Puasa: Akhirnya genap seminggu

Alhamdulillah..syukur. Genap seminggu berpuasa.

Bukan puasa menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Nanti ada yang cakap aku sesat pulak. huhu

Betullah kata itu

Puasa ini amat berkesan. Ia mengajar erti kesabaran, ketenangan, dan ketaqwaan.

Sekarang sudah kembali on track. Ketenangan jiwa yang dicari-cari dalam masa setahun ini sudah hadir kembali. Ahlan wasahlan.

Dah boleh kembali fokus study. Mutabaah, alhamdulillah. Berdoa agar dapat sentiasa istiqamah menjadi sebegini. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Semoga puasa anda juga mengislahkan diri anda menjadi lebih baik.
^_^


~quote of the year~
~Puasa ini mengajar erti kesabaran, ketenangan, dan ketaqwaan~

Untuk menjadi seorang mukmin yang mutqin bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

berusahalah ke arah itu
^_^

gud luck for sem 3 exam!!!

p/s: kepada Nik Naim: Exam semester 3 kali ni, aku tak kan bagi peluang untuk hang potong markah untuk setiap subjek aku. (sekadar untuk memotivasikan diri untuk sentiasa tekun berusaha)


coretan hati

Perkara yang aku berusaha mengelak daripada berlaku akhirnya berlaku jua

Minggu ini sangat sibuk. Kehidupan sebagai pelajar IB menjadikan anda bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga sebagai pemimpin dan seseorang yang memberi khidmat.

Minggu ini, jika tidak dibahagikan masa dengan baik, maka berteraburlah segala kerja, dan jua tugasan. Minggu yang sarat dengan kandungan; TOK presentation, IOC English, IOC Malay, Sports Carnival dan lain-lain.

Seperti biasa, jika anda menumpukan pada sesuatu perkara, selalunya yang lain akan terlepas pandang. Jika terpandang pun, mungkin badan anda sudah terlalu penat untuk menumpukan pada perkara2 yang seterusnya.

Kerana inilah, akhirnya perkara yang aku berusaha untuk elak sejak menjejakkan diri di KMB ni terjadi jua. Maka, bermulalah cerita...

Pagi sudah dipenuhi dengan sesi belajar. Setelah Zohor, disambung pula dengan IRP sehingga asar. Secara ringkasnya, dari pukul 8pagi hingga 4 petang, akan berada di blok akademik memanjang.

Petang pulak, disebabkan sports carnival punya musim, sudah menjadi tanggungjawab untuk incharge badminton di dewan sepanjang 3 hari hingga pukul 7.

Lepas isya, of coz badan sudah penat kerana belum ada rehat. Tapi mata perlu disengkang untuk menyiapkan TOK outline untuk presentation yang akan berlangsung tak lama lagi. Outline perlu diluluskan oleh guru sebelum dibentangkan.

Dah siap, lalu tertidur...

Bangun pagi baru teringat Lab Report Fizik kena hantar hari tu jugak. Sepatah apa pun tak start lagi. Data pun semuanya pada rakan2 dalam kumpulan. Sampai kelas..

Mr A: Akmal, ko siap tak lagi lab report?
Aku : Belom doe..minggu ni aku x sempat nak buat assignment pape. Semalam pun terpaksa paksa diri siapkan TOK. English outline tak siap lagi. IRP Math? Hmmph..dalam mimpi je laa

Mr A: Xpe laa..kitorang dah siapkan semalam. Amek laa softcopy ni. Tapi edit sikit kat Data Processing ngan CE.
Aku: Makasih banyak2 weh..(terharu)

Rehat keluar lambat sebab perbincangan TOK Outline dengan cikgu. Malangnya, setelah research punya research, outline tuh kena tolak gitu jek. KOYAK beb..sehari gak rr fikir bab outline kena tolak jek..

Lepas makan, kalut edit Lab Report. Kelas Lab Fizik dah bermula, aku baru ke PSP untuk print lab report.

