakah yang engkau hendak jawab masa itu?
aku sangat sebati dengan engkau
cukup menyayangi dirimu
aku sebagai teman paling rapatmu tak mampu berbuat apa2
cuma hanya pesanan untukmu

kita hidup di dunia hanya sementara
kembalilah kepada dirimu yang dahulu
aku sungguh rindu padanya

janganlah engkau menipu dirimu mencari cinta manusia
kerana ia tidak kekal selamanya

janganlah engkau menipu dirimu mencari cinta manusia
kerana ialah yang menyimpangkanmu daripada-Nya

satu pinta ku...
carilah keredhaan Allah di atas muka bumi ini
bukan sahaja untuk kebaikan dirimu
ku harap dapat jua tempias untuk diriku

hidup ini satu pertimbangan
maka adililah ia sebaiknya

KEMBALILAH PADANYA dan CARILAH CINTANYA

Terpana Dengan Kreasi Dunia Sendiri


Seminggu sudah hampir berlalu
seminggu juga lagi bakal menyaksikan cutiku melabuhkan tirainya
begitu pantas masa berlalukan?

dalam saki baki cuti yang masih ada ini
jiwa perlu diperkuat
azam perlu kembali utuh disemat
ketenangan perlu kembali dicari

masakan kekuatan akan kubiar luntur kali ini
sesekali tidak!
hidup mesti terus berjalan kehadapan
walaupun tolehan ke belakang kadang2 perlu
tetapi kebanyakannya bisa merencatkan atur gerak kakimu
teruslah ke hadapan
 
world literature malay
extended essay chemistry 1st draft
internal assessment economics 1st draft
internal assessment mathematics
theory of knowledge essay
personal statement
MPI quizes to be prepared
(woih banyaknya!)

kadang kumengeluh
alahai cuti, kasihannya engkau
masa yang rasionalnya diperuntukan bersama keluarga
pudar dinyahkan oleh assignment2.
masih punyakah waktu untuk itu?

seminggu berlalu, sia2
masih terpana dengan kreasi dunia sendiri
cabaran sekeliling dan cabaran diri sendiri
seringkali mengalihkan tumpuan dan pandangan

kali ini, tertipu lagi? tidak mungkin
kreasi dunia sendiri itu akhirnya termakan
oleh jiwa yang baru membara
menyalakan harapan (harapan ape weh? x paham)
kerana peristiwa itu (x bley gtw peristiwa ape..nanti heboh)
ucapan sekalung penghargaan padanya
juga pada-Nya yang telah menampakkan daku sinar itu

semoga Engkau terus mengistiqamahkan semangat ini, harapan ini

assignment! nantikan kebangkitanku!



p/s - in a very3 superb mood..

siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
hidup ini tidak akan sempurna
tanpa cinta dari Tuhan yang Esa

Carilah cinta-Nya

Refleksi Atma

Seminggu lepas dan mungkin juga untuk seterusnya
ramai yang bertanya
dan mungkin tertanya2
sebab pe r akmal diam lain macam jek
selalu berkurung dalam bilik sorang2
not as happy as always
(melayan perasaan sorang2 kot)

bila ada yang bertanya
aku tidak reti untuk menjawab
yang pastinya, tiada kena mengena dengan exam
kalau ada pun, juz a minor of it

untuk memuaskan hati semua
mungkin ini jawapan terbaik yang boleh diberikan
this picture reflects me the best



dapat faham atau tidak?
mungkin ada yang akan berkata
"this is biasness!!"
sorry, just who watch this cartoon knew this character
quite similar to my charecter
for this time

dari raut muka
sebenarnya banyak benda yang boleh ditakrif
dan hampir kesemuanya takrifan itu tepat
itu yang boleh saya sahkan

kini, masih berterusan begitu
persolannya
sampai bila?

jawapannya sangat tidak pasti
i stick to this principle
"dan ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang"

maaf semua
tatkala aku diperlukan
aku tak dapat membantu
kerana masalah ini
(especially mase exam hari tu)
maaf sangat-sangat

p/s: sekarang dalam mode suka mendengar lagu2 instrumental + slow