Reunion

Assalamualaikum W.B.T.

16 Ogos 2008...

Hari yang agak bersejarah bagi budak2 Batch 52 KISAS. Reunion... managed by budak2 INTEC. Especially budak MEP (Middle East Program), headed by Syaimaa' Ahmad. Hari yang agak mengejutkan sebab kebnyakan orang yang kata tak mau pi reunion tiba2 memunculkan diri lalu menimbulkan rasa sedikit gementar kepada Ahli Jawatankuasa Reunion kerana takut tak cukup makanan. Salah seorang daripada orang yang kata x mau datang ialah.. AKU!! ha3.. Saja ja timbulkan kontroversi xmau mai. Suma terpedaya..sebab memang aku sebelum tu bangkang habis-habisan..ahaha..especially Fatmie..rasanya, dia panas gila2 dengan aku..xpa..sabaq no..


Majlis berjalan dengan agak formal jugak. Dihadiri oleh Cik Mariah, Pn Norhayati, Pn Nazvin, Pn Maznah dan lain2.. Sebenarnya, untuk reunion ni, satu kepala RM15. Tapi atas belas ihsan budak KMB sorang ni yang dah tempah tiket awal, n x dapat menghadiri majlis tu, aku telah dibelanja. Makan free la kiranya aku ni..ahaha.. TERIMA KASIH banyak2 ye.. Jasamu dikenang.

Majlis tamat petang..lepas Asar. Kebanyakan dah bertebaran di atas muka bumi waktu tu. Aku masa tu la ada masalah dengan (Matt Prime)..budak Khalid..ha3.. Hanya orang yang tahu jek yang paham. Dia ni naik bas skali ngan aku malam tu. Sakit gak kepala nak settlekan masalah tu. Tapi xpa..sakit kepala akhirnya hilang bila Advisor Reunion belanja aku APPLE JUICE!! ha3..makaseh lagi sekali. Makan free saja aku hari ni..

22 Ogos 2008...

Hari ini aku dah kena balik KMB. Tiket bas abes. So, kena balik awal. Balik lewat satgi takut kena grounded lak. Xleh outing aku satgi. So, sebelum bertolak pada pukul 12 malam ni, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada suma terutama budak2 MEP kalau2 ada tersalah or tersilap apa2..yang terhutang..mintak halal eh.. Dan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kat Egypt..Jangan lupa aku lakk nanti..Kalau buat salam perantauan tu, includekan la nama aku eh..huu~~~.. And finally, wish all of you best of luck!! Blajaq leklok kat negara orang. Yang elok ambik, yang x berapa nak elok tu, tak payah la nak susah2 cedok no..ahaha..

Aku fly lambat lagi. Tu pun kalo lepas IB baru dapat fly. Dan mintak2 ekonomi negara sentiasa dalam keadaan stabil. Nak fly gak~huu~~ OK..kena packing barang dulu.. Moga berjumpa lagi..

Sekian...Wassalam..


Aku Masih Di Sini

Alhamdulillah..berkesempatan juga nak bersihkan segala jenis habuk kat blog nih. Kini online di Klang, just a few minutes if you wanna go to KISAS. Jalan kaki pun sampai. Menetap selama 3 hari 2 malam di rumah kawan kat kampung jawa. Internet kat sini lagi laju dari KMB. Tu la pasal bley online ni.

Dalam masa 3 hari ni, dok enjoy ja..goyang kaki..buku satu pa pun x bukak. Gila toi.. dah la assignment banyak tak buat lagi. Tengah cuak ni. tak tido malam la aku malam ni..

Semalam (2 Ogos 2008), aku pi Expo Buku kat PKNS, Shah Alam tumpang kereta kawan. Terjumpa ngan sorang yang very familiar ngan aku.. Amir Syahid Bin Ezani, 501, Kisas, SPM 07..budak lompat yang x cukup umoq lagi. Bley ja dia mai sengap2 kat sebelah aku masa aku tengah belek2 buku kat situ.. "Opocot!!" Tekejut aku..ha3.. Ingatkan nak la beli gak satu dua buku. Nak beli ja, bila bawak kluaq dompet.."Erk! Mana suma duet aku?!" Tengok dompet, xdak pulak yang boleh sebabkan kebocoran..adeh.."Maaf Pak Cik ek.." "Ape da! Nak beli buku tapi tak bawak duit!".."erk!" Letak la buku tu balik..malunye..

