IB Maths Marks!!

23rd December 2008

Bismillah.

Setiap selang dua hari aku akan ke Dewan PJ2 untuk bermain badminton. Seperti biasa, bermain dari pukul 8.30 pagi sehinggalah pukul 10.30 pagi.

Mengenakan raket ber'string' baru, sungguh sedap smasy shuttle cock RSL Silver tuh. Segala skill menjadi. Habis opponents aku kerjakan. Ahaks..

Leading overall games 3-0. Tiba-tiba..

"Receiving incoming transmission!!" Handsetku menjerit. Menandakan mesej baru masuk. Melihat paparan..

From "KMB Cg Aisha"..

Aku mula terketar. Adakah mesej tentang markah maths. Agakanku tepat.

"Ur paper2 - 51/80..."

Mak Aii...rendahnya..Previously paper1 - 62/80.

Total pure maths marks is 113/160.

Kecewa. Mengharapkan agar markah subjek statistics dapat cover balik kertas pure maths. Amat mengharap. Agar dimurahkan rezeki.

Selepas membaca mesej tersebut dan sedikit berfikir, permainan terus merosot. Mengenangkan soalan-soalan yang tak sempat dijawab. Daripada 3-0, total kemenangan hari ini hanya 5-4. Prestasi merudum.

It's OK! There is still room for improvement! Wake up! Kurangkan bermain FIFA. Ahaks. Dan dekatkanlah diri kepada-Nya. Aim for 7!!

Selepas itu ke library pada pukul 12.30 tengah hari..
Study??
Erm..

Kita hanya merancang...
Dialah yang menentukan...


Coretan Hati
~Akmal Hayat~

Orang Gila Di Jalanan

20th December 2008

Bismillah. Hari ini banyak events berlangsung sama ada yang telah dijangka ataupun tidak. Oleh sebab terlalu lama berada di rumah, aku memilih hari ini untuk melancong sebentar di BANDAR RAYA Jitra ini untuk melihat perkembangan selama 2 bulan aku tidak berada di sini. Oleh sebab takut kesunyian, aku mengajak adik ku seorang untuk menemaniku di dalam kereta. Minyak masih banyak, rata tempat laa boleh melencong..hahah

First Location.
Taman Sinar Harapan, Jitra, Kedah.

Ini merupakan taman khas untuk kanak-kanak istimewa. Niat di hati hanya hendak menghantar kembali pendrive amin rox yang berada di situ selama dua hari untuk aktiviti kebajikan masyarakat bersama rakan-rakan yang lain. Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, sila ke blog amin.

Sesampai di sana, aku pun serah Nescafe Original yang telah ditempah oleh Amin dan Syamil. Tu tak kesah. Tetiba ada yang menyapa. "Assalamualaikum.." Tekejut aku. Seorang budak di Taman Sinar Harapan jugak. Normal tetapi dipinggirkan oleh sebab agak lambat dalam pelajaran. Lepas tu..

"Akmal, dok dengan dia lama-lama sikit!"
"Awat pulakk??!"
"Nak tangkap gambaq hang dengan adik hang."
"Mana aku bawak adik aku. Adik aku aku tinggal dalam keta."
"Haha..tu budak tu laa adik hang. Muka nak dekat-dekat sama. Yang paling tak bley blah, perangai pun mirip2 hang!! hahaha.."

Bermulalah sesi fotografi aku dengan 'adik' aku. Hahah..kawan-kawan lain suma gelak.Ampess sungguh anda.

Second Location
Stesen Bas Jitra.

Ke sana untuk membeli tiket kembali ke KMB. Sampai-sampai, mencari kaunter Transnasional. 5 minit menjenguk-jenguk x jumpa. Ambil keputusan untuk ambil bas yang selalu aku naik Golden Diamond. Tapi pak cik tu kata, "sekarang kita dah ada bas baru dik". "Haa..amek laa bas baru tuh..nak sit tengah."

Tarikh : 5 Januari 2009
Masa : 10.30 malam
Tempat Duduk : 7A (single sit)
Bas : Pancaran Matahari (tak penah dengar pun nama nih)

Third Location
Bank

Untuk perhatian budak-budak tajaan JPA, elaun sudah masuk. hahaha..aku keluarkan sedikit wang tersebut untuk digunakan.

Fourth Location
SERA Sports Shop

On da way nak ke sini, actually ade jalan singkat. Tetapi disebabkan aku tahu ada polis buat sekatan dekat jalan yang lebih jauh, aku mencabar diri ini nak lalu ikut jalan yang disekat jugak! ha3..berani kan.. Lepas U-turn, bermula lah..JAMMED. Polis buat kacau..pada kesempatamn yang ada, aku mencabar adikku;

"Agak-agak kan, kalau abang lalu nanti dekat polis tu dia nak tahan tak??"

"Mesti punya laa..dah la dia nampak budak yang bawak"
(erk..aku masih budak2 kah? Aku sudah remaja!)

"OK we'll see~"

Jalan slow2~tiba dekat pak cik polis tu. Aku senyum. Angkat tangan lagi kat dia. Dia suruh jalan. Ha3..Yakin sebab sure lesen bawak. IC bawak. Pakai seatbelt. Road Tax hidup. Masa nih, aku teringat si IMMAGINE NATION. Ha3..kalu dia pulak, ada sekatan saja, mesti kena tahan kejap dengan pak cik JPJ or Polis tanya pasal lesen..haha..

"Aik! Pelik ni..awat dia tak tahan?!", adikku mempersoalkan..

"Tengok laa sapa yang bawak..ha3"

Tiba di destinasi. Oleh sebab sudah terlalu lama berpuasa dari bermain badminton, jadi singgah jap disini membeli shuttle "RSL Silver 77", stoking badminton, dan grip baru untuk raket. Duit banyak habis di sini.

Fifth Location
ANEKA Super Bowl

Berbakikan sekeping note berwarna hijau, singgah bermain bowlong dengan adik sekejap. Adik kandung. Bukan adik sinar harapan tadi. Main je la kami dua beradik. 2 set.

Set Pertama
Handicap aku : 158
Handicap adik aku : 58

Set Kedua
Handicap aku : 98
Handicap adik aku : 58

Antara mimpi, dan juga fantasi, tapi itulah reliti. Record terbaru aku sepanjang dah lama aku main..158!! hahah..baru nak berjinak2 dengan bowling nih..

Lokasi seterusnya, rumah.

Sebelum sampai, beli dulu Coca-Cola. Hadiah untuk mak aku. Then sampai terus di rumah..

p/s = buka-buka dompet, tengok-tengok, LESEN P X BAWAK!! Aku cuma bawak lesen L jaa..huh! nasib baik dia tak tahan tadi. kalau tak, kena renew laa lesen aku.. Peringatan untuk jangan terlalu riak..


Yours Sincerely
~Akmal Hayat~

Pasangan hidupku yang baru...

17th December 2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti ini hidupku kesunyian. Cadangan pada asalnya, hendak berjalan-jalan memakan angin pada waktu cuti ini. Namun apakan daya, wangku tiada. Masih ternanti-nanti bilakah penaja nak bank-in semula. Semuanya habis dek buku2 yang mahal.

Natijahnya, almost sehari-harian terperap daku dalam bilikku ini yang tidak pernah sunyi dikunjungi adik-adikku untuk bermain game dan tengok movie. Walaupun bermain permainan video amat mengenjoykan, namun masih terasa kosong pada masa cuti ini.

Setalah menimbang tara, akhirnya diri ini telah membuat satu keputusan dengan harapan agar cuti ini akan lebih terisi. Walaupun sudah hampir 6 bulan berkenalan, namun aku tidak sebegitu rapat dengan "si dia". Mukan mudah untuk diri ini rapat dengan makhluk Allah yang tidak begitu dikenali. Lalu daku membuat keputusan untuk merapati dan mendalami diri "si dia".

Makin kudalami, makin kunampak keistimewaan yang terdapat padanya. Makin indah dek mata, akal, dan hati melihat. Makin bertambah kecintaanku pada cinta hatiku yang baru (tidak mampu untuk mengatasi cinta terhadap sang Pencipta). Setelah hampir seminggu mendalami, kuputuskan untuk menghebahkan tentang "si dia" pada khalayak ramai. Harap tidak timbul fitnah selepas ini. Sangat berharap agar semasa bersama "si dia" diri ini dapat menempuh IB Diploma dan alam pekerjaan yang bakal tiba dengan jayanya.

Saya dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim memperkenalkan pasangan baru hidup saya...

Tada!!
Mr. GDC!!


GDC stands for Graphics-Display Calculator. Dilahirkan oleh Texas Instruments dengan nama officialnya TI-84 Plus. Dan beserta nama manjanya, MYLOTUS (nama ini khas untuk GDC aku jek sebab penat2 aku fikir dan cari nama). Banyak kelebihan yang terdapat pada MYLOTUS ini.

Kelebihan MYLOTUS:
  • Boleh melakar graf dengan hanya perlu memasukkan equations.
  • Menyelesaikan simultaneous equation. Up to how many unknowns you desire.
  • Boleh memaparkan Periodic Table. (Harus di'install' terlebih dahulu)
  • Menyimpan data-data.
  • For financy.
  • Dan yang paling xbley blah, boleh bermain game! Macam game pokemon. Siap boleh lawan lagi antara GDC dengan GDC lain.
  • Dan banyak lagi. Belum sempat meneroka sepenuhnya kerana Buku Manual tertinggal di dalam locker di kolej.

kemampuan melakar graf

Berharap dengan hubungan yang kamcing antara diri ini dengan MYLOTUS dapat membantu diri ini menerjah Pure Maths, Physics and Chemistry dalam menempuh IB ini. Ah ye..Statistics juga. Hampir terlupa. Welcome my new sweetheart~

Selamat tinggal yang lama. Jasa anda tidak pernah dilupa. Hampir 5 tahun kita bersama. Berbaktilah untuk yang lain pula ye.

no more. gud bye


Ayuh mulakan perjalanan. Kita terjah Fizik!! Today is Physic's Day!

Still wondering..when should be the T.O.K.'s day?? hurm..

Yours sincerely
~Akmal Hayat~