Kundasang 2

Kaki Gunung Kinabalu – Pekan Nabalu – Pekan Kundasang

Pengalaman memandu kereta paling mencabar sepanjang 3 tahun bawa kereta ketika dalam perjalanan dari pekan ranau ke kinabalu park.
Jalan bukan sekadar bersimpang siur,
Bukan sekadar berbukit bukau,
Bukan sekadar kena ikut belakang lori yang super slow dengan kereta manual,
Yang kadang-kadang mati enjin sendiri bila turun bukit =,=
Tetapi menyusuri selekoh maut beberapa kali,
Yang bukan sekadar 180 darjah,
Tapi hampir 360 darjah beberapa kali.
Dan asyik ada double line saja.
Tak leh nak memotong abang hensem.


Kinabalu Park.

Sejujurnya tak dak apa pun. Haha.
Cuma dapat pengalaman bawak kereta di kaki bukit.
Yang mana, setiap kali memandu kereta, orang akan shift up gear,
Dari 1 kemudian ke 2 dan ke 3 dan seterusnya.

Tetapi ini,
Seringkali,
Dari 4, ke 3, ke 2 kemudian ke 1.
Lulz.
Tambah-tambah apabila menurut di belakang pakcik hensem (lori)
Bak kata Makcik “Mak Nana” (tak tahu nama. Haha)

Banyak vocab baru belajar dari dia.
Seperti minuman berkhasiat yang ditujukan kepada minuman beralkohol,
Jerangkap samar yang ditujukan kepada tahi lembu,
Dan lain-lain.

Sampai di pekan nabalu.
Kalau di UK, pekan nabalu ni macam Queensway dan Bayswater.
Tempat membeli souvenirs.
Shopping time.
Di sini dapat vocab baru yang sangat laaa lawak.

SUMANDAK

Teringat chatting dengan abah semalam.
“Jumpa sumandak tak kat sabah?”
Aku tanya, sumandak tu apa dia?
Dia gelak dan suruh cari sendiri.
So aku assume, sumandak tu macam souvenirs laa kot memandangkan dia suro beli kat dia.
Ataupun paling teruk, mungkin sejenis haiwan peliharaan.

Tengah makan ni kawasan paling heaven di kawasan ranau-kundasang,
Tiba-tiba terdengar Makcik “Mak Nana” kata
Sumandak!

Aku pun bertanya,
Makcik, sumandak tu apa?
Makcik tu gelak dan cakap,
Sumandak tu Anak Dara.

Aku pun macam..
"Abah… =,="

Nasib baik tak mintak kat makcik jual souvenirs tadi,
“Ada jual sumandak tak?”
Kalau tak,
Balik ni,
Abah orang 1st kena %^*@^@


Pekan Kundasang,
Sejuk macam kaki gunung gak,
Tempat buah-buahan dan sayur-sayuran.
Murah super.
Sayur satu kotak, baru RM35.

Sampai rumah Makcik Mak Nana ni,
Landing terus.
Longgar skru lutut tekan clutch.
Memandu di kawasan yang super mencabar.

Kundasang

20 Disember 2011

Perjalanan dari pekan kunak ke ranau amek masa 7 jam.
Macam Jitra - Melaka.

Sampai kat accommodation kat ranau.
Rumah kampung.
Tengah-tengah sawah padi.
Latar belakang, gunung kinabalu.
Nak sampai rumah ni, kena bukak kasut dan pakai selipar jepun.
Sebab berbecak kat batas-batas sawah padi.

Jalan kaki.
Singsing seluar.
Tangan sebelah pegang kasut putih nike.
Sebelah lagi membawa kamera.

"Ini baru kampung oh!"
Terpancul keluar ayat pertama.

Melihat pemandangan dan merasai nikmat sebenar kampung.
Hati terus bermadah.

"Oh, cinta hatiku berada di sini."

Serius macam lukisan yang selalu lukis kecik-kecik dulu.
Ada gunung (kinabalu)
Ada matahari
Ada sawah padi
Di tengah-tengahnya ada rumah kampung.
Ada pokok kelapa.
Ada burung-burung berterbangan.

Walaupun tinggal kat kedah,
dan sepatutnya semua tu dah normal kat mata,
tapi rasa macam baru saja tengok.
Nikmat.
Ok, perak jap. haha.

Jatuh hati...


