Kembara Ramadan 1

*idea diadaptasi daripada blog when my paradigm has shifted*


sempena berada dalam sekolah ramadan ni, banyak benda jugak yang nak diceritakan. pengalaman sekolah kan..? dan setelah melompat-lompat dari blog ke blog yang lain, muncullah ilham untuk membuat ruangan khas edisi ramadan yang dikenali sebagai


KEMBARA RAMADAN


segala jenis mood anda mungkin dapat jumpa di sini. bergantung pada perihal yang akan berlaku
^_^


03 Ramadan 1431 Hijrah


pagi ni, dalam pukul 7, tinggal aku dengan adik aku yang paling kecik jaa yang masih tak syahid. pekena chess 2 rounds, dan tiba-tiba..


HAYAT!! Sidai kain!!


"aaa.. baiklah.." sambil tengok pada 2 bakul penuh kain-kain yang adik-adik aku yang dok asrama yang baru depa bagi keluaq untuk dibasuh!


keadaan masih lagi semua orang syahid, kecuali aku dan adik aku yang darjah satu ni. dia pulak macam tengah layan ja main flash game kat yahoo. T_T


"PI DAHH KALI NI~" monolog dalaman


tiba-tiba, muncul idea.. >:)


aku : danish, jom tolong abang sidai kain... (gaya memujuk mintak tolong)
danish : aaa... nak main game..

aku : kalau tak mau tolong, lain kali abang tak mau baca quran dengan danish dah!
danish : ha! ok! jom-jom. danish caghi hangers.. abang angkat bakoi tu kluaq dulu..




************************************************

pendidikan / tarbiyah ramadan. ^_^ tak ka mudah hidup macam tu, tak gadoh ugut nak potong duit. ugut tak mau baca quran ngan dia jaa..


duit tak rugi, pahala pun dapat..


tapi bukan senang nak jumpa budak2 macam ni zaman la ni.. memerlukan pentarbiyahan dari kecik..


menjadi pengajaran untuk aku supaya apply tarbiyah kat anak aku lebih awal bila dah dapat anak nanti.. ^_^


BAITUL MUSLIM satu impian


Esok Puasa dan Alkisah Puasa =)

ku memohon pada Tuhan, diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan, diterima amalan

*********************

ada sesetengah orang panggil ramadan ni sekolah. sebab tu orang panggil bulan puasa sebagai madrasah ramadan.


mengapa sekolah?


sebab di sekolah kita mendapat pendidikan. tapi ibarat yang ni macam tak best. jadi untuk menjadikannya best, diibaratkan ramadan sebagai sekolah berasrama (haha..bias lagi)


di sekolah, segala ilmu yang kita timba adalah sebagai persediaan diri kita ke arah kehidupan yang sangat-sangat mencabar di masa-masa hadapan.
begitu juga ramadan. ramadan adalah bulan pendidikan, bulan tarbiyah untuk kita menjaga diri dan survive pada 11 bulan yang akan datang.


habis tajuk sekolah


definisi puasa:
menahan diri daripada makan, minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenamnya matahari disertakan dengan niat.

ya, saya tahu. itu jawapan skema SPM. huhu..


ada yang membahagikan puasa ni kepada peringkat-peringkat.

~peringkat bawahan~
orang yang berpuasa hanya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. macam skema spm kat atas. di samping mengikut orang kebanyakan dengan melakukan ibadah2 lain.


~peringkat pertengahan~
orang yang selain daripada dia tahan diri daripada perkara membatalkan puasa, dia melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain untuk menambahkan ketaqwaannya kepada Allah Taala..di samping dia juga pelihara mata dia (dari melihat maksiat), telinga dia (dari dengar fitnah, dan gosip2!!), mulut dia (dari mengatakan perkara sia-sia)


~dan peringkat atasan~
orang yang dapat buat segala pada peringkat pertengahan dan dalam masa yang sama dia dapat memelihara pemikiran dia (daripada memikirkan benda yang tak senonoh) dan hatinya (daripada mengingati perkara yang boleh menyebabkan dia lalai daripada mengingati Allah Taala)


eh? ke macam mana? mohon perbetulkan kalau tersilap.. =)


Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala).
[HR: Ahmad dan Tabarani.]


isy! rugi laa puasa sebulan tapi dapat lapar dan dahaga ja! orang putih cakap, tak worth it.

bayangkan.

hari ni puasa, dapat lapar dan dahaga ja. esok puasa, dapat lapar dan dahaga jugak. lusa puasa,
pun dapat lapar dan dahaga jugak.

bazir tenaga ja puasa kalau macam tu.


jadi, sama-sama laa kita puasa. kalau tak dapat peringkat yang tertinggi tu, cukup laa sekadar peringkat pertengahan. =)


*********************

ADA SATU CERITA YANG NAK DIKONGSI NI!!

yang ni aku dengar semasa sedikit pengisian dalam keluarga sebelum masuk waktu maghrib

ceritanya bermula begini..


ada sepasang suami isteri. satu hari, mereka ni bergaduh disebabkan sedikit perselisihan faham. dan kedua-duanya bersumpah tak mahu cakap antara satu sama lain selama sebulan.


jadi, dalam rumah tu, mereka ni saling tak tegur laa antara satu sama lain. kalau selisih, selisih macam tu je laa.


yang perempuan, tak mau tegur sebab dia yang mulakan sumpah tu dulu. malu laa kalau dia yang tegur suami dia dulu. si suami pula dengan egonya. juga mengharapkan isterinya menegurnya dulu.


alkisah, masuk 1 Ramadhan. si suami ni sedar, dia selalu bangun lambat. kadang-kadang, subuh pun terlepas kalau tiada isterinya untuk mengejutkannya. jadi, dia takut dia terlepas sahur esok. dia berfikir macam mana nak buat. akhirnya dia mendapat ikhtiar untuk menulis sepucuk surat yang berbunyi..


"Assalamualaikum. Sayang, meskipun kita bergaduh, abang minta tolong sayang kejutkan abang esok untuk bersahur ye. Masak sedap-sedap esok!"


lalu dia meletakkan surat itu di bawah bantal isterinya. dengan harapan, sebelum isterinya tidur nanti, isterinya akan membaca surat tersebut. si suami pun tidur.


KEESOKAN HARINYA


sesedarnya si suami daripada tidurnya, dia terus melihat jam tangannya. "Woi! Dah pukul 8!" isterinya tengah sibuk di dapur. si suami menyelak bantal isterinya kalau-kalau isterinya tak sedar surat tu ada di situ.


bila menyelak, di dapati, surat tu dah tiada. "eh, tak kan laa isteri aku buat tak tau jaa bila dah baca", dia bermonolog dalaman dengan nada sedih.


kemudian, dia membetulkan bantalnya untuk sandar di dinding katil. lantas dia terjumpa satu surat yang bertulis..


"abang! abang! bangun sahur! sayang dah masak makanan kegemaran abang ni.."


si isteri meletakkannya di bawah bantal suaminya semasa lagi 50 minit sebelum masuk waktu subuh.

-.-"

haha..ada kaa kejut guna surat?! adeh..

*********************

sebab cerita ni laa aku ketawa aku hampir terbawa-bawa ke solat fardhu maghrib.. -.-"
sungguh tak patut diceritakan sebelum maghrib..
tapi adik aku yang darjah satu tak faham cerita ni.. haha..


jadi ibrahnya,
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. maka perbaikilah hubungan antara kamu"

^_^

ramadhan kareem!


~p/s~

aku ada terdengar orang cakap..

masa di bulan rejab, doanya macam ni:
allahumma barikna fi rejab, wa syaaban, wa balighna ramadan
(ya Allah, berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadan)

masa di bulan syaaban, doanya macam ni:
allahumma barikna fi syaaban wa balighna ramadan
(ya Allah, berkatilah kami dalam bulan syaaban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadan)

betul. yang tak tahannya.. masa di bulan ramadan, doanya macam ni:
allahumma barikna fi ramadan, wa balighna syawal~
(ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Ramadan, dan sampaikanlah kami kepada Syawal)

-.-"

awal bebeno ingat raya~


~renungan bersama~
=)


Graduation Day.. PICC Putrajaya

di mana kau berada
pencapaian tak tiba dengan mudah

*******

tengah berfikir nak guna tone apa untuk post kali ni. campur-campur kot.. :D
layan~


memulakan perjalanan dari rumah selepas subuh. dan sampai di bandar banting terchenta pada pukul 2 petang. perjalanan kali ni quite havoc sebab aku jadi petunjuk arah. tapi sebenarnya aku tak tau arah. main tunjuk jaa. tak sesat lagi setakat ni.. huhu.. akmal hayat the GPS.. =P


bermalam di Garden Hotel, Banting.. lepas tu, parent ajak jalan-jalan menikmati keindahan bandar banting tersebut.. semua tengah lapaq.. maka, kembara pencarian restoran pun bermula.


"mama, abang selalu sarapan kat restoran ni laa time pagi-pagi sampai kat banting"
"macam tak bersih jaa~"

"erk! kebersihan gred A kot tuu..kalah dewan selera KMB.."
"aaa..kita try usya-usya yang lain dulu"


maaf laa..ni pekan banting kot.. tak dapat laa nak cari restoran macam restoran kampung, restoran mahani kat JITRA tu.. -.-"


last-last sekali, the only option yang tinggal ialah KFC.. mama kata, makan sampai kenyang.. sebab malam tu dah malas nak keluar! BAEK!! aku yang tak dak selera time tu pekena laa 4 ketul ayam jek + cheezy wedges..


"banyak gila hang makan!"
"aaa..untuk mencapai cita-cita naik 10kg! >.<"



*******

masa graduation day, aku paling suka cikgu-cikgu KMB.. haha.. sebab tak dak sorang pun yang komen aku makin kurus.. =D


macam biasa laa grad.. naik pentas.. orang snap2 gambar.. ambil scroll kosong.. turun pentas..


tapi the best moment adalah masa jumpa cikgu2 balik..jumpa balik kengkawan.. dan bila tamatnya sesi dalam ball room PICC tu..keluar..


"ambik laa..mama hadiahkan bunga"
"(terkesima jap) thank you mama.. eh, jom ambek gambaq"

"aaa..mama, macam mana nak pegang bunga ni? macam ni ek?"
"huih..bukan macam tu.. tu cara TIMANG ANAK (sambil ditekan makhraj2 hurufnya)"

-.-"


tak macam timang anak dah kan? =)

*******

habis sesi bergambar, terus beredar pulang.. sebab rushing untuk appointment doktor..


haa.. SEBELUM TERLUPA!


masa nak ambil gambar grad tu, dekat satu studio, ternampak seorang hamba ALLAH ni

bermolog dalaman
"eh? macam familiar ja muka pembantu pengurus studio ni."
"eh, seriusly muka macam Ahmad Bakri.."
(dengan mimik muka baru tersedar)

muka sangat iras-iras gambar dalam facebook.. dan tiba-tiba terasa teringin sangat berjumpa dengannya.. seorang murabbi.. =)
[sangat high expectation ni actually.. huhu..]

********
dah grad dah anak mama abah sorang ni


p/s: dalam mode membuat video Graduation Day.. lagu apa yang sesuai ek sebagai lagu latar?

p/p/s: mantoux test aku dengan tiba-tiba berubah dari 15mm kepada hanya 5mm harini!