alhamdulillah, selamat sampai rumah. meninggalkan kolej mara banting, sangat sebak. tempat yang membina diri, personaliti, menguatkan mental, fizikal, dan rohani.
sebahagian dari hati kata, "alhamdulillah, telah tamat penyiksaan selama 2 tahun"
namun sebahagian lagi, "sedihnya meninggalkan tempat yang banyak mengajarku erti kehidupan."
terasa seperti kejap jek berada di kmb. pejam celik, dah final exam. pejam celik, eh? dah sampai rumah. (hebat gak r driving sambil pejam mata. haha)
****************************
Semester 1
mula menjejakkan kaki di kmb. ingat lagi masa mula2 dapat tawaran dari JPA. IB? apa tuh? KMB? tak pernah dengaq pun nama. mula mengenal KMB ni dari seorang yang menggelarkan dirinya din scorpie dan juga shah kang.
mula2 masuk, ada satu harapan. nak boleh speaking macam mat saleh. (haha. cita2 nak tinggi jek.) ingatkan suma akan cakap english. rupanya, hmmph. as long as duduk dalam persekitaran melayu, mesti la bahasa kebangsaan yang utama.
sem 1, segalanya indah. smooth. mula mengenali segala jenis orang dan mula belajar menerima persekitaran yang baru. (of coz biah kmb dengan kisas jauh beno). belajar adapt, dan alhamdulillah exam 38.
Semester 2
merupakan semester yang agak penting untuk placement negara. ingat lagi, pada semester ni laa wujudnya satu team motivasi yang dinamakan G2S (Guidance to Success), bawah kendalianku untuk sesi yang pertama. menjadi projek manager dan fasi dalam masa yang sama terlalu banyak mengajarku untuk mengawal perasaan, dan untuk cuba mendengar setiap idea dan kata-kata daripada fasi2 lain. but, it was a success =)
pada keseluruhannya, tidaklah terlalu sibuk. sekadar perlu mendaftar tajuk EE, outline world literature, and all the IAs thingy.
alhamdulillah, exam 37. bajet nk improve, tapi jatuh sikit =)
Semester 3
erm. tak tau nak cakap. sem ni, kadar kesibukan terus meningkat. semua 1st draf untuk EE, TOK essay, world literature, IAs dan yang sewaktu dengannya perlu dihantar pada sem ni. pendek kata, sem ni telah mengajarku untuk menaip dengan lebih laju? =)
pendek cerita, sem ini sem yang penuh dengan emosi. bagi budak2 GTS (bukan G2S), ini sem mereka berhati kebun. (haha! no offense. =P). kesibukan. to meet the dateline. to work at eleventh hour. tak tidur malam. tertinggal kelas (kadang2). sudah sebati pada sem ni.
exam semester 3. ok, aku buat kerja gila. orang lain sibuk study exam, aku baru buat experiment untuk EE aku. (EE chemistry). Orang lain ulang kaji, aku terpaksa di makmal. eksperiment tu bukan sat, mau 3 minggu gak r.
ingat lagi. keluar dewan, habis paper, semua balik bilik. rehat. malam tu study untuk paper esok?
aku? abis paper, keluar dewan, terus ke makmal kimia sampai pukul 5. tiap2 hari. malam tu, isi dan analyse data. dan sedikit komentar. badan penat, tidur. bangun esok pukul 5 baru study. (T.T). setiap hari macam tu dalam minggu exam tu.
as a result, keputusan sem3, jatuh menjunam. kebanyakan subjek yg sebelum ni dapat 7, semua terjun pi 5. but still alhamdulillah, manage to get 34 (walaupun tak dapat honor roll kali ni).
Semester 4
awal semester 4. ini kemuncak IB. di mana segala-galanya perlu di hantar pada bulan januari. extended essay final draft, tok essay final draft, econs final draft. kerap kali tak tidur malam.
dan perkara yang paling best ialah bila print final drafts tu. puas. tak terkata. ringan badan. bila dah submit semuanya, rasa macam IB dah habis walaupun tak exam lagi.
sem ni, aku buat macam2 hal. (kena ada kenangan sebelum tinggal satu2 tempat). masa IRP, pada sesi MOCK EXAM, aku lari balik rumah. ni la masa aku kena ban dengan kolej, tak bagi aku jejak kaki kat KMB dah sampai ke permulaan exam.
aku ingat lagi masa ni. macam mana aku bermain dengan perasaan. mengendalikannya dengan baik memandangkan hanya tinggal lagi 2 minggu nak exam masa tu. di'banned' oleh kolej. oleh sebahagian guru mungkin?
tak kisah, pabila tersalah langkah, takkan nak menapak ke belakang, kan? bila bersalah, kita pohon kemaafan =)
dekat2 nak exam ni laa semua pelajar tahun 2 dilayan bagai malaikat. makan tengah hari, dah western habis dah. chicken chop, wedges, dll. dengan tambahan twister, 100 plus, KFC dll. kesimpulannya, puas.
exam? alhamdulillah, permulaannya baik. dan pengakhirannya juga baik. di tengah2? =D, hanya Tuhan yang tahu.
************************************
TAMAT IB
semoga dapat istiqamah dengan apa yang telah kupelajari, kubelajar, dan kuamal semasa di rumah. sama-sama kita mendoakan.