Kolam Hati

Katakan cicit cinta,
cicit cinta
kamu..
~KRU - Tiga Kata~

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
~Wali Band - Aku Cinta Allah~

Ketika cinta bertasbih,
nadiku berdenyut merdu,
kembang kempis dadaku,
merungkai butir cinta
~Ketika Cinta Bertasbih~

*****

Kebelakangan 2-3 hari ni, sebelum tertidur, mesti akan tertanya-tanya,
satu soalan yang tak pernah pun terlintas sebelum ni.
Selalu sangat dengar cinta.
Cinta tu apa sebenarnya?
Cinta tu sebenarnya macam mana?
Datang dengan tiba-tiba jek soalan ni.

Kelu.
Takde jawapan.
Nak tanya orang, tapi segan.

Lalu aku berkhayal.
(Eh, berkhayal nampak macam negatif sangat. =.=")
Lalu aku berimaginasi sendiri.

Cinta tu,
Satu perasaan.
Yang, akan membuatkan kita selalu terfikir tentang perkara/sesuatu/seseorang yang kita cinta.

Yang,
bila dia nasihat,
atau menegur,
kita akan cuba sedaya upaya kita untuk ikut nasihat dan teguran tersebut.
secara kita tak sedarpun.

Yang,
bila kita mengingati dia/ia,
hati akan menjadi tenang seperti tenangnya air yang mengalir.

Dan kita akan cuba sedaya upaya,
untuk berkelakuan sepertimana yang kita fikir dia mahukan.
Sebab, kita nak nampak sempurna di matanya,
secara kita sendiri tak perasan pun kita berkelakuan demikian,
secara kita sendiri tak tahu pun kenapa kita berkelakuan demikian.
Tetapi, ia terjadi.
Ia seolah-olah terjadi dengan sendirinya.

Itulah cinta.

*Tamat berkhayal berimaginasi*

Dan membuatkan aku terfikir jugak.
Kalau ingatkan seseorang/sesuatu yang kita cinta,
seharusnya hati akan menjadi tenang setenang air mengalir
(Assumption : cinta didefinisikan mengikut imaginasi akmal hayat)

Jadi, cinta pada harta benda tu tak wujudpun sebenarnya.

Cita-cita aku jangka masa pendek, nak ada Audi sebijik.
Sebab aku dah jatuh cinta dengan Audi.
Pergi kerja naik Audi.
Pergi bercuti naik Audi.
Pergi kasi ceramah naik Audi.
Pergi usrah naik Audi.

Well, at one point, sebab Audi tu mahal,
Aku takut banyak benda.
Calar.
Kena pecah.
Kena curik.
Kena rompak.
Kena bakar.
Kena boommm.

Jadi, membuatkan hati tak tenang.
Jadi, ia sepatutnya gilakan harta. Bukannya cintakan harta.

Begitu juga dunia.
Kita bukan cintakan dunia,
Kita gilakan dunia.
Sebab dunia menjadikan kita takut macam-macam.
Kita jadi takut benda yang tak sepatutnya kita takut.

Kita takut,
kerja kena tarik.
biasiswa kena potong.
lamaran kena tolak.
bakal isteri lari masa akad nikah.
gagal peperiksaan.
dan lain-lain,
yang kita tak sepatutnya takut pun.
Sebab semua benda tu dah diatur.

Kenapa perlu takut sedangkan kita ada senjata bersama kita.
Untuk apa Allah kata "Ud'uuni Astajiblakum"?

Suburkan rasa cinta.
Jauhi rasa gila.

*****

OK, post ini sebenarnya untuk muhasabah penulis semata-mata.


*****

Awat nama post ni Kolam Hati? Macam tak dak kena mengena pun.?

Jujurnya kolam hati tu nak menggambarkan keadaan yang terjadi kat kampung ni, sabah negeri bawah bayu.
Berada di sini seolah-olah merasakan semua orang seirama denganku. Jiran-jiran, anak-anak saudara, pakcik2, semuanya masuk dan cocok.

Sebab semuanya peminat kolam hati.
Atau bahasa Inggerisnya.
Liver Pool.
Liverpool!

Tiada Chelsea, tiada Manchester United, Tiada Arsenal!
Peace! ^^ 
(Sambil membuat tanda aman menggunakan kedua-dua belah tangan)

Sekian.

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kemalangan jiwa di sini.
p/ss: Macam takkan dapat je pergi semua pulau kat sabah ni. Kering poket. Mahal! T_T