Salam Kemaafan.. Doakan daku..
Perjuangan selama dua bulan bermula. Kali ini lain. Tiada 'teman karib'ku (laptopku) di sisi dalam membantu perjuanganku.
IB Exam May 2010 bakal menyusul tiba dalam 5 minggu dari sekarang. Terkejut. Serius tak sedar hingga ada yang mengingatkan. Aku mula gelabah. Huhu.. Gelabah dalam ketenangan..
Bagi pihak diri sendiri, InsyaAllah aku akan bagi the best shot. Namun kejayaan tak semudah itu kan? Kadang-kadang kita dah beri yang terbaik, namun keputusan tidaklah seperti yang diharapkan.
*****
Justeru, pada kesempatan ini, kepada
Ahli keluargaku,
Khususnya ayahanda, bonda, dan adik-tersayang, kemaafan dipohon.
Kalau ada ter'pau' apa-apa, tak bagi pinjam laptop, pakai baju hgpa sesuka hati =)
Sahabatku,
Izzuddin Scorpie, Syahmi Suraini, Amin Rox, Amin, Fahmi Daisuke, Aqili
Ikhwah seusrah,
Nik, Apip, Syak, Zubair, Fazli, Lik, Ayie, Amirul, Sobri
Adik Ahmad Bakri,
Maaf jika banyak kekhilafan yang dilakukan. Doakan aku yer..
Guru-guru KMB,
khususnya yang telah banyak mengajar diri ini
Ustzh Johaina*, Pn Aisha, Pn Marzini, Pn Ima, Pn Siti Rohani, Pn Najihah, Ms Syik, Ms Asyikin, Pn Zarina, Pn Badriyah, Ms Aqyn, dan semua guru-guru KMB yang lain.
Guru-guru dan teman-teman,
SK Tunku Raudzah, SK Tanah Merah, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SMKA Kedah, KISAS, Sekolah Memandu
Partner badminton,
Saiful Azhar (aka Moktam)
Classmates
Muslimin, Muslimat, Putera, dan Puteri KMB
Staff-staff, pembantu-pembantu makmal,
yang banyak menolong dalam menjayakan experiment EE
Serta yang mengenaliku sama ada secara langsung ataupun tidak
Sejuta kemaafan dipohon jika ada terguris mana-mana hati. Melakukan perkara yang tidak berkenan dihati. Terpinjam apa-apa. Terhasut untuk bermain PES (bukan salahku).
*****
Moga-moga antara kita tiada perkara yang dihijab. Semoga kemaafan yang diberi mengeratkan lagi ukhuwwah. Moga-moga doa kita bersama dimakbulkan. Insya-Allah.
Strive for Success
Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan (insya Allah)
Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk teman, sahabat-sahabat, kawan-kawanku. Semoga sama-sama berjaya.
Dunia dan akhirat. Insya Allah.
Perumpaan: Manusia, benda, dan exam
Ibarat Amin Rox dengan 'dumbbell'nya
Ibarat Syahmi Suraini dengan laptopnya walaupun tidak di 'switched on'
Ibarat Aminuddin dengan handsetnya
Ibarat Imagine Nation dengan kimianya
Ibarat Apip dengan makanannya
Ibarat Fahmi Daisuke dengan sayur-sayurannya
Ibarat Nik Naim dengan 'shoebag'ku
Ibarat Zubair dengan tangan besinya
*****
Sangat padan. Sangat rapat.
******
Ibarat aku dengan mengulangkaji pelajaran?
Entah bila dan ke mana
Jauh. Nak dikejar entahkan dapat entahkan tidak
Ingin menjadi seperti perumpamaan di atas
Bukan dari segi maksud literal
Tapi dari segi rapat dan mapannya antara yang dibandingkan.
Belajar mengikut mood
Ada orang cakap, mengikut hawa nafsu. Mungkin.
Buku di hadapan mata sahaja. Tu..
Tangan. Kalau sudah suka menari, untuk memegang pena usah diharap.
Cubaan. Cubaan. Di rumah, anything can happen.
Kukira komputer bimbit ni..sudah tak lama..
Sekembalinya ke KMB, selamat tinggal laptop..
Kutinggalkanmu untuk bersemadi dengan aman di rumah.
*****
Exam dah dekat!
Buku tak bukak!
Nak dapat 36 and above?!!
Harapan laa~~
*****
GAMBATE!
kudoakan moga-moga tangan ini kembali rajin dengan cepat..huhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