Sebelum balik ke rumah, aku singgah jap kat Kisas. Lama btoi aku x pi tempat ni. Ni la tempat aku menuntut ilmu selama hampir 2 tahun. Sampai ja Kisas, lepas solat Zohor, terjumpa Baihaqi dan Fikri Indra.huh! Muka Fikri dah berlain cket..tapi masih boleh dicam la. Tanya junior mana stayers ni?? X nampak pun..depa kata ada kat dewan besar. Ada program cket untuk budak2 F4. Turun dari jejantas, jumpa Ahmad Tarmizi Azahar dan Akh Muhammad bin Abd Razak.. Akh Muhammad kini bercuti semester dari universiti Al-Azhar..kat Mesir.

Jalan lagi, kat sebelah dewan jumpa kawan lama aku dulu2 kat SMKAK..dah masuk KISAS rupanya..Mohd Razif bin Mohd Fuad..Presiden BADAR SMKAK tahun 2007. Jumpa gak Izzat Naqib..style x penah nak berubah dia ni. Ntah bila la nak matang..n jumpa gak Naqiuddin dan Wang..ha3.. Kebetulan pada malam tu Kisas akan buat Pesta DURIAN!! Aku dijemput..tapi tu la..segan gla nak pi..aku bukannya budak KISAS lagi..huuu~~ cdey2..

Dan malam 2 Ogos, aku ikut kawan aku ni kluar pi Tesco. Dia ni bisnesman. Almaklumla..kat KMB dia amek subjek Business and Management as his minor subject. Ingat nak beli 2-3 katun air jek. Tau2..hah! Berkatun katun..Pi kat cashier, RM 110!!! mak aih..dah la berat..troli yang diusung tu pun semacam xmau nak bejalan..pergh! Dia ni menjalankan perniagaan menjual air minumam kat bilik dia..satu kotak atau satu tin air hanya bernilai RM1!! Hanya di KMB..Lekaih2..nak habih dah! nak habih dah! Belambak lagi! (ha3..kenangan kat SMKAK)

Tu je la citer aku time cuti ni..bab Kasukma tungga bila dah balik umah eh..aku cuti mid sem 16 Ogos ni..x sabaq nak balik umah.. Reunion? Erm..x pasti lagi nak pi ka x..tengok la keadaan cena..kalu tak membenarkan aku memohon sejuta kemaafan atas segala silap dan salah dan atas ketidak dapatan aku untuk reunion bersama-sama ampa norgh..

Sekian, Wassalam..

Akhirnya Berpeluang online kat KMB

Alhamdulillah, akhirnya berjaya meng'online'kan diri kat KMB ni. Ni pun curi-curi guna orang punya laptop sebab dia tengah tidur. Sedikit review about my life at KMB. I cannot tell too detail with some pictures becoz internet here is very slow although i'm now using HUAWEI Broadband. (sape punya ntah..x pasti)

Overall, the culture here needs you to speak in English at all time especially in classes. Aku yang jarang2 speaking English pun dah 'ter'selalu speaking kat KMB nih. Walaupun kemudahan kat sini tak begitu setaraf dengan kolej2 persediaan yang lain, tapi suasana kat sini sangan kondusif untuk seseorang tu menumpukan perhatian pada pelajarannya.

Mengambil International Baccalaureate Diploma bukan la satu perkara yang mudah. This program is not just you and books only but it needs you to have ability to mingle with the communities as well.

Pada berapa haribulan ntah, aku menyertai satu karnival atau kejohanan sukan peringkat kolej-kolej mara dan kolej professional mara yang diadakan di Kolej Mara Kuala Nerang. Aku mewakili kolej dalam pertandingan badminton. Susah nak perincikan sebab internet sangan slow kat sini. Nak upload gambar pun susah. Maybe next post bila aku sampai rumah baru boleh buat post pasal KASUKMA.

Dan yang paling menyayat hati sekali, apabila pulang dari KM Kuala Nerang untuk ke KM Banting, handset kesayanganku w880i telah rosak. Awat ntah. Orang kata masuk virus. Macam betoi. Tapi ntah la..aku pun x pasti.. lani tengah guna handset 2nd hand k320i. Handset w880i tu ada warranty lagi. Sampai umah nanti la baru hantaq pi kedai..

Alamak! Tuan punya laptop dah nak pakai laptop ni. Maybe next time untuk kita kembali bersua bicara. Dah laa assignment bertimbun x siap2 lagi. Ni kes bertangguh la ni. Ha3..

Sekian, wassalam..

*************************************************************************************

Tinta bicara:
~Akmal Hayat~