Gunung Tertinggi telah kucapai



Sebermulanya pendakian dalam pukul 10.40pagi. Mereka kata sudah terlambat. Aku tak kisah. Alang2 dah sampai, nak panjat gak!

Destinasi Pertama : Camp site

Sesi ini sebenarnya menguji kekuatan fizikal anda. Stamina, jika tidak dipelihara, mudah bagi seseorang itu bagi kecundang di pertengahan jalan.

Kerana masing2 membawa bekalan makanan umpama nak berkhemah di atas selama 3 hari! Tiada kelengkapan seperti beg camping. Bawak plastik beg naik gunung?!! haha..nak tergelak pun ada..

tengok bekalan makanan!!

3 kali berhenti rehat, sampailah kami bersepuluh di camp site pada jam 1.00 tengah hari. Rehat. Solat Zohor. Jamak full skali dengan Asar.

Destinasi Kedua : Puncak Gunung Nuang

Daripada 10, hanya 7 orang yang ingin meneruskan pendakian ke puncak. Kerana sangat penat dari kaki bukit ke camp site!! Badan ringan. Hanya 3 botol besar air, dan roti gardenia setengah buku.

Jam 2.00 petang, pendakian bermula.

Segala mehnah dan tribulasi perlu di atasi. Fasa ini menguji kekuatan mental. Ujian tiba, satu demi satu, umpama tidak akan habis. Empangan tenagaku makin lama makin berkurangan meskipun kelihatan masih cergas. Argh..!

Hujan 5 minit sebelum pukul 5.15 petang. Akhirnya, sampai ke puncak!! Badan sejuk. Menggigil. Sweater ada di camp site. Pada masa ini terasa kepentingan lemak..haha

di puncak. berkabus

30 minit kemudian, fasa 3.

Destinasi: Camp site.

Turun. Hampir gelap. Aku menutur langkah bersama seorang lagi. Sangat laju. Lincah di hadapan. Tidak mahu diselubungi kegelapan malam di pertengahan jalan kelak.

Owh, jalan makin tidak kelihatan. Maka turunlah kami dengan kegelapan malam. Hanya satu torch untuk 7 orang. Di hadapan sana, hanya kelikatan gelapnya malam.

Fasa ini menguji kekuatan emosi dan sporitual. Nama dipanggil oleh suara2 pelik? Itu menjadi kebiasaan di hutan pada kala malam menjelma. Terasa, ya Allah, begitu besarnya nikmat matahari dikau.

Fasa 4: Turun ke kaki gunung

Ini paling bez!! Tidak begitu memerlukan banyak tenaga. Jadi, ATPku dapat dijimatkan. Aku dan Fazli turun, berlari-lari keriangan untuk tiba ke destinasi meninggalkan yang lain 15 minit dibelakang.

Jika ke puncak tadi, daku orang ke-2 (kerana sesat jalan), kali ini, daku orang PERTAMA sampai ke bawah!! uhuhu

Sampai di bawah baru aku sedar, antara kami bertujuh yang ke puncak, ada 7 handset yang di simpan di dalam plastik beg bagi mengelak terkena air semasa hujan.

Bukak2 ja... WHAT DA..!!! Air masuk plastik!! Bertakung gak rr..seorang demi seorang mengambil handset mereka. Malangnya semuanya tidak dapat di'switched on' kecuali satu handset ni.

Jenama dia W880i. Satu-satunya handset yang survive!! Itulah handsetku!




Boleh nampak semua orang tak puas hati kepadaku..haha..Syukur tak rosak~ Kalau x, melayang lagi laa RM 200...

Dia Mai Dah~

Owh..dia datang lagi. Setiap kali pergi, mengapa dia hendak kembali? Boleh tak awak pergi terus selama-lamanya. Saya sangat penat laa nak melayan awak. Kalau tiap-tiap kali macam ini, boleh lelah saya. Owh busy week~

Minggu ini, insyaAllah segala kudrat badan perlu dioptimumkan penggunaannya. Bermula hari esok, dan berterusan untuk masa seminggu.

  • Mukhayyam di Gunung Nuang (Sabtu dan Ahad)
  • Graduation Day (Ahad dan Isnin)
  • Merdeka Celebration Preparation and Ceremony (Selasa dan Rabu)
  • Submit Lab Report Fizik 2 set (Rabu)
  • Standardize Test Maths (Khamis)
  • Submit Lab Report Kimia (Khamis)
Owh, dimanakah masa untuk aku mencuri mengulangkaji pelajaran (pernahkah?)?

Dimanakah masa untuk ditembusi untuk menyiapkan segala assignment?
~IA Economics~
~Extended Essay Chemistry~
~IA Mathematics 2~

Dimanakah masa untuk diambil kesempatan untuk persediaan Standardize Test Math?
Kali ini, tidak mahu kecundang lagi
Juara bertahan? Ke mana hilangnya title itu?
Mahkota harus kembali dijulang

Sesungguhnya diturunkan ujian demi ujian kepadamu hanyalah untuk menguji kekuatan imanmu. AYUH!!

Put effort max 120%!!

Badan. Maafkanku kerana kali ini aku terpaksa membuat dirimu merana lagi. Tapi jangan engkau ragu kerana selepas itu, akan kupastikan hidangan yang kusediakan padamu cukup untuk memuaskanmu dan memulihkanmu. InsyaAllah hidangan Ramadhan itulah yang terbaik untuk melatih dirimu...

Jumaat balik Kedah! Cuti Seminggu!

Kepada budak2 UCSI, INTEC, KBU, INTI, KTT, saya ingin memaklumkan bahawa saya cuti lagi!! Hehe... Sekian.

Asmaradana

Maaflah ek. Ter'berasmaradana' lama sangat. Sekarang dah perlu berasramadana dah.

**Sebelum Hari Terakhir di rumah.**

Seperti biasa. Mata tak pernah kunjung lelap dari menatap wajah Aspire 2920. Jam pukul6 petang masa itu. Keluar ayahku dari bilik...dan tiba2...

"Hayat! Hang dok tolong apa ha kat rumah? Dah 7 hari kat rumah.."

dalam kepalaku..(bermonolog dalaman)
"banyak! basuh kain. sidai. basuh pinggan . masak."

Tapi malas nak sebut. Sikit sangat kalau nak bandingkan dengan apa yang telah dilakukannya pada rumah tersebut..Lagi pun, tu memang dah rutin.. Apa lagi..SENYUM!

"Abah...peace~~..hehe.. Jom abang teman abah main pingpong kat luaq! Hari ni mesti menang!"

"Ha! Jom2..cepat!"

Aik? Cepat je dah hilang marah..huhu..


**Hari Terakhir di Rumah**

Hari ni, sebab tak membantu apa2 secara khusus lagi. Aku dan adikku bermurah tangan (sebelum ni mcm mahal jek..huhu)..

1st activity:
Mengecat ruang tamu yang baru di'upgrade'!



macam cara pegang raket badminton! huhu

Jiji, kena bayaq nih. Dapat publisiti secara percuma.

2nd activity:

Main pingpong kat depan rumah dengan abah.

"Abah..baru seminggu abg pengang bed pingpong..dah bley menang dah ni..amcm? huhu"

3rd activity:

Teman abah g main badminton dengan kawan2 dia di Dewan Jitra (pada malam bas akan bertolak)

Puas! 2 minggu tak pegang raket! Main dengan orang tua pelik sikit. Skill pelik2..


**Pukul 12malam**

Aduhai..saat indah untuk bersama keluarga telah tamat..rasa macam belum mau balik. 1st time rasa macam ni..hati dah terikat dengan rumah..

"Nah duit sikit.."
"Mama..ni duit ke??"
"Ya la..duit baru."
"Haha..nampak macam duit Saidina ja tadi..Thanx mama.."

Pukul 12..meluncur dengan bas Durian Burung dari Alor Star
Hanya 4jam setengah untuk tiba di Puduraya!!
Hoih..laju gila tahap hyper maxima..!!

Janji selamat sampai


**Tazkirah**

Dan antara kewajipan seorang anak itu, mendoakan kebahagiaan kedua-dua ibu bapa
sentiasalah memanjatkan doamu dalam setiap solatmu

Apabila kamu mati, maka terputuslah segala hubunganmu dengan dunia. Kecuali 3..
*Doa anak yang soleh*
*Sedekah Jariah*
*Ilmu yang bermanfaat*

~Hidup ini suatu pertimbangan. Adililah ia sebaiknya.~