Lepas print, kalot rr gerak gi lab. Sampai lab, pintu cikgu dah kunci -_-" Kena marah dengan pembantu makmal sebelum masuk.. "Apsl lambat??!!" "Err..saya pergi print. Nak masuk macam mana nih?"

"Haa..tu laa..lambat lagi, masuk laa ikut lab sebelah lagi tuh"
"Trimas2"

Masok lab senyap2. Mula2 cikgu tak sedar. Lepas tu, cikgu sedar gak. Kena tazkirah online. Pergh..dah laa down sebab outline ke3 kena tolak. Kena marah dengan cikgu lagi.

"Sebab pa print masa hari nak kena hantar?! Kan ada banyak masa sebelum nih?!"

Aku hanya terdiam. Tak mahu menjadikan kerja2 bukan akademikku sebagai alasan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Hilang mood nak buat experiment hari tuh.

Semua balik. Jumpa cikgu.

"Mana lab report kamu?"

Masa tuh lab report ada kat tangan. Dah siap kepil. Tinggal nak submit jek untuk diberi markah. Tapi entah, apa ntah yang aku buat..

"Err..xpe laa cikgu. Secara jujurnya saya tak buat lab report tuh. Yang ada kat tangan ni pun, yang kawan2 tolong. Tak ape laa saya hilang markah kali ni. Saya lagi rasa bersalah kalau hantar sesuatu yang bukan saya buat atas nama saya. (nada koyak)"

"Sure?"

"I'm certain."

Akhirnya, setelah berapa tahun aku tak kena marah, akhirnya dimarahi oleh seorang cikgu yang aku kira amat penyayang. (rasa nak keluar air mata pulak masa tulis ayat ni) Aku berusaha mengelak dari dimarahi kerana masalah attitude. Aku dah buat all the best to please everybody.

Tapi sebagai manusia, kita ada limit yang membataskan kita.

Itulah yang dipanggil opportunity cost. Dan itulah sesuatu yang Tuhan beri untuk membezakan antara Al-Khaliq dengan hamba-Nya.

Bila terkenang balik, sangat sedih. Bila time fizik, dah tak rasa macam suasana fizik yang dulu2. Sekarang semakin pasif dan pasif. Entah. Biarlah masa yang menentukan.

It's hard to please everybody

(crying without tears~)

T_T


Inilah padahnya

Salam alaik..

Baru sekarang mula tersedar. Terbangkit dari lamunan yang begitu lama.

Jiwa sering saja menjerit. Meronta. Seumpama meminta-minta sesuatu. Namun, perbuatan dan reaksi menolaknya jauh-jauh. Meninggalkannya terkapai-kapai.

Jeritan jiwa itu, kusedar ia. Bermaksud untuk memusnah? Menderhaka? Jauh sama sekali.

Kadang-kadang akal fikiran, juga reaksi terpengaruh dengan jeritan itu. Kadangkala juga terpana.

Tapi, sedang masa berlalu, ketaatan pada jeritan itu berunsur pergi.

Ya! Akal yang waras dan juga reaksi sudah pandai MENDERHAKA!!

Apakah kalian teralpa dengan amanah-amanah yang diberi kepada kalian?
Adakah kalian lebih menurut kehendak PEROSAK dari pada kehendak PERINTIS?
Kalian memang sudah menderhaka!

Mengapa jadi begini??

*****************************************

ni laa padahnya ada internet -_-"

dok kat kelas, bawak balik buku..semangat nak buat latihan..
sampai bilik, on laptop..online..

kadang2 xdak apa pun, tapi entah..masa dimakan begitu sahaja dek mengadap skrin laptop!
mood malas makin menguasai diri

bagaimana nak tukar mood?

Ntah..selagi internet ni laju, susah betul nak mengadap buku..terlalu banyak distraction.

Ada yang cakap.. "X payah invi2..offline terus macam aku..senang" :)

Pernah juga mencuba, tapi susah..adakah ia masalah disiplin diri??

~Inilah padahnya punya internet 24 jam tidak terkawal~