Aku Surrender

hari ni paper kimia. mula pukul 2 petang, habis pukul 6 petang. kali kedua habis lewat. haritu mula 8.30am habis 6.00pm.

aku menjawab paper 1 kimia dengan momentum yang agak tinggi. laju. sebab nak dapatkan keyakinan menjawab. habis awal. cek. 2 careless mistakes. perbetul.

tamat kertas satu. happy. ada 5 minit rehat.



perjuangan bersambung semula. kimia kertas 2. 5 minit reading time aku gunakan sebaiknya untuk pilih soalan pilihan di section B. aku mulakan dengan momentum yang sangat-sangat tinggi. ada 2 jam 15 minit.

40 minit, aku masuk ke section B. momentum sudah mula jatuh.

makin masa berlalu, momentum semakin dan semakin jatuh. makin perlahan jawapan-jawapan dijawab.



aku makin menggigil. aircond ACSON yang baru kutatap. memancut hawa yang sangat3x dingin ke arahku.

aku tak fokus. tanganku makin menggigil. akhirnya beku. aku angkat tangan memohon ke tandas. ku basahkan tangan pada air yang suam dan menjemur diri sekejap di bawah pancaran matahari.

kembali ke medan perang. nak fokus! baca soalan, 2 minit, menggigil kembali. soalan yang masih berbaki 10 markah sebelum itu mengambil masa 20 minit! (giler lama!)

masa tinggal lagi 7 minit. soalan masih berbaki 5 markah untuk diselesaikan. tangan sejuk. slow down. akhirnya, dia berhenti sendiri. (T.T)


OK. AKU SURRENDER!!


angkat tangan! (selamat takdak bendera puteh)

"Sorry, may i move to somewhere else. i'm freezing."

pergi belakang. settlekan segalanya. habis on time. xdan semak.




ACSON. musuh ketat buat masa sekarang. bentuk aircond tu sebijik macam yang kt atas sekali



p/s: aku bajet sepanjang peperiksaan ni aku tak nak pakai sweater, walaupun satu-satunya aircond baru tu memang betul2 menghala tepat kat aku. last-last aku surrender. ianya merencatkan. lepas ni kena bawak sweater memandangkan semua paper lepas ni kena mengarang dengan laju.

p/ss: lain kali nak try mintak jawab kat luar dewan. apa kata invigilator??

Ok. aku emo.


sampai soalan akhir. find the volume. jadi, kena integrate.

cara senang. suruh calculator tolong kirakan memandangkan masa hanya tinggal lagi 3 minit.

tekan-tekan. letak equation, koma, tekan X, koma, boh lower limit, koma, boh upper limit. ok. tekan enter.

ERROR ARGUMENT!

eh?! repair equation kalau2 ada tersilap mana-mana. tekan enter,

ERROR ARGUMENT!

cek balik sekali lagi. dah betul dah rasa. letak laa satu lagi bracket kalau2 kena. tekan enter.

ERROR ARGUMENT!!

belek punya belek. "OK students, the time has ended. Please stop writing immediately!"

aku pun, "..........."

T.T


perhatian. kalau jumpa benda alah spesies kat atas tu, sila pijak-pijak sampai hancur.

sekian.

Langkah Bermula


Esok. Peperiksaan akhir IB bermula. Matematik mendahului subjek2 lain. Perasaan? Entah. Macam SPM dulu. Tak rasa yang esok nak exam. Bahaya. Sebab? Tak dapat momentum lagi.


okay. meja tu serabut. tapi tak laa serabut mana. standard lelaki kot. :D

yang terakhir, selamat berjuang anak bangsa! demi agama dan negara.