Unexpected Things!!

27 January 2009

Bismillah..

Kesinambungan dari entry sebelum ini. Keadaan asrama begitu sunyi. Ramai yang sudah tiba di rumah agaknya. Meninggalkan beberapa kumpulan pelajar yang kurang bernasib baik di sini. Kebanyakannya merupakan orang utara.

24 January 2009

Seperti yang di agak dalam plan2 sebelum ini, daku bersama dua orang rakan keluar ke Putrajaya menziarahi Alamanda. Namun, tidak seperti yang diharapkan, hanya boleh outing 5 JAM SAHAJA! Kerana pada hari ini adalah giliran pelajar perempuan untuk keluar. Cukup bernasib baik puan Aida bagi 5 jam. Kalu tidak, maksimum hanya 4 jam. Dalam 5 jam ini hanya sempat ke Alamanda. Tak sempat ke Mid-Valley dan pekan banting yang INDAH DAN PERMAI. Terasa tidak cukup berani melewati masa yang ditetapkan kerana minggu depan ada REHLAH. Takut di”Grounded”.

Syukur kerana duit tak banyak habis.

Selesai makan malam di DS.

Faqih datang duduk bersebelahan denganku. “Buat pengisian (daurah) siket cuti ni jom!”, dia mengajakku. Tanpa berfikir panjang aku pun “JOM!!” Aku pun mengumpul 2-3 orang lagi untuk sama-sama bekerja untuk menjayakan DAURAH ON THE SPOT ini. Siapkan tentatif, Ahli Jawatankuasa, dan penceramah jemputan. Akan bermula pada Maghrib keesokan harinya. Poster mengajak orang menyertai Daurah MUSLIM SANTAI ini dinaikkan.

25 Januari 2009

Waktu pagi hingga ke petang berlalu seperti hari-hari biasa. Maghrib menjelma. Setelah makan malam, seramai 8 orang peserta dapat dikumpulkan daripada pelajar-pelajar muslimin yang tidak balik. Sebagai program manager, aku memberi sedikit briefing tentang perjalanan program yang akan mengambil masa 24 jam. Program malam ini,

1. Taaruf. Disebabkan hanya sedikit yang terlibat, dapat mengenali sahabat2 dengan lebih mendalam. Para peserta ialah: Akmal Hayat, Faqih Aqili, Hidayatullah aka Yard, Amin Rukaini, Syamil Perlis, Fahmi Ruzaidi, Syahmi Suraini, dan

2. Slot 1 : Apa yang perlu ada pada seorang Da’ie? Oleh : Pok Cik Year 2

3. Supper.

4. Tayangan, Al-Mulk, Aktiviti bebas, Tidur.

26 Januari 2009

5. Tahajjud, Solat Subuh, Al-Mathurat, semua bersepakat untuk berpuasa sunat pada hari ini.

6. Riadah – bejalan jalan mengelilingi KMB untuk melihat panorama KMB yang tersergam indah ini.

7. LDK 1 – Program Kenali Diri – Setiap peserta akan menulis di atas kertas kebaikan dan kelemahan peserta-peserta lain. Kemudian adalah sesi evaluation and discussion.

8. Aktiviti bebas bermula seawal jam 10.30pg – (online dan siapkan pure maths)

9. Solat Zuhur, Slot 2 : “Why Mutabaah?” Oleh saudara Faqih Aqili Year 1.

10. Pukul 4.30 ptg. Bersiap sedia untuk melihat GERHANA MATAHARI. Pada pukul 4.45 ptg baru kelihatan. Subhanallah, boleh nampak bulan bergerak dengan agak laju. Masa tuh agak gelap dan matahari tak begitu terang dilindungi oleh awan gelap. Boleh je tengok dengan mata kasar bulan tu bergerak.

11. Solat Asar dan Solat Sunat Gerhana Matahari. Selesai solat sunat gerhana, khutbah solat sunat gerhana disampaikan oleh Saudara Faqih Aqili dengan spontan. Kaifiat dia macam solat sunat hari raya gak. Solat dulu baru ada khutbah.

12. Game : Bermain Frisbee. Dibahagikan kepada 2 kumpulan 4 vs 4. Pemenangnya adalah kumpulan 1 (Amin Rukaini, Akmal Hayat, Fahmi Ruzaidi, Faqih Aqili) dengan skor 4-3.

13. Majlis berbuka puasa. Makan dalam dulang. Selepas solat, diadakan post-mortem untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan program.

Very unexpected. Why? Kebanyakan plan2 yang merapu tak menjadi. Alhamdulillah

Sekian.

Coretan Hati
~Akmal Hayat~

Type your summary here

Type rest of the post here

Percutian Yang Menarik?

23 Januari 2009


Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti ini, bepergian membuat survey di stesen-stesen bas berdekatan. Satu-satu kaunter aku pergi. Namun semuanya kata, bas hantu adalah.

Jadi cuti raya cina sampai Rabu ni, bercadang berhibernasi di KMB je laa. Tak kan dok saja kot? Jadi antara planning pada masa cuti ni kononnya:

  • Study Maths, Fizik, Kimia, TOK
  • Menyiapkan segala homework
  • Menyiapkan presentation2
  • Menyiapkan kertas kerja untuk program motivasi di Kulim
  • Menyiapkan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti Kelab Badminton
  • Mengambil angin di MidValley, Alamanda, dan Banting.
  • Completekan hafazan
Namun, rasanya perkara yang lain yang bakal berlaku. Environment game dan movie di asrama Blok A sedikit sebanyak telah meng'influence' aku untuk turut serta bersama. Rasanya yang bakal terjadi pada cuti ini
  • Bermain badminton setiap petang
  • ChessMaster dan FIFA09
  • Menonton segala movie-movie baru
  • Tidur
  • Online almost 24 hours
  • Touch homework cket2..
Mintak2 mende2 ni tak terjadi. Sikit-sikit tu OK laa.Ingat Sem2 kena improve banyak2 memandangkan result Sem 1 yang tak begitu menarek.

Sekian...

Sem1 Exam – Subjects Analysis

9 Januari 2009

Chemistry High Level

Predicted Grade – 6
Actual Grade – 7

Alhamdulillah walaupun markah hanya di atas pagar (80), I still manage to get 7! Out of 17 students in my class just 4 students manage to get grade 7. Sekalung penghargaan buat Pn Ima Hafiza dan juga secara tak langsung kepada sifu Imagine Nation yang x jemu2 menjawab soalan chemistry yang ditanya sama ada melalui YM mahupun SMS.

Usamah, Lina Ting, Yeou Hui, Akmal Hayat

Mathematics High Level

Predicted Grade – 6
Actual Grade – 6

I just got 74 for this paper. This is the average marks for Pure Maths and Statistics subjects. But still the highest among the students in 4 classes that Miss Aisha taught. Bersyukur dengan apa yang dapat. Dapat je result, I was asked by the teacher to give a talk about the secret to score high in Math?! What?? For this I think you should ask Sifu Faqih and Sifu Anas AF. Hahha.

From this result, I learn 1 thing; that is, paper 2 for Pure Maths is all about GDC! Make full use of it. Ni tak, suma nak congak jek. Terpengaruh dengan paper 1 yang tak boleh guna GDC.

The 6s are : Lina Ting, Usamah, Akmal hayat

Malay A1

Predicted Grade – 6
Actual Grade – 6

Syukur walaupun dapat 6. Susah oo BM. Just a student in my class manages to get 7. He’s my roommate, Paan.

English Standard Level

Predicted Grade – 6
Actual Grade – 6

Markah yang rendah semasa Oral sedikit sebanyak menyumbang kea rah gred 6 ni. Sebab? Perbincangan terpesong daripada tajuk. Hahah..not well organized!
The 7s are : Paan, Izwan, Lina Ting, Shazana

Physics High Level

Predicted Grade – 6
Actual Grade – 6

Erm..average gred fizik untuk KMB Sem 1 adalah gred 4 dan mungkin juga 3. Dalam hati target 7. Heh! Tinggi angan-angan. It’s OK. Next time, the silly mistakes have to be reduced! Aim High! Highest in class E08D is 6.

The 6s are : Usamah, Akmal Hayat

Economics Standard Level

Predicted Grade – 6
Actual Grade – 7

Ini la satu-satunya paper yang paling unexpected. Apabila tamat masa peperiksaan Economics, terus turun ke bawah membuka buku Econs. Di bawah tajuk Price Control handled by government. Sepatutnya perlu ada 4 isi utama : Maximum price control, minimum price control, commodity agreement, and buffer stock scheme. Di sebabkan hanya menyangkakan bahawa price contol hanyalah maximum dan minimum, jawab 2 saja lah. Total marks for that question are 10 marks. I thought I’ll get half of that marks. But thanks God, the answer scheme said “Full marks can be given if students cover at least 2 of the price controls.” Huh..selamat markah di situ.

The 7s are : Lina Ting, Yeou Hui, Akmal Hayat


Kedudukan kelas kemungkinan besar akan di post kan dalam entry yang akan datang di THE POWER OF DREAMS.

Semoga semester ini yang kian mencabar dapat diharungi dengan baik dan sempurna. Mengharapkan agar semester ini lebih baik dari semester lepas. Memetik kata-kata roommate ku, Tunku Ahmad Farhan aka Paan, “Examination is not all about to prove, but to IMPROVE!”

Overall 38/42

To Abah n Mama : Maybe bley dapat hadiah Bufday special sikit kot kali ni...ahaks!

Sekian..