Peperiksaan VS Chess

Hidup ini umpama kita sedang menghadapi peperiksaan.
Ada masa yang tertentu.
Bukannya semua soalan senang-senang.
Jadi, adakah kita akan main-main semasa di dewan peperiksaan?

********

begitulah lebih kurang ayat yang sempat aku tangkap di ikim.fm semasa menghantar mama ke sekolah.


semasa penceramah tu cakap macam tu, aku terbayangkan aku di dalam dewan peperiksaan mengambil kertas IB Mathematics HL. huhu..

inilah satu subjek yang pelajar-pelajar tak akan panggung kepala kalau dah start menjawab. setiap minit berharga satu markah. kalau main chill-chill je, alamatnya takkan siap laa paper tu.


mengapa IB Mathematics HL dan bukan Modern Mathematics?


kalau hidup macam math mod, bahagia laa kan hidup? =) dalam Maths HL (dari apa yang dilihat semasa dalam dewan peperiksaan), semua tak kan ada masa nak lukis kartun-kartun anime, buat jet kertas dll.

bunyi macam budak-budakkan? hakikatnya saya juga pernah buat begitu. (zaman2 menengah rendah dahulu) huhu..

jadi, dalam kehidupan kita seharian pun sepatutnya begitu. sentiasa beribadah kerana kita tidak punya waktu yang cukup untuk selesaikan semua amanah kita.

eh, bukan bermaksud saya solat 24 jam. ibadah tu luas. ada ibadah umum, ada ibadah khusus.

ibadah yang me'link'kan kita secara terus dengan Allah seperti solat, puasa, dll, itu ibadah khusus.

ibadah umum pula yang mengaitkan kita dengan manusia. jika betul niat, insyaAllah, main chess pun dapat pahala.


*******

ah ye. sebenarnya, aku lebih suka kalau dia kaitkan kehidupan ini dengan catur berbanding peperiksaan. mungkinkah ini bias seorang pemain catur? haha..


mengapa?


satu


banyak je persamaan sebenarnya dengan peperiksaan. cuma, mungkin lebih rileks dan boleh buat macam-macam benda?

sebab dalam kehidupan, di samping mengejar akhirat, jangan sampai lupakan dunia. kan dunia itu jambatan ke akhirat..

"dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kami....." (2:143)

kita adalah umat pertengahan yang perlu seimbang dunia dan akhirat.


dan seimbang tu bukannya bermaksud 50-50 ek.

perumpamaan mudah, gizi makanan. pernah ada orang kata, "ambillah pemakanan yang seimbang. baru sihat!"

tak kan aku nak kena makan buah, nasik, lemak, kolestrol dalam kuantiti yang sama banyak??!!

GEMUK LA AKU NANTI -.-"

yang perlu dibanyakkan, kita banyakkan. yang perlu dikurangkan, kita kurangkan. memandangkan hidup kita untuk mencari redha Allah, beratkanlah usaha ke akhirat.

jangan lupa, saya juga menyeru supaya anda cemerlang di dunia!



dua


jika berjaya seorang tentera Allah aka kita itu (pawn) dalam mengharungi ujian-ujian Allah Taala (pieces lawan), kita boleh buat promotion..

insyaAllah kalau kita lakukan segala suruhanNya dan tinggalkan larangannya, dapat lah kita bidadari syurga (Queen).

*******

p/s: maaf kalau post ini bias untuk pemain catur dan IB students =)

p/p/s: sangat memerlukan bahan bacaan T_T


diri ini juga sedang bermujahadah. untuk meninggalkan jahiliyyah bukanlah mudah. memerlukan masa dan kekuatan.



alhamdulillah

alhamdulillah

sudah kembali neutral.

sudah kembali tenang.

kini sudah kembali bersedia untuk berjuang
di jalan ini

syukur padaMu ya Allah kerana menunjukkanku jalan keluar

"sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"


kadang-kadang

kadang-kadang aku tak pasti dengan jalan yang telah kupilih dan sedang kulalui kini.

untuk berpatah balik adalah satu perkara yang hampir mustahil.

adakah aku perlu terus mengorak langkah ke depan bergelumang dengan ketidakpastian itu?



~salam akhir. salam teristimewa~