Hyde Park

Nota :
Post peribadi yang random

*******

Hari ni cerah.
Terasa terik matahari memancar cahayanya.

Berjalan keluar dari concourse Imperial.
Sambil baju tebal elok tersimpan dalam beg galas.

Sebab semalam sangat teringin nak ke Hyde Park,
jadi hari ni pergi.

Tiba.
Ramai sangat manusia.
Bermain dengan haiwan peliharaan, dengan anak, berjemur.

Terus melangkah.
Tiba di kawasan rumput yang lapang,
mencari teduhan pokok.

Beg diletak.
Letih.
Lalu dibaringkan badan di atas rumput.

Terasa sejuk bahagian belakang.
Ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa,
sangat menyamankan.

Mendongak kepala melihat langit.
Gah membiru.
Bersama jaluran awan putih.

Lama menatap.
Tertidur.

^^"

Selesa dapat tidur di hyde park.


Random : Masuk Dapur

Nota:

Baca atas risiko sendiri. Ini bukan post ilmiah.

*******

Nama dia Akmal Hayat.

Dia suka masuk dapur bila kat UK.
Suka memasak.
Atau lebih tepat, suka cuba-cuba memasak.


Tapi bila dia masuk dapur,
selalunya akan 'turn-up' dengan salah satu yang berikut.


1) Kuah rasa purely masam. Tak sedap.
2) Salami terlebih masin.
3) Sup ayam yang manis.
4) Roti untuk sarapan yang hangus.
5) Kuah kurma yang terlajak serbuk perencah. Jadi pahit.
6) Ayam over-cook. Kalau goreng, minyak dah masuk dalam. Kalau masuk oven, ayam jadi kering.
7) Teh tarik terlebih manis. Sebab dia ingat susu pekat manis tu susu cair. 
8) Nak buat ayam masak merah. Tapi last-last jadi ayam masak sup madu.
9) Perfect! Pastu puji-puji makanan sendiri. xD

*******

Aduh,
Jauh lagi nak sampai taraf chef professional macam ni.

Macam mana nak kawen ni?
>.<


Salah Laluan

Nota:

Entri ini sangat random. Sekian


*******


Sebersedia mana pun anda, jangan terlalu yakin.
Dan yang paling penting, 
jangan salah laluan yang dipilih.


Jika tidak,
perumpamaannya seperti ini.


***


Anda mandi seawal jam 7.15 pagi,
bersedia untuk menghadiri kelas yang bermula seawal jam 9.00 pagi.

Anda sarapan,
bersiap cepat,
masukkan buku dan alat tulis yang sepatutnya ke dalam beg,
mencapai Oyster Card, dan memasukkannya ke dalam poket,
membawa GBP 3.50 untuk habuan makan tengah hari,
bersarapan dengan choco-pop cereals dan minuman hot chocolates.

Segalanya telah sempurna pada jam 8 pagi.

Perjalanan dari Aldgate East ke South Kensington hanya 22-24 minit dengan menaiki tube.
Dari pintu rumah, ke department, mengambil masa lebih kurang 30-35 minit.

Planning.
Keluar rumah pada jam 8.10 pagi.
Well-prepared.

Sampai ke pintu masuk ke underground tube.
Tapi, belum dibuka.
Meneruskan jalan kaki ke pintu yang satu lagi.
Dalam 2 minit berjalan kaki.

Sampai,
touch oyster card,
nampak train sebelah kiri,
terus board in!

Sepatutnya ambil west-bound,
tapi terambil east-bound train.
Sedar selepas 2 stations tube tu berhenti.
=.="

Terus mencanak lari keluar!

Sepatutnya sampai Imperial pada jam 8.50 pagi.
Akhirnya sampai pada jam 9.20 pagi.
Kerana tersalah naik train.

T___T


*******

Sentiasa ingat.

Sebersedia mana pun anda,
pastikan anda tidak tersalah laluan.
Sama ada dalam perjalanan ke mana-mana,
mahupun dalam perjalanan kehidupan